Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

PENGHARGAAN

Sepanjang menyiapkan kerja kursus ini, terdapat beberapa pihak yang telah
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini.
Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
mereka.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan memanjatkan
rasa syukur kerana Tuhan telah memberikan kesihatan yang baik untuk menyempurnakan
segala tugasan yang diberi.

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah


pembimbing subjek ini iaitu En.Md. Shahaidil bin Ab. Rahman. Banyak perkara telah
dipelajari mahupun melalui tugasan ini dan juga pada waktu kuliah. Dengan
menggunakan ilmu yang dipelajari saya, saya dapat memberi tunjuk ajar kepada orang
lain. Ilmu yang disampaikan oleh beliau telah digunakan dalam kehidupan harian. Tunjuk
ajar beliau juga menjadi satu dorongan dan inspirasi kepada saya.

Tidak ketinggalan juga rakan-rakan seperjuangan saya. Mereka juga memberi


kerjasama yang baik. Hal ini kerana, mereka sanggup berkongsi ilmu dan nota yang ada
pada mereka.

Ahli keluarga saya juga tidak dapat dilupakan semasa melaksanakan tugasan
saya. Terutamanya ibu bapa saya yang sudi memberi bantuan kewangan dan sokongan
moral kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
membantu menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
PENGENALAN

Agama ialah suatu kepercayaan atau ajaran yang dianuti oleh seseorang. Agama
merupakan pedoman untuk membimbing manusia ke arah kehidupan yang sempurna.
Justeru, agama dan ajaran telah diwujudkan untuk memenuhi keperluan manusia. Agama
dan ajaran tersebut telah pun lahir dalam tamadun awal dunia. Agama pada lazimnya
bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti
Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama
dan kepercayaan merupakan dua perkara yang sangat berkaitan. Tetapi agama
mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang
kohensi, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek keutuhan. Kepercayaan yang
hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama.
Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia.

Hinduism ialah satu agama atau falsafah yang berasal dari benua India dari
kawasan sekeliling yang berhampiran. Agama ini dianggap sebagai agama tertua yang
diketahui di dunia. Istilah Hinduism merangkumi pelbagai aliran fikiran dan falsafah, serta
upacara-upacara amal yang amat berbeza. Sebahagian besar penganut Hindu
bersembahyang kepada pelbagai dewa-dewi dan menganggap dewa-dewi ini sebagai
penjelmaan-penjelmaan untuk satu Roh Agung (Brahman).

Agama Hindu merupakan agama utama di benua India meskipun India dianggap
sebagai sebuah negara sekular. Agama ini tidak pernah disebarkan dengan penaklukan,
penjajahan, peperangan atau sebarang keganasan dan ini merupakan perkara penting.
Keamanan, kasih sayang, simpati, kemanusiaan, dan kebajikan merupakan daya tarikan
agama Hindu. Ke mana sahaja orang Hindu pergi, mereka telah memperkayakan dan
meningkatkan kebudayaan dan tamadun tempatan secara semulajadi tanpa sebarang
paksaan. Maka, tidak ada keraguan bahawa India dan agama Hindu merupakan ibu
ketamadunan di Timur. Malah, kini telah terbukti bahawa idea-idea Hindu juga telah
mempengaruhi Greek purba, pusat kelahiran tamadun Barat.

Veda ialah ayat-ayat suci yang didedahkan kepada golongan Rishi. Ayat-ayat suci
ini dipercayai telah sedia wujud dan didengar oleh golongan Rishi. Oleh itu, Veda dikenali
sebagai ruti (bermaksud sesuatu yang 'didengar') Veda ialah apauruseya bermaksud
bukan ciptaan manusia. Perkataan Sanskrit Veda bermaksud ilmu. Golongan rishi enggan
untuk menulis ayat-ayat suci ini kerana kesalihannya. Mereka menghafal ayat-ayat ini dan
mengajarnya secara lisan kepada pengikut-pengikut mereka. Demikian, daripada
generasi ke generasi, Veda diturunkan secara lisan.
1) AMALAN AGAMA HINDUISM DALAM RUTIN HARIAN INDIVIDU

Dalam ajaran agama Hindu, banyaknya sembahyang itu mulai dari 7 kali, 5 kali, 3
kali, 2 kali dan 1 kali. Namun yang dijadikan panduan adalah mengikut kitab suci Manawa
Dharmasastra iaitu sembahyang wajib hanya dua kali sehari. Pada pagi hari sebelum
matahari terbit dan pada petang sebelum matahari terbenam. Sembahyang pagi adalah
untuk menghapuskan dosa yang tidak sengaja dilakukan pada malam sebelum hari
manakala sembahyang pada sebelah petang adalah untuk menghapuskan dosa yang
telah dilakukan pada siang hari tersebut. Menurut kitab Siva Purana, sembahyang dapat
dilakukan 3 kali sehari iaitu pada pagi, pada hari siang dan pada waktu petang.
Sembahyang yang dilakukan pada waktu-waktu tertentu mempunyai makna tertentu.
Sembahyang pada waktu pagi merupakan sembahyang wajib yang dilakukan dengan
ikhlas dan tanpa mengharapkan apa-apa kepada Tuhan. Sembahyang ini merupakan
jalan bhakti. Seterusnya, sembahyang siang hari adalah untuk memenuhi keinginan dan
sembahyang pada waktu petang adalah untuk hal-hal magis seperti mengusir kuasa
jahat. Pada hakikatnya, kitab Siva Purana menyatakan bahawa sembahyang yang sangat
bermakna adalah pada waktu petang yang dikenali sebagai Brahma Muhurta yang
bermula dari jam 3 hingga jam 6 pagi.

Yoga merupakan disiplin-disiplin fizikal dan mental tradisional yang berasal


dari India. Matlamat mencapai disiplin-disiplin ini dan salah satu dari enam fahaman
ortodoks (stika) dalam falsafah Hindu. Cabang-cabang yoga utama termasuk Raja
Yoga, Karma Yoga, Jnana Yoga, Bhakti Yoga, dan Hatha Yoga. Raja Yoga yang disusun
dalam Sutra Yoga Patanjali, dan dikenali sebagai yoga begitu sahaja dalam konteks
falsafah Hindu, merupakan sebahagian tradisi Samkhya. Banyak lagi kitab Hindu yang
membincangkan aspek-aspek yoga, termasuk Veda, Upanishad dan Bhagavad Gita.
Istilah yoga dalam bahasa Sanskrit banyak maknanya seperti menggabung,
menyatukan, kesatuan, gabungan, atau kaedah serta diterbit dari kata akar yuj, yang
bererti mengawal, menyangga atau menyatukan. Di luar India, istilah yoga sering
disamakan dengan Hatha Yoga dan asananya (postur) atau bentuk senaman. Seorang
pengamal Yoga dipanggil Yogi (uniseks) atau Yogini (perempuan).
Gambar-gambar ini menunjukkan cara membuat surya namaskaran dan postur membuat
yoga

Ketika sembahyang, penganut agama Hindu akan menyebut mantra dan


menyayikan lagu-lagu dewata yang dikenali sebagai Thevaram. Selepas itu, mereka
akan meletakkan Thiruneer atau dipanggil sebagai Vibhuti. Thiruneer serbuk putih yang
secara simbolik mengingatkan si pemakai bahawa pada suatu hari nanti, dia juga akan
meninggal dunia dan tubuhnya akan dibakar menjadi abu.

Amalan meletakkan Thiruneer

Perkataan pattai merupakan perkataan yang biasa digunakan oleh penganut


agama Hindu. Sebenarnya, pattai adalah apabila orang itu membuat tiga garisan
mendatar menggunakan thiruneer pada dahi. Ada kalanya thiruneer disapu pada seluruh
dahi. Pada bahagian tengah pattai biasanya diletakkan titik kumkuma yang berwarna
merah. Tiga garisan thiruneer melambangkan tiga hakikat hidup manusia iaitu
keangkuhan (anavam), dosa-pahala (karma) dan kejahilan (maya). Titik kumkuma di
tengah-tengah pula simbol mata ketiga yang diperlukan bagi mengawal tiga perkara tadi.
Dewa Shiva sering digambarkan memiliki mata ketiga dan memakai pattai

Golongan wanita yang beragama Hindu harus meletakkan pottu pada dahi
mereka. Pottu ini bukan sahaja melibatkan amalan meletakkan kumkumapada dahi tetapi
juga serbuk kunyit yang dikenali sebagai manjal atau serbuk kayu cerdana yang dipanggil
sebagai santanam yang dicairkan. Amalan meletakkan pottu dalam kalangan masyarakat
ini ada makna simbolik berkaitan kerohanian dan minda yang menjadi pusat menerima,
memproses serta menghantar maklumat. Tubuh manusia dibahagikan kepada tujuh
lingkaran tenaga yang dinamakan cakra. Pusat bagi cakra keenam terletak pada dahi dan
dipercayai menjadi titik yang menghubungkan manusia secara spiritual dengan Tuhan.

Titik yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua kening juga dianggap


sebagai mata ketiga atau mata minda yang amat berkuasa. Lukisan Dewa Shiva
biasanya menggambarkan dewa berkenaan memiliki mata ketiga pada dahi. Apabila
serbuk cendana atau serbuk kunyit yang dicairkan diletakkan pada dahi, ia terbukti secara
saintifik mampu menyegarkan otak, serta menyejukkan kepala dan seluruh tubuh. Setiap
jari yang digunakan untuk meletakkan pottu membawa makna tersendiri. Apabila pottu
diletakkan pada dahi menggunakan jari hantu (jari tengah), ia membawa makna
mendoakan supaya panjang umur. Ibu jari pula biasanya digunakan untuk membawa
makna mendoakan serta mengharapkan kesihatan mental dan fizikal. Ia juga membawa
simbol kekuatan dan keberanian. Jari telunjuk pula selalu digunakan oleh seseorang
individu itu sendiri dengan niat dan harapan untuk mendapatkan serta meraikan hak dan
kebebasan. Penggunaan jari manis pula biasanya disertai doa untuk mencapai sesuatu
keinginan yang bersifat peribadi.

Pada kebiasaannya, bayi dan anak kecil diletakkan pottu warna hitam bukan
hanya pada dahi tetapi juga pada pipi. Anak-anak gadis serta pengantin juga
dipakaikan pottu hitam ini. Mengikut kepercayaan masyarakat India, pottu hitam mampu
menghalang mata jahat yang menghantar isyarat-isyarat jahat kepada individu
berkenaan. Apabila diletakkan atau disapu titik hitam pada dahi atau pipi, maka bayi,
kanak-kanak atau gadis itu dianggap sudah menjadi sedikit hodoh. Dengan itu, mata
jahat dirujuk kepada masyarakat sekeliling yang cemburu, tidak akan mengata atau
terlalu memuji individu berkenaan. Pujian yang berlebih-lebihan dianggap membawa
petanda buruk dalam kalangan penganut agama Hindu.

Pemakaian pottu hitam di dahi dan pipi bayi


Wanita yang beragama Hindu memakai pottu warna merah yang melambangkan
cinta, semangat keberanian dan mewakili darah. Malah, khabarnya dalam amalan lama di
India, si pengantin lelaki akan menggunakan darahnya sendiri untuk
meletakkan pottu pada dahi bakal isteri. Makna simbolik itu terus menjadi amalan dan
tradisi pemakaian pottu merah oleh wanita Hindu di seluruh dunia. Pottu merah bukan
hanya simbol bagi wanita berkahwin. Ia juga dipercayai ada kuasa untuk melindungi si
wanita dan suaminya serta melindungi keintiman dan hubungan mereka daripada terkena
mata jahat orang ramai. Pottu warna hitam melambangkan ketenangan jiwa dan
keamanan. Bisanya pottu hitam dipakai oleh gadis dan wanita yang belum berkahwin.
Secara tradisi, pottu merah hanya untuk wanita yang sudah berkahwin. Bagi golongan
balu pula, sebaik kehilangan suami, mereka tidak lagi memakai pottu merah.

Pemakaian pottu merah bagi golongan wanita yang telah berkahwin


2) AMALAN AGAMA DALAM AKTIVITI KELUARGA

Kuil merupakan tempat ibadat bagi penganut agama Hindu. Penganut agama
Hindu mempercayai bahawa suasana yang tenang dan aman yang diwujudkan dalam
jiwa manusia yang masuk ke kuil dengan penuh kepercayaan. Seluruh ahli keluarga
masyarakat India akan pergi ke kuil dua kali dalam seminggu iaiatu pada hari Selasa dan
hari Jumaat. Hari-hari ini dianggap istimewa dank has bagi Dewa agama Hindu. Pada hari
tersebut, kebanyakan penganut agama Hindu akan berpuasa dengan hanya makan
sayur-sayuran. Mereka mempercayai bahawa hal ini dapat membersihkan jiwa masing-
masing. Penganut agama Hindu akan mendapatkan ketenangan minda dan hati bagi
meneruskan kehidupan tanpa sebarang masalah dengan mengunjungi kuil. Kebiasanya,
mereka yang berkunjung ke kuil akan membawa bunga, botol susu dan barang-barang
yang diperlukan untuk bersembahyang. Hal ini dianggap sebagai sumbangan di kuil.
Penganut agama Hindu akan membuat archanai atas nama keluarga mereka dan
mengelilingi kuil sebanyak tiga kali.Selepas mengelilingi kuil,mereka akan melafazkan
mantera-mantera dengan penuh ikhlas hati. Sesetengah orang akan duduk dan bertapa di
kuil selepas habis bersembahyang. Hal ini akan membawa ketenteraman hati kepada
seseorang.

Selain itu, masyarakat India juga akan bersembahyang bersama-sama keluarga


mereka sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.Mereka akan menyanyikan lagu-lagu
pemujaan ketika bersembayang. Dalam agama Hindu,masyarakat India digalakkan untuk
bersembahyang secara beramai-ramai. Hal ini kerana,apabila bersembayang bersama-
sama,dipercayai bahawa mantera-mantera yang dilafazkan akan bertambah saktinya dan
tenaga positif yang dikelilingi seseorang individu akan bertambah kuat. Mengikut
pendapat T.L.Vaswani, apabila dua atau lebih orang berkumpul untuk melafazkan mantra-
mantra dan menyanyi lagu Hari Raam(lagu yang menceritakan kemuliaan Tuhan) akan
menjana satu tenaga positif yang akan membantu seseorang itu mendapatkan
kesejahteraan dalam kehidupan.
3) AKTIVITI AMALAN AGAMA SELAMA SETAHUN

Salah satu amalan agama yang dilakukan dalam setahun adalah perayaan
Ponggal. Perayaan ini akan disambut untuk empat hari berturut-turut. Hari pertama
dikenali sebagai Bhogi, hari kedua Ponggal ialah Thaiponggal, hari ketiga dikenali
sebagai Mattu Ponggal manakala hari keempat Ponggal ialah Kannum Ponggal. Pada
hari pertama perayaan Ponggal iaitu Bhogi masyarakat India akan membersihkan rumah
mereka dan akan membuang serta membakar barang-barang yang tidak diperlukan atau
barang yang dianggap sampah. Perbuatan ini dipercayai bahawa akan menyingkirkan
kuasa-kuasa jahat dari rumah. Secara tidak langsung perayaan Bhogi ini menyeru
masyarakat India untuk membuang pemikiran negatif hati dan minda mereka.

Perayaan Bhogi

Hari kedua perayaan Ponggal ialah Thaiponggal. Thaiponggal akan diraikan pada
hari pertama bulan Thai mengikut kalender Tamil. Jika mengikut kalender Inggeris
perayaan Ponggal akan disambut pada 14 atau 15 Januari. Perayaan Thaiponggal
disambut sebagai tanda kesyukuran kepada matahari yang telah membantu petani pada
musim menuai padi. Pada hari tersebut, penganut agama Hindu dengan ahli keluarga
mereka akan bangun awal pagi. Kaum wanita akan menghiasi pintu masuk rumah
masing-masing dengan kolam. Kolam ini dilukis menggunakan beras yang berwarna-
warni. Hal ini sedemikian kerana kolam menjadi lambang penyembahan Dewa Lakshmi.
Pintu masuk rumah juga akan dihiasi dengan mengikat tebu dan daun manga.
Seterusnya, ahli keluarga akan menyediakan barang-barang seperti beras, susu, gula
hitam dan periuk tanah liat yang dihiasi. Beras yang dituai digunakan untuk memasak
Ponggal. Kaum wanita akan menuang susu ke dalam periuk tanah liat serta susu itu
dibiarkan untuk melimpah keluar dari periuk tersebut. Limpahan susu melambangkan
kehidupan keluarga tersebut juga akan dipenuhi dengan kegembiraan. Selepas itu, beras
yang baru dituai itu akan dimasukkan dalam periuk tanah liat untuk memasak Ponggal.
Perayaan Thaiponggal

Selain itu, hari ketiga perayaan Ponggal ialah Mattu Ponggal. Hari ini sangat
bermakna bagi lembu-lembu yang telah membantu petani-petani. Pada zaman dahulu,
petani akan menggunakan lembu untuk membajak tanah bagi tujuan pertanian. Pada era
globalisasi ini, penggunaan jentera dan mesin telah meningkat dan perkhidmatan lembu
telah berkurang. Namun begitu, agama Hindu menganggap lembu sebagai Tuhan kerana
lembu menyumbangkan susu. Pada hari berkenaan, lembu-lembu akan dimandikan dan
disapu kunyit pada tanduknya. Kalungan bunga turut akan dipakai kepada lembu oleh
petani. Selepas itu, Ponggal yang telah dimasak akan disuapkan kepada lembu.

Perayaan Mattu Ponggal

Hari keempat perayaan Ponggal dikenali sebagai Kaanum Ponggal atau dipanggil
juga sebagai Kanni Ponggal. Maksud perkataan Kanni ialah anak dara atau kaum wanita
yang telah mencapai akil baligh. Sehubungan dengan itu, kaum wanita yang telah
mencapai akil baligh akan berkumpul di kuil-kuil tertentu untuk menyambut perayaan ini.
Pada zaman dahulu, Kannum Ponggal disambut secara besar-besaran di kuil tetapi pada
masa ini, budaya tersebut semakin hari semakin dilupai oleh masyarakat. Oleh sebab
kesibukan kerja pada hari ini, perayaan ini semakin berkurangan.
Perayaan Kaanum Ponggal

Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh penganut agama
Hindu di seluruh dunia bagi menghormati Dewa Hindu iaitu, iaitu Dewa Murugan.
Perayaan ini disambut pada bulan sepuluh iaitu bulan Thai mengikut kalender Tamil.
Thaipusam menjadi hari yang paling bermakna kerana pada hari inilah penganut agama
Hindu akan menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya terhadap kesalahan-
kesalahan yang dilakukan sebelum ini. Sebulan sebelum perayaan Thaipusam penganut
agama Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam
tempoh sebulan ini, mereka berpuasa dengan hanya makan sayur-sayuran sehari sekali
dan akan sentiasa mengunjungi kuil. Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan
membawa anak patung Dewa Murugan iaitu anak bongsu Dewa Siva, di atas pedati perak
dan diarak dengan muzik tradisi.

Penganut agama Hindu menjunjung susu dan contoh gambar kavadi

Selain itu, penganut agama Hindu juga akan membawa kavadi iaitu sebuah
kerangka besi yang dihiasi dengan bunga yang dijunjung di atas bahu. Sesetengah orang
akan menjunjung susu. Ini adalah sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada
Dewa Murugan. Bagi sesetengah penganut agama Hindu juga, mereka akan mencucuk
logam atau besi yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi, dan anggota badan yang lain
bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri. Di Malaysia, perayaan Thaipusam
disambut secara besar-besaran di Batu Caves, Kuala Lumpur, Tannir Malai, Penang dan
Kallumalai, Perak.

Sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves, Kuala Lumpur

Hari Deepavali atau lebih dikenali sebagai pesta cahaya merupakan perayaan
yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia. Hari ini
merupakan hari cuti am di Malaysia. Mitos yang paling terkenal di kalangan masyarakat
India di Malaysia berhubung tujuan perayaan Deepavali adalah kisah Dewa Krishna
membunuh Narakasura. Seterusnya penduduk kampong telah meraikan kemenangan
Kebaikan menewaskan Kejahatan dengan menyalakan lampu serta berpesta. Satu lagi
mitos yang lebih terkenal di Benua Kecil India adalah berdasarkan epik Ramayana di
mana Rama berjaya membunuh Ravana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman.
Lalu, mereka bersama-sama Sita pulang dari Langka ke Ayodhya. Kepulangan mereka
selepas 14 tahun disambut para penduduk dengan menyalakan lampu dan berpesta.
Memandangkan kedua-duanya hanyalah mitos, tidak menjadi masalah kisah mana satu
yang menjadi ikutan dan turutan di kalangan kaum India beragama Hindu yang
menyambut Deepavali. Apa yang penting, simbol kebaikan atau Cahaya menumpaskan
Kejahatan atau Kegelapan adalah menjadi pegangan utama mereka .

Sebulan sebelum perayaan Deepavali, kaum India akan membeli-belah untuk


membeli pakaian tradisional seperti sari bagi kaum wanita dan dhoti dengan jippa bagi
kaum lelaki. Juadah dan manisan turut disediakan kerana manisan sering menjadi acara
pembuka sebelum memulakan sesuatu majlis, acara dan hari perayaan. Penganut agama
Hindu percaya bahawa manisan mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai
positif dan kesejahteraan yang berpanjangan. Mereka akan dihidangkan dengan juadah
tradisional kaum india yang terkenal seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis
hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Hari Deepavali. Antaranya ialah
aloogobi iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, paneer campuran masala
bersama yogurt dan kari dal. Tidak ketinggalan juga, kuih-muih tradisional lain seperti
muruku dan payasam. Muruku, Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan kuih-muih
tradisional orang India.

Pakaian tradisional penganut agama Hindu bagi kaum lelaki dan wanita

Kuih-muih dan manisan yang disediakan untuk menyambut perayaan Hari


Deepavali

Malam sebelum perayaan Deepavali, semua ahli keluarga akan berkumpul dan
akan menghiaskan pintu masuk rumah masing-masing dengan kolam. Kolam ini
merupakan upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan
pelbagai warna. Kolam ini melambangkan penyembahan Dewa Lakhsmi. Tujuan kolam
ini dilukis adalah untuk memberikan makanan kepada haiwan-haiwan kecil seperti Kaum
wanita akan menghiaskan tangan mereka dengan mengenakan inai pada jari tangan dan
kaki mereka.
Kolam

Pada pagi Hari Deepavali, penganut agama Hindu akan bangun lebih awal iaitu
sebelum matahari terbit. Seluruh keluarga akan mandi dan membersihkan diri mereka
sebelum menyambut perayaan tersebut. Upacara mandi minyak bijian turut dilakukan
pada awal pagi bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijian akan
disapu oleh orang yang lebih tua seperti ibu atau nenek ke atas kepala setiap ahli
keluarga. Kebaikan mandi minyak bijian ini bagaikan mandi di Sungai Ganga yang suci
yang bertujuan untuk membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki.

Mandian minyak

Selepas mandian, penganut agama Hindu akan memakai pakaian baru untuk
menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang. Kemudian, seluruh
ahli keluarga akan mengunjungi kuil untuk sembahyang istimewa. Penganut agama Hindu
akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk mendapatkan
kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal
dunia. Selepas sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang
dinamakan Prasad sebelum pulang ke rumah.

Pada malam perayaan Deepavalii, upacara memasang pelita dijalankan yang


disertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu vilakku. Lampu
vilakku adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Perayaan
Deepavali juga akan bertambah meriah dengan lampu-lampu moden. Penganut agama
Hindu percaya bahawa Dewa Kekayaan dan Kemakmuran iaitu Dewa Lakshmi akan
datang melawat rumah mereka pada masa itu. Secara kesimpulannya, upacara
memasang lampu tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Lakshmi.

Pemasangan lampu vilakku dalam rumah untuk menyambut perayaan Hari


Deepavali

4) KEPENTINGAN MENGAMALKAN AMALAN AGAMA HINDU

Salah satu kepentingan mengamalkan amalan agama Hindu ialah dapat


melahirkan masyarakat India yang mengikuti nilai-nilai yang terdapat dalam ajaran agama
dalam kehidupan seharian. Contohnya, nilai kesederhanaan. Penganut Hindu perlu
bersikap jimat-cermat ketika menjalankan kehidupan seharian dan ketika menyambut
perayaan. Mereka tidak perlu membazirkan wang untuk perkara-perkara yang tidak
berguna seperti arak dan mercun. Penganut Hindu digalakkan untuk memberi sumbangan
kepada orang yang lebih memerlukannya.

Seterusnya, kepentingan mengamalkan amalan agama Hindu adalah penganut


agama Hindu dapat mengetahui tentang kelahiran semula. Hal ini dapat dibuktikan
melalui kitab-kitab suci. Kitab-kitab suci agama Hindu telah menjawab ini dengan amat
jelas. Ketuhanan dalam manusia hanya akan terserlah apabila mindanya menjadi suci
sepenuhnya. Namun, ini akan memakan masa yang agak lama. Badan tidak boleh
bertahan lama. Jadi, kerja menyucikan minda tidak boleh dihabiskan dalam satu jangka
hidup. Oleh itu, penganut Hindu mempercayai bahawa perlu melalui beberapa kelahiran
untuk menyucikan minda mereka.

Kepentingan lain mengamalkan amalan agama Hindu adalah dapat mengetahui


adat, tradisi dan kepercayaan tentang agama tersebut. Misalnya, penganut agama Hindu
akan mengadakan suatu upacara sembahyang bagi orang yang telah meninggal dunia
pada setiap tahun pada hari kematian mereka. Tradisi yang diamalkan adalah mandian
minyak pada hari Deepavali. Tradisi ini diikuti sejak turun-temurun. Kepercayaan yang
diamalkan oleh penganut agama Hindu adalah tidak boleh memotong kuku pada hari-hari
tertentu seperti hari Jumaat kerana hal ini dipercayai akan membawa musibah.

Di samping itu, kepentingan amalan agama Hindu adalah mewujudkan perpaduan


kepada sesuatu kelompok manusia. Agama Hindu merupakan satu faktor dalam
pembentukkan kelompok manusia. Ini adalah kerana sistem agama Hindu menimbulkan
keseragaman bukan sahaja kepercayaan yang sama, malah tingkah laku, pandangan
dunia dan nilai yang sama.

Sebagai kesimpulan, setiap agama yang terdapat di Malaysia seperti agama Islam
dan agama Buddha mempunyai amalan agama masing-masing dalam rutin harian
individu, aktivit keluarga dan amalan selama setahun. Agama-agama ini juga mempunyai
kepentingan mengamalkan amalan agama kepada diri individu. Oleh hal yang demikian,
semua orang mempunyai kebebasan untuk menganuti agama yang diingini. Adalah
menjadi tanggungjawab penganut setiap agama juga untuk mengikuti ajaran agama yang
dianuti oleh mereka.

REFLEKSI

Saya Tavanisha A/P Ravichandran telah melaksanakan tugasan projek Bahasa


Melayu Kontekstual dengan jayanya. Tugasan ini telah diberi taklimat oleh En. Md.
Shahaidil bin Ab. Rahman selaku pensyarah pembimbing kami. Beliau telah memberi
penerangan tentang prosedur melaksanakan tugasan yang diberi. Beliau juga
menyatakan bahawa perlu menggunakan pelbagi sumber seperti buku buku ilmiah dan
melayari internet. Beliau menyatakan sedemikian supaya perkara ini akan memudahkan
tugasan saya untuk menulis esei yang diberikan dalam tugasan itu. Pensyarah
pembimbing juga telah menyatakan bahawa tugasan ini merupakan tugasan individu .
Penerangan beliau memberi satu gambaran yang jelas kepada saya tentang tugasan
yang perlu dilaksanakan.

Melalui tugasan ini juga saya telah mengenali dengan lebih mendalam tentang
agama Hindu. Semasa menulis esei saya telah mempelajari apakah itu agama Hindu,
amalan rutin, aktiviti keluarga dan aktiviti selama setahun yang betul dalam agama
tersebut. Saya juga telah mengetahui bahawa keberkesanan seorang guru untuk
melahirkan seorang masyarakat yang mencintai ajaran agama mereka dan mengikutinya.

Sikap saya juga mencerminkan saya. sebagaimana yang kita ketahui pepatah
Melayu berbunyi seperti guru kencing berdiri, murid kencing berlari ini menggambarkan
bahawa sikap atau perlakuan saya akan dicontohi oleh murid saya. Tugasan ini telah
memberi satu pengajaran kepada saya bahawa saya harus menagmalkan agama saya
dengan betul supaya saya dapat menjadi teladan kepada anak murid saya. Saya juga
harus mengetahui ajara-ajaran agama saya dijaga supaya cara yang saya amalkan
sebagai guru tidak diejak oleh anak murid saya.

Masalah yang dihadapi semasa melaksanakan tugasan ini ialah saya tidak berapa
faham tentang kehendak soalan. Kepakaran saya dalam memahami soalan memang tipis
dan saya juga mempunyai kelemahan dalam hal menulis esei berdasarkan kehendak
soalan. Selepas merujuk pensyarah pembimbing beberapa kali baharu saya dapat
menggambarkan kehendak soalan tugasan saya. Bukan setakat itu sahaja masalah yang
dihadapi oleh saya, saya selalu melakukan kesalahan ejaan. Harap dalam tugasan ini
saya dapat mengelakkan kesalahan ejaan. Lagi satu masalah yang menjadi kelemahan
saya ialah selalu membuat tugasan di waktu terakhir. Harap mulai tugasan ini saya akan
belajar untuk membuat tugasan terlebih dahulu.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi
dorongan dan semangat dalam menyempurnakan tugasan ini.

RUJUKAN

Pengenalan Kepada Sains Sosial. (1998). Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Asal-Usul Lahirnya Agama Hindu di Dunia. (2014, Julai). Retrieved Mac 2016, from
http://kisahasalusul.blogspot.com/2014/07/asal-usul-lahirnya-agama-hindu-di-
dunia.html

Pengajian Malysia. (2014, August). Retrieved Mac 2016, from


http://pmjpengajianmalaysia.blogspot.my/2014/08/agama-hindu.html

Hery. (2011, Disember). Pendidikan Agama Hindu. Retrieved Mac 2016, from
http://pendidikan-hery.blogspot.my/2011/12/yoga-surya-namaskar-surya-
namaskar.html

Mair, L. (1989). Antropologi Sosial Permulaan. Kuala Lumpur: Percetakan Naz Sdn.Bhd.

Selat, N. (1993). Konsep Asas Antropologi. Kuala Lumpur: Mas'adah (M) Sdn. Bhd.
LAMPIRAN

You might also like