Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SKP 6024

TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN KIMIA
TUGASAN 1:
PERANAN DAN NILAI TEKNOLOGI

MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM

PENDIDIKAN

NAMA MATRIC NO. ID. NO.

WAN AZREENI BINTI WAN M20111000713 850524-06-5536


MOHD JUHARI

KUMPULAN : A
NAMA PENSYARAH : CIK ASMAYATI BT YAHAYA
TARIKH HANTAR : 13 APRIL 2012
ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT

1. 1.0 PENDAHULUAN 1

2. 2.0 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) 1

1
DAN PENDIDIKAN

3. 3.0 PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN 2

4. 4.0 NILAI ICT DALAM PENDIDIKAN 4

5. 4.1 NILAI POSITIF 4

6. 4.2 NILAI NEGATIF 5

7. 5.0 PENUTUP 6

8. RUJUKAN 7

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dalam Bilik Darjah


1. Pendahuluan

Kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mendorong penjanaan
ilmu, kemajuan dan pertumbuhan pesat ekonomi sesebuah masyarakat ke arah yang
lebih produktif dan inovatif. Setiap hari terdapat banyak ciptaan perkakasan baru yang
canggih meliputi setiap aspek kehidupan manusia sejagat. John Naisbitt (1990)
meramalkan bahawa salah satu daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad
kedua puluh satu ialah maklumat. Maklumat sangat berharga dalam dunia globalisasi
hingga ia menjadi penentu dan penggerak masa hadapan. Daripada petikan diatas,

2
didapati ICT merupakan satu medium penting bagi penggerak dan pemacu negara ke
arah membentuk negara yang maju dari segala aspek kehidupan. Tanpa kemajuan ICT
sesebuah negara itu akan tetap mundur dan tidak dapat menyaingi persaingan di
peringkat global di masa akan datang.

2. Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) dan Pendidikan

Perkembangan teknologi maklumat (IT) begitu dinamik termasuk juga di bidang


pendidikan. Sebagai seorang pendidik, kita perlu menguasai kemahiran IT dalam
menyempurnakan tugas proses pengajaran dan pembelajaran. Era IT di zaman ini
merupakan satu pembaharuan yang telah memberikan kesan yang mempengaruhi
perkembangan sesebuah organisasi yang bergantung kepada teknologi ini. Menurut
kamus Oxford, teknologi maklumat diistilahkan sebagai satu bidang sains berkaitan
dengan aktiviti menyimpan dan menghantar keluar maklumat dengan menggunakan
computer. Manakala British Advisory Council For Applied Research and Development
menjelaskan maksud teknologi maklumat sebagai satu disiplin saintifik, teknologi dan
kejuruteraan serta teknik pengurusan yang digunakan dalam pengendalian dan
pemprosesan maklumat serta kegunaannya, komputer dan saling tindak antara
komputer dengan manusia dan hal yang berkaitan dengan sosial, ekonomi dan
kebudayaan.
Perkembangan dan penggunaan ICT khususnya dalam pendidikan, bukan lagi
merupakan sesuatu yang asing di Malaysia. Perkembangan ICT menjanjikan potensi
besar, terutama dalam pendidikan, iaitu dengan mengubah cara seseorang belajar, cara
memperoleh maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat, dan sebagainya. Sejajar
dengan perkembangan ICT dalam dunia pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) telah mengambil beberapa langkah dalam mengintegrasikan penggunaan ICT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di semua peringkat sekolah. Proses
P&P yang berlaku merupakan elemen penting dalam meningkatkan pencapaian
akademik pelajar.
Teknologi maklumat kini menjadi satu gelombang yang mempengaruhi sistem
pendidikan di negara kita dari segi penyediaan infrastruktur juga kepada pengajaran dan
pembelajaran. Pihak KPM menekankan aspek ini dengan mewujudkan sekolah bestari

3
di Malaysia di sekolah-sekolah terpilih, mewujudkan makmal komputer di sekolah-
sekolah dan menggubalkan kurikulum berasaskan IT bermula di tingkatan satu hingga di
tingkatan lima.
Selain daripada kemudahan infrastruktur, guru-guru sains dan matematik juga
turut dibekalkan dengan bantuan komputer riba dan LCD bagi melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan pelaksaanaab Pengajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Bagi mata pelajaran kimia khususnya,
modul berbentuk CD turut dibekalkan bagi memudahkan guru untuk membantu
pengajaran serta mengukuhkan kefahaman pelajar dengan bantuan grafik, bunyi,
gambar serta animasi. Pelaksanaan ini membantu memudah cara pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah dan pembelajaran lebih seronok dan menarik.

3. Peranan ICT dalam Pendidikan

ICT dan pendidikan memang tidak dapat dipisahkan lagi. Perkembangan ICT
dalam bidang pendidikan amat penting untuk sistem pendidikan secara terbuka,
sistem pendidikan jarak jauh dan sistem pendidikan secara talian. Tanpa
bertemu muka, pendidik dan pelajar tidak perlu hadir dalam bilik yang sama
untuk sesi pengajaran tetapi dapat berhubung dengan menggunakan skype atau
email. ICT memberi fleksibiliti kepada pelajar untuk mendapatkan ilmu tanpa
perlu membazirkan masa dan mengurangkan kos perjalanan. Proses pendidikan
boleh berlaku di mana-mana sahaja dan tidak mempunyai had masa tertentu. Ini
sejajar dengan pendapat yang diutarakan oleh Jelfs (2002) menyatakan bahawa
ICT memberikan fleksibiliti kepada pelajar dari segi masa belajar dan
mengurangkan masa perjalanan.
Sebagai contoh aplikasi multimedia ialah konsep hasil pembelajaran
(learner outcomes) merupakan konsep yang membincangkan pencapaian
pelajar, kemahiran interpersonal serta persepsi pelajar. Mahizer (2007) telah
mengkaji persepsi pelajar dalam penggunaan pelajar dalam penggunaan portal
MyGuru2 di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Menurut beliau, majority pelajar
mendapati tajuk perbincangan dalam bahagian forum dalam talian MyGuru2
membantu mereka memahami perkara yang sukar dan mereka mendapati
banyak bahan rujukan yang berguna bagi kursus yang diambil. Siti Nazuar &

4
Abdul Malek (2007) melaporkan bahawa terdapat kaitan positif yang signifikan
antara persepsi persepsi pelajar terhadap peranan pengajar dan interaksi
mereka dalam perbincangan dalam talian secara asinkroni.
ICT juga memainkan peranan sebagai alat bantuan dalam
pengajaran. Komputer kini menjadi satu alat penting sebagai satu alat bantuan
pengajaran. ICT berperanan sebagai kemudahan infrastruktur yang lebih
fleksibel. Khususnya dalam pendidikan jarak jauh, lebih menggunakan komputer
riba atau ipad kerana ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Kini melalui telefon
bimbit sahaja pelajar boleh mengakses intenet bagi memperolehi sebarang
maklumat. Teknologi lain seperti video, CD, DVD dan pendrive juga membantu
menyimpan bahan pembelajaran dengan mudah dan senang dibawa ke mana-
mana. Pelajar tidak pelu lagi membawa buku rujukan atau carta untuk di bawa
kerana dengan adanya alatan tersebut pembelajaran berlaku dingan mudah dan
senang.
Dengan adanya jaringan internet, pelbagai maklumat dan informasi yang
berguna sebagai bahan tambah kandungan pelajaran selain buku teks. Maklumat-
maklumat yang diakses adalah pelbagai dan pelajar perlu kreatif dan kritis untuk
mentafsir maklumat tersebut. Melalui proses ini pelajar secara tidak langsung telah
mengamalkan kaedah pembelajaran yang tertentu dan penerapan pembelajaran
berpusatkan pelajar (student cented learning) Penggunaan internet masa kini semakin
mudah, fleksibel, cepat dan meluas. Kenyataan ini disokong oleh Charp (2000) yang
menyatakan kemajuan internet telah membawa perubahan positif kepada cara guru
mengajar dan murid belajar, bekerja dan berkomunikasi dan bermain. Revolusi internet
bukan sahaja mencari maklumat secara global malah menjalin dan merapatkan
hubungan manusia untuk berkomunikasi. Selain itu, Mas Nida et al. (2008) telah
menjalankan satu kajian terhadap satu Learning Management System (LMS) yang telah
diaplikasikan di sebuah institute pengajian tinggi mendapati bahaw penggunaan system
ini memudahkan akses nota kuliah dan mereka mempunyai kawalan terhadap waktu
akses ke system ini iaitu pada bila-bila masa sahaja.

4. Nilai ICT dalam Pendidikan

5
Terdapat banyak nilai berkenaan aplikasi ICT dalam pendidikan. Seperti yang
diketahui umum sesuatu perubahan atau tranformasi yang berlaku semestinya
mempunyai kesan positif dan negatif. Jadi aplikasi ICT juga memberi impak yang
sama kepada pelajar dan proses pembelajaran.
1. Nilai Positif
i. Penggunaan ICT atau bahan multimedia membantu pengajaran dengan
menyelitkan unsur-unsur yang melibatkan penggunaan pelbagai deria
seperti audio, video, animasi, teks dan grafik ke dalam satu medium
komunikasi. Proses penyampaian maklumat menjadi lebih efektif dan
positif dengan unsur - unsur tersebut. Sebagai contoh, penggunaan buku
teks sekolah atau buku rujukan masih gagal mengatasi kelebihan yang
ditawarkan di dalam sesebuah sistem multimedia yang dibina dengan
menerapkan unsur - unsur yang dinyatakan di atas.
ii. Pembangunan ICT atau bahan multimedia menekankan pembelajaran
yang interaktif telah membawa persepsi baru dalam era penggunaan
komputer dalam bidang pendidikan. Aplikasi multimedia interaktif
mengambil kira mengambil kita teori-teori pembelajaran seperti
pembelajar secara inkuiri, penyelesaian masalah, pembelajaran masteri
dan sebagainya bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai. Unsur
interaktif dan reka bentuk yang menarik mampu menghasilkan
pembelajaran yang lebih bermakna dan juga lebih berkesan.
Penggunaan elemen-elemen dalam multimedia juga di dapati
berkeupayaan untuk membentuk kefahaman serta kemahiran seseorang
pelajar pada peringkat yang lebih tinggi. Pendekatan berasaskan
multimedia yang menyediakan maklumat yang lebih kepada pelajar dapat
membantu dalam pembentukan corak ingatan yang lebih kompleks.
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang dibincangkan dalam konsep
kaedah instruksi meliputi pembelajaran koperatif dan penyelesaian
masalah. Hampir semua medium pengajaran dalam talian tang terlibat
dalam artikel-artikel yang telah dianalisis melibatkan pelajar dalam
pembelajaran koperatif dalam talian seperti google group supaya pelajar
dapat menghasilkan e-portfolio masing-masing. (mahbub, Muhammad
Kamarul Kabilan, & Noorlida, 2008)
iii. Penggunaan bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran juga
menggalakkan pelajar untuk menjadi seseorang yang mampu berfikir

6
secara kritikal, menyelesaikan masalah, lebih mahir dalam proses
mencari dan menyusun maklumat, bermotivasi dalam pembelajaran dan
sebagainya. Ianya juga menggalakkan pembelajaran secara aktif berlaku
semasa pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif dijalankan.
Sebagai contoh, kaedah pembelajaran berdasarkan masalah (PBM) pula
mendapat maklum balas yang positif daripada pelajar kerana PBM dapat
membantu pelajar dalam membentuk kemahiran taakulan dan
penyelesaian masalah (Sadiah & Muhammad IKhwan, 2008)

2. Nilai Negatif
i. Kesahihan maklumat. Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya
adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan
kepalsuan fakta. Misalnya dengan hanya merujuk kepada bahan dari
internet belum tentu maklumat yang didapati itu sahih. Oleh itu seseorang
perlu merujuk kepada sumber asal bagi mengesahkan maklumat dan
mengelakkan kekeliruan. Rujukan maklumat semata-mata kepada
internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang
kebenaran fakta sesuatu maklumat.
ii. Pelayaran Web Negatif. Minat dan kesukaan melawati laman-laman web
yang tidak bermoral dan tidak berfaedah oleh pelajar memberi kesan
negatif dalam perkembangan minda dan fizikal pelajar. Ketagihan
terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai
keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah
perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta
masa.
iii. Jenayah Internet. Pencerobohan dan penggodam lamanweb (Internet
hacker), jenayah kerana melepaskan komputer virus di Internet, penipuan
kredit kad secara online, penyebaran maklumat dan bahan yang salah
melalui emel, penghasutan dan penyebaran fitnah menjadikan ICT
terpesong dari matlamat asalnya.
iv. Permasalahan Remaja. Minat remaja terhadap ICT terutama teknologi
internet dan alat komunikasi mendorong mereka menghabiskan masa di
cyber cafe dan telefon tangan. Program seperti chatting, permainan
video, sms, mms, 3G dan berbagai aktiviti melaluinya membawa kesan

7
dan cabaran tersendiri. Kegilaan anak remaja ini memberi cabaran
kepada ibubapa mereka. Ramai pelajar yang ponteng sekolah,
menyalahgunakan wang saku, meminjam wang teman bahkan ada yang
sanggup menipu dan mencuri. Setiap ibubapa adalah pemimpin kepada
anak-anak mereka.

5. Penutup

Perkembangan dalam ICT, internet dan teknologi multimedia merupakan satu


fenomena yang tidak dapat disangkal kepentingannya. Teknologi ini semakin
popular dan canggih yang digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan masa
kini. Dunia pendidikan juga tidak terkecuali merasa bahang ledakan teknologi
ICT dan multimedia yang semakin maju kehadapan. ICT harus diterima pakai
dan diaplikasikan ke tahap mana ianya menyumbangkan kepada keperluan serta
misi dan visi institusi. Oleh yang demikian, cabaran ICT dalam era globalisasi
harus disahut pada hari ini dan untuk masa hadapan kerana ICT amat penting
terutamanya dalam bidang pendidikan. Selain itu, segala usaha
memperkembangkan ICT harus terus dikekalkan serta sumber yang sedia ada
diaplikasikan ke tahap maksima yang mungkin agar mendapat kelebihan dari
persaingan antara pihak tempatan atau antarabangsa.

8
6. Rujukan

http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN

http://www.slideshare.net/shahwiran/penggunaan-ict-dalam-pp-presentation

http://www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/MIEducation.pdf

http://www.malaysian-ghost-research.org/education/files/vcdcuttermodul.pdf

http://web.usm.my/education/publication/APJEE_26_01_Irfan%20%281-
14%29.pdf

http://atikan-jurnal.com/wp
content/uploads/2011/05/03.baharom.atikan.jun_.11.pdf

http://eprints.usm.my/5590/1/Cabaran_Pendidikan_Secara_jarak_Jauh_Kesedar
an_Dan_Pendedahan_Dalam_Era_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunikasi_
%28ICT%29.pdf

http://eprints.utm.my/10244/2/Nurul_Huda_Binti_Abdul_Wahab.pdf

You might also like