Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

A.

Perayaan Thaipusam
Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama
Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan.
Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga
sebagai bulan 'Thai'.Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk
menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.

Saya: Apakah maksud perayaan Thaipusam untuk kaum India?


En.Ravi Thaipusam merupakan perayaan agama yang paling popular dalam kalangan
: orang India.Perayaan ini merupakan suatu perayaan yang berpusatkan kuil-kuil
Dewa Muruga atau Dewa Subramaniam.
Saya: Bilakah Hari Thaipusam diadakan?
En.Ravi PerayaanThaipusam disambut pada malam hari bulan purnama, iaitu dalam bulan
: Thai.
Saya: Apakah tujuan kaum India menyambut Hari Thaipusam?
En.Ravi Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau
: memohon ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun. Bukan
semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon hajat
kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu
diadakan sebagai tanda kesyukuran. Biasanya, murid yang akan menduduki
peperiksaan, wanita yang berhajat untuk mengandung tetapi belum mendapat
kurniaan Ilahi, lelaki yang meminta nazar semoga ibu bapanya selamat daripada
pembedahan waima sakit merupakan antara faktor utama penganut Hindu
memohon nazar.
Saya: Bagaimanakah masyarakat India Meraikan Hari Thaipusam?
En.Ravi Sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan berpuasa selama
: sebulan untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini, mereka
berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa mengunjungi kuil. Dua
puluh empat jam sebelum menyambut Thaipusam pula, mereka akan berpuasa
sepenuhnya.Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya akan
menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagi
masyarakat Hindu di sini.

Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa patung Dewa
Subramaniam, iaitu anak bongsu Dewa Siva, di atas pedati perak dan diarak
dengan muzik tradisi. Selain itu, antara ciri utama perayaan Thaipusam ini,
penganut agama Hindu juga akan membawa 'kavadi', iaitu sebuah kerangka besi
yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni, dan buah-buahan segar yang
dijunjung di atas bahu. Ini adalah sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat
kepada Dewa Subramaniam.

Saya: Bagi perkongsian daripada rakan kelas kaum india, wanita kaum India akan
membawa susu yang diisi dalam belanga semasa Hari Thaipusam.
Mengapakah mereka ingin membawa susu dalam belanga?
En.Ravi Mereka akan membawa susu yang diisi dalam belanga kerana susu itu dianggap
: paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga
aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak, warna,
daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah
ke dalam kuil. Walau bagaimanapun, bukan semua penganut Hindu membawa
belanga berisi susu ini. Hal ini demikian kerana pembawaan belanga bukanlah
kewajipan dalam meraikan kebesaran Tuhan Murugan.
Saya: Bagi kaum lelaki yang tidak mencucuk logam, apakah mereka akan bertindak
untuk menyambut Hari Thaipusam?
En.Ravi Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan
: mewarnakan kepala yang botak itu dengan warna kuning daripada kunyit.
Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran
tertentu. Amalan ini merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar
atau melupakan sesuatu peristiwa yang sedih dan menanti hari-hari yang baik
yang bakal menjelma.
Saya: Mengapakah sesetengah penganut India akan mencucuk logam atau besi
yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi dan anggota badan yang lain?
En.Ravi Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, "kavadi" akan dibawa
: atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada
beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan
dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung
merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini lazimnya terdiri daripada lelaki,
perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung
pada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh
beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi
dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa
ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan
diberi minum.
Saya: Bolehkah Encik menerangkan secara lebih mendalam tentang cara mereka
menyeksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun?
En.Ravi Baiklah, Pelbagai cara "menyeksa diri" dilakukan bagi menunjukkan mereka
: memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka
melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung
Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga dalam kalangan pembazar
nazar atau peminta ampun yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri
ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belalang
mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sentimeter. Perayaan ini
bukan sahaja melibatkan penganut agama Hindu di Malaysia, malah pelancong
asing dari seantero dunia. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau
nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik
oleh para pembantu.
Boleh dikatakan semua pembayar nazar berada dalam keadaan separuh sedar
kerana telah menggunakan bahan-bahan tertentu. Ada juga yang percaya, dewa
yang memberi "kuasa" kepada mereka untuk berbuat demikian dan mereka
seolah-olah jalan terumbang-ambing dan berada dalam keadaan separuh sedar.
Amalan ini amat dipandang berat dalam perayaan ini.
Saya: Bagaimanakah tradisi perayaan Hari Thaipusam dalam dikekalkan secara
besar-besaran di Malaysia sehingga hari ini?
En.Ravi Sebenarnya, Agama Hindu berasal dari India dan dibawa ke Malaysia oleh buruh-
: buruh ladang pada zaman penjajahan British seawal 1786 di Pulau Pinang.
Perayaan Thaipusam pada zaman dahulu disambut di ladang, kuil-kuil Hindu yang
dibina dengan pembiayaan beberapa orang penganut Hindu yang berkemampuan.
Oleh hal yang demikian saiznya tidaklah begitu besar. Di Malaysia, antara kuil
yang bersaiz besar terletak di Sungai Petani, Georgetown, Teluk Intan, Hutan
Melintang , Seremban, Johor Baharu , Kuala Lumpur dan lain-lain.

You might also like