Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)

UNIT 10: PENGURUSAN KEWANGAN


10.0 Objektif:

Di akhir topik ini, pelajar seharusnya dapat:


1. Membezakan beberapa definisi berkaitan sumber kewangan;
2. Mengetahui kepentingan sumber kewangan kepada aktiviti kokurikulum di sekolah;
3. Menjelaskan peranan ahli dalam meningkatkan tabung atau dana dalam pelaksanaan
aktiviti kokurikulum di sekolah.

10.1 Pengenalan

Pengurusan kewangan dalam aktiviti kokurikulum

- Membuat penyata kewangan dengan rapi, betul, teratur dan sistematik.


- Tugas di bawah bendahari

10.2 Sumber Kewangan

1. Akaun Wang SUWA


2. Tajaan
3. Kutipan derma dan sumbangan pihak luar
4. Usaha ahli
5. Sumbangan atau derma keahlian
6. Peruntukan kokurikulum

10.2.1 Akaun Wang Suwa

Satu akaun berasingan daripada peruntukan KPM atau JPN yang punca pendapatannya dari:

1. Pajakan atau sewa kantin sekolah


2. Derma org perseorangan atau swasta
3. Yuran tahunan murid (seperti yuran perpustakaan, kokurikulum, sukan,
peperiksaan, agama , moral dan sebagainya.
4. Sumbangan org perseorangan atau swasta

Wang Suwa boleh digunakan untuk aktiviti koko pelajar dengan kadar yang ditentukan oleh
pentadbir. Akaun akan di audit oleh KPM.

10.2.2 Tajaan

1. Aktiviti kokurikulum boleh ditaja oleh syarikat penaja atau beberapa penaja
2. Syarikat rokok, minuman keras atau perjudian tidak dibenarkan (Pekeliling SPI Bil 6
Tahun 1988)
3. Memberi manfaat kedua-dua pihak (win-win) seperti tajaan Milo, Petronas, Shell,
TNB, Institusi Kewangan sebagainya.

1
Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)

10.2.3 Kutipan derma @ Sumbangan Pihak Luar

1. Persatuan atau Kelab atau Badan Beruniform atau permainan boleh dapatkan
sumber kewangan, hamper, hadiah dengan cara kutipan derma dan sumbangan
pihak luar.
2. Antaranya : NGO, Majlis Belia, Yayasan, JBS, jab Perpaduan Negara, syarikat swasta
(SPI Bil 7, 1983)

Caranya:
a. Surat rayuan
b. Jogathon dsb
c. Iklan

10.2.4 Usaha Ahli

a. Minggu kerja
b. Hari Kantin
c. Karnival Kokurikulum
d. Kad derma
e. Kumpul dan jual barangan terpakai
f. Sumbangan Keahlian atau derma keahlian
g. Boleh dikutip dari setiap ahli (tidak digalakkan)

10.3 Peruntukan Kokurikulum

1. Akan dimaklumkan oleh pentadbir


2. Jumpa pentadbir untuk bincang program kokurikulum yang telah diluluskan
3. Hantar penyata perbelanjaan ke PPD atau JPN
4. Perbelanjaan ikut pecahan nisbah 8:2 (8 untuk aktiviti kokurikulum dan 2 utk
motivasi kokurikulum.
5. Adakan mesyuarat dengan penyelaras jika buat program
6. Hantar laporan perbelanjaan kokurikulum pada PPD atau JPN

10.4 Peraturan Kutip Wang

1. Boleh kutip jika perlu.


2. Kadar sumbangan ditentukan dalam perlembagaan persatuan atau keputusan J/K
Kerja persatuan
3. Kutipan dilakukan oleh bendahari atau wakil yang dilantik

Semua kutipan perlu dicatat dalam ruangan penyata kutipan

10.5 Peraturan Simpan Wang

1. Semak, simpan damn urus akaun kewangan kelab atau persatuan adalah bawah
tanggungjawab pengetua
2. Wang tak melebihi RM500 simpan dalam peti besi sekolah
3. Wang lebih RM500 simpan dalam akaun wang SUWA

2
Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)

Latihan

1. Bincangkan cara-cara pengumpulan dana yang dibenarkan dilaksanakan oleh murid


sekolah rendah.

2. Huraikan mengapa terdapat beberapa syarikat swasta tidak dibenarkan


menyumbangkan sumber kewangan mereka terutamanya bagi aktiviti kokurikulum.

3. Jelaskan kekuatan cara mengumpulkan sumber kewangan untuk aktiviti kokurikulum


secara karnival berbanding secara individu.

You might also like