Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

PENGENALAN

Dalam genre sastera iaitu novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur (SBDKL) hasil
karya Sasterawan Negara iaitu Keris Mas, secara keseluruhannya cuba membincangkan
kesan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah diperkenalkanl oleh kerajaan pada tahun 1970
demi membasmi kemiskinan terutama di kalangan orang melayu.Sebagai pengarang yang
berpegang teguh kepada konsep ASAS 50, iaitu Seni untuk Masyarakat, Keris Mas juga dapat
dilihat menggerakkan novel tesebut dari aspek perpaduan antara kaum. Selain itu, novel ini
juga ditulis berkemungkinan kesan daripada buku Revolusi Mental tulisan Datuk Senu Abdul
Rahman (1970) yang membincangkan tentang ehwal sejarah bangsa Melayu.
Keris Mas menggunakan buku Revolusi Mental dalam penulisan novel Saudagar
Besar Dari Kuala Lumpur kerana semangat Melayu yang cuba dimotivasikan oleh buku ini
jelas dapat dilihat pada seorang tokoh utama yang menjadi pusat naratif novel ini, iaitu
Muhammad. Hampir keseluruhan sikap yang cuba dimotivasikan itu terimej pada watak
tersebut.Namun begitu, perbincangan ini hanya akan menumpukan kepada inti pati penting
daripada DEB untuk melihat sejauh mana pandangan Keris Mas terhadap pelaksanaan dasar
di Malaysia.
DEB telah dibahagikan kepada tujuh perkara sebagai garis panduan kerajaan
mencapai dasar tersebut dan Keris Mas telah menerapkan beberapa dasar yang penting dan
seterusnya menjadi pokok perbincangan dalam novelnya.Perkara pertama, dalam DEB ialah
pengurangan ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum secara muktamad dari segi
pendapatan, pekerjaan dan kekayaan. Seperti yang dicatatkan dalam Buku Dasar Ekonomi
Baru: Inti pati, matlamatnya adalah untuk membawa perubahan dalam sistem ekonomi
terutamanya dalam kalangan orang Melayu kerana kerajaan percaya bahawa sistem 'aparteid'
telah digunakan oleh kolonial Inggeris dalam agihan ekonomi di Tanah Melayu demi
keselamatan mereka.Demi mengubah status orang-orang Melayu yang telah ketinggalan jauh
itu, kerajaan telah menyarankan agar orang-orang Melayu bekerja keras dalam meningkatkan
taraf hidup mereka. Mereka perlu melibatkan diri secara aktif dalam ekonomi negara.
Cadangan kerajaan ini adalah untuk melihat kebolehan dan memberi pengalaman kepada
orang Melayu dalam pembahagian dan pembangunan sumber ekonomi.
Dalam novel ini, Keris Mas telah memberi peranan penting kepada Muhammad, iaitu
seorang saudagar yang menguruskan sebuah anak syarikat milik saudagar Cina, Datuk Tan
Chong Seng. Syarikat ini menguruskan import eksport lada hitam. Namun kebijaksanaan dan
sikap hemah Muhammad telah melawan arus sikap orang Melayu lama. Kebenaran ini
diperlihatkan apabila Datuk Tan kagum pada kebolehan dan keberanian Muhammad dalam
membuat sesuatu rundingan perniagaan. Kekaguman Datuk Tan kepada Muhammad dalam
mentadbir dan mengurus anak syarikatnya menyebabkan beliau menjadikan Muhammad
sebagai rakan kongsi perniagaan dalam syarikat import eksport lada hitam.
Berdasarkan contoh di atas, Keris Mas cuba membentuk personaliti watak Melayu
yang dikehendaki oleh DEB. Dalam dasar kerajaan tersebut orang Melayu harus diberi
peluang saksama membentuk kekayaan baru dalam proses pembangunan negara. Selain itu
orang Melayu juga harus berani merebut peluang, seperti Muhammad yang mencuba
menerima cabaran dan risiko dalam bidang perniagaan.Dalam perkara pertama DEB itu juga
dimaklumkan bahawa untuk memperkembangkan kebolehan orang Melayu, langkah-langkah
yang akan diambil oleh kerajaan dalam mempertingkatkan kebolehan orang-orang Melayu
ialah memberikan pendidikan dan latihan kemahiran terutama kepada generasi muda.
Pendidikan penting dalam pembangunan sesebuah negara kerana generasi mudalah nanti
yang akan mewarisi kepimpinan negara seterusnya.
Selain untuk membangunkan negara melalui pendidikan, kerajaan juga melihat faktor
pendidikan sebagai tonggak penting membentuk satu sistem nilai baru kepada generasi muda
terutamanya dari segi perpaduan negara dan penyatuan kaum. Seruan kerajaan ini telah
dilukiskan oleh Keris Mas pada watak Rahim, iaitu anak kepada Muhammad dan Robert,
anak kepada Datuk Tan. Kedua-dua mereka sedang menuntut di England, berumur 23 tahun,
rakan karib dan mengambil pengkhususan dalam bidang yang sama, iaitu kejuruteraan
lombong.Kedua-dua watak ini sebenarnya ialah wakil generasi muda yang menjadi harapan
kerajaan untuk sama-sama menggerakkan pembangunan negara seperti dalam pernyataan
DEB tentang pentingnya pendidikan dalam negara membangun.
Sehubungan dengan itu, jika kita melihat bidang pengkhususan yang diambil oleh
kedua-dua anak muda itu juga selaras dengan galakan kerajaan yang mahu bidang kemahiran
tinggi. Pengkhususan yang diambil oleh kedua-dua anak muda itu juga secara tersirat
digambarkan oleh Keris Mas betapa bidang kejuruteraan yang sinonim dengan pembangunan
adalah penting dan simbol kepada pembangunan negara.Selain itu, imej Rahim yang
mewakili orang Melayu dan Robert yang mewakili orang Cina dan merupakan rakan karib
sejak bersekolah lagi adalah imej perpaduan antara kaum yang cuba diutuskan oleh Keris
Mas dalam novel ini.
Dalam perkara pertama DEB juga disentuh tentang rancangan pembangunan wilayah
baru atau dikenali sebagai tanah rancangan seperti Felda. Melalui program tanah rancangan
ini, kerajaan menempatkan orang Melayu dan seterusnya menyediakan sumber pekerjaan
kepada mereka. Tujuan tanah rancangan ini adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan
ekonomi orang Melayu yang keseluruhan masih tinggal di desa-desa yang telah kekurangan
sumber dan mengalami kejumudan sikap menyebabkan mereka berada dalam kemiskinan.
Program tanah rancangan ini juga berkaitan dengan perkara kedua DEB yang penting, iaitu
membasmi kemiskinan terutama orang-orang Melayu. Mengikut pemerhatian kerajaan yang
serius, pada tahun selepas merdeka kadar kemiskinan sangat tinggi di kawasan luar bandar
dan juga orang-orang Melayu di bandar.
Justeru, dalam Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, Keris Mas menggambarkan imej
orang Melayu di Lembah Tualang dan Jeram Medang, iaitu kampung Muhammad yang rata-
rata masih bergantung hidup pada sawah dan getah yang pada waktu itu tidak lagi menjadi
sumber pendapatan penting. Faktor ini menyebabkan penduduk Melayu di situ berada dalam
kemiskinan. Untuk menyelesaikan kemelut kemiskinan yang dialami oleh kebanyakan
penduduk Lembah Tualang dan Jeram Medang, Muhammad, telah mengusahakan
perpindahan orang Lembah Tualang dan Jeram Medang ke tanah rancangan Felda.
Dalam perkara ketiga DEB pula, kerajaan mahu melibatkan orang-orang Melayu ke
dalam sektor-sektor moden. Penglibatan orang Melayu ini penting demi menjamin
kesamarataan agihan sumber hasil bumi negara dengan bangsa asing.Oleh itu melalui
Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, Keris Mas telah meneroka satu bidang yang baru
walaupun bidang ini sebenarnya telah diceburi oleh pembesar Melayu di zaman kolonial
British dahulu. Bidang yang dimaksudkan itu ialah bidang perlombongan bijih timah.
Lembah Tualang ini menurut pendapat pakar kaji bumi masih lagi kaya dengan hasil bijih
timah. Hal ini menarik minat Datuk Tan dan rakan kongsinya Muhammad yang mempunyai
pengaruh keturunan di Lembah Tualang untuk menjalankan kembali projek cari gali bijih
timah di sana.Hasrat ini secara tidak langsung menggambarkan bagaimana proses kemasukan
orang Melayu, Muhammad ke dalam satu bidang perniagaan yang moden, iaitu dalam sektor
perlombongan. Di samping itu, kerjasama yang digambarkan antara Datuk Tan dan
Muhammad melambangkan bagaimana bentuk agihan itu boleh terjadi.Dalam perkara
keempat DEB pula kerajaan mahu menggiatkan penggunaan sumber tenaga sepenuhnya
dalam sektor moden. Dalam erti kata lain kerajaan mahu mengurangkan masalah
pengangguran terutama dalam kalangan orang Melayu.
Perkara kelima DEB pula menggariskan bentuk peranan kerajaan-kerajaan negeri dan
persekutuan serta agensi yang berkaitan dalam membentuk ekonomi negara. Dalam novel ini,
watak YB Muhammad Yusuf adalah sebagai wakil kerajaan negeri. Beliau menjadi rujukan
Muhammad dalam menyelesaikan isu tanah penduduk Lembah Tualang dan Jeram Medang.
Dengan kuasa kerajaan yang miliki oleh YB Muhammad Yusuf, beliau telah menguruskan
perpindahan penduduk Lembah Tualang ke tanah rancangan Felda.
Sebagai seorang pengarang Islam, Keris Mas telah memberi penilaian kepada DEB
yang secara keseluruhan masih mempunyai kelemahan. Kelemahan yang dikesani oleh Keris
Mas ialah tentang aspek pembangunan rohaniah Islam. Atas kesedaran ini juga, Keris Mas
telah melontarkan pemikirannya tentang perlunya pembangunan agama seiringan dengan
pembangunan fizikal agar pembangunan yang ingin dicapai dan dicita-citakan oleh kerajaan
itu lengkap dan sempurna. Justeru melalui tokoh generasi muda Rahim yang mendapat
pendidikan di luar negara dan Lebai Maarup yang hanya mendapat pendidikan setakat SPM
melontarkan pesan kepada Muhammad dan juga kerajaan bahawa dalam mengejar kekayaan
asas-asas keagamaan jangan dipinggirkan.
Selain itu, Muhammad, iaitu seorang saudagar dari Kuala Lumpur yang menjadi judul
novel secara simboliknya ialah imejan kepada DEB. Rahim secara simbolis mewakili
golongan intelektual-akademik yang akhirnya berjaya mengingatkan ayahnya tentang nilai-
nilai budaya bangsa yang harus dipelihara dalam mengejar kekayaan material.Tambahan lagi,
Lebai Maarup pula lambang kepada golongan agama-ulama yang mahu pembangunan rohani
tidak dipinggirkan juga akhirnya berjaya mengingatkan Muhammad tentang kepentingan
agama dalam mengejar pembangunan fizikal. Manakala YB Muhammad Yusuf lambang
kepada kuasa kerajaan. Begitulah Keris Mas membuat penilaiannya terhadap DEB yang
dirangka oleh kerajaan untuk memacukan pembangunan negara Malaysia.
KOMPONEN
A. PLOT
Plot novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur mempunyai lebih dari satu cerita yang
ingin disampaikan oleh pengarang. Ceritanya mengenai cadangan En. Muhammad
mengembangkan perniagaannya. Cerita kedua berkaitan perkembangan dan penerapan nilai
nilai islam yang dibawa Lebai Maarup , Imam Sahak dan lain- lain. Kepelbagaian plot yang
digunakan pengarang menyebabkan ia tidak kronologi dan berlapis lapis dan bercampur
aduk dengan peristiwa lain . Struktur plot dalam novel ini bersifat moden yang terdiri dari
lima tahap iaitu eksposisi , aksi menaik , klimaks , aksi menurun dan penyelesaian.
B. TEMA
Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur menerangkan tema mengenai kemunculan
usahawan-usahawan Melayu, dan aktifnya gerakan dakwah Islamiah di kalangan generasi
muda yang dilakukan oleh golongan pendakwah. Pengarang menyerankan dalam usaha
membina kehidupa sebagai usahawan yang maju dan Berjaya, teras agama perlu dimantapkan
seiring dan serentak agar kemajuan yang dicapai tidak dihancurkan jati diri bangsa.
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang menekankan pelibatan golongan Bumiputera di
sector perdagangan menyebabkan munculnya watak-watak manusia melayu yang berfikiran
sehala iaitu yang hanya memikirkan nafsu amarah dan mengaut sebanyaknya keuntungan
kebendaan semata-mata tanpa memikirkan soal halal haram sesuatu perniagaan. Mereka
hanya memikirkan teknik dan strategik untuk cepat menjadi jutawan dan bagaimana untuk
mengurangkan kos semaksimum mungkin, serta untung sebanyak-banyaknya. Mereka tidak
menghiraukan soal kemanusiaan dan keagamaan. Kegilaan membangunkan material semata-
mata terpancar menerusi watak Encik Muhammad. Hal ini berbeza dengan Rahim, anak
Encik Muhammad, yang memilih nilai berbeza daripada orang tuanya. Oleh itu, Keris Mas
menekankan pembangunan sememangnya baik tetapi tidak seharusnya mengabaikan agama,
moral, dan kebajikan masyarakat orang Melayu. Misalnya wujud kesepaduan antara idea
Lebai Maarup, seorang pendakwah yang pintar tanpa kelulusan formal, dengan idea Rahim,
intelektual yang tulen sememangnya diperlukan dalam pembangunan masa kini.
Pembangunan yang terbaik adalah pembangunan yang seimbang yang berteraskan ilmu,
iman, dan amal yang berupaya menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Sebaiknya,
dasar pembangunan ialah berdimensi dua, iaitu satu sebagai hamba Allah dan Satu lagi
sebagai Khalifah Allah untuk menguruskan dan memakmurkan alam ini.
C. PERSOALAN
EKONOMI:
Persoalan dari sudut ekonomi ialah Kemunculan saudagar-saudagar Melayu di bandar raya
Kuala Lumpur.Encik Muhammad merupakan seorang ahli perniagaan Melayu yang
berjaya.Sikapnya yang dedikasi diakui oleh Datuk Tan yang merupakan rakan
kongsinya.Kesungguhan Encik Muhammad menceburi dalam dunia perniagaan mengubah
perspektif bangsa lain terhadap bangsa Melayu yang dianggap tidak berkebolehan dalam
bidang perniagaan sebulum ini.
Selain itu,terdapat juga Kepentingan pendidikan dalam bidang strategi pengurusan
dagang untuk kemajuan perniagaan.Encik Muhammad mewarisi bakat dalam perniagaan
yang diceburi oleh datuk dan ayahnya.Menyedari hakikat bahawa anaknya Rahim akan
mengikut jejak langkahnya,encik Muhammad membekalkan anaknya itu dengan ilmu
perniagaan di London dan kembali ke tanah air dengan ijazah Sarjana Muda Pengurusan
Dagang dan bekerja dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang.
Disamping itu,persoalan yang lain ialah Dunia perniagaan yang mementingkan
keuntungan dagang serta kekayaan daripada tanggungjawab sosial.Encik Muhammad terlalu
memikirkan keuntungan yang bakal diperolehi melalui perniagaan yang bakal diceburinya
melalui Syarikat Lombong Lembah Tualang.Pelbagai muslihat dilaksanakan olehnya untuk
memastikan semua penduduk Kampung Pulai menjual tanah kepadanya.
Seterusnya,Kemiskinan orang Melayu di kawasan luar bandar.Dalam novel
ini,kemiskinan jelas digambarkan oleh pengarang.Masyarakat Kampung Pulai merupakan
masyarakat yang hidup dalam serba kekurangan,peluang pekerjaan terhad dan kemudahan
asas yang tidak mencukupi.Faktor-faktor ini menyebabkkan golongan muda berhijrah ke kota
dan tidak berminat untuk tinggal di kampung .Terdapat juga penduduk yang tidak
mempunyai tanah dan terpaksa menumpang tanah orang lain.
Persoalan lain ialah Pentingnya luar untuk memajukan perniagaan.Perlabur luar
dibawa masuk untuk memajukan sesuatu perniagaan seperti membawa perniagaan
melombong bijih timah dan Semangat perkongsian dan muhibah dalamperniagaan.Semangat
perkongsian dan muhibah dapat dipupuk melalu joint-Melayu-Cina dalam dunia
perniagaan.Hakikat ini diakui oleh Datuk Tan berdasarkan sejarah perlombongan di negara
ini.
Yang terakhir bagi persoalan ekonomi ialah Rancangan-rancangan perdagangan yang
mengutungkan.Rancangan-rancangan perdagangan seperti membuka ladang lada hitam di
Johor dan menubuhkan Syarikat Lombong Tualang merupakan satu usaha mempertingkatkan
taraf hidup dan memperkembangkan empayar perniagaan .Kedua-dua rancangan ini
menggambarkan Encik Muhammad mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan.

POLITIK :
Persoalan dari sudut politik ialah Fahaman politik yang berbeza membawa kepada
perpecahan.Sudin tidak disukai oleh sebahagian penduduk Kampung Pulai kerana dia
menjadi wakil kepada Yang Berhormat Muhd Yusuf.Perbezaan parti politik menyebebkan
penduduk kampung berpecah dan keadaan ini merungsingkan Imam Saad sendiri.
Selain itu,Sejarah sebagai panduan politik semasa.Malaysia merupakan sebuah negara
terbilang bangsa.Melalui sejarah kita dapat mempelajari langkah-langkah yang dilakukan
oleh pemimpin yang terdahulu dalam memupuk perpaduan kaum di negara ini.Datuk Tan dan
Encik Muhammad menyedari kepentingan perpaduan itu untuk melaksanakan projek
perkongsian mereka.
Disampin itu,Kejujuran seorang wakil rakyat melaksanakan amanah.Yang Berhormat
Muhd.Yusuf merupakan seorang pemimpin yang tidak jujur dalam menjalanakan tugasnya
kerana mempunyai kepentingan peribadi dalam projek yang
diusahakannya.Kemudiannya,beliau menyertai rancangan Encim Muhammad kerana lebih
memberi keuntungan kepada beliau.
Seterusnya,Memperalatkan politik untuk kepentingan peribadi.Yang Berhormat
Muhd.Yusuf mengambil kesempatan daripada projek yang dijalankan untuk kepentingan
peribadinya.Beliau berharap dengan projek yang dijalankan dapat menambahkan kekuatan
politiknyadi wilayah itu.Dalam novel ini bukan sahaja Yng Berhormat Muhd.Yusuf
memperalatkan politik umtuk kepentingan peribadi malah Sudin dan Encik Muhammad turut
terlibat.

SOSIAL DAN BUDAYA :


Persoalan dari sudut soaial dan budaya ialah Kepentingan menjaga kesihatan.Yang
Berhormat Muhd.Yusuf menyatakan kepada Encik Muhammad tentang kesibukannya
hinggakan tidak ada masa umtuk menjaga kesihatan diri walaupun telah dinasihati oleh
doktor.
Selain itu,Kepentingan ilmu untuk masa depan.Encik Muhammad menghantar Rahim
di luar negara dengan harapan Rahim akan membantunya memajukan lagi perlombongan
yang terajuinya itu.Rahim dihantar belajar di London mengikuti kursus ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Dagang untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan pengalaman tentang hal-
ehwal pengurusan.
Seterusnya,Jati diri Melayu.Encik Muhammad berpendapat anaknya Rahim bukan
orang kampung yang tulen kemelayuan tetapi anak masyarakat cosmopolitan yang tidak
mengerti tentang kehidupan masyarakat sendiri.Oleh sebab itu,dia menentang projek
perlombongan di Kampung Pulai secara membabi buta dan menganggap penempatan
masyarakat kampung ke rancangan FELDA merupakan satu langkah menghalau penduduk
kampung tersebut tanpa menilai kebaikan di sebaliknya.
Persoalan lain ialah Pengaruh wang melalaikan masyarakat.Pengarang
menggambarkan orang Kampung Pulai telah dipengaruh dengan kemewahan setelah mereka
menjual tanah mereka kepada Syarikat Lombong Lembah Tualang.Kemerosatan iman dan
akhlak anak-anak muda kampung amat menyentuh perasaan Imam Saad.
Di samping itu, persoalan lain ialah perbezaan taraf dan keturunan. Keturunan Syed
dan Syarifah merupakan yang berdarjat tinggi dan masyarakat Melayu. Mereka berasal dari
negara Arab dan dikaitkan dengan keturunan Nabi. Syed Aris mempertikaikan hasrat
isterinya, Syarifah Muinah untuk merapatkan hubungan antara Mahani dan Jahid kerana
tidak setaraf dan sekufu.
Persoalan seterusnya fahaman perkauman. Encik Muhammad tidak sependapat
dengan Tan Sri Syed Aris kerana bersifat perkauman dalam urusan perniagaan. Encik
Muhammad menganggap kesilapan itu timbul kerana Tan Sri Syed Aris selalu menyamakan
falsafah perdagangan dengan falsafah politik.
Persoalan berikutnya ialah cinta. Dalam novel itu, terdapat dua kisah percintaan iaitu
percintaan tiga segi antara Sudin, Mat Akil dan Gayah. Sudin dan Mat Akil mencintai Gayh
dan bermusuhan antara satu sama lain. Kemenangan akhirnya berpihak kepada Sudin.
Percintaan yang kedua adalah antara Rahim dan Mahani. Percintaan ini berputik sejak dari
sekolah lagi. Percintaan ini tidak mendapat halangan kerana Cik Puan Tipah dan Encik
Muhammad memang berhasrat menjodohkan kedua-duanya sejak kecil lagi.
Persoalan terakhir ialah rasuah. Rasuah yang melanda masyarakat masa kini juga
menjadi persoalan dalam novel ini. Tauke Chan dan Yang Berhormat Muhd. Yusuf telah
merasuah Penghulu Mahmud supaya bersetuju dengan hasrat mereka untuk membina
kawasan perumahan di tanah milik keluarga. Sikap ayahnya itu telah menimbulkan
kemarahan Jahid.
AGAMA :
Persoalan dari sudut agama ialah gerakan dakwah islamiah di kalangan generasi muda.
Lebai Maarup merupakan generasi muda yang mengajak masyarakat kampungnya kembali
mengamalkan ajaran islam. Dia dianggap fanatik kerana berjubah seperti orang Arab dan
bertindak menentang meksiat dan kemungkaran. Perwatakannya menyebabkan dia telah
digelar oleh Yang Berhormat Muhd Yusuf sebagai khomeni Kampung Pulai. Kehadirannya
tidak disenangi oleh Encik Muhammad dan Yang Berhormat Muhd Yusuf. Selain Lebai
Maarup, pengarang juga menggambarkan engaruh gerakan dakwah Islamiah di kalangan
penuntut Malaysia di luar Negara.
Selain itu, pembahagiaan harta pusaka mengikut hukum Islam. Orang kaya Datuk
Indera Mahmud dan Encik Muhammad telah mengumpulkan ahli keluarga yang tinggal di
wilayah Tualang dan tempat lain untuk mengadakan mesyuarat pembahagian sebahagian
daripada harta keluarga Datuk Indera. Untuk memastikan pembahagian itu mengikut kaedah
faraid turut hadir ialah kadi wilayah Tualang.
Di samping itu, persoalan lain ialah kebebasan beragama. Robert ialah anak Datuk
Tan merupakan seorang yang gemar mendalami pelbagai ajaran agama. Walaupun dia pada
asalnya beragama Buddha tetapi meminati untuk mengetahui tentang agama lain dengan
membaca buku-buku teologi belajar falsafah ketuhanan termasuklah buku-buku tasawuf
Islam. Kebebasan beragama member hak kepada Robert untuk menganuti agama lain.
Persoalan seterusnya ialah kekayaan dan kemajuan yang dicapai tidak harus
melalaikan kewajipan terhadap agama. Lebai Maarup berpandang jauh memikirkan kemajuan
yang akan dilaksanakan oleh Syarikat Lombong Lembah Tualang nanti tidak akan malalaikan
manusia. Oleh itu, dia memberikan cadangan kepada Encik Muhammad mendirikan sebuah
surau di situ.
Persoalan berikutnya ialah, menghidupkan amalan sembahyang berjemaah dan
beribadat kepada Allah. Amalan sembahyang dalam novel ini digambarkan oleh pengarang
tidak dititikberatkan oleh masyarakat. Bahkan sembahyang jumaat tidak dapat dilakukan
kerana tidak cukup makmun. Amalan ini dilakukan oleh golongan tua seperti Imam Saad,
Bilal Endut, dan Tuk Empat Dahlan. Kedatangan Lebai Maarup menambah bilangan ahli
jemaah dan berjaya menarik golongan muda ke surau seperti Kemat Jerangkung. Selain Lebai
Maarup, watak Tan Sri Syed Aris juga digambarkan seorang yang warak walaupun
berkedudukan tinggi. Begitu juga isterinya Syarifah Muinah yang sentiasa menemani
suaminya beribadah kepada Allah.
Persoalan lain ialah mewakafkan harta benda untuk kepentingan agama. Lebai
Maarup tidak mahu menjual tanah pusakanya tetapi mewakafkan tanah itu untuk keperluan-
keperluan agama. Dia telah memilih untuk mendapat keuntungan di akhirat daripada
keuntungan di dunia. Tindak tanduknya menghairankan pihak yang tidak tahu nilai saham di
akhirat itu.
Selanjutnya ialah, amalan sunnah Rasullulah. Amalan sunnah Rasullulah memang
menjadi ikutan sesetengah pengikut gerakan Ialam. Lebai Maarup digambarkan berjubah dan
berjanggut seperti orang Arab. Sudin pula telah membawa cerita menarik tentang Lebai
Maarup kepada Mahani, Cik Puan Tipah dan Datin Tan.
Walaubagaimanapun terdapat lagi persoalan lain ialah perkahwinan dalam Islam.
Perkahwinan dalam Islam bukan sekadar menghubungkan seorang lelaki dengan seorang
perempuan, tetapi lebih daripada itu adalah untuk merapatkan silaturahim dan menyatukan
dua keluargamenjadi satu. Perkahwinan Sudin dan Gayah telah menamatkan permusuhan dua
keluarga sejak dari dulu lagi.
Persoalan terakhir ialah memfitnah dilarang dalam Islam. Mat Akil telah memfitnah
Lebai Maarup mengadakan hubungan sulit dengan isteri orang mengajar ajaran sesat dan ejen
kepada parti pembangkang. Lebai Maarup juga dikatakan bercita-cita menjadi calon dalam
pilihan raya. Walaubagaimanapun, Lebai Maarup Berjaya menangkis serangan fitnah itu.

You might also like