Laporan 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

LAPORAN 1

1.0Pengenalan

Pengurusan kewangan merupakan satu aspek yang penting di sekolah. Aspek pengurusan

kewangan merupakan satu tugas penting yang perlu dikendalikan dengan sistematik dan

berkesan. Di sekolah, Guru Besar bertanggungjawab sepenuhnya untuk menentukan aspek

kewangan dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Guru

Besar juga untuk memastikan bahawa tidak ada sebarang penyelewengan berlaku di dalam

pentadbiran kewangan sesebuah sekolah.

Pengurusan kewangan dapat dilaksanakan dengan sistematik adalah bergantung kepada

kemahiran, kepimpinan dan sikap Guru Besar sesebuah sekolah itu sendiri. Namun, tugas dan

tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada Guru Besar pula telah menjadi satu masalah

besar kepada pengurusan kewangan sekolah apabila telah dilaporkan bahawa terdapat kes

penyelewengan dan penyalahgunaan wang yang berlaku berpunca daripada Guru Besar itu

sendiri. Hal ini umpama harapkan pagar, pagar makan padi. Walaubagaimanapun, setelah

pihak KPM melaksanakan tabung ini, timbul pula isu yang semakin hangat diperkatakan dari

hari ke hari iatu guru KWAPM menyeleweng duit yang sepatutmya diberikan kepada murid.

2.0 Penemuan Audit

Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, terdapat penyelewengan dalam mengagihkan

bantuan Kumpulan Wang Amanah Saham Pelajar Miskin (KWAPM) di mana dilaporkan

lapan kes kehilangan dan penyelewengan wang berjumlah RM 196,550 telah dilaporkan dari

tahun 2004 hingga 2008. Dua kes melibatkan penyalahgunaan wang oleh guru besar, tiga kes
kehilangan wang oleh guru besar, dua kes kegagalan guru besar menyerahkan wang dan satu

kes aduan penyelewengan kewangan oleh guru besar. Menyedari masih ramai masyarakat di

negara kita yang masih tercicir dan tidak berkemampuan untuk mendapat peluang

pendidikan, pihak KPM telah menunjukkan keprihatinannya dengan menubuhkan Kumpulan

Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid yang berkelayakan.

Isu penyelenggaraan dokumen dan rekod serta penyediaan penyata kewangan yang lemah

merupakan salah satu punca berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang di

sekolah. Hal ini mudah berlaku kerana apabila penyata kewangan tidak tetap dan sentiasa

mempunyai kesilapn dalam penyata akan memudahkan pihak bertanggungjawab untuk

membuat penyelewengan wang sekolah. Penyalahgunaan wang mudah berlaku sekiranya

Buku Tunai tidak dikemaskini setiap masa. Namun, kita sedia maklum tentang laporan Ketua

Audit Negara, 2009 telah melaporkan penyelewengan ini berlaku disebabkan oleh Guru

Besar sendiri, maka seharusnya pihak atasan seperti pihak Pejabat Pelajaran Daerah ataupun

Jabatan Pelajaran Negeri itu sendiri turun padang untuk memantau dan membuat semakan

bersama-sama pihak pentadbir untuk memastikan segala pengurusan kewangan di setiap

sekolah berjalan dengan lancar.

2.0 Saranan bagi menyelesaikan isu

Kesedaran pihak kementerian tentang masalah yang semakin berleluasa ini untuk

mengatasi masalah ini adalah pihak berkenaan telah memperkenalkan bantuan KWAPM akan

diberikan kepada murid yang berdaftar melalui sistem eKASIH. Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) telah mensasarkan penyaluran bantuan KWAPM adalah dilaksanakan

berdasarkan senarai nama yang diperolehi daripada Data Kemiskinan Nasional yang dikenali
sebagai eKASIH. Berdasarkan mesyuarat bersama Jemaah Menteri, semua bantuan

persekolahan akan diuruskan oleh KPM sahaja dengan menggunakan Sistem eKASIH ini.

Sekiranya isu penyalahgunaan wang di sekolah ini terus menerus menjadi fenomena biasa

bagi warga pendidik dan pihak pentadbir, semestinya institusi pendidikan akan terus dicemari

dengan unsur-unsur yang negatif. Jadi, sewajarnya perkara ini haruslah dibendung dan

ditangani dengan segera. Antara langkah yang boleh diambil untuk menangani isu

penyalahgunaan wang ini, pihak pentadbir haruslah sentiasa membuat pemantauan

(monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap.

Pihak pentadbir boleh memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada

berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang di sekolah.

Jika kita merujuk kepada kes penyelewengan wang yang dilaporkan dari tahun 2004 hingga

2008, kesemua kes penyelewengan disebabkan kesalahan etika yang dilakukan oleh Guru

Besar. Guru Besar merupakan pemimpin sekolah yang perlu memainkan peranan penting

untuk mencapai kecemerlangan dan kelestarian untuk sesebuah organisasi.

Guru Besar mesti memiliki kredibiliti dan kompeten dengan kemahiran pentadbiran,

pengurusan dan kepimpinan. Jadi, Guru Besar akan mendapat kepercayaan, kebergantungan,

keyakinan, sokongan, kesepakatan bekerja dan dapat meningkatkan kesetiaan serta komitmen

daripada anggota organisasi, pelanggan dan stakeholders ( Syed Ismail & Ahmad Subki,

2010). Hal ini berlaku disebabkan sikap Guru Besar yang merasakan dirinya ketua organisasi

sesebuah sekolah dan beranggapan tidak akan ada individu lain yang akan memantaunya di

samping sahsiah diri yang rendah. Seorang Guru Besar yang baik seharusnya sentiasa

mengambil tindakan segera sekiranya wujud masalah dalam pengurusan kewangan organisasi

sekolah.
Selain itu juga, bagi mengatasi masalah penyalahgunaan wang di sekolah. Pihak KPM

boleh melaksanakan satu sistem iaitu satu murid satu akaun bank. Sistem bayaran itu pula

terus disalurkan ke dalam akaun murid. Jika sebelum ini, wang pengagihan KWAMP akan

dikreditkan ke dalam akaun sekolah. (Sumber: http://Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud,

Keningau, Lobi Forum SK Tuarid/ Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. Selepas itu

pihak pengurusan sekolah yang akan mengagihkan wang bantuan tersebut, tidak semestinya

wang tersebut akan terus diedarkan kepada murid. Bagi pihak pengurusan yang

bertanggungjawab, kemungkinan wang tersebut akan digunakan dahulu untuk kegunaan atau

kepentingan lain.

Hal ini akan menyebabkan penyelewengan dalam pihak pentadbir. Di samping itu juga,

pihak pengurusan haruslah bijak membuat pengurusan belanjawan. Mereka harus menyedari

akan kesalahan dalam menggunakan wang bantuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Pemberian bantuan yang disediakan oleh kerajaan tidak boleh digunakan dengan sewenang-

wenangnya. Oleh itu, pihak pentadbir harus bijak mengurus belanjawan sekolah.

Kebiasaannya, pihak pentadbir gagal membuat perbelanjaan mengikut peruntukan yang

ditetapkan. Oleh sebab itiu, pihak tersebut terpaksa menyalahgunakan wang yang sepatutnya

diberikan kepada murid yang memerlukan bantuan untuk menampung perbelanjaan yang

tidak mencukupi tersebut. Sekiranya pihak pentadbir tidak mempunyai perbelanjaan yang

mencukupi, mereka boleh membuat permohonan pindah peruntukan kepada pihak atasan.

Di samping itu ibu bapa harus memainkan peranan yang serius dalam melibatkan diri

dengan PIBG di sekolah. Sekiranya PIBG aktif di sekolah, masalah penyelewengan wang di

sekolah ini dapat dibendung. Sekiranya berlaku penyelewengan, ibu bapa harus bersuara dan

bukan hanya menjadi datang ke sekolah mendengar perbincangan tetapi memahami isi

mensyuarat yang dibincangkan. Penglibatan ibu bapa dalam mesyuarat untuk pemilihan
murid yang layak menerima bantuan KWAPM juga dapat memberikan kesan positif untuk

mengelakkan masalah penyalahgunaan wang KWAPM ini.

Walaubagaimanapun, guru dan ibu bapa haruslah sentiasa aktif dan peka dengan proses

penyaluran bantuan ini kepada murid iaitu bukan hanya pada awal mesyuarat sahaja menjadi

jawatankuasa pemilihan tetapi sehingga bantuan tersebut diserahkan kepada setiap penerima.

4.0 Kesimpulan

Sesetengah pihak mengambil mudah tugas yang diamanahkan. Sebagai contoh,

juruaudit yang ditugaskan untuk mengaudit kewangan di sebuah sekolah tidak melaksanakan

prosedur mengadit dengan baik. Isu penyelewengan ini juga sebenarnya adalah kita haruslah

sentiasa membuat refleksi ke atas diri sendiri di samping terdapat sokongan dan kesedaran

dari pihak luar untuk memastikan individu yang menyeleweng ini tidak terus hanyut dengan

dunia khayalan yang ternyata alpa dan melemahkan sesebuah institusi pendidikan. Guru

harus sedar tanggungjawab dan peranan sebenar seorang guru dan amanah yang

dipertanggungjawabkan keatas dirinya.

Selain membangunkan etika profesion keguruan dalam diri, guru seharusnya sentiasa

mempelajari ilmu-ilmu baru berkaitan mengurus dan mentadbir kerana guru semestinya

bukan hanya mengajar murid di dalam kelas tetapi juga merupakan seorang pengurus dan

pentadbir sekolah. Sekiranya ramai guru mempunyai kesedaran yang tinggi dalam diri

mengenai tanggungjawab dan amanah sebenar yang dipikul maka isu penyelewengan wang

di sekolah ini dapatlah di atasi dengan jayanya.

You might also like