Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN

KEMANUSIAAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PUSAT PENGAJIAN SEJARAH, POLITIK DAN STRATEGI
PROGRAM SARJANA SASTERA
(SEJARAH MALAYSIA)

PENTADBIRAN DAN PERUNDANGAN DI MALAYSIA


SKSE 6093

TAJUK : 2
HUKUM KANUN PAHANG

PENSYARAH :
DR MOHD SAMSUDIN

DISEDIAKAN OLEH :
MOHD SAIFUL B CHE SEMAN @ NORDIN
(P74397)
MOHD AZHAR B CHE SEMAN (P77420)
MUHAMMAD GHAZALI BIN ABDULLAH (P74398)
1.0 PENGENALAN

Hukum Kanun Pahang atau Qanun Pahang merupakan sebuah


Qanun1 atau Undang-undang yang digunakan semasa pemerintahan
Sultan Abdul Ghaffar Mahyuddin Shah pada tahun 1592 Masihi
sehingga 1614 Masihi.

Hukum Kanun Pahang merupakan Hukum Kanun yang tertua


selepas Undang-undang Melaka2 atau Qanun Melaka yang
menampakkan perubahan dan penambahan terutamanya yang
berkaitan dengan aspek keislaman. Hal ini dapat dilihat melalui
peruntukan yang terkandung di dalam Hukum Kanun Pahang iaitu
tentang kedudukan raja sebagai khalifah, kedudukannya dalam
mentadbir negeri seperti kedudukan nabi mentadbir umat,
menjalankan amar makruf nahi mungkar serta bertanggunjawab
terhadap rakyatnya. Kedudukan raja atau Sultan ini diperkukuhkan
dengan nas Quran dan Hadis. Malahan ada pendapat mengatakan
bahawa manuskrip ini merupakan terjemahan dan cedokan dari
kitab-kitab fiqah menurut mazhab syafei.3

Hukum Kanun Pahang ini telah digunakan di negeri Pahang,


Johor, dan Perak. Ianya meliputi undang-undang jenayah, Undang-
undang Sivil, Undang-Undang Acara dan Keterangan, Undang-
Undang Keagamaan, Undang-undang Antarabangsa, Undang-
undang percukaian, dan Undang-undang Laut dan Perdagangan.

1
Qanun berasal dari perkataan Greek Canon dan Latin Canon yang bermaksud
Undang-Undang (rule of law) atau undang-undang umum (general law). Ia juga
digunakan untuk pengertian khusus dalam agama Kristian; Canon bermaksud Paderi
yang menjalankan tugas-tugas khas dalam gereja dan Canon Law bermaksud undang-
undang gereja.Istilah Qanun di Negeri Melayu mula dipakai pada abad kelima belas
selepas Sultan Melaka memperkenalkan Risalah Hukum Qanun Melaka dan Risalah
Qanun Laut Melaka pada tahun 1444M.
2
Mohd Taib Osman dan A.Aziz Deraman. 2000: 136
3
Sabarudin Hassan, 1984: 150
Semua Undang-Undang ini adalah bercorak keislaman sama ada
dari sudut sumber, dan perincian undang-undangnya. Undang-
undang ini akan ditadbir oleh pegawai-pegawai yang dilantik oleh
Sultan mengikut bidang tugas mereka masing-masing yang terdiri
daripada Faqih dan Menteri, Penghulu Bendahari, Temenggung,
Hulubalang dan hamba raja.

Selama 22 tahun pemerintahan Sultan Abdul Ghaffar


Mahyuddin Shah , baginda telah membina kekuatan pertahanan,
ekonomi dan mengukuhkan kedudukan undang-undang negeri
berteraskan islam bagi tujuan keadilan dalam pentadbiran negeri
yang diperintahnya.4

2.0 Sejarah Perkembangan Hukum Kanun Pahang

Perkembangan Hukum Kanun Pahang di negeri Pahang merupakan


kesinambungan daripada Hukum Kanun Melaka, ianya disebabkan
oleh Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka telah menguasai negeri
Pahang pada 1470 Masihi. Raja pertama dari raja Melaka iaitu
Sultan Muhammad Shah (1470-1475 M) telah bertukar ganti
sehinggalah kepada Sultan Abdul Ghaffar Mahyuddin Shah (1592-
1614 M) yang merupakan keturunan raja Melaka yang kedua belas.

Dalam mentadbir negeri Pahang, Baginda telah membuat


penambahbaikan terhadap Undang-undang Pahang yand diwarisi
dari Kanun Melaka. Baginda menamakannya sebagai Hukum Kanun
Pahang dengan cara memperkemaskan peruntukan undang-

4
Dr. Abdul Halim el-Muhammady , Qanun Pahang Zaman Pemerintahan Sultan
Abdul Ghaffar Mahyuddin Shah (1592-1641 M) : Satu Analisis di Seminar Pengajian
Pahang Sempena memuliakan sambutan 40 tahun pemerintahan Kebawah duli Yang
Maha Mulis Sultan Pahang.
undang yang sedia ada, yang sesuai dan menambahkan undang-
undang baru mengikut keperluan setempat dan semasa.

Pembaharuan yang dilakukan ini melibatkan elemen-elemen


syariah dan mengurangkan elemen-elemen adat yang terdapat
dalam Kanun Melaka yang menjadi asas dalam Undang-undang
Pahang sebelum ini. Baginda telah menambah peruntukan-
peruntukan baru yang berasaskan undang-undang Islam, manakala
Sultan kedudukannya sebagai Khalifah yang menjalankan tugas
amar makruf dan nahi mungkar seperti tugas nabi.

Berdasarkan catatan teks Qanun Pahang yang disimpan di


Muzium Pahang dan di Perpustakaan Negara menyatakan Kanun
Pahang ini dikuatkuasakan di Pahang dan Johor 5, manakala yang
tersimpan di Royal Asiatic Society menyatakan ianya
dikuatkuasakan di Pahang, Johor, dan Perak6.

Berdasarkan maklumat itu dapatlah dianggap bahawa


undang-undang yang dikuatkuasakan di Pahang dan Johor dianggap
sebagai peringkat pertama dalam pemerintahan Sultan Abdul
Ghaffar dan peringkat kedua dikuatkuasakan di Pahang, Johor, dan
Perak kerana terdapat penambahan dan susunan bahasa lebih baik
dan tidak terlalu klasik seperti teks yang disimpan di Muzium
Pahang dan Perpustakaan Negara.

3.0 Intipati Hukum Kanun Pahang secara umum

5
Lihat Teks Qanun Pahang, hlm 103
6
Lihat Teks Qanun Pahang, hlm 167
Hukum Kanun Pahang mengandungi pelbagai jenis undang-undang
iaitu berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran Sultan,
Undang-Undang Jenayah, Undang-Undang Sivil, Undang-undang
Acara dan Keterangan, Undang-undang Keagamaan, Undang-
undang Antarabangsa dan Undang-undang Percukaian dan Undang-
undang Laut.

Undang-undang Pemerintahan dan Pentadbiran


(perlembagaan) menyatakan Kedudukan Sultan sebagai Ketua
Negeri, hubungannya dengan pegawai-pegawai yang dilantik,
hubungan dengan rakyat awam, dan kawasan berkuatkuasanya
undang-undang dan pemerintahan.

Undang-undang Jenayah. Menyatakan tentang Hak istimewa


Raja yang tidak boleh dicabuli, Hukum orang yang menceroboh
tanah atau kampung, hukum pembunuhan dan Qisas Kecederaan,
Hukum Hudud : minum arak, mencuri, menyamun, murtad, berzina,
tuduhan zina dan durhaka kepada raja.

Undang-undang Muamalat menyatakan tentang perniagaan,


jualbeli dan aib, hukum berhutang dan bergadai, memberi hutang
dan pinjaman barang, hukum orang muflis, hukum tentang hamba
dan berkaitan, hukum menaruh amanah dan barang amanah, dan
hukum sewaan dan upah pekerja, hukum terjumpa barang hilang,
hukum denda dan diyat, hukum bapa dan nenek mengambil
pemberian anak-anak (hibah), hukum pembukaan tanah, dan tanah,
serta hukum wakaf.
Undang-undang acara dan keterangan menyatakan tentang
hukum membuat sesuatu tuntutan, prosedur membuat tuntutan di
mahkamah, hukum tentang saksi dan sumpah, prosedur
perbicaraan dalam mahkamah, dan hukum hakim menerima
rasuah. Undang-undang Keagamaan pula menyatakan tentang
hukum mengenai murtad, hukum mengenai menunaikan solat, dan
hukum tidak membayar zakat

Undang-undang Antarabangsa menyatakan tentang hukum


perang sabil, hukum orang tawanan, hukum jenayah antara muslim
dan bukan muslim, hukum jenayah antara bukan muslim dengan
bukan muslim, dan hukum hubungan antara negara.

Undang-undang percukaian menyatakan tentang jenis-jenis


barang yang dikenakan cukai, kadar bayaran yang ditetapkan bagi
setiap barangan, ketetapan cukai berdasarkan kawasan, ketetapan
kadar minimum barang yang dikenakan cukai dan kadar cukai kapal
masuk ke pelabuhan.

Undang-undang Laut pula menggunakan hukum Kanun Laut


Melaka yang meliputi kuasa dilaut, nakhoda dan awak-awak, perahu
serta undang-undang yang dikuatkuasakan seperti jenayah hudud,
sivil, hukum kapal masuk pelabuhan dan sebagainya.

4.0 Pembaharuan dalam Hukum Kanun Pahang.

Pembaharuan yang dilakukan dalam Hukum Kanun Pahang ialah


dengan mengukuhkan kedudukan pemerintahan dan pentadbiran,
dimana raja mempunyai autoriti penuh bagi melantik pegawai-
pegawainya seperti mangkubumi, menteri, penghulu bendahari,
temenggong, hulubalang, shahbandar dan hamba raja. Setiap
daripada mereka telah ditetapkan syarat-syarat kelayakan dan
tugas masing-masing.

Oleh itu, bagi mengukuhkan kerajaan dan pentadbiran negeri,


para pegawai yang dilantik harusnya memiliki syarat-syarat atau
kelulusan seperti berikut , iaitu bagi perlantikan jawatan seorang
Faqih perlulah mengamalkan tujuh syarat, yang pertama syukur
kepada kurniaan Allah dan Rasulnya, keduanya didahulukan
kebaktian kepada Allah daripada kebaktian kepada raja, ketiga
hendaklah sentiasa cita-citanya menyempurnakan pekerjaan
rajanya dengan perbuatan yang adil dan disegerakan segala hukum
hamba Allah yang mengadu hal kepadanya. Keempat hendaklah
jangan bersalahan sesuatu pekerjaanya dengan dalil dan hadis dan
jangan lupa titah rajanya; hendaklah nyawanya, hatinya dan
anggotanya menumpukan tugasnya. Kelima, redhalah ia dengan
keadaanya itu, kerana kesabaran mengalami kesakitan ujian Allah
itu akan diangkat martabatnya, dan dimuliakan dengan kemuliaan
yang sempurna, keenam hendaklah dipenjarakan nafsunya daripada
segala perangai keji. Ketujuh hendaklah ia sentiasa hadir pagi dan
petang dibalai raja.

Bagi pelantikan Pengulu Bendahari hendaklah memenuhi


Sembilan syarat iaitu yang pertama bercakap benar, ia boleh
membina kemesraan dan menyingkirkan kejahatan dari dirinya.
Kedua memahami sikap rajanya.Ketiga menjaga hamba raja yang
diserah kepadanya supaya kasih dan redha kepada pekerjanya.
Keempat membawa barang kepada raja seperti yang
dikehendakinya kecuali raja tiada di dalam negara. Kelima
mengasihi perempuan hamba raja yang karib.Keenam dimasukkan
isterinya itu sama seperti kelakuan hamba raja di dalam istana.
Ketujuh hendaklah sentiasa menatap segala urusan yang
diserahkan kepadanya. Kelapan jangan disegerakan barang yang
ada padanya. Kesembilan hendaklah sentiasa cita-citanya
memenuhi perbendaharaan tuanya, dan meneliti kesukaan tuanya.

Manakala bagi Temenggung pula hendaklah mengamalkan


tujuh syarat iaitu yang pertama menaruh perajurit dan memelihara
dirinya, kedua jaga, ketiga jauh penglihatan dan pendengaranya
dan sentiasa memeriksa keadaan orang yang dihukum. Keempat
jangan bermuka-muka supaya terhasil pekerjaan yang dititahkan.
Kelima hendaklah mencari hubungan kerapatan yang baik kerana
pekerjaan ini amat sukar. Keenam hendaklah sabra kepada kata-
kata kerana orang yang memiliki perintah tuanya itu sentiasa
diumpat dan dikata.

Bagi hulubalang hendaklah mengamalkan empat syarat iaitu


yang pertama mesti pemurah, menjaga keluarga, mempunyai teknik
peperangan dan keempat mahir dalam menggunakan pelbagai
senjata.

Shahbandar pula hendaklah menepati lima syarat iaitu


bekerjasama dengan Penghulu bendahari dalam mengira hasil
kerajaan. Kedua hendaklah menjaga golongan pedagang kerana
mereka merupakan penyumbang kepada kemakmuran negeri.
Ketiga jika golongan pedagang itu dianiayai perlulah membawa kes
ini kepada pihak berkuasa. Keempat mendapatkan maklumat
tentang negeri-negeri lain. Kelima mesti memeriksa perahu yang
keluar masuk dan menyediakan kelengkapan yang diperlukan.
Bagi hamba raja yang karib mestilah mempunyai enam syarat
iaitu yang pertama hendaklah sentiasa menyiasat perkara-perkara
yang boleh mendatangkan kecelaan kepada tuanya dan haruslah
disampaikan kepada raja. Kedua jangan cemburu sesama islam.
Ketiga hendaklah berani datang sembah pada ketikanya. Keempat
jangan ada perasaan bermegah terhadap kurniaan raja. Kelima
hendaklah menyimpan rahsia raja.

5.0 Sumber-sumber Hukum Kanun Pahang

Hukum-hukum yang terdapat di dalam hukum Kanun Pahang


diperkukuhkan dengan sandaran nas Quran dan Hadis, contohnya
peruntukan tentang Khalifah, peruntukan tentang ketaatan kepada
pemerintah dan peruntukan tentang tanggungjawab pemimpin.

Selain itu terdapat kesalahan-kesalahan jenayah yang jelas


peruntukannya dalam Quran dan Sunnah seperti Hudup, Qisas, Riba
dan lain-lain. Kesalahan-kesalahan jenayah yang terdapat dalam
hukum Kanun Pahang adalah berasaskan kepada Mazhab Syafei
terutamanya berkaitan jenayah Huduh.

Hal ini menunjukkan bahawa undang-undang yang


terkandung dalam Hukum Kanun Pahang mestilah dipatuhi, dan bagi
sesiapa yang melanggarnya merupakan satu kesalahan yang boleh
dikenakan hukuman mengikut kadar kesalahanya, sama ada
dikenakan hukuman bunuh, dera, atau denda.
Selain menggunakan Nas Quran dan Hadis, sumber Hukum
Kanun Pahang juga diambil berdasarkan perintah raja dan adat
sebagaimana contoh yang terdapat dalam Qanun Pahang ini
menyatakan maka diperbuatnya oleh raja itu sebagai pegawainya
dindingnya dan tiang kerajaannya, maka diserahkan segala
pekerjaanya masing-masing pada tanggunganya supaya dapat ia
istirehat atas kerajaanya. Kenyataan ini menunjukkan bahawa raja
mempunyai kuasa yang boleh menentukana pegawai-pegawai dan
rakyatnya.

Dari segi adat terdapat contoh yang dijadikan sumber dalam


Hukum Kanun Pahang seperti yang pertama pada menyatakan
segala yang dilarang Raja Melayu pada zaman dahulu kala segala
kekuningan jangan kamu ambil.

6.0 Kesimpulan

Hukum Kanun Pahang yang merupakan serpihan ataupun


kesinambungan daripada Hukum Kanun Melaka telah di
reformasikan oleh Sultan Abdul Ghaffar Mahyuddin Shah menjadi
sebuah Qanun atau Undang-undang yang lebih Islamik berbanding
dengan Hukum Kanun yang asal (Hukum Kanun Melaka).

Pembaharuan atau reformasi yang dilakukan oleh Sultan


Abdul Ghaffar adalah dengan menyerapkan elemen-elemen islam
yang meliputi bidang pemerintahan dan pentadbiran, bidang
undang-undang jenayah, hudud, Qisas, perdagangan, acara dan
keterangan, percukaian serta adab hakim. Oleh itu, boleh
disimpulkan bahawa dengan adanya hukum Kanun ini telah
membolehkan ianya menjamin keamanan dan keselamatan dalam
negeri Pahang semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghaffar melalui
pelaksanaanya yang menepati ciri-ciri islam.

Disini dapat juga dilihat bahawa undang-undang atau Hukum


Kanun ini yang telah digunapakai sejak berabad lepas masih lagi
mempunyai kerelevenannya dalam sesetengah aspek untuk
diketengahkan dalam sistem perundangan masa kini. Malahan ada
sesetengah peraturan yang termaktub dalam sistem ini lebih baik
daripada sistem yang digunapakai sekarang, terutamanya yang
berkaitan dengan islam dan orang Melayu.

Rujukan

Artikel
Sejarah Undang-Undang Keterangan Islam Di Malaysia, Dr. Zulkifli
Hasan

Buku

Othman Ishak, Hubungan antara Undang-undang Islam dan Undang-


undang adat, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997

Yaakub Isa Hukum, Kanun Pahang: manuskrip agung Negeri Pahang,


Lembaga Muzium Negeri Pahang, 2003

Seminar

Dr. Abdul Halim el-Muhammady , Qanun Pahang Zaman


Pemerintahan Sultan Abdul Ghaffar Mahyuddin Shah (1592-1641
M) : Satu Analisis di Seminar Pengajian Pahang Sempena
memuliakan sambutan 40 tahun pemerintahan Kebawah duli Yang
Maha Mulis Sultan Pahang.

You might also like