Definisi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

1.

0 DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Maklumat pada asasnya bermaksud data yang mana dengan kehadiran proses

pembelajaran menjadikannya pengetahuan. Dengan kata lain proses pembelajaran

itu sendiri adalah proses mendapatkan, menggunakan dan menjadikan maklumat itu

pengetahuan. Kompetensi Celik Maklumat, kesedaran kepada keperluan kepada

maklumat, keupayaan menganalisa maklumat dan menilai kegunaannya, dan

berupaya menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan pengetahuan adalah

penting bagi membolehkan proses di atas dilaksanakan. Komunikasi adalah

perbuatan berhubungan antara manusia dan budaya, tapi telah melalui dimensi baru

setelah dirangkaikan dengan terma maklumat dan teknologi.

Teknologi pula bukanlah terhad kepada internet, rangkaian, CD-ROM, video, TV dan

segala yang nampak bersifat teknikal tetapi terma teknologi maklumat yang

merangkumi penggunaan internet dan rangkaian komunikasi. Bagi dunia pendidikan

teknologi maklumat boleh dibahagikan kepada dua iaitu;

- Teknologi komputer seperti modul kursus berasaskan komputer, penilaian

berkomputer, perisian pemprosesan kata, grafik, lembaran kerja, pangkalan data

dan persembahan;

- Perisian telekomunikasi yang menawarkan pendidikan jarak jauh, penyebaran

sumber dalam pendidikan, e-mel, konferen video, papan buletin dan chatting.

You might also like