Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 4 Tahun 2013

BAB 2 DAYA DAN GERAKAN

2.1 Gerakan Linear

Kuantiti fizikal Definisi kuantiti, simbol dan unit


Jarak, s Jumlah panjang lintasan yang dilalui oleh suatu jasad.
Distance, s Kuantiti: Skalar Unit SI: meter (m)
Contoh: 100 m

A B
C
Jarak = 140 m 40 m

Sesaran, s Jarak suatu jasad bergerak dari kedudukan asal pada arah tertentu.
Displacement,s Kuantiti: Vektor Unit SI: meter (m)
Contoh: 100 m U

A B
C
40 m
Sesaran = 60 m ke arah timur A

Laju, v Laju ialah kadar perubahan jarak terhadap masa


Speed, v Laju = Jarak yang dilalui = s
Masa yang diambil t Unit SI: ms-1
Kuantiti: Skalar

Halaju, v Halaju ialah kadar perubahan sesaran terhadap masa


Velocity, v Halaju = Sesaran
=s
Masa yang diambil t Unit SI: ms-1
Kuantiti: Vektor

Laju purata Laju purata = Jumlah jarak yang dilalui contoh:


Average speed 3m
Masa yang diambil B C
Penyelesaian: U
4m3m 4m 5m
Laju purata = = 0.5 ms-1
14 s 37
A
Halaju purata Halaju purata = Sesaran
Average Sebuah kereta mainan
Masa yang diambil
velocity mengambil masa 14 s
Halaju purata = 5 m = 0.36 ms-1 untuk bergerak dari A
14 s ke B dan kemudian
bergerak 3m ke C.

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan 1


Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 4 Tahun 2013

Laju seragam Laju seragam ialah laju yang mempunyai magnitud yang sama di
Uniform speed sepanjang lintasan.
Halaju seragam Halaju seragam ialah halaju yang mempunyai magnitud dan arah
Average gerakan yang sama.
velocity
Pecutan, a Apabila halaju suatu objek berubah terhadap masa, objek tersebut
Acceleration, a dikatakan sedang memecut.
Pecutan ialah kadar perubahan halaju terhadap masa.
Perubahan halaju unit SI: ms-2
Pecutan, a =
Masa yang diambil

Pecutan, a = Halaju akhir, v - Halaju awal, u


Masa yang diambil,t
a =v - u
t
a Suatu objek dikatakan mempunyai pecutan positif jika halaju objek
itu sentiasa bertambah.

0s 2s 4s 6s

Nyahpecutan Suatu objek dikatakan mempunyai pecutan negatif jika halaju objek
Deceleration itu sentiasa berkurang. Pecutan negatif = Nyahpecutan

0s 2s 4s 6s
Pecutan sifar Suatu objek bergerak dengan pecutan sifar jika objek itu bergerak
Zero dengan halaju seragam.
acceleration

0s 2s 4s 6s 8s

Pecutan Suatu objek bergerak dengan pecutan seragam jika halajunya


seragam bertambah pada kadar yang sama.
Uniform
aceleration Contoh: Apabila sebuah kereta bergerak dengan pecutan seragam
5 ms-2. Halajunya bertambah 5 ms-1 bagi setiap 1 saat sedang ia
bergerak.

Info tambahan Sama = seragam = tetap = malar


Halaju bertambah = pecutan
Halaju berkurang = nyahpecutan
Halaju sifar = objek tidak bergerak/pegun
Halaju negatif = objek bergerak pada arah berlawanan
Pecutan sifar = halaju seragam
Pecutan negatif = nyahpecutan

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan 2


Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 4 Tahun 2013

Latihan 2.1(a): Penyelesaian masalah melibatkan jarak, sesaran, laju, halaju, pecutan
dan nyahpecutan.

(1) Seorang budak mengayuh basikal Penyelesaian:


sejauh 2 km dari rumahnya menuju ke
sebuah kedai. Selepas itu, dia balik dan
dalam perjalanan balik, dia berhenti di
sebuah warung yang berada sejauh 1.2
km dari rumahnya. Berapakah
(a) Jumlah jarak budak itu mengayuh
basikal dari rumah ke warung.
(b) Jumlah sesaran budak itu mengayuh
basikal dari rumah ke warung.
(2) Seorang pelari 400 m mengambil masa Penyelesaian:
1 minit 12 saat untuk menamatkan
lariannya. Tentukan laju puratanya.

(3) Seorang peserta acara jalan kaki Penyelesaian:


bermula dari titik P ke Q ke arah timur
sejauh 500 m dan kemudiannya ke utara
menuju R sejauh 1200 m lagi. Jumlah
masa yang diambil untuk bergerak dari P
ke R adalah 3 minit 20 saat. Tentukan
(a) Jumlah jarak
(b) Sesaran
(c) Laju purata
(d) Halaju purata

(4) Sebuah kereta bermula dari keadaan Penyelesaian:


pegun dan memecut secara seragam
supaya mencapai halaju 40 ms-1 dalam
masa 10 saat.
Kemudian kereta itu memperlahankan
keretanya dan selepas 5 saat, kereta itu
berhenti. Tentukan
(a) Pecutan kereta pada 10 saat pertama
(b) Pecutan kereta 5 saat berikutnya.

Lengkapkan ayat di bawah:

1. Laju seragam 10 ms-1 = Suatu objek bergerak sejauh......................dalam setiap. ...........

2. Halaju seragam -10 ms-1 =............................dilalui oleh suatu objek sejauh 10 m dalam
setiap................ke kiri.

3. Pecutan seragam 4 ms-2 = Laju meningkat sebanyak 4ms-1 dalam setiap ..............

4. Nyahpecutan seragam 4 ms-2 = Laju............................sebanyak 4m-1 dalam setiap.........

5. Halaju seragam 10 ms-1 = ..................................................................................................

..................................................................................................................................................

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan


3
Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 4 Tahun 2013

Jangka masa detik

Jangka masa detik adalah alat yang digunakan


untuk mengkaji gerakan. Kertas karbon
Ia berfungsi seperti jam iaitu alat pengukuran
masa. Selain daripada itu ia dapat digunakan
untuk menentukan sesaran, halaju dan
pecutan objek.
Kejituannya adalah 0.02 saat. Pin pengetar
Ia menggunakan a.u., menyebabkan jarumnya
bergetar dan menghasilkan titik pada pita detik. Pita detik
Di Malaysia oleh kerana frekuensi a.u. ialah 50
Hz, maka ia menghasilkan 50 getaran sesaat. 50 detik = 1 saat
1 detik ialah selang masa di antara dua 1
titik berturutan. 1 detik = 50 saat = 0.02
saat n detik = 0.02 x n saat.

Analisis pita detik dalam menentukan laju dan pecutan suatu objek.

Analisis gerakan Formula


Halaju Masa, t = 10 detik x
10 detik 0.02 s
= 0.2 s
Jarak, s = x cm
x cm s x cm
Laju = =
t 0.2 s
Pecutan Halaju awal, u
s x1
= t = 0.2
X1 cm X2 cm Halaju akhir, v
Selang masa, t = (5-1) x 0.2 s = 0.8 s s x2
Atau = =
t 0.2
Selang masa,t = (50 10) detik x 0.02 s = 0.8 s Pecutan:

a=v-u
t

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan 4


Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 4 Tahun 2013
Corak Pita Detik dan Corak Carta Pita Detik

Corak Pita Detik dan Corak Carta Pita Detik Ciri-ciri gerakan
Jarak antara dua titik adalah sama di
sepanjang pita detik.
(a) Corak pita detik (a):
- Halaju seragam dan bergerak
perlahan
(b) Corak pita detik (b):

- Halaju seragam dan bergerak laju

Jarak antara dua titik bertambah dengan


seragam.
Halaju objek bertambah secara
seragam.
Objek bergerak dengan pecutan
seragam.

Jarak antara dua titik berkurang dengan


seragam.
Halaju objek berkurang dengan
seragam.
Objek mengalami nyahpecutan
seragam.

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan 5

You might also like