Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

APA ITU PENTAKSIRAN PRESTASI?

Pentaksiran merujuk kepada satu proses mendapatkan maklumat


dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu
proses pendidikan. Pentaksiran prestasi ialah satu bentuk
pentaksiran yang berbeza daripada peperiksaan tradisional yang
menggunakan pensel dan kertas. Justeru, pentaksiran prestasi
bukanlah strategi menguji semata-mata tetapi ia melibatkan
proses dan produk.

Dalam pentaksiran prestasi murid ditaksir berasaskan proses penglibatan mereka


dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Guru boleh melihat proses tersebut secara
langsung (first hand) bagaimana murid menghasilkan bahasa dalam situasi dunia
sebenar. Dengan cara ini, pentaksiran prestasi mempunyai kesahan kandungan
yang tinggi kerana fokus pentaksiran ialah proses bukan produk semata-mata.

Struktur pentaksiran prestasi kebiasaannya tidaklah berbentuk formal dan kekal


yang membolehkan murid berkreatif dan berinteraksi sesama rakan semasa mereka
menyiapkan tugasan mereka. Pentaksiran jenis ini cenderung mengintegrasikan
pelbagai kemahiran. Contohnya, kemahiran membaca dan menulis boleh
digabungkan menjadi satu tugasan atau kemahiran mendengar dan bertutur boleh
dijadikan satu tugasan lain. Pentaksiran prestasi boleh dilakukan dengan pelbagai
cara iaitu melalui jurnal, surat, laporan lisan, cerita, temu duga, sketsa, berpuisi,
portfolio dan pertunjukan boneka.

Rukun Pentaksiran

Instrumen
Kumpulan yang ditaksir
Respons
Kumpulan yang menaksir
Skor

Tujuan Pentaksiran

Masalah yang berhubung dengan ujian tradisional biasanya tidak menunjukkan


keadaan sebenar mengenai apa yang murid tahu (Huerta-Macias, 1995).
Pentaksiran alternatif : menguji lebih kebolehan dalam menghadapi ujian.
Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran
Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik
bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar.

Pentaksiran yang baik dan berkesan merangkumi pelbagai aspek, iaitu :

Skor yang tinggi darjah kesahan


Skor yang tinggi darjah kebolehpercayaan
Keobjektifan melibatkan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip
jawapan.
Kebolehtadbiran kelicinan dan kerja-kerja yang dilaksanakan secara berpusat
atau berasaskan sesuatu organisasi
Kemudahtafsiran ini merujuk kepada calon melibatkan skor calon,
mendiskriminasikan menepati tujuan
Menyeluruh mempunyai soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang
penting.

Menurut Tabatha Rayment (2006) Bukan semua pentaksiran berkaitan dengan


memperoleh gred yang baik, pemantauan terhadap tingkah laku pelajar juga
merupakan bahagian penting dalam pentaksiran bilik darjah. Pembelajaran positif
terhasil daripada persekitaran yang positif. Kawalan dan pentaksiran prestasi amat
penting untuk melahirkan sebuah persekitaran yang kondusif. Pentaksiran
dilakukan dalam pelbagai kaedah untuk menlihat perkembangan para pelajar.

Kaedah Pentaksiran

Pemerhatian
Lisan
Penulisan
Merekod

You might also like