Faktor Pencemaran Air

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu rumusan tentang faktor-faktor
berlakunya pencemaran air dan halangan untuk mengatasinya. Panjangnya rumusan anda
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Air merupakan sumber semula jadi yang sangat penting bagi kehidupan di muka bumi
ini. Bumi diliputi oleh 71 peratus air dengan isi padu air dianggarkan lebih kurang 1.386 bilion
km padu. Sebahagian besar air diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Oleh sebab manusia
merupakan pengguna utama sumber semula jadi ini, maka tidak hairanlah kita juga ialah
penyumbang yang terbesar kepada masalah pecemaran air.

Pencemaran air yang paling besar berpunca daripada pembuangan sisa kumbahan yang
tidak sempurna. Pencemaran air menerusi sisa kumbahan ini bertambah buruk di kawasan yang
tidak mempunyai sistem pembentungan yang sempurna, terutamanya di kawasan luar bandar
yang pengaliran sisa kumbahan disalurkan terus ke dalam sungai. Aktiviti pertanian sama ada
berskala kecil mahupun berskala besar turut menjadi faktor pencemaran air. Pembukaan dan
penerokaan tanah yang tidak terkawal telah menyebabkan hakisan tanah seterusnya
mencemarkan air sungai kesan daripada bahan terampai dan keladak yang dibawa ke dalam
sungai. Penggunaan racun serangga dan baja kimia dalam bidang pertanian turut mencemarkan
air. Keadaan ini pastinya memberikan kesan kepada kehidupan akuatik dan keindahan alam
semula jadi.

Aktiviti penternakan juga menjadi masalah besar kepada pencemaran air. Aktiviti
penternakan seperti penternakan ayam, lembu, kambing, dan babi direkodkan sebagai penyebab
utama pencemaran air akibat najis dan sisa kotoran yang dihasilkan. Sikap ambil mudah
masyarakat yang membuang sampah terus ke dalam longkang dan sungai memburukkan lagi
keadaan. Isu seperti air yang berbau busuk dan tidak menyenangkan yang pernah berlaku di
Selangor dan Putrajaya ialah contoh paling jelas kesan pencemaran air akibat aktiviti
pembuangan sampah yang tidak terurus. Pengaliran dan pembuangan sisa perindustrian yang
tidak selamat juga semakin serius dan menyumbang masalah pencemaran air. Air sungai yang
tercemar akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan manusia akibat sisa buangan industri
yang mengandungi bahan keluli, bakteria, bahan-bahan organik, dan bukan organik yang tidak
dirawat dengan betul.

Kegiatan ekonomi manusia yang mementingkan keuntungan semata-mata seperti


pembalakan, penerokaan, dan tebus guna tanah juga menyebabkan air terus tercemar. Menurut
Jabatan
Alam Sekitar (JAS), aktiviti pembukaan tanah menjadi punca utama pencemaran 31 lembangan
sungai di seluruh negara. Air buangan daripada kegiatan perniagaan dan industri dipercayai
menyumbang penurunan kualiti air sungai. Di bandar-bandar besar, kebanyakan restoran, gerai,
dan warung makanan berlesen dipercayai mengalirkan air buangannya terus ke dalam longkang,
yang akhirnya mengalir ke sungai. Masalah pencemaran air di negara kita pada hakikatnya
semakin serius walaupun masih terkawal. Oleh itu, bersama-samalah kita menjaga kesejahteraan
alam sekitar terutamanya air.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Air: Bersyukurkah kita?,


oleh Roslan Lateh dalam majalah Dewan Siswa, April 2010.)

Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2(a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata semakin serius. [2


markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa kesan yang timbul akibat pencemaran air.
Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3
markah]

(iii) Usaha yang berkesan perlu dilakukan untuk mengawal pencemaran air daripada terus
berlaku di negara kita.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengawal
pencemaran air di negara kita? [4
markah]
Pendahuluan:
Petikan membincangkan punca-punca / sebab-sebab berlakunya pencemaran sungai [1m] di
negara kita. [2m]

Isi Tersurat: (Faktor-faktor berlakunya pencemaran sungai)


1. pembuangan sisa kumbahan yang tidak sempurna [2m]
2. aktiviti pertanian sama ada berskala kecil mahupun berskala besar [2m]
3. pembukaan dan penerokaan tanah yang tidak terkawal [1m] telah menyebabkan hakisan
tanah [2m]
4. penggunaan racun serangga dan baja kimia dalam bidang pertanian [2m]
5. aktiviti penternakan direkodkan sebagai penyebab utama pencemaran air akibat najis dan
sisa kotoran yang dihasilkan [2m]
6. sikap ambil mudah masyarakat [0m] yang membuang sampah terus ke dalam longkang
dan sungai [2m]
7. pengaliran dan pembuangan sisa perindustrian yang tidak selamat [2m]
8. kegiatan ekonomi manusia yang mementingkan keuntungan semata-mata [2m]
9. air buangan daripada kegiatan perniagaan dan industri [2m]

Isi Tersirat: (Halangan untuk mengatasinya)


1. tiada kesedaran dalam diri masyarakat [2m] jika masyarakat memandang enteng [0m]
2. kempen yang kurang berkesan / meluas [2m]
3. penguatkuasaan undang-undang yang lemah [2m]
4. kos / perbelanjaan pemulihan yang tinggi [2m]

Kesimpulan:
Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama menangani pencemaran air [1m] agar /
supaya menjamin sumber air bersih. [2m]
(i) Maksud rangkai kata semakin serius:
bertambah / kian
teruk / parah / genting / berat / kronik

(ii) 3 kesan pencemaran air:


a. memberikan kesan kepada kehidupan akuatik dan keindahan alam semula jadi.
b. air berbau busuk dan tidak menyenangkan
c. memberikan kesan buruk kepada kesihatan manusia

(iii) 3 usaha untuk mengawal pencemaran air:


a. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak untuk menjaga sumber air
b. Media massa hendaklah menghebahkan kempen menjaga air
c. Pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas
d. Pihak sekolah menganjurkan aktiviti yang boleh memupuk kecintaan terhadap air
e. Masyarakat melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan sungai

(mesti mengandungi pihak + peranan yang dimainkan untuk mendapat 4m)

You might also like