Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Speaker

Dewan, rakan-rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan


pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan sekalian.
Tuan Yang Dipertua,

Berdirinya saya di petang yang penuh mulia ini adalah untuk sekali lagi menegaskan
pendirian pihak kerajaan bahawa stereotaip dalam kepimpinan kini sudah tidak
relevan. Kami pihak kerajaan juga berdiri seteguh teguhnya di belakang Perdana
Menteri dan menyokong usul yang dibawa pada hari ini.

Sebelum dewan ini bergema dengan ledakan hujah dari saya, saya ingin
merakamkan setegas-tegasnya bahawa saya menolak definisi usul yang telah
dipinda oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi iaitu
________(sebab)________________ ______________________ Jadi saya
memohon agar definisi usul itu dipinda semula seperti definisi yang diberikan oleh
Perdana Menteri, iaitu
_________________________________________________________________

(BIDASAN)

Tuan Yang Dipertua,

Saya akan terus menerus menyatakan kebenaran sehingga pihak yang


berhomat pembangkang terdiamyang sebenarnya berpandukan hujah kedua saya
iaitu wanita pada masa kini sudah mula menjawat jawatan-jawatan penting dalam
organisasi, institusi mahupun pentadbiran kerajaan. Hal ini sudah cukup
membuktikan bahawa stereotaip dalam kepimpinan kini sudah tidak relevan dan
tidak semestinya lelaki sahaja yang perlu dan boleh memimpin dan menjawat
jawatan-jawatan penting.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Penerangan dan Penyelidikan,


Kementerian Sumber Manusia,
Terdapat 421,828 guru di Malaysia dan hampir 72% daripada mereka ialah wanita.
Bagaimanapun, hanya 3,580 (37.2%) wanita menjadi guru besar di sekolah rendah,
atau pengetua di sekolah menengah biasa atau sekolah berasrama penuh daripada
jumlah jawatan sebanyak 9,615. Wujud jurang yang sangat besar di sini
memandangkan jumlah guru wanita yang ada dan jumlah guru wanita yang berjaya
memegang jawatan pembuat keputusan tertinggi sekolah.

Jurang yang sama wujud di universiti, walaupun terdapat 11,931 (56.6%) pensyarah
wanita daripada 21,077 jumlah pensyarah, hanya 13 orang (23.6%) dilantik menjadi
timbalan naib canselor daripada 68 jumlah jawatan dan hanya 4 orang (19.12%)
wanita dilantik menjadi naib canselor daripada 20 jawatan naib canselor yang ada.

Jumlah wanita dalam sistem perundangan semakin bertambah, situasi yang


diharapkan akan menjadi kunci penggerak dalam perubahan sistem yang akan
meningkatkan status perlindungan perundangan untuk wanita. Terdapat 3 orang
(27%) wanita daripada 11 orang hakim di Mahkamah Persekutuan, 12 orang (41.4%)
hakim wanita di Mahkamah Rayuan daripada 29 orang hakim dan 29 orang (50%)
daripada 58 orang hakim di Mahkamah Tinggi.

Bahkan dalam sektor kerajaan juga dianggarkan Sehingga 2015, terdapat 718,044
(57.1%) kakitangan awam wanita daripada jumlah keseluruhan kakitangan awam
sebanyak 1,257,166 dalam gred pengurusan dan profesional (Gred 1-54),
bagaimanapun dalam lapisan tertinggi pengurusan (Gred Jusa C dan ke atas),
hanya 1,498 (37.1%) ialah wanita daripada jumlah jawatan sebanyak 4,041.

Namun hanya 5 orang (11.4%) dilantik sebagai pengarah di badan berkaitan


kerajaan, 13 orang (31.7%) sebagai timbalan ketua setiausaha dan 7 orang (29.2%)
sebagai ketua setiausaha.

Dari apa yang kita lihat, peranan wanita semakin mula diperkasakan dan situasi ini
dijangka akan terus berkembang dan wanita akan mula memegang dan menjawat
jawatan-jawatan penting pada tahun mendatang. Bahkan usaha-usaha untuk
memperkasakan wanita dalam kepimpinan juga banyak dibuat terutamanya
menerusi
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesaksamaan Gender 2004 dan juga
Konvensyen Antarabangsa Tentang Keperluan Memperkasa Wanita di Beijing,
1995 yang memperjuangkan kesaksamaan gender dan juga pembentukan Dasar
Wanita Negara.

Usaha-usaha seperti ini yang menyebabkan kebanykan golongan lelaki yang berada
dalam kepimpinan seakan tidak senang duduk mengenangkan nasib mereka pada
tahun mendatang seandainya fenomena ini semakin terus menjadi. Tidak perlu
melihat ke luar negara, cukup di Sarawak, kebanyak guru besar sekolah cluster
kecemerlangan adalah wanita. (Baca contoh dalam kertas). Bukan itu sahaja, kita
juga disajikan dengan ramai tokoh wanita yang terlibat secara langsung dalam
kepimpinan seperti contoh Benazir Bhutto, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Queen Elizabeth
dan lain-lain.

Bercakap dari konteks kualiti kerja atau kepimpinan yang ada pada wanita, umum
mengetahui glongan wanita mempunyai komitmen dan komited yang sangat tinggi
dalam sesuatu perkara. Wanita yang menjawat jawatan penting juga dikatakan
mempunyai sifat yang tegas dan lantang dalam menegur ataupun bersuara.
Contohnya sebut sahaja nama Puan Rakayah Hj Madun pastinya ramai warga
pendidik yang kenal dan juga mengetahui corak kepimpinannya. Dan juga
bagaimana beliau mampu mengangkat sekolah STAR yang dahulunya sekolah kayu
dan tempat pelajar buangan sehingga menjadi antara nama gah di Kuching kini.
Bahkan kini, beliau telah dilantik menjadi Pengarah Pendidikan Sarawak. Inilah yang
dikatan The Rise of Womens Power.

Tuan Yang Dipertua,

Saya percaya hujah yang telah saya berikan akan membuka mata dan telinga serta
hari pihak yang berhormat pembangkang di sebelah sana. Dan pastinya mereka
juga akan bersetuju dengan hujah yang saya berikan. Sekali lagi saya ingin
menegaskan bahawa saya menyokong usul ini seratus peratus dan memohon agar
usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan suara majoriti.

Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadang.

Sekian, terima kasih.

You might also like