T1A4 Jurnal Kasmawati

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER : JANUARI 2016

__________________________________________________________________

HBEF3603

PROFESSIONALISME PRACTICE

JURNAL REFLEKTIF

=================================================================

NAMA : KASMAWATI ABDUL KADIR

NO. MATRIKULASI : 820920125476001

NO. KAD PENGENALAN : 820920-12-5476

NO. TELEFON : 019-8030125

E-MEL : kasmakechie@oum.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SANDAKAN LEARNING CENTRE


PENGENALAN
Pengkaji menjalani sesi praktikum di SK Bintang Mas, Telupid dalam pengajian
Program Sarjana Muda Pengajaran. Praktikum pengkaji berlangsung selama 4 bulan iaitu
September, Oktober dan November 2015 dan Januari 2016. Pengkaji telah menjalankan
praktikum di kelas Tahun 3 Drastik, yang melibatkan 15 orang pelajar.
Terdapat 3 fasa tugasan yang perlu dilaksanakan bagi membolehkan praktikum ini
berjalan dengan jayanya. Di antaranya ialah dengan melaksanakan penyeliaan sebanyak dua
kali oleh guru pembimbing. Guru pembimbing saya ialah Pn. Norhayati Mohd Nor yang
merupakan guru yang cukup berpengalaman dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam
bidang Matematik. Beliau telah mengajar dalam bidang matematik selama 15 tahun. Beliau
telah menyelia saya sebnyak dua kali. Dalam pemantauan pertama saya telah mendapat
markah sebanyak 8/8 dan pemantauan kedua saya telah mendapat markah sebanyak 9/10.
Hasil daripada pemantauan ini saya telah berjaya menyiapkan tugasan T1A1 dan T1A2.

KEKUATAN

Sepanjang sesi praktikum yang telah berlangsung selama 4 bulan (16 minggu )
terdapat banyak kekuatan yang boleh diperihalkan. Di antaranya, ialah pengalaman mengajar
sebagai seorang guru matematik lepasan diploma selama 12 tahun merupakan satu pakej
kepada saya untuk melaksanakan sesi praktikum dengan jayanya. Selain itu, pengkaji juga
biasa dengan gelagat murid sekolah rendah dan dapat memahami setiap perubahan kelakuan
mereka. Saya juga mengetahui latar belakang setiap murid tahun 3 Drastik dengan lebih
terperinci. Ini kerana kebanyakkan murid yang bersekolah di Sk. Bintang Mas adalah terdiri
daripada murid yang tinggal di Kg. Bintang Mas. Oleh itu, pengkaji sentiasa menggunakan
pendekatan mengajar secara berpusatkan murid dan sentiasa memberikan penghargaan sama
ada dalam bentuk pujian atau hadiah sekiranya mereka dapat menunjukkan perubahan positif
dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran matematik di kelas ini.
Pengkaji juga sangat bertuah kerana panitia matematik mempunyai banyak koleksi
bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
matemmatik. Sikap bertanggungjawab guru pembimbing yang amat menitikberatkan
penggunaan bahan bantu mengajar telah mendorong saya agar sentiasa inovatif dan kreatif
untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik. Uniknya, koleksi bahan bantu
mengajar dalam panitia ini ialah kebanyakkannya terdiri daripada bahan-bahan yang boleh
dikitar semula seperti, tutup botol, kulit gula-gula, batang aiskrim, kulit-kulit kerang dan
banyak lagi bahan lain yang boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar. Bahan bantu
mengajar yang terdapat di sekolah ini juga mersa pengguna dan banyak membantu guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengkaji juga amat bertuah kerana mempunyai seorang guru pembimbing yang
sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang sesi praktikum ini. Beliau sentiasa
memberi semangat agar sentiasa memberi fokus yang baik terhadap setiap sesi pengajaran
dan pembelajaran. Apa yang menariknya, apabila menyediakan bahan bantu mengajar beliau
sentiasa ringan tulang untuk membantu menyiapkan setiap koleksi bahan bantu mengajar.
Sikapnya yang mudah didekati menyebabkan pengkaji tidak pernah berasa tertekan untuk
dipantau dan melaksanakan setiap pengajaran dan pembelajaran mengikut garis panduan
yang telah ditetapkan. Sikap guru pembimbing yang prihatin sangat membantu pengkaji
sepanjang menjalani sesi praktikum.
Kekuatan seterusnya ialah keadaan persekitaran sekolah yang terletak di kawasan
pedalaman merupakan satu kelebihan kepada murid tahun 3 Drastik untuk belajar dengan
lebih baik. Proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berjalan dengan lancar tanpa
gangguan bunyi bising daripada kenderaan. Keadaan ini telah membantu saya untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah dengan jayanya seperti
menggalakkan murid untuk mencari sendiri bahan-bahan yang telah ditetapkan oleh guru
mengikut lokasi dan di bawah pengawasan guru. Keadaan persekitaran sekolah yang selamat
juga banyak membantu murid untuk lebih fokus dan bersemangat untuk belajar. Walaupun
sekolah ini terletak jauh dari bandar , namun ia bukanlah satu kekurangan sebaliknya ia
merupakan kelebihan kerana murid kurang gangguan dan pengaruh negatif.
Seterusnya, terdapat banyak bahan rujukan tentang buku matematik bagi murid di
Pusat Sumber Sekolah dan di almari panitia matematik. Sepanjang sesi praktikum, banyak
rujukan yang dibuat dan membuat perbandingan tentang strategi dan kaedah terbaik untuk
menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pengkaji juga sentiasa membaca
buku-buku daripada pelbagai keluaran dan berbincang dengan guru pembimbing tentang
pemahaman daripada setiap pembacaan. Hasil daripada pembacaan ini telah dapat
meningkatkan pengetahuan tentang pengajaran Matematik dan menambah keyakinan untuk
melaksanakan sesi praktikum dalam kelas 3 Drastik dengan lebih berkesan.
Kekuatan seterusnya, semua guru dan murid di Sk. Bintang Mas sentiasa
menghulurkan bantuan mereka apabila diperlukan. Contohnya, guru-guru di sini sentiasa
ringan tulang membantu menyediakan projector liquid crystal display (LCD) untuk tayangan
slaid powerpoint dan murid-murid sentiasa menghulurkan bantuan untuk membawa setiap
bahan pengajaran dan pembelajaran ke kelas apabila diperlukan. Sikap saling bantu-
membantu di kalangan guru dan murid memudahkan perjalanan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar.
Di samping itu, murid-murid juga amat gemar kepada bahan bantu mengajar yang
terdiri daripada bahan maujud. Ini kerana mereka merasa terlibat dalam setiap sesi pengajaran
dan lebih memahami isi pelajaran yang disampaikan. Objektif pembelajaran sentiasa tercapai
kerana murid amat berminat untuk sentiasa melibatkan diri dalam setiap aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Keseronokkan murid jelas kelihatan apabila mereka sentiasa teruja dengan
aktiviti individu dan kumpulan tanpa menyedari masa pengajaran dan pembelajaran telah
berlangsung dalam tempoh yang agak lama iaitu selama 1 jam ( 60 minit). Mereka tidak
pernah menyatakan rasa bosan dan malas sebaliknya sentiasa memberi perhatian dan
komitmen yang tinggi di atas setiap aktiviti yang disediakan.

KELEMAHAN
Walaupun banyak kekuatan yang didapati sepanjang menjalani praktikum, terdapat
juga kelemahan yang dapat dilihat. Kelemahan ini wujud dari beberapa aspek seperti murid,
guru dan bahan bantu mengajar. Di antaranya ialah, murid tahun 3 Drastik kerap keluar ke
tandas. Perlakuan ini seperti menjadi kebiasaan mereka kerana kebanyakan guru mengadu
perkara yang sama. Apabila mengajar pasti ada beberapa orang murid akan meminta
kebenaran untuk keluar ke tandas. Perlakuan ini akan diikuti oleh beberapa rakan mereka
yang lain. Keadaan ini sedikit banyak menimbulkan sedikit gangguan kepada murid-murid
lain yang ingin memberi tumpuan terhadap penerangan guru. Oleh itu, sebelum pengajaran
dan pembelajaran bermula, murid akan diminta ke tandas sebelum sesi pengajaran dan
pembelajaran bermula.
Sementara itu juga, terdapat juga beberapa orang murid yang suka membawa majalah
komik dan mainan daripada rumah. Ini menyebabkan penumpuan mereka terganggu kerana
mereka mahu membaca dan bermain tetapi dalam masa yang sama ingin mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru matematik di kelas tahun 3 Drastik, pengkaji
telah mengenal pasti kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh murid terbabit dan
memberi teguran dan nasihat agar tidak mengulangi perbuatan yang sama ketika mereka
sedang belajar.
Seterusnya, terdapat juga murid yang sering mengeluarkan bunyi yang agak bising
ketika menjalankan aktiviti kumpulan. Daripada pemerhatian, murid ini merupakan seorang
murid yang sering meminta perhatian daripada guru agar sentiasa berada dekat dengannya
dan sentiasa membimbingnya. Keadaan ini sedikit sebanyak telah menganggu ahli-ahli
kumpulan lain untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Ekoran daripada itu, teguran dan
nasihat telah diberi kepada murid terbabit agar lebih berdisiplin ketika belajar.
Selain itu, terdapat juga murid yang hyperactive di mana murid ini sukar mengikut
peraturan yang telah ditetapkan seperti tidak dibenarkan berjalan-jalan semasa pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu prosees
pengajarandan pembelajaran kerana guru terpaksa berulangkali menegur dan
menasihatimurdi berkenaan.
Dari aspek bahan bantu mengajar pula, tidak banyak kelemahan yang diperolehi.
Antara kelemahan dari aspek bahan bantu mengajar adalah kekurangan kuantiti bahan bantu
mengajar yang menyebabkan murid tidak mendapat bahan secara individu. Aktiviti selalunya
dijalankan dalam kumpulan kecil dan terdapat beberapa murid yang suka menguasai bahan
secara dominan kerana merasa teruja menggunakan bahan maujud semasa belajar. Namun,
kelemahan ini dapat diatasi dengan menggunakan bahan alternatif untuk menampung
kekurangan yang ada.
Selain itu, sedikit kekangan yang dihadapi dalam penggunaan bahan maujud dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kawalan kelas. Guru menghadapi sedikit masalah kawalan
kelas semasa pengajaran dan pembelajaran kerana murid asyik memegang dan melihat baha-
bahan yang digunakan. Murid sangat teruja dengan bahan yangdigunakan sehingga kadang-
kadang tidak mendengar arahan terkini dari guru. Kelemahan ini dapat diatasi dengan
memberi penerangan yang jelas sebelum memberi bahan-bahan maujud kepada murid.

PELUANG:

Sepanjang sesi praktikum ini juga, terdapat beberapa peluang yang dapat dilihat.
Antaranya dengan adanya makmal computer yang mula beroperasi pada pertengahan tahun
2015. Makmal ini dapat dimanfaatkan untuk membantu keberkesanan dan mempelbagaikan
kaedah danstrategi pengajaran dan pembelajarn. Murid juga selesa belajar di dalam makmal
komputer di samping guru dapat menggunakan persembahan tayangan slaid power point
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Melalui proses praktikum ini juga, pengkaji berpeluang untuk merasai pengalaman
mengendalikan dan menyiapkan tugasan praktikum bagi Program Sarjana Muda Pengajaran
dan diselia oleh guru pembimbing. Jika bukan kerana syarat pensiswazahan yang dikenakan
oleh pihak Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG),
berkemungkinan pengkaji tidak melaksanakan sesi praktikum ini. Ini merupakan satu
pengalaman yang berharga dan boleh diaplikasikan pada masa hadapan untuk menjadi
seorang guru yang sentiasa cemerlang dalam profesion perguruan.
Melalui sesi praktikum ini juga, pengkaji berpeluang memuhasabahkan kelemahan
diri dan berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi seorang guru yang lebih baik dan
berdedikasi sepanjang masa. Seseorang guru yang baik hendaklah sentiasa peka dengan
masalah murid dan sentiasa mereflek diri sama ada masalah itu timbul daripada diri guru atau
pihak murid itu sendiri. Secara tidak langsung dapat menanam sifat prihatin akan keadaan
murid sama ada secara akademik atau fizikal.

ANCAMAN:

Hasil praktikum ini bergantung kepada keberkesanan kaedah yang digunakan melalui
sesi pengajaran dan pembelajaran dan penggunaan instrumen-instrumen tertentu. Perkara
yang amat ditakuti ialah jika murid selalu tidak menghadirkan diri ke sekolah. Apabila murid
selalu tidak hadir ke sekolah, berkemungkinan mereka akan ketinggalan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi subjek matematik khususnya tajuk darab yang merupakan
fokus kajian bagi pengkaji. Ini akan mempengaruhi hasil pembelajaran kerana bilangan
murid yang sangat sedikit iaitu sebanyak 15 orang sahaja. Ini menimbulkan satu julat yang
besar di antara setiap markah murid. Oleh itu, persediaan hendaklah sentiasa dibuat
sekiranya ada murid yang tidak hadir ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

HBEF 3603 Professional Practice merupakan penentu kepada penganugerahan ijazah


pada tahun terakhir untuk mendapat segulung ijazah. Sekiranya saya tidak berusaha untuk
menyiapkan HBEF 3603 Professional Practice maka saya mungkin akan gagal untuk
mendapat sijil ijazah dalam bidang perguruan. Oleh itu, saya hendaklah bertanggungjawab
terhadap masa hadapan diri sendiri dengan sentiasa mendisiplinkan diri dalam melaksanakan
tugas yang telah diamanahkan kepada saya.

You might also like