Perluasan Makna Perkataan Bahasa Melayu-Sumbangan Data Korpus Berkomputer

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

PERLUASAN MAKNA PERKATAAN BAHASA MELAYU:

SUMBANGAN DATA KORPUS BERKOMPUTER

ABDULLAH BIN YUSOF

KOD PENYELIDIKAN UPSI: 01-02-24-07


BATSYA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


2009
ii

PENGAKUAN

Saya mengaku penulisan penyelidikan ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya telah saya perjelas sumbernya.

15.10. 2009
ABDULLAH B YUSOF
UPSI: 01-02-24-07
iii

PENGHARGAAN

Pujian bagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan salam buat
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat serta ahli keluarga.

Di sini, penyelidik memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan


keizinan-Nya , akhirnya dapat juga penyelidik menyiapkan penyelidikan mengikut
tempoh yang ditetapkan.

Pada kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan kepada pihak


Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) kerana telah memberi geran penyelidikan di bawah
skim penyelidikan Batsya kepada penyelidik.

Di samping itu, tidak dilupakan penyelidik merakamkan ribuan terima


kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu terutamanya dalam
menyalurkan idea dan pendapat kepada penyelidik sepanjang proses menyiapkan
penyelidikan ini. Bantuan dan jasa baik kalian semua tidak mungkin akan dilupakan
malah akan dikenang untuk selama-lamanya.

Akhir kata, penyelidik ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan memohon
kemaafan kepada pihak yang terlibat dalam menyiapkan penyelidikan ini. Semoga
ganjaran yang diberikan mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah s.w.t.

Abdullah Yusof,
Fakulti Bahasa
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan.
IV

Perluasan Makna Perkataan Bahasa Melayu: Sumbangan Data Korpus


Berkomputer

Abstrak
Kajian ini menganalisis data empiris daripada data korpus berkomputer Dewan Bahasa
dan Pustaka untuk melihat binaan makna antara data korpus berkomputer dengan
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Tumpuan kajian ialah kepada perluasan makna
perkataan dalam bahasa Melayu. Seterusnya, data yang diperoleh akan dianalisis secara
manual dan dihuraikan dari segi binaan bentuk makna. Akhirnya, kajian ini dapat
memaparkan dapatan baharu berkaitan perluasan makna yang terdapat dalam bahasa
Melayu. Oleh hal yang demikian, dapatan baharu kajian ini dapat dijadikan bahan
rujukan para pengkaji bahasa serta guru-guru yang mengajar subjek bahasa Melayu.
V

Extended Meaning Of Word In Malay:Contribution Computerised Corpus Data

Abstract

This research analyses the emphirical data from "Dewan Bahasa dan Pustaka"
computerised corpus data and with the aim of looking into the establish of meaning
between computerised corpus data and the new edition of "Tatabahasa Dewan". The
focus of the research is on the extended meaning of words in Malay language. Thus, the
collected data would be analysed manually and described in the aspect of meaning
establishment. In the end, the research would be able to display new outcomes related to
the extended meaning found in Malay language. Therefore, the new founding of this
research could be used as reference by the language researchers and teachers who are
teaching Malay language.
Isi Kandungan

PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

1.1 Pernyataan Masalah

1.2 Kepentingan Kajian

1.2.1 Pendidik Bahasa Melayu

1.2.2 Pengguna Bahasa Melayu

1.2.3 Ahli-ahli Bahasa

1.3 Batasan Kajian

1.4 Pewajaran Data

1.5 Definisi Korpus

1.5.1 Data Korpus Berkomputer

1.5.2 Konkordans

1.5.3 Kolokasi

1.5.4 Morfologi

1.5.5 Semantik

1.6 Kesimpulan
vii

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.0 Pengenalan 16

2.1 Kajian Perluasan Makna Perkataan Bahasa Melayu 16

2.1.1 Kajian Abdullah Yusof (2006) 16

2.1.2 Kajian AbduIlahYusof (2007) 18

2.2 Kajian Berdasarkan Data Korpus 20

2.2.1 Kajian Mohd. Rain Shaari (2006) 20

2.2.2 Kajian Mohd. Rain Shaari (2007) 20

2.2.3 Kajian Zaidi Ismail (2007) 21

2.2.4 Kajian Seri Lanang Jaya Rohani (2007) 23

2.2.5 Kajian Abdullah Yusof et.al (2008) 25

2.3 Kerangka Teori 27

2.3.1 Teori Relevans 27

2.3.1.1 Konteks 29

2.3.1.2 Kesan Konteks 31

2.3.1.3 Kos Memproses 32

2.4 Kesimpulan 33
viii

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 34

3.1 Methodologi Kajian 34

3.2 Sumber Data 35

3.2.1 Data Korpus Berkomputer 35

3.2.2 Konkordans 36

3.2.3 Kolokasi 36

3.3 Penjanaan Data Korpus 38

3.3.1 Penjanaan Data Korpus 38

3.4 Pengkelasan Data 54

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 56

4.1 Perluasan Makna Perkataan Bahasa Melayu 57

4.1.1 Kata Nama 57

4.1.1.1 Mata 57

4.1.1.2 Bulu 62

4.1.1.3 Dasar 63

4.1.1.4 Anak 64

4.1.1.5 Bentuk 68

4.1.1.6 Pucuk 70
IX

4.1.1.7 Air 71

4.1.2 Kata Kerja 74

4.1.2.1 Tengok 75

4.1.2.2 Atur 79

4.1.2.3 Angkat 84

4.1.2.4 Mampu 86

4.1.2.5 Pegang 89

4.1.2.6 Kahwin 92

4.1.2.7 Bercakap 94

4.1.2.8 Membakar 96

4.1.2.9 Menyapu 98

4.1.3 KataAdjektif 99

4.1.3.1 Bulat 100

4.1.3.2 Baik 102

4.1.3.3 Lewat 105

4.1.4 KataTugas 107

4.1.4.1 Sila 107

4.2 Aplikasi Teori Relevans dalam Perluasan Makna Kata 108

4.2.1 Kata Nama 'Mata' 108

4.2.2 Kata Kerja'Kahwin' 109

4.2.3 Kata Kerja'Baik' 111

4.3 Rumusan Dapatan Kajian 112


BAB 5 PENUTUP

5.0 Pengenalan 114

5.1 Rumusan Dapatan Kajian 114

5.2 Perbincangan 115

5.3 Cadangan 117

5.4 Kesimpulan 118

RUJUKAN
BAB1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Kepesatan bidang ilmu dan teknologi membolehkan bahasa Melayu disesuaikan dengan
keperluan para pengguna bahasa. Dalam bidang yang khusus seperti pemerian makna
bahasa Melayu, kini dengan perubahan zaman menjadikan sesuatu perkataan mendukung
makna yang lebih besar berbanding dahulu dengan bantuan penggunaan teknologi
perkomputeran. Jika dahulu sesuatu perkataan terhad dalam mendukung makna, tetapi
kini dengan adanya penggunaan teknologi menyebabkan sesuatu perkataan dapat ditafsir
dengan pelbagai makna. Oleh itu, untuk melihat sesuatu periuasan makna, penggunaan
teknologi komputer amat diperlukan bagi merealisasikan perkembangan bahasa terutama
yang melibatkan pemerian makna.

Perancangan korpus bahasa dalam proses pembinaan bahasa berkait rapat dengan
usaha pembinaan dari segi kosa kata, istilah, tatabahasa, ejaan dan perkamusan agar
menjadi sebuah bahasa yang mempunyai tahap kecekapan, tahap kecukupan, dan tahap
penerimaan. Persediaan awal dari segi perancangan bahasa untuk sebuah negara yang
merdeka dan berdaulat iaitu mempunyai bahasa negaranya sendiri telah berlaku sejak
2

tahun 1956 apabila sebuah badan perancangan bahasa iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka
yang ditubuhkan tahun 1956.

Usaha mengumpul data korpus bahasa Melayu berkomputer telah pun agak lama
dimulakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), terutamanya di Bahagian Penyelidikan
Bahasa dan Bahagian Perkamusan. Menyedari peri pentingnya bahasa Melayu, maka
DBP telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan program pembinaan bahasa bagi
mencapai matlamat untuk membina, mengukuhkan dan meningkatkan korpus bahasa
Melayu dalam bidang tatabahasa, peristilahan, laras bahasa dan ortografi.

Dalam kajian ini, perincian tentang makna, perluasan makna, data korpus
berkomputer, kolokasi dan konkordans akan diperhalusi. Pengertian konsep bagi setiap
komponen ini harus difahami terlebih dahulu bagi memahami dengan lebih lanjut tentang
kelebihan penggunaan data korpus berkomputer dalam melihat makna sesuatu perkataan
dengan lebih mendalam bergantung kepada penggunaannya dalam konteks ayat yang
pelbagai.

Fokus kajian ini ialah mengkaji perluasan makna kata dalam bahasa Melayu
dengan melihat penggunaannya dalam konteks ayat yang pelbagai. Kata-kata dalam
bahasa Melayu sememangnya member! pelbagai makna jika diteliti secara lebih
mendalam terutamanya melalui dapatan yang diperoleh daripada data korpus
berkomputer bahasa Melayu. Hal ini sekali gus akan membuktikan bahawa kosa kata
atau perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat memberikan makna yang lain
berdasarkan konteks ayat yang diperoleh daripada baris-baris konkordans dan ayat yang
terdapat pada pangkalan data korpus. Dalam konteks ini, untuk menjadikan bahasa
Melayu terus berkembang, maka sewajarnya kosa kata bahasa Melayu diperluas
maknanya supaya masyarakat tidak terikat dengan pentafsiran literal daripada kamus
(Mohd Ra'in Shari dan Abdullah Yusof, 2008: 155).
3

1.1 Penyataan Masalah


Kamus Dewan telah digunakan secara meluas sama ada di peringkat sekolah, institusi
pengajian tinggi serta jabatan dan agensi kerajaan. Di peringkat akademik, kamus
tersebut telah menjadi rujukan asas kepada para guru dan pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu setelah sekian lama. Pelajar dan guru
terutamanya lebih cenderung untuk melihat dan merujuk hukum atau peraturan
tatabahasa dan juga makna perkataan dalam kamus ini.

Kecelaruan dari segi tatacara penggunaan dan hukum-hukum yang terkandung


dalam kamus ini terutama dalam memerikan makna perkataan atau entri menyebabkan
kamus kurang dapat menjelaskan makna secara berpada. Hal ini menimbulkan kekeliruan
terhadap pengguna dan juga pengkaji bahasa.

Wittgenstein (1953) dalam S. Nathesan (1997:528) yang merupakan seorang ahli


falsafah terkenal menyatakan bahawa makna kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat
dalam penggunaanya atau dalam konteks penggunaan. S. Nathesan (1997:529)
menyatakan makna kata tidak akan menjelma selain dalam konteks penggunaan
perkataan atau ayat dalam ujaran atau tulisan. Misalnya, ujaran kata 'cantik' amat kabur
maknanya kecuali dinyatakan dalam satu konteks seperti diucapkan untuk memberitahu
orang lain akan kecantikan seseorang, pandangan, benda dan sebagainya. Berdasarkan
pernyataan tersebut, kata 'cantik' merupakan kata adjektif yang boleh mendukung
banyak makna.

Pengkajian terhadap aspek perluasan makna kata belum pernah dibuat oleh
pengkaji lain dan ini merupakan cabaran buat pengkaji. Namun begitu, pengkajian perlu
dilakukan supaya pengguna bahasa Melayu tidak keliru dan ragu-ragu apabila
menggunakan kata -kata dalam bahasa Melayu pada masa hadapan.
4

1.2 Kepentingan Kajian


Kajian yang berdasarkan teori dan konteks terhadap kata dalam bahasa Melayu ini dapat
memperlihatkan sumbangan yang besar kepada bidang linguistik secara keseluruhannya.

1.2.1 Pendidik Bahasa Melayu


Kajian ini dapat membantu para pendidik bahasa Melayu dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Dengan wujudnya perluasan makna bagi kata dalam bahasa
Melayu membolehkan guru menggunakan data korpus sebagai alternatif bagi
menggantikan penggunaan kamus dalam memerikan makna kata. Dengan penggunaan
teknologi komputer ini dapat membantu guru mengajar bahasa Melayu dengan berkesan
dan berjaya memandangkan penggunaan komputer ini dapat memudahkan pengajaran
mereka di samping dapat menimbulkan minat pelajar untuk belajar.

1.2.2 Pengguna Bahasa Melayu


Secara umumnya, dengan wujudnya perluasan makna pada kata-kata yang terdapat dalam
bahasa Melayu, dapat mendedahkan kepada pengguna bahasa Melayu tentang
kepelbagaian makna yang terkandung dalam sesebuah kata dalam bahasa Melayu.
Selama ini mereka hanya didedahkan tentang tafsiran makna kata hanya melalui
penggunaan kamus yang agak terhad dari segi menghuraikan makna kata. Ini kerana
ruangan dan saiz kamus agak terhad serta tidak mampu dalam menghuraikan makna
perkataan secara berpada. Dengan wujudnya kata yang diambil daripada korpus dapat
memudahkan mereka memperoleh makna kata dengan wujudnya konteks tertentu yang
terdapat dalam sesebuah kata.

1.2.3 Ahli-ahli Bahasa


Manfaat hasil daripada kajian ini ialah kepada ahli-ahli bahasa ialah mereka akan terbuka
minda untuk membuat kajian seterusnya berdasarkan konsep peka konteks dan
kepentingan teori dalam mendasari sesuatu kajian. Fenomena ini akan menyuburkan
5

disiplin kajian makna ke atas kata-kata yang terdapat dalam bahasa Melayu. Kajian
terhadap makna kata bahasa Melayu selama ini masih dilingkungi oleh batas-batas
pentafsiran secara literal. Melalui dapatan kajian makna oleh pengkaji ini akan
merancakkan kajian makna ke atas kata bahasa Melayu yang natijahnya akan memberi
kesan positif dalam pemerian makna yang tidak lagi terhad kepada batas-batas morfologi
semata-mata.

1.3 Batasan Kajian


Kajian ini tertumpu kepada bidang semantik yakni hanya mengkaji perluasan makna kata
yang terdapat dalam bahasa Melayu. Kajian ini membataskan kepada dua puluh
perkataan dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif,
dan kata tugas yang dipilih dalam pangkalan data korpus. Analisis akan dilakukan
dengan melihat fungsi dan makna kata-kata tersebut dan penggunaannya dalam sesuatu
ayat bahasa Melayu.

Perbandingan akan dilakukan dengan kamus dewan kerana paparan yang


dikemukakan memaparkan makna kata secara literal sahaja tanpa melibatkan aspek
konteks. Dapatan baharu ini menunjukkan bentuk penggunaan makna kata bahasa
Melayu yang sebenar yang telah digunakan oleh masyarakat di Malaysia pada masa ini.

Pengkaji akan menyenarai dan menganalisis ayat-ayat yang terdapat kata-kata


yang dikaji dan menyenaraikan hasil dapatan baharu. Kewujudan makna kata -kata ini
akan dianalisis dan dijelaskan secara terperinci dalam kajian ini untuk memudahkan
pembaca memahami makna sebenar sesuatu kata atau perkataan tersebut.

Sehubungan itu, kajian ini akan memaparkan dapatan baru yang berada di luar
lingkungan atau batas linguistik dalam memerikan makna kata bahasa Melayu. Justeru,
6

kajian ini akan cuba memberi maklumat baharu dalam memaparkan makna kata bahasa
Melayu melalui senarai contoh penggunaan ayat yang banyak diguna pakai oleh
masyarakat melalui pangkalan data korpus berkomputer.

1.4 Pewajaran Data


Data yang digunakan dalam kajian ini merupakan data golongan kata nama, kata kerja,
kata adjektif dan kata tugas. Data ini dipilih daripada himpunan data mentah data korpus
yang diperoleh daripada Bahagian Penyelidikan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur. Pemilihan kata ini sebagai korpus kajian dilakukan berdasarkan
pewajaran berikut:

i) Kata-kata yang dipilih merupakan kata yang mewakili golongan kata dalam
bahasa Melayu. la mewakili kata-kata yang sering digunapakai sama ada
dalam pertuturan lisan atau penulisan.

ii) Kata-kata yang dipilih sebagai data ini juga merupakan kata-kata yang asli
yang terdapat dalam bahasa Melayu. la mewakili kata-kata yang terdapat
dalam golongan kata bahasa Melayu yang terdiri daripada kata nama, kata
kerja, kata adjektif dan kata tugas.

iii) Pemilihan kata ini walaupun dalam bentuk kata terbitan, namun penggunaan
kata ini sering digunakan oleh pengguna orang Melayu. Walaupun terdapat
kata terbitan yang digunakan sebagai data kajian, namun kata ini juga sering
digunakan secara seiring dengan kata -kata dasar yang terdapat dalam bahasa
Melayu.
7

1.5 Definisi Korpus


1.5.1 Data Korpus Berkomputer
Pangkalan Data Korpus (PDK) merupakan sebuah pangkalan data yang dibangunkan
hasil daripada kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Universiti
Sains Malaysia (PDK DBP-USM). PDK DBP-USM merupakan satu-satunya pangkalan
data korpus bahasa Melayu yang terdapat di Malaysia yang menyimpan data korpus
bahasa Melayu dalam bentuk digital.

Sistem Korpus merupakan perisian yang dibangunkan oleh kumpulan penyelidik


Unit Terjemahan melalui komputer di USM dalam rangka kerjasama antara USM dengan
DBP berlandaskan Memorandum Persefahaman yang termeterai pada tahun 1993. Sistem
ini dilengkapi dengan kemudahan untuk mencapai bentuk kata, kata terbitan dan rangkai
kata. Capaian atau hasil carian akan dipaparkan dalam bentuk baris-baris konkordans
dengan kata kunci yang tersusun dan tersisih di tengah-tengah baris. Kata kunci carian
ialah kata-kata tertentu yang digunakan untuk membuat carian atau mencapai data yang
diingini. Sistem korpus ini dilengkapi dengan kemudahan untuk mencapai bentuk-bentuk
kata, kata terbitan dan rangkai kata.

Capaian atau hasil carian akan dipaparkan dalam bentuk baris-baris konkordans,
dengan kata kunci carian tersusun dan terisih di tengah-tengah baris. Kata kunci carian
ialah kata-kata tertentu yang digunakan untuk membuat carian atau mencapai data yang
diingini. Pencarian berdasarkan kata kunci ini boleh dibuat melalui pelbagai teknik
carian, sesuai dengan maklumat yang ingin disarikan dan diperagakan. Teknik carian
yang lazim digunakan ialah capaian melalui kata kunci serta capaian melalui kata kunci
serta simbol bebas (* atau ?). Capaian melalui kata kunci atau dikenali juga sebagai
capaian melalui bentuk kata dapat dicapai dengan menaip kata tersebut. Di samping itu,
capaian melalui kata kunci serta simbol bebas (* atau ?) boleh dilaksanakan dengan
menggunakan kata kunci serta simbol bebas "*" dan "?" iaitu dengan "*" mewakili satu
aksara atau lebih manakala "?" pula mewakili satu aksara. Misalnya, pencarian dengan
8

kata kunci "*kata*" akan memaparkan bentuk-bentuk seperti "kata", "perkataan",


"berkata" dan sebagainya. Pencarian dengan kata kunci "b?t?l" akan memaparkan
bentuk-bentuk seperti "botol", "betul" dan sebagainya.

Selain itu, sistem korpus juga dilengkapi dengan modul untuk menganalisis teks
atau turut dikenali sebagai Malay Text Analysis (MATA) yang mampu menghasilkan
statistik tentang sesebuah teks seperti bilangan perkataan, kekerapan perkataan, bilangan
dan senarai kata akar, bilangan dan senarai kata baharu serta bilangan dan senarai kata
tak sahih.

Kamus Linguistik (1997:141) mendefmisikan korpus sebagai data mentah


linguistik yang dikutip daripada kerja lapangan atau teks bertulis dan dianalisis untuk
membuat penyataan saintifik tentang ciri fonologi, tatabahasa dan leksikal sesuatu
bahasa.

Data korpus merupakan himpunan atau kumpulan teks digital yang boleh diproses
dengan teknik dan kaedah linguistik pengkomputeran untuk menampilkan pola dan
hubung kait sesuatu perkara dengan perkataan lain. Data tersebut adalah bersumberkan
bahan atau wacana dalam bentuk tulisan seperti buku, majalah, surat khabar, monograf,
kertas kerja dan risalah. Pangkalan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) -
Universiti Sains Malaysia (USM) sudah terkumpul sekitar 132 juta kata sehingga bulan
Mac 2008.
(http ://www1.bharian.com.mv/Misc/DBP/Artikel/Sastera/2008041616191
0/ArtSastera)

Sehubungan itu, Noresah Baharom (1993:64) menyatakan bahawa data


korpus yang dibina seharusnya mempunyai reka bentuk yang tersendiri, sesuai
9

pembinaannya. Jika kamus yang hendak dihasilkan perlu menggambarkan pengguna


bahasa Melayu kontemporari, dalam pelbagai bidang ilmu dan pelbagai situasi dan
konteks penggunaan bahasa seharian, maka perlulah dibuat pemilihan yang rapi tentang
jenis bentuk bahasa yang hendak digunakan sama ada bahasa pertuturan atau bahasa
tulisan atau kedua-duanya. Di samping itu, bahan jenis ilmiah, popular, humor dan
bentuk teks seperti buku, majalah, akhbar, laporan, kertas kerja dan Iain-lain yang dipilih
supaya laras dan gaya penggunaan bahasa dalam pelbagai bidang kehidupan dan situasi
penggunaan bahasa dapat diwakili.

Saiz korpus yang dibina amat penting difikirkan juga supaya dapat memenuhi
keperluan menyusun kamus. Di DBP, antara ciri korpus yang sedang dibina sekarang
untuk tujuan perkamusan dan penyelidikan bahasa termasuklah:

i. Teks yang dipilih adalah daripada pelbagai bidang atau laras, bentuk dan
situasi penggunaan bahasa dan mencakupi terbitan tahun 1965-an ke atas.
ii. Penulis buku dipastikan supaya terdiri daripada penulis lelaki dan wanita.
iii. 85% terdiri daripada teks bahasa tulisan, 15% terdiri daripada buku lisan
yang menumpukan pada bahasa tulisan pada peringkat permulaan.
iv. Pembinaan fasa pertama adalah untuk 10 juta kata. Proses pembinaan data
akan diteruskan selepasa fasa pertama.

Setelah itu, setiap pangkalan data korpus berkomputer menyediakan pelbagai


jenis data korpus. Lazimnya, data korpus boleh dibahagikan kepada dua jenis data utama
iaitu data teks moden dan data teks klasik. Pangkalan data korpus berkomputer DBP
menyediakan subkorpus seperti dalam jadual 1 di bawah:
10

Jadual 1: Jenis Subkorpus DBP


Bil Subkorpus Jenis Bahan
1 Buku Novel, buku ilmiah, buku
umum, buku teks
2 Majalah Umum meliputi pelbagai
bidang
3 Akhbar Harian, tabloid, mingguan
4 Terjemahan Buku ilmiah, buku umum
(buku)
5 Efemeral Risalah, brosur, iklan
6 Drama Drama yang dibukukan
7 Puisi Puisi yang dibukukan
8 Kad Bahan Kad kutipan untuk penyusunan
Kamus Dewan
9 Teks Tradisional Teks lama dalam bentuk
hikayat, cerita rakyat
10 Buku teks Buku Teks Peringkat Rendah
dan Menengah

Secara keseluruhannya, dalam bidang pengkomputeran bahasa ini, istilah korpus


merujuk kepada himpunan teks yang berbentuk tulisan atau lisan yang disimpan dan
diproses di dalam komputer untuk penyelidikan linguistik.

1.5.2 Konkordans
Menurut Kamus Linguistik (1997:137), konkordans merupakan senarai kata yang
disusun menurut abjad, perkara atau susunan kronologi dengan merujuk kepada tempat
dan keseringan kehadirannya dalam teks tertentu. Noresah Baharom (1994) dalam
Abdullah Yusof dan Mohd Ra'in Shaari (2008:17) pula menyatakan bahawa
11

konkordans sebagai baris-baris petikan sesuatu kata daripada sekumpulan data korpus
dengan kata-kata yang hendak dikaji diletakkan di tengah-tengah baris.

Di samping itu juga, Abdullah Yusof (2006:61) menjelaskan konkordans sebagai


baris-baris petikan yang tersenarai dalam data korpus. Konkordans ini tersenarai
mengikut perkataan yang dikehendaki oleh pengguna sendiri. Perkataan yang
dikehendaki atau yang dikaji berada di tengah-tengah baris konkordans dan dinamakan
sebagai kata kunci atau Key Word in Context (KWIC). Format KWIC telah digunakan
secara meluas kerana aplikasi ini dapat diperoleh dengan lebih mudah dan cepat. Ruang
antara dua belah sisi kata diwujudkan bagi menunjukkan kata-kata yang dikaji dengan
kata-kata lain yang berada di sekitarnya.

Ekoran itu, Noresah Baharom (1993:64) menyatakan bahawa pelbagai maklumat


dapat diperoleh daripada analisis konkordans. Antaranya termasuklah:

i. Pelbagai maklumat bagi sesuatu kata seperti maklumat semantik yang


terdiri daripada sinonim, antonim dan hiponim diikuti oleh maklumat sintaksis,
pragmatik, gaya, huraian makna dan ayat contoh.
ii. Frekuensi atau maklumat statistik kewujudan sesuatu kata dalam
keseluruhan korpus atau sebahagian korpus dan Iain-lain.
iii. Penggunaan sesuatu kata dalam konteks yang lebih luas iaitu dua atau tiga
ayat sebelum atau selepas sesuatu ayat yang terkandung di dalamnya sesuatu kata yang
dikaji dan sebagainya.

1.5.3 Kolokasi
Kamus Linguistik (1997:135) menjelaskan kolokasi sebagai keadaan dua kata atau
lebih yang dianggap sebagai butir leksikal yang tersendiri tetapi lazimnya dikaitkan
antara satu sama lain dalam sesuatu bahasa. Di samping itu, Abdullah Yusof dalam Nik
12

Hassan Basri Nik Ab. Kadir et al (2007:44) pula menyatakan bahawa kolokasi merujuk
kepada kata-kata yang wujud sama ada sebelum atau selepas kata kunci yang berfungsi
memberi konotasi makna yang berbeza apabila wujud dalam konteks ayat yang berbeza.
Selain itu, menurut Bo Svensen (1993) dalam Abdullah Yusof dan Mohd Ra'in Shaari
(2008:18), kolokasi adalah merujuk kepada suatu perkataan yang wujud secara bersama-
sama. Berdasarkan keterangan di atas kolokasi merujuk perkataan yang wujud sama ada
sebelum atau selepas kata kunci yang berfungsi memberi pelbagai maklumat linguistik.
Contoh kolokasi ialah

Bayan 93:4 . . . i t u , maka pada suatu malam anak raja i t u pun a r i f


sangat matanya hendak t i d u r l a l u ia t i d u r t i a d a khabarkan d i r i n y a .
Seketika maka Tuan Puteri i t u pun bangun l a l u diikatnya kaki tangan
anak r a j a i t u . Maka anak raja i t u pun t e r k e j u t daripada t i d u r n y a . Maka
Tuan P u t e r i i t u pun segera mengambil keris hendak menyembelih l e h e r
anak r a j a i t u . Maka kata a n a k . . .

Sehubungan itu juga, bagi F. R. Palmer (1989:82-83) yang telah diterjemah oleh
Abdullah Hassan, penggunaan perkataan bersama-sama seperti contoh yang di atas
dikenali sebagai kolokasi dan perkataan seumpama itu merupakan sebahagian daripada
makna sepatah perkataan. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa makna juga
didapati dalam konteks keadaan dan juga semua peringkat analisis yang lain.
Berdasarkan contoh kolokasi di atas, perkataan kaki mempunyai perbezaan makna
apabila perkataan tersebut berkolokasi dengan perkataan lain, misalnya, kaki berkolokasi
dengan tangan menjadi kaki tangan manakala kaki berkolokasi dengan bukit akan
menjadi kaki bukit dan begitulah seterusnya.

1.5.4 Morfologi
Morfologi berasal daripada perkataan Greek morphemics. Istilah tersebut dipinjam oleh
bahasa Inggeris menjadi morphology yang terbentuk daripada tiga unsur iaitu morph
13

yang bererti bentuk, logy iaitu perkataan Yunani "logos" yang bermaskud pengetahuan
atau ilmu. Oleh itu, morfologi bermaksud ilmu atau pengetahuan tentang bentuk kata
yang menjadi bahan kajian. Menurut Nik Safiah Karim et al (2003:43), morfologi
merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.
Di samping itu, Abdullah Hassan (2005:116) pula mendefmisikan morfologi sebagai satu
bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan
terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan
dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan.

Oleh hal yang demikian, morfologi dapat dikaitkan dengan beberapa aspek
penting iaitu struktur kata yang dimaksudkan dengan susunan bentuk bunyi ujaran atau
lambang atau tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Di samping itu, bentuk
kata pula merupakan rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada
proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Seterusnya, penggolongan kata
ialah proses mengkategorikan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi
dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Menurut John T. Jensen (1995:67) yang
telah diterjemah oleh Ajid Che Kob menyatakan bahawa suatu proses morfologi dapat
didefinisikan sebagai sesuatu yang secara serentak mengubah bentuk sesuatu morfem,
biasanya dasar dan menambahkan sesuatu unsur makna kepada morfem tersebut tidak
dikatakan sebagai pengimbuhan dan hasil proses tersebut pula tidak dapat dibahagikan
kepada dua bahagian atau lebih.

Ekoran itu, perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam


golongan-golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur
fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik. Nik
Safiah Karim et al (2003:85) menjelaskan golongan kata dalam bahasa Melayu dapat
dikategorikan kepada empat bahagian iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata
tugas.
14

1.5.5 Semantik
Semantik ialah satu bidang yang mengkaji makna. Semantik berperanan penting
terutamanya di dalam aktiviti komunikasi manusia. Semantik bersifat pebagai dan tidak
menentu yang berbeza dengan morfem, morfologi atau sintaksis.

Makna mempunyai medannya yang tersendiri yang merupakan skop, ruang,


kawasan atau daerah. Kata dan perkataan juga mempunyai kawasan pengunaannya dan
daerah penggunaannya. Kata dan perkataan memainkan peranan yang penting di dalam
semua bahasa, lebih-lebih lagi apabila dikelompokkan kerana kata sebelum dan selepas
lazimnya dapat menerangkan makna sesuatu perkataan. Sukar bagi seseorang untuk
mendapatkan makna sesuatu perkataan sekiranya perkataan itu tidak dikaitkan dengan
konteks pemakaiannya. Jadi, untuk mendapatkan makna yang tepat, sesuatu perkataan itu
haruslah dikaitkan dengan konteks ayat dan juga intonasi bagi mewujudkan makna atau
mesej yang cuba disampaikan.

1.6 Kesimpulan
Berdasarkan bab ini telah dihuraikan tentang kewujudan perluasan makna perkataan
tertentu dalam bahasa Melayu memandangkan kewujudan kata-kata tersebut dalam
konteks yang berbeza. Justeru kewujudan kata-kata tersebut akan memperluaskan lagi
penggunaan kata- kata dalam ayat atau kalimat yang berbeza. Menurut Harimurti
Kridalaksana (1993), perluasan (non-restrictive) merupakan bahagian dalam kalimat
yang memberi informasi tambahan pada unsur tertentu dalam kalimat ini. Dapatlah
disimpulkan bahawa perluasan makna dapat diertikan sebagai proses meluaskan atau
memperbesar komponen makna sesuatu perkataan. Gejala perluasan makna bagi kata-
kata yang terdapat dalam bahasa Melayu memang sesuatu yang lumrah dewasa ini
terutama dengan perubahan status bahasa Melayu daripada bahasa yang terpencil menjadi
bahasa ilmu bagi bermacam-macam ilmu pengetahuan. Hal ini amat perlu untuk

You might also like