Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

TEKS PENGACARA MAJLIS

HARI ANUGERAH CEMERLANG


SK TAMAN MOLEK
2016

SYARIFUDDIN BIN ABU BAKAR

Mengumumkan ketibaan Encik Jumat bin Jaafar, Yang Dipertua Persatuan


Ibubapa dan guru, diiringi barisan Penolong Kanan, dan ahli jawatankuasa
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Taman Molek.

PALUAN KOMPANG

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan ke Puncak Jaya. Hadirin
di minta berdiri.

LAGU BANGSA JOHOR

LAGU KE PUNCAK JAYA

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

PERSEMBAHAN SILAT

PERSEMBAHAN ZAPIN

FARHANA BINTI MOHD AMIN

Persembahan silat tadi dipimpin oleh Encik Aizat bin Hassan dan Encik
Muhammad Hazim Hariz bin Mokhtar sementara persembahan Tarian Selamat
Datang sebentar tadi di bawah kelolaan Puan Marziah binti Hamzah, Puan Faulina
binti Pardi, Puan Nurul Khazirah binti Ramli dan Puan Noraini binti Salleh. Syabas
dan tahniah atas persembahan itu tadi.

SALMI BINTI MOHD SHARIF


Bismillahhir Rahmannir Rahim...

Yang Berbahagia,

Encik Jumat bin Jaafar, NYD PIBG SK Taman Molek,

Yang dihormati,

Puan Rosni binti Gani, Penolong Kanan Pentadbiran,

Puan Soh Rosie, PK Hal Ehwal Murid,

Encik Mohd Anuar b Ab Samad, Penolang Kanan Kokurikulum,

Puan Suzni binti Kaulan, Penolong Kanan Petang,

Barisan guru,

Ahli Jawatankuasa PIBG,

anak anak Molek, serta hadirin sekalian.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Muafakat Johor...

Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi Melayu turun temurun.
Pantun ditutur pembuka bicara.

Selamat datang ke, Majlis, Hari Anugerah Cemerlang, SK Taman Molek

Saya Cik Salmi binti Mohd Sharif, saya Encik Syarifuddin bin Abu Bakar,
dan saya Puan Nor Farhana binti Mohd Amin akan mengacarakan majlis
ini sehingga ke penghujungnya...

NOR FARHANA BINTI MOHD AMIN

Hari ini menugal jagung,


Hari esok memetik peria;
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Semoga majlis bertambah seri.

Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan rasa syukur, kerana dengan limpah dan
kurniaNYA, kita dapat sama-sama berhimpun pada pagi ini, untuk meraikan
kejayaan anak-anak Molek. Hari ini anak-anak Molek akan dirai
kecemerlangannya dalam tiga bidang utama proses kemenjadian murid iaitu
akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Sesungguhnya, kecemerlangan Anak-anak Molek membuktikan bahawa


pengorbanan, kesungguhan dan iltizam yang tinggi daripada semua pihak
memberi impak yang bermakna demi membangunkan kemajuan pendidikan di
sekolah ini.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada, Yang Berusaha Encik Jumat bin Jaafar,
AJK PIBG, dan semua ibu bapa atas kesudian meluangkan masa untuk hadir ke
majlis pada pagi ini.

Semoga usaha kita yang berterusan dalam memberi sokongan kepada anak-
anak Molek, terus menjadi pendorong kepada mereka, untuk terus meraih
jenama cemerlang pada masa akan datang. Mudah-mudahan usaha kita semua
diberkati Allah. Insya Allah.

Hadirin yang di kasihi,

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-
sama kita menadah tangan, mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh Ustaz Mohamad Zhahirin bin Mohamad Arshad. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan ustaz.

DOA
SYARIFUDDIN BIN ABKU BAKAR

Aamin, Aamin, Ya Robbal Aalamiinn...

Majlis merakamkan ucapan terima kasih, kepada Ustaz Mohamad Zhahirin bin
Mohamad Arshad , atas pimpinan doa sebentar tadi.

Semoga pertemuan kita pada pagi ini mendapat perlindungan,


Dilimpahkan dengan seribu keberkatan,
Ditambahkan dengan tautan kemesraan,
Serta, berpisahnya kita nanti,
diiringi kenangan yang mencuit perasaan.

Hadirin sekalian,

Pencak silat cantik berseni,


Tersadung kaki langkah tersasar,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa ucapan wakil Guru Besar.

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Dihormati Puan Rosni binti Gani,
Penolong Kanan Pentadbiran SK Taman Molek untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN PK PENTADBIRAN

SALMI BINTI MOHD SHARIF

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Puan Rosni binti Gani, Penolong
Kanan Pentadbiran SK Taman Molek atas ucapan itu tadi.
Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Menyampai ucapan kata perasmi.

Bagi meneruskan aturcara kita pada pagi yang berbahagia ini, majlis dengan
penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Encik Jumat bin Jaafar untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan
Permata Molek, SK Taman Molek sesi 2016. Majlis mempersilakan.

PERSEMBAHAN GIMIK

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Jumat bin Jaafar atas ucapan
perasmian itu tadi. Maka rasmilah sudah Hari Anugerah Cemerlang peringkat SK
Taman Molek tahun 2016.

Pihak sekolah berbesar hati menyampaikan cenderamata tanda kenangan


kepada Yang Berbahagia Encik Jumat bin Jaafar. Dipersilakan, Puan Rosni binti
Gani untuk menyampaikannya.

Perasmian sudah persembahan pun sudah,


Tibalah masa sampaikan hadiah.

Sebelum majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah, marilah sama-


sama kita saksikan persembahan
daripada ................................................................................. Dipersilakan.

PERSEMBAHAN MURID TAHAP 1 CORAL SPEAKING

NOR FARHANA BINTI MOHD AMIN

Terima kasih kepada Anak-anak Molek Tahap 1 atas persembahan sebentar tadi.
Persembahan coral speaking itu tadi adalah di bawah bimbingan Encik Abd
Razak bin Abd Kadir, Puan Dayang Nadiah bt Abang Abd Salam, dan Puan
Rosmazura binti Roslyi.

Syabas, atas persembahan yang menarik itu tadi.


Berkebaya batik berwarna merah,
Diserikan pula permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima sabar menunggu giliran.

Hadirin sekalian, kita teruskan majlis dengan Penyampaian Anugerah


Kecemerlangan Akademik. Majlis dengan sukacitanya
menjemput .....................................................................................
diringi ................................................ untuk menyampaikan sijil dan hadiah
kepada murid-murid cemerlang tahap 1. Majlis mempersilakan.

TERBAIK DALAM ALIRAN TAHUN 1


TERBAIK MATAPELAJARAN TAHUN 1

SYARIFUDDIN BIN ABU BAKAR

TERBAIK DALAM ALIRAN TAHUN 2


TERBAIK MATAPELAJARAN TAHUN 2

SALMI BINTI MOHD SHARIF

TERBAIK DALAM ALIRAN TAHUN 3


TERBAIK MATAPELAJARAN TAHUN 3

NOR FARHANA BINTI MOHD AMIN

Terima kasih diucapkan kepada ..................................,...........................................


kerana sudi memyampaikan sijil dan hadiah kepada semua penerima. Tahniah
diucapkan kepada semua penerima hadiah.

Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik


kepada murid-murid tahap 2. Majlis dengan sukacitanya
menjemput .............................................................................................................
...........................
diringi ............................................................................................................ Majlis
mempersilakan.

TERBAIK DALAM ALIRAN TAHUN 4


TERBAIK MATAPELAJARAN TAHUN 4

SYARIFUDDIN BIN ABU BAKAR

TERBAIK DALAM ALIRAN TAHUN 5


TERBAIK MATAPELAJARAN TAHUN 5

SALMI BINTI MOHD SHARIF

TERBAIK DALAM ALIRAN TAHUN 6


TERBAIK MATAPELAJARAN TAHUN 6

ANUGERAH BINTANG LINUS

TOKOH AKADEMIK LELAKI


TOKOH AKADEMIK PEREMPUAN

TOKOH MURID LELAKI


TOKOH MURID PEREMPUAN

NOR FARHANA BINTI MOHD AMIN

Terima kasih diucapkan kepada ..................................,...........................................


kerana sudi memyampaikan sijil dan hadiah kepada semua penerima. Tahniah
diucapkan kepada semua penerima hadiah.

Pergi sekolah seawal pagi,


Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian hadiah diteruskan lagi,
Semua penerima sabarlah menanti.

SALMI BINTI MOHD SHARIF

Hadirin sekalian,

Selain penilaian akademik, Anak-anak Molek turut dinilai sahsiahnya. Tuan-tuan


dan puan-puan, sesungguhnya akhlak yang buruk merosakkan amal seperti
cuka merosakkan madu. Justeru, pembentukan sahsiah anak-anak perlulah
diutamakan, bak nukilan tokoh pujangga, kalau asal benih yang baik jatuh ke
laut, menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi
menjadi penawar.

Acara seterusnya ialah Penyampaian Anugerah Sahsiah Terbaik sepanjang tahun.


Untuk itu majlis dengan sukacitanya mempersila dan
menjemput .............................................................................................................
.......................................
diiringi .....................................................................................................................
........ untuk menyempurnakan majlis. Dengan sukacitanya dipersilakan.

SYARIFUDDIN BIN ABU BAKAR

TERBAIK SAHSIAH TAHUN 1

TERBAIK SAHSIAH TAHUN 2

TERBAIK SAHSIAH TAHUN 3

NOR FARHANA BINTI MOHD AMIN

TERBAIK SAHSIAH TAHUN 4

TERBAIK SAHSIAH TAHUN 5

TERBAIK SAHSIAH TAHUN 6


SALMI BINTI MOHD SHARIF

ANUGERAH KEHADIRAN PENUH

TOKOH PERPADUAN

Terima kasih diucapkan


kepada ..........................................................................................
atas kesudian menyampaikan anugerah kepada murid-murid cemerlang sahsiah
sebentar tadi.

REHAT

Hadirin sekalian, Majlis ditangguhkan untuk sesi rehat hingga jam 10.40
pagi

Mohon semua hadirin bersedia di tempat duduk masing-masing. Majlis


akan diteruskan sebentar lagi.

SYARIFUDDIN BIN ABU BAKAR

Hadirin sekalian,

Meneruskan majlis pada pagi ini, terimalah persembahan KPop Dancer dan
Tarian Zapin. Majlis mempersilakan.

PERSEMBAHAN KPOP DANCER & TARIAN ZAPIN

Begitulah persembahan daripada anak-anak Molek yang cukup membanggakan.


Buat pengetahuan hadirin, persembahan KPop Dancer dan Tarian Zapin sebentar
tadi adalah dibawah pimpinan Puan Marziah binti Hamzah. Tahniah diucapkan.

Melati kuntum berhias rotan,


Tumbuh melata di tepi kali,
Anugerah cemerlang kita teruskan,
Pelajar bertuah kita hargai.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Ternyata, pihak sekolah turut tidak lupa menggilap bakat dan potensi anak-anak
Molek supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Bakat dan potensi Anak-anak Molek dalam bidang kokurikulum diukur melalui
kecemerlangan mereka dalam pelbagai peringkat. Pengemblengan usaha dan
iltizam daripada semua pihak dalam usaha mencungkit bakat Anak-anak Molek,
ibarat menjelmakan sinar di hujung terowong. Justeru, anak-anak Molek
berpeluang melakar kemenangan seterusnya mengharumkan nama sekolah,
daerah mahupun negeri.

NOR FARHANA BINTI MOHD AMIN

Tanpa melengahkan masa, kita teruskan majlis dengan acara penyampaian


anugerah cemerlang dalam bidang Kokurikulum. Untuk menyempurnakan majlis,
dijemput .................................................................................................................
.................
diiringi .....................................................................................................................
............ Dengan segala hormatnya dipersilakan.

ANUGERAH KOKURIKULUM

Sempurna sudah penyampaian sijil dan hadiah kepada semua murid. Terima
kasih diucapkan kepada ................................................................................
kerana sudi menyampaikan sijil dan hadiah sebentar tadi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima hadiah.

SALMI BINTI MOHD SHARIF

Hadirin sekalian,

Hari Anugerah Kecemerlangan Permata Molek SK Taman Molek hampir ke


penghujungnya.

Bagi pihak Ahli Jawatankuasa Pengelola dan seluruh warga SK Taman Molek, saya
menyusun jari sepuluh, memohon kemaafan jika terdapat sebarang kesilapan
dan keterlanjuran kata sepanjang majlis ini berlangsung.

Sebelum bersurai, tirai Hari Anugerah Kecemerlangan Permata Molek ditutup


dengan dua rangkap pantun.

Ucapan salam pengakhir kata


Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa.

Tuan puteri bertolak ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi.

Diminta semua hadirin berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.

Sekian, terima kasih...

You might also like