Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Diri saya 1

Nama saya Izani Ahmad. Umur saya sembilan tahun. Saya anak kedua daripada empat
orang adik-beradik.
Bapa saya bernama Ahmad bin Hussin. Bapa saya bekerja sebagai seorang guru di Sekolah
Kebangsaan Desa Bakti, Ipoh. Ibu saya pula Halina binti Husni. Ibu saya seorang pegawai bank di
Ipoh.
Saya belajar di Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan, Ipoh. Saya belajar di dalam kelas
Tahun Tiga Budiman.
Hobi saya ialah membaca buku dan melayari internet. Cita-cita saya pula ialah ingin
menjadi seorang wartawan.
Warna kegemaran saya ialah merah. Makanan kesukaan saya pula ialah nasi goreng. Bila ada
masa terluang saya serta keluarga selalu bersiar-siar di kompleks membeli-belah di Ipoh.
Saya seorang yang peramah, suka berjenaka dan baik hati. Saya amat berharap agar ramai
rakan saya suka akan diri saya.

Diri saya 2
Nama saya ialah xxxxxx xxxxxx Ak xxxxx. Umur saya ialah 13 tahun. Saya berasal
dari Sarawak. Saya kini tinggal di bla...bla...bla.... (semua pasal peribadi pelajar ni)

Saya kini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan xxxxx. Saya menjadi pelajar
tingkatan 1 di sana. Masuk alam baru katakan. Haha!!. Cita-cita saya ingin menjadi seorang doktor
veterina / doktor haiwan. Saya ingin menjadi doktor haiwan kerana saya amat sukakan haiwan.
Lebih-lebih lagi tikus belanda. Dalam bahasa inggeris 'hamster'.

Saya seorang yang kuat makan. Sebab itulah badan saya semakin gemuk. Bulan yang
paling saya tak suka Bulan Ramadhan. Aduh! Laparnya. Tapi tak apa, nasib baik ibu saya masak
makanan untuk saya. Makanan kegemaran saya ialah coklat, nasi goreng kampung, nasi petaya,
nasi ayam dan nasi tomato. Minuman kegemaran saya pula ialah minuman bergas, cincau, jus buah-
buahan. Erm sedap!

Pada waktu petang pula,saya tidak suka duduk dekat dalam rumah. Saya akan keluar
dengan kawan-kawan saya iaitu xxxx, xxxxxxxxx, xxxxxxx dan xxxxxx. Kami akan lepak di blok
Yane. kadang-kadang pula, kami akan berada di taman permainan.

Hobi saya ialah suka bermain dram, mendengar lagu tengah-tengah malam, melayar
internet, suka menyanyi. Saya seorang yang selalu gembira, suka buat lawak. Itupun kadang-
kadang sahaja.

You might also like