Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

TEKS PENGACARA MAJLIS

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG


PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SK LEMBAGA ENDAU 2017

DISEMPURNAKAN OLEH:
YANG BERBAHAGIA

YBhg. En. Mohd Youzaimi bin Haji Yusof


Naib Ketua UMNO Bahagian Mersing
merangkap
Pegawai Khas Ahli Parlimen Mersing

TARIKH:

09 Mac 2017
(Khamis)

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Pengumuman:

1 Mesyuarat Agung PIBG SK Lembaga Endau 2017


Sukacita saya ingin memaklumkan tentang perjalanan program perasmian perasmian Mesyuarat Agung

Persatuan Ibubapa dan Guru SK Lembaga Endau 2017 yang akan berlangsung sebentar lagi.
1. Tuan/Puan diminta menambil tempat duduk masing-masing dan memenuhkan kerusi-kerusi yang
berada dihadapan.

2. Tuan/Puan diminta untuk memastikan telah melakukan pendaftaran di kaunter yang telah disediakan.

3. Apabila YBhg. En. Youzaimi bin Hj. Yusof tiba di Dewan, tuan/puan diminta untuk berdiri dan kita akan
sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik.

4. Untuk makluman siding hadirin sekalian, majlis kita pada petang ini akan dibahagikan kepada 3 slot
iaitu :

Slot 1: Majlis Perasmian.

Slot 2: Wacana Ilmu Pembelajaran Alaf Ke-21 (PAK-21)

Slot 3: Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru SK Lembaga Endau 2017

5. Majlis mengharapkan kerjasama daripada semua guru agar dapat bersama-sama sehingga mesyuarat
Agung kita selesai.

6. Sila matikan telefon bimbit atau letakan telefon tuan/puan dalam mod senyap

7. Para hadirin dipersilakan duduk untuk kita memulakan majlis perasmian.

8. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan pada hari ini sangat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, harap maklum. Kerjasama tuan/puan sangat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

TEKS PENGACARA MAJLIS


PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SK LEMBAGA ENDAU 2017
2 Mesyuarat Agung PIBG SK Lembaga Endau 2017
MASA PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAI Catatan
Ketibaan Mengumumkan ketibaan Instrumental
tetamu khas YBhg. En. Mohd Youzaimi bin Haji Yusof Kompang
Naib Ketua UMNO Bahagian Mersing
merangkap
Pegawai Khas Ahli Parlimen Mersing

selaku tetamu kehormat dengan diiringi barisan


AJK PIBG dan pentadbir sekolah ke Mesyuarat Agung PIBG Kali
Ke-45 SK Lembaga Endau 2015.

Para hadirin diminta untuk berdiri.

Nyanyian Kita mulakan majlis dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Lagu
lagu Bangsa Johor beserta iringan muzik Negaraku
Para hadirin di minta bersedia. Lagu Bangsa
( Nyanyian lagu dimainkan) Johor
Tetamu Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk
duduk
Ucapan Kasihnya ibu membawa ke syurga Farid Helmi
aluan Kasihnya ayah berkorban nyawa
pengerusi Kasihnya guru mencurah ilmu
3 Mesyuarat Agung PIBG SK Lembaga Endau 2017
majlis Pemacu segala pelita dan lampu
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Menjalankan tugas dengan amanah
Untuk mendapat redha illahi dan keberkatan
Seribu tahun menjadi hikmat

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam


Satu Malaysia.

YBhg. En. Mohd Youzaimi bin Haji Yusof


Naib Ketua UMNO Bahagian Mersing
merangkap
Pegawai Khas Ahli Parlimen Mersing

Yang Berusaha En. Rahim bin Mohd Aris,


Yang DiPertua PIBG,
SK Lembaga Endau.

Yang Berusaha En. Zawawi bin Muda,


Guru Besar,
SK Lembaga Endau.
4 Mesyuarat Agung PIBG SK Lembaga Endau 2017
Yang Dihormati En. Samsuddin bin Atan,
Pengerusi JKKK Kampung Felda Endau

Yang Dihormati En. ......................................................


Pengurus Felda Endau

Pengerusi-pengerusi badan NGO, wakil-wakil Jawatankuasa


Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Ahli-ahli Jawatankuasa
PIBG SK Lembaga Endau, guru-guru penolong kanan, guru-guru,
para ibu bapa, tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang
dihormati sekalian.

Salam sejahtera, salam perpaduan, salam muafakat Johor dan


salam sehati sejiwa.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke


hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah
kurniaNya jua maka kita diberikan ruang waktu dan kesempatan,
dianugerahkan kesihatan, di dorong dan digerakkan minda dan
deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di dewan yang mulia
ini.
5 Mesyuarat Agung PIBG SK Lembaga Endau 2017
Pihak majlis serta seluruh warga SK Lembaga Endau berbesar hati,
mengucapkan selamat datang serta mengalu-alukan kedatangan
YBhg. En. Youzaimi serta semua tetamu jemputan yang hadir ke
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Lembaga
Endau kali ke-45 tahun 2017.

BACAAN DOA
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,


Majlis kita pada petang yang indah ini dimulakan dengan munajat
doa memohon restu berkat dari Yang Maha Esa. Untuk itu, majlis
dengan segala hormatnya menjemput
6 Mesyuarat Agung PIBG SK Lembaga Endau 2017
Al-Fadhil Ustaz Iberahim bin Taib,
Bilal Masjid At-Taqwa, Kampung Felda Endau

bagi memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya,


dipersilakan...
BACAAN DOA
Semoga dengan bacaan doa itu tadi akan dapat melancarkan lagi
perjalanan majlis kita pada hari ini. In Shaa Allah...

PENGENALAN MAJLIS
Sidang Hadirin warga dewan yang dihormati, objektif Mesyuarat
Agung PIBG SK Lembaga Endau kali ke-45 ini diadakan adalah
untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga serta guru
dalam sekolah berbincang, berkolaborasi, berunding dan
bekerjasama antara satu sama lain berkenaan dengan cara
memperbaiki taraf pendidikan murid sekolah ini. Di harap mesyuarat
yang akan kita adakan nanti berjalan dengan lancar dalam suasana
yang harmoni.

UCAPAN GURU BESAR

7 Mesyuarat Agung PIBG SK Lembaga Endau 2017


Kalau tuan mudik duluan,
Carikan saya buah berangan,
Ucapan sebagai alu-aluan,
Mari bersama kita dengarkan,

Meneruskan majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala


hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha En.
Zawawi bin Muda, Guru Besar, SK Lembaga Endau, untuk
menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan

-UCAPAN GURU BESAR-

Demikianlah ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh En.


Zawawi bin Muda. Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

UCAPAN YDP
Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

8 Mesyuarat Agung PIBG SK Lembaga Endau 2017


Seterusnya, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya
menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha En. Rahim bin
Mohd Aris, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK
Lembaga Endau bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan
-UCAPAN YDP-
Demikianlah ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh En.
Rahim bin Mohd Aris. Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

UCAPAN PERASMI
Terbang di awan burung jentayu,
Kerana penat gugur ke bumi,
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,


Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan

YBhg. En. Mohd Youzaimi bin Haji Yusof


Naib Ketua UMNO Bahagian Mersing
merangkap
9 Mesyuarat Agung PIBG SK Lembaga Endau 2017
Pegawai Khas Ahli Parlimen Mersing

Untuk menyampaikan bingkisan ucapan sekaligus merasmikan


majlis Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Lembaga
Endau kali ke-45 tahun 2017. Majlis dengan setulus takzim,
mempersilakan Tuan.

-UCAPAN PERASMI-

Majlis merakamkan sepenuh penghargaan dan setinggi-tinggi terima


kasih kepada YBhg. En. Mohd Youzaimi bin Haji Yusof di atas
ucapan perasmian yang telah disampaikan. Semoga kata ucapan,
amanat dan pesanan dapat kita hayati bersama.

PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA AJK PIBG SESI


2016/2017
Bercabang tiga si gunung daik
Di kakinya subur pohon meranti
Budi luhur dibalas baik
Dalam ingatan tersimpul mati
10 Mesyuarat Agung PIBG SK Lembaga Endau 2017
Hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan
kepada Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2016 / 2017. Untuk itu,
dipersilakan Yang Berusaha En. Zawawi bin Muda, Guru Besar,
SK Lembaga Endau bagi menjemput dan mengiringi YBhg. En.
Mohd Youzaimi bin Haji Yusof, Naib Ketua UMNO Bahagian
Mersing Merangkap Pegawai Khas Ahli Parlimen Mersing untuk
menyempurnakan acara. Dengan segala hormatnya, dipersilakan...

SENARAI AJK PIBG DALAM BUKU PROGRAM

Bagi penyampaian penyampaian sijil penghargaan kepada Ahli


jawatankuasa PIBG sesi 2016 / 2017, mendahului senarai...
Dipersilakan...

RUJUK SENARAI NAMA AJK PIBG SKLE 2016/2017

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg. En. Mohd


11 Mesyuarat Agung PIBG SK Lembaga Endau 2017
Youzaimi bin Haji Yusof, di atas kesudian menyempurnakan acara
itu tadi dan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih AJK
PIBG SK Lembaga Endau sesi 2016/2017.

PENYAMPAIAN HADIAH PERASMI


Orang berbudi, kita berbahasa. Sebagai tanda kenang-kenangan
diatas kesudian hadir menyempurnakan majlis ini, dengan ini majlis
mempersilakan Yang Berusaha En. Rahim bin Mohd Aris, Yang
DiPertua PIBG, SK Lembaga Endau untuk menyampaikan
cenderahati kepada YBhg. En. Mohd Youzaimi bin Haji Yusof,
Dipersilakan...

Dipersilakan YBhg. En. Mohd Youzaimi untuk menerima


cenderahati dari pihak sekolah.

-CENDERAHATI PERASMI-

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada


YBhg. En. Mohd Youzaimi bin Haji Yusof
Naib Ketua UMNO Bahagian Mersing
merangkap
12 Mesyuarat Agung PIBG SK Lembaga Endau 2017
Pegawai Khas Ahli Parlimen Mersing

diatas kesudian menerima cenderamata itu tadi.

JAMUAN VIP
Burung nuri burung merpati,
Hinggap di beranda hinggap ditangan ,
cenderamata di beri seikhlas hati,
Sebagai tanda buat kenangan.

Pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih


kepada tetamu kehormat, para jemputan dan semua hadirin-hadirat
dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
mengendalikan majlis perasmian mesyuarat agung tahunan kali ke-
45 PIBG SK Lembaga Endau 2017.

Sebelum mesyuarat agung diteruskan, dijemput dengan segala


hormatnya Tuan Guru Besar mempersilakan dan mengiringi YBhg.
En. Mohd Youzaimi bin Haji Yusof dan tetamu kehormat
meninggalkan majlis.

13 Mesyuarat Agung PIBG SK Lembaga Endau 2017


Slot 2:
Sidang hadirin sekalian,
Majlis kita pada petang ini diteruskan dengan Slot 2: Wacana Ilmu
Pembelajaran Alaf Ke-21 (PAK-21) yang akan disampaikan oleh En.
Mohd Widad bin Ishak, Guru Penyelaras ICT, SK Lembaga Endau.
Untuk itu, dipersilakan En. Mohd Widad bagi meneruskan acara.
Dipersilakan

Slot 2: Wacana Ilmu Pembelajaran Alaf Ke-21 (PAK-21)

Majlis mengucapkan ribuan ucapan terima kasih di atas taklimat dan


penerangan mengenai kaedah PdPc dalam PdP PAK-21.
SLOT 3: Sidang hadirin sekalian,
Meneruskan majlis kita pada petang yang berbahagia ini dengan
Slot 3: Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru SK Lembaga
Endau 2017

Dengan ini majlis diserahkan kepada yang Yang Berusaha En.


Rahim bin Mohd Aris, Yang DiPertua PIBG, SK Lembaga Endau
14 Mesyuarat Agung PIBG SK Lembaga Endau 2017
untuk meneruskan agenda seterusnya iaitu Mesyuarat Agung PIBG
SK Lembaga Endau Kali Ke-45. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan...

MESYUARAT AGUNG PIBG SK LEMBAGA ENDAU KALI KE-45


BERLANGSUNG

CABUTAN BERTUAH
Tinggi bukit silang-gemilang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit takkan hilang,
Dalam hati kenang-kenangan.

Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG SK Lembaga Endau di


atas kejayaan melaksanakan mesyuarat agung sebentar tadi. Majlis
kita pada petang ini diteruskan dengan acara yang dinanti-nantikan
oleh semua iaitu acara cabutan bertuah. Untuk itu, dipersilakan


Untuk membuat cabutan.

Dimaklumkan, nombor masing-masing tercatat pada buku program


15 Mesyuarat Agung PIBG SK Lembaga Endau 2017
hadirin pada hari ini.

Penerima bertuah yang pertama ...................


Hadirin bertuah yang terakhir ialah .................

Hadirin sekalian,
Tahniah kepada yang berjaya membawa ole-ole pada hari ini.
Kepada yang tidak memperoleh rezeki kali ini, tentunya ada rezeki
lain yang sedia menanti.

UCAPAN PENUTUP MAJLIS


Demikianlah tadi selesainya acara cabutan bertuah. Tahniah kepada
yang mendapat nombor bertuah. Kepada yang tidak berjaya itu,
boleh cuba lagi pada tahun hadapan.

Dengan berakhirnya acara cabutan bertuah itu tadi, maka


berakhirlah sudah program kita pada hari ini. Sesungguhnya yang
baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk itu adalah
kelemahan saya sendiri. Untuk itu, mewakili seluruh warga kerja SK
Lembaga Endau dan AJK PIBG SK Lembaga Endau, saya
menyusun jari memohon kemaafan seandainya ada melakukan
16 Mesyuarat Agung PIBG SK Lembaga Endau 2017
kekhilafan disepanjang majlis ini berlangsung.

Sekali lagi, pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan


penghargaan dan terima kasih kepada perasmi dan semua pihak
yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK
Lembaga Endau Kali Ke-45.

Tiada benda seindah bahasa


Terus menghiasi budaya berzaman
Jumpa lagi di lain masa
Disusun jari mohon kemaafan

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Dijemput semua hadirin dan hadirat untuk menikmati sedikit jamuan


yang telah disediakan di kantin. Dipersilakan...
17 Mesyuarat Agung PIBG SK Lembaga Endau 2017
Sehingga kita berjumpa lagi di lain waktu. Saya sudahi majlis
dengan wabillah...............

18 Mesyuarat Agung PIBG SK Lembaga Endau 2017

You might also like