Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Marzita binti Mansor (No.

Telefon: 0124921344)
(K/P: 621212-02-5464)
No. JPK: 01-28063
SMK Agama Sik,
08200 Sik,
Kedah Darul Aman.
__________________________________________________________________________________________

Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah,


Jabatan Pelajaran Negeri Kedah,
Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium,
05604 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tarikh: 05 APRIL 2014

Tuan,

RAYUAN PERTUKARAN KE DAERAH KUALA MUDA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya seperti nama dan alamat di atas mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris di
SMK Agama Sik , 08200 Sik, Kedah ingin memohon pertimbangan pihak tuan untuk
meluluskan permohonan pertukaran saya dari sekolah di bawah pengurusan Bahagian
Pendidikan Islam (BPI) ke sekolah di bawah pengurusan Bahagian Sekolah Menengah Harian.
(Bersama-sama ini saya kepilkan salinan borang permohonan pertukaran saya.)

3. Saya telah berkhidmat di SMK Agama Sik selama 13 tahun (2001 sekarang) dan
berhasrat untuk memohon bertukar ke daerah Kuala Muda kerana rumah saya adalah di
Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani iaitu dalam daerah Kuala Muda. Selama ini saya
perlu berulang-alik dari rumah ke SMK Agama Sik sejauh lebih kurang 120 km kerana jarak dari
rumah saya ke SMK Agama Sik adalah 60 km. Tambahan pula dengan umur saya yang telah
meningkat 52 tahun membuatkan saya mudah berasa letih apabila memandu begitu jauh
setiap hari. Ini mempengaruhi prestasi kerja saya.

4. Harapan saya ialah untuk bertukar ke sekolah yang mudah untuk saya berulang-alik
dari rumah di SMK Teluk Bayu atau SMK Sungai Layar, Sungai Petani atau SMK Amanjaya,
Sungai Lalang atau mana-mana sekolah yang berhampiran.

5. Selain dari itu, saya mempunyai ibu bapa yang telah lanjut usia dan memerlukan
perhatian kerana saya seorang sahaja yang menetap bersama mereka. Adik beradik lain
bertugas di luar negeri Kedah. Tambahan pula, ayah saya mempunyai masalah jantung dan
tidak boleh melakukan kerja-kerja berat. Pada bulan 9 tahun 2012 yang lalu, ayah saya telah
patah tulang lututnya apabila terjatuh. Ini menyukarkan lagi pergerakkannya.(Bersama-sama
ini saya kepilkan surat pengesahan perubatan ayah saya.)

6. Saya amat berharap jasa baik dari pihak tuan supaya permohonan pertukaran saya
dipertimbangkan dan diluluskan kerana tempoh perkhidmatan saya di sekolah semasa sudah
pun melebihi 13 tahun. Kerjasama pihak tuan dalam perkara ini amat diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang mengharap,

(MARZITA BINTI MANSOR)

You might also like