Ict

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ICT ialah satu inovasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini.

Sama seperti lain-lain

perkara baru yang diperkenalkan di dalam kehidupan sesuatu masyarakat, ia tentu

menimbulkan pelbagai reaksi sebelum diterima menjadi sebahagian daripada budaya hidup.

Kefahaman masyarakat terhadap keperluan ICT di dalam kehidupan hari ini perlu

dipertingkatkan. Ini memandangkan tanpa kefahaman yang jelas akan menjejaskan

perkembangannya di Malaysia dan sekaligus memperlahankan usaha kerajaan untuk

melahirkan masyarakat bermaklumat di Malaysia.

Kepentingan dalam ICT sebenarnya mampu mencorakkan semula cara dan gaya pemikiran

serta sistem nilai masyarakat masa kini dan akan datang. Mahu atau tidak, persaingan akan

wujud yang memerlukan kepada tindakan pantas dan bijaksana bagi menghadapi keadaan

ini. Semua ini memerlukan kredibiliti dan kemampuan manusia sebagi pengurus atau

pekerja yang mahir dan knowledgeble. Oleh itu, perubahan demi perubahan perlu

dilaksanakan bagi mengisi ruang-ruang input yang baru dan terkini dalam pendidikan di

negara ini.

Pembangunan sistem pendidikan di negara ini selepas merdeka merupakan hasil daripada

segala proses yang bertitik tolak daripada perancangan program- program kerajaan untuk

melaksanakan berbagai-bagai peruntukan dan peraturan yang termaktub dalam Ordinan

Pelajaran 1957 dan Akta Pelajaran 1961.

Oleh yang demikian, tidak dapat ditolak hakikat bahawa dari semasa ke semasa aspek

matlamat dan peranan pendidikan negara telah disesuaikan dengan matlamat dan
keperluan-keperluan rancangan negara. Dalam hal ini, matlamat pembangunan pendidikan

sentiasa diberikan penekanan yang wajar. Prosesnya telah merangkumi pelbagai aspek

pembangunan dalam program pendidikan berasaskan kepada dasar- dasar umum dan

khusus yang diputuskan dari semasa ke semasa. Justeru itu, banyak perubahan telah

berlaku dengan pesatnya. Antara yang terpenting ialah dalam bidang pelaksanaan teknologi

komunikasi dan maklumat.

Perubahan ini adalah berdasarkan kepada keperluan dalam

zaman sains dan teknologi.

You might also like