Professional Documents
Culture Documents
Amali Awan Dan Cuaca
Amali Awan Dan Cuaca
Amali Awan Dan Cuaca
Tujuan:
Untuk mengkaji jenis-jenis awan yang terbentuk di langit dan membuat ramalan cuaca.
Penyataan masalah:
Adakah jenis-jenis awan mempengaruhi cuaca?
Teori:
Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera udara. Ia kelihatan
seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit. Proses pembentukan awan bermula
daripada haba matahari memanaskan air di sungai, tasik, laut dan permukaan bumi lalu
menyejat membentuk wap air di udara, proses ini dipanggil pemeluwapan. Wap air akan
terus naik ke atas, bertemu dengan udara sejuk dan terkondensasi membentuk titisan-
titisan air. Titisan-titisan air akan berkumpul dan membentuk awan. Apabila lebih banyak
wap air terkondensasi, titisan-titisan air di dalam awan akan bergabung menjadi semakin
besar dan berat sehinggalah sampai satu peringkat titik masksimum lalu jatuh ke Bumi
sebagai hujan. Air hujan mengalir semula ke dalam sungai, tasik, laut dan permukaan
bumi.
Hipotesis:
Cuaca ramalan akan dipengaruhi oleh jenis awan yang terbentuk di langit pada hari
yang sama.
Radas:
Kamera canon.
Termometer.
Prosedur:
1. Maklumat mengenai awan dan cuaca telah diperolehi dan dibaca dari sumber-
sumber seperti buku, teks, internet dan lain-lain.
2. Lokasi yang sesuai telah dipilih dan jenis-jenis awan yang terdapat pada
kawasan tersebut diperhatikan selama 10 hingga 14 hari. Pemerhatian perlu
dibuat pada masa yang sama selama sejam setiap hari. Data-data lain seperti
suhu, kelembapan, arah dan halaju angin juga boleh didapati.
3. Perubahan cuaca yang mungkin berlaku dalam masa 3 jam diramalkan selepas
pemerhatian pertama dibuat.
4. Semua pemerhatian iaitu jenis-jenis awan dan juga sebarang perubahan cuaca
yang berlaku direkodkan dalam jadual 1.0.
5. Data yang dikumpulkan dianalisis dan diinterpretasi.
6. Satu laporan ditulis perlu mengangdungi gambar-gambar, jadual, carta, rujukan
dan sebagainya yang dapat menyokong perbincangan pemerhatian dan ramalan
yang dibuat.
7. Implikasi dapatan terhadap kehidupan harian diterangkan.
Keputusan:
Lokasi: IPG Kampus Ipoh
Tarikh mula: 16/2/2016
Tarikh akhir: 25/2/2016
Tempoh masa: 5.00pm hingga 6.00pm
Jadual 1.0: Pemerhatian
Tarikh/ Gambar/Jenis awan Suhu/Kelembapan/ Pemerhatian
Ramalan Keadaan
Masa Halaju angin
sebenar
Sirokumulus
17/2/16
5.30pm Suhu: 32 C Tiada hujan Tiada hujan
Kelembapan: 80%
Halaju angin:
11km per jam
Sirus
Kumulus
19/2/1 Suhu: 32C Hujan Hujan renyai-
6 Kelembapan: 90% renyai- renyai
6.00p Halaju angin: renyai
m 7km per jam
Stratokumulus
Kumulus
Altostratus
Kumulunimbus
Stratokumulus
Kumulunimbus
Perbincangan (Analisis dan interpretasi data)
1. Jenis awan memang dapat mempengaruhi cuaca pada hari tertentu. Jadi melalui
amali ini, saya akan menganalisis dan menginterpretasi data yang telah saya kumpul
untuk menguji kebenaran teori ini.
2. Saya telah merujuk kepada weather application of sony xperia C dalam smartphone
saya untuk mendapatkan maklumat mengenai suhu, kelembapan dan halaju angin.
Saya mendapati bahawa maklumat dalam application ini adalah tepat.
5. Di samping itu, saya juga telah mengenal pasti kekuatan kaedah amali yang telah
saya jalankan iaitu membuat rujukan daripada buku-buku dan internet sebelum
memulakan amali. Dengan ini, saya dapat mengetahui setiap jenis awan dan juga sifat-
sifat serta kriteria-kriteria awan tersebut agar memudahkan saya untuk meramal cuaca
selepas 3 jam.
6. Walau bagaimana pun, saya mendapati bahawa terdapat sedikit kelemahan dalam
kaedah amali ini iaitu meramal cuaca selepas 3 jam berdasarkan jenis awan sahaja.
Selepas menjalankan amali ini dan menganalis serta menginterpretasi data yang telah
saya kumpul, factor-faktor lain seperti faktor halaju angin, suhu dan kelembapan turut
menyumbang kepada perubahan cuaca.
7. Jadi, saya berpendapat bahawa faktor-faktor lain juga perlu diambil kira semasa
menjalankan amali ini agar ramalan cuaca yang tepat dapat dilakukan,
1. Memastikan tidak terdapat halangan terhadap awan, seperti asap yang tebal.
2. Memastikan gambar diambil di tempat yang lapang dan lokasi yang sama setiap
hari.
Kesimpulan:
Hipotesis diterima. Cuaca ramalan akan dipengaruhi oleh jenis awan yang terbentuk di
langit pada hari yang sama. Walau bagaimanapun, ramalan cuaca tidak bolah sekadar
berdasarkan kepada jenis awan sahaja tetapi faktor-faktor lain seperti faktor halaju
angin, suhu dan kelembapan juga perlu dipertimbangkan agar memperoleh ramalan
cuaca yang lebih betul dan tepat.
Refleksi:
Nama: Michael Kong Hung XI
Selepas menyiapkan amali ini, saya telah mengenali jenis awan dan hubungannya
dengan perubahan cuaca lebih mendalam. Melalui menjalankan eksperimen ini, saya
juga melatih sikap sabar kerana eksperimen ini perlu dijalankan selama 10 hari,
Pengetahuan yang tidak dapat dinilai harganya memang dapat memberi banyak
manfaat kepada kehidupan harian saya.
Rujukan:
Cheong Foon Choong. (2001). STPM Fizik Jilid 1. Selangor: Pearson Education
Malaysia Sdn. Bhd.
Cloud Types and Precipitation. (t.t & t.p). Dilayari pada 17 Februari 2016, dari
http://www.bom.gov.au/weather-services/about/cloud/cloud-types.shtml
Infografik ~ Jenis-jenis Awan. (2012). (t.p). Dilayari pada 20 Februari 2016, dari
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=382126
Lim Ching Chai, Chia Song Choy, & Poh Liong Yong. (1999). Fizik Spm. Selangor:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Masdiisya. (2011). Mengapa Awan Hujan Berwarna Gelap?. Dilayari pada 20 Februari
2016, dari https://masdiisya.wordpress.com/2011/01/10/mengapa-awan-hujan-
berwarna-gelap/
Poh Liong Yong. (2003). Stpm Physics Volume 1. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn.
Bhd.