p1 Pendidikan Juvana

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PENDIDIKAN JUVANA

1. Pendidikan bagi Juvana dan Banduan Muda merupakan program kerjasama


antara Jabatan Penjara Malaysia dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi
mewujudkan pendidikan formal yang tersusun dan sistematik di penjara.

2. Penubuhan Sekolah Integriti (SI) dan Sekolah Henry Gurney (SHG) adalah untuk
menyediakan pendidikan secara formal di institusi penjara dengan kerjasama
antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia.
Pendidikan di penjara ini disediakan kepada penghuni yang berumur antara 15
hingga 21 tahun. Terdapat dua kumpulan pelajar yang bersekolah iaitu juvana di
Sekolah Henry Gurney dan banduan muda di Sekolah Integriti. Bermula pada
tahun 2008, enam SI dan dua SHG ditubuhkan bagi memberi peluang kedua
kepada juvana dan banduan muda memperbaiki diri dalam aspek akademik,
kokurikulum dan sahsiah diri. Sehingga 2015, terdapat lapan SI dan tiga SHG di
seluruh negara.

HALA TUJU PENDIDIKAN

1. Objektif pendidikan adalah untuk juvana memperbaiki dan mengukuhkan akhlak,


membantu menghapus buta huruf melalui aktiviti membaca, mengira dan menulis
dalam Bahasa Kebangsaan, menyedia dan memberi peluang memulakan dan
meneruskan persekolahan, menimbulkan minat untuk belajar dan meyakinkan
pelajar bahawa pelajaran dapat menjamin masa hadapan yang lebih baik
(Jabatan Penjara Malaysia 2009).

2. Hala tuju pendidikan juvana mempunyai kaitan dengan dasar Kementerian


Pelajaran Malaysia yang dipersetujui oleh Jabatan Penjara Malaysia yang
menyatakan iaitu jabatan ini hendaklah menyediakan kemudahan prasarana dan
sistem yang berkesan.

3. Hala tuju ini juga perlu memenuhi misi jabatan iaitu menyediakan program
pemulihan yang berkesan yang mempunyai kaitan dengan sistem persekolahan.
Sebanyak enam hala tuju telah dikenal pasti iaitu:
a. penekanan kepada disiplin dan akhlak
b. sekolah satu entiti
c. prasarana yang lengkap
d. penempatan asrama
e. tenaga pengajar
f. memperkasakan Sekolah Henry Gurney
KONSEP PELAKSANAAN

1. Menyediakan sistem pendidikan formal berdasarkan kurikulum Kementerian


Pendidikan Malaysia.

2. Pengurusan dan pentadbiran sekolah di bawah Sektor Pendidikan, Jabatan


Penjara Malaysia.

3. Jalinan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Jabatan Penjara


Malaysia dalam urusan profesionalisme guru dan operasi pendidikan.

4. Pengelasan pelajar bukan berdasarkan umur tetapi mengikut tahap pencapaian


akademik.

5. Kelas- kelas yang ditawarkan:

a. 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

b. PraSPM

c. SPM

d. Kemahiran dan Vokasional

PERANAN KPM

1. Urus setia Mesyuarat Pengoperasian SI dan SHG


2. Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Juvana dan Banduan Muda
3. Menyediakan dan menempatkan guru mengikut keperluan di SI dan SHG
4. Kemudahan buku teks dan keperluan pembelajaran murid yang lain tertakluk
kepada permohonan yang dikemukan oleh pihak JPM dan bergantung kepada
kedudukan kewangan sedia ada KPM.

SENARAI SEKOLAH
Bil Senarai Kod
1 SI Sungai Petani, Kedah KIA 3002
2 SI Kajang, Selangor BIA 4004
3 SI Marang, Terengganu TIA 4005
4 SI Kluang, Johor JIA 2001
5 SI Kota Kinabalu, Sabah XIA 4006
6 SI Kuching, Sarawak YIA 1208
7 SI Muar, Johor JIA 5001
8 SI (W) Bentong, Pahang CIA 0001
9 SHG Telok Mas, Melaka MIA 2003
10 SHG Keningau, Sabah XIA 1007
11 SHG (W) Kota Kinabalu, Sabah XIA 4011

RUJUKAN

Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia 2


Bahagian Pengurusan Banduan, Jabatan Penjara Malaysia. (2014). Jurnal
Hadhari. PENDIDIKAN JUVANA DI JABATAN PENJARA MALAYSIA:
DASAR, HALA TUJU, PELAKSANAAN DAN CABARAN, 6, 93-95. Retrieved
from http://www.ukm.edu.my/jhadhari/makalah/V6n12014/hadhari
%20v.1%20final_7.pdf

Pendidikan Khas - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (n.d.). Retrieved from


http://www.moe.gov.my/index.php/my/soalan-lazim/pendidikan-khas-faq

Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney - Kementerian Pendidikan Malaysia


(KPM).
(n.d.). Retrieved from http://www.moe.gov.my/index.php/my/pendidikan-
khas/sekolah-integriti-dan-sekolah-henry-gurney

You might also like