03 Kertas Cadangan Pelaksanaan Program

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KERTAS CADANGAN

MELAKSANAKAN AKTIVITI
SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU INDAH
JALAN DATO HARUN, 42920 PELABUHAN KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN

TAJUK AKTIVITI : KURSUS KEPIMPINAN 2017

PEGAWAI MEJA : MOHD SHAHLAN BIN MUHAMAD SAFFIE


(DG41)
KOD : 2017/PK1/ 01

1. TUJUAN

Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Guru Besar untuk menimbang dan
bersetuju :
a. Mengadakan Aktiviti Kursus Kepimpinan 2017.

2. LATAR BELAKANG
a. Merujuk kepada mesyuarat Unit Disiplin memutuskan untuk melaksanakan
aktiviti Kursus Kepimpinan 2017.
b. Unit Disiplin, Unit Pengawas dan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah
dipertanggungjawabkan sebagai urus setia untuk melaksanakan aktiviti ini.

3. OBJEKTIF

a. Melahirkan 95% daripada pemimpin-pemimpin disekolah yang terdiri daripada


Pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas
menonjolkan sikap kepimpinan dan sahsiah yang dapat dicontohi oleh murid-
murid lain.

4. ASAS PERTIMBANGAN

a. Sahsiah dan sifat kepimpinan berjaya ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin yang


telah mengikuti program ini tahun lepas.
b. Menarik murid-murid untuk lebih mendalami sifat-sifat terpuji seorang
pemimpin yang perlu diamalkan didalam kehidupan.
c. Kejayaan program yang lalu memberi petunjuk bahawa murid-murid perlu diberi
pengalaman dan situasi sebenar seorang pemimpin untuk berjaya didalam
kepimpinanya.

5. KUMPULAN SASARAN

a. Pengawas Sekolah
b. Pengawas Pusat Sumber
c. Ketua Kelas
d. Penolong Ketua Kelas
e. Pembimbing Rakan Sebaya

Terdiri daripada murid-murid di Tahun 3,4,5 dan 6.

1
6. JAWATANKUASA AKTIVITI

Rujuk Lampiran 1,2 dan 3

7. STRATEGI PELAKSANAAN

Rujuk Lampiran 3 dan 4

8. PENUTUP

Kertas Cadangan untuk mengadakan Aktiviti Kursus Kepimpinan dikemukakan untuk


pertimbangan dan keluluasan.

9. SYOR

Guru Besar dipohon menimbang dan bersetuju;

a. Mengadakan aktiviti Kursus Kepimpinan 2017

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI *

...
(Puan Hajjah Zulliana Bt Abd Samad)
Guru Besar
SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU INDAH

Cap :

Tarikh :

* Potong yang tidak berkenaan

You might also like