Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

LONTAR PELURU

Semasa pertandingan

Peluru hendaklah dilontar dari bahu dengan sebelah tangan sahaja. Pada masa peserta

mula berdiri dalam bulatan untuk memulakan lontaran,.

Peluru mesti menyentuh, atau rapat dengan leher atau pipi dan tangan pula tidak boleh

direndahkan daripada paras ini semasa hendak melontar.

Peluru tidak boleh dibawa ke belakang bahu atau diangkat ke atas.

Peluru hendaklah ditolak atau di lontar dari leher ke hadapan dengan sudut 45.

Papan penahan

Papan tersebut hendaklah berwarna putih supaya senang untuk dilihat

Ia diperbuat daripada kayu atau plastik dan berbentuk lengkong

Papan ini diletakkan di bahagian tengah-tengah antara kedua-dua garisan sektor dan

dibuat supaya terletak dengan kukuh.

Ukuran papan tersebut ialah 11.2cm hingga 30cm lebar, 1.15 1cm panjang dan 10cm

2mm tinggi daripada paras dalam bulatan.

Peluru

Peluru yang digunakan adalah diperbuat daripada besi atau tembaga.

Berbentuk sfera dan dalam keadaan licin dan rata.

Memenuhi spesifikasi berikut :


Wanita
Lelaki Lelaki Lelaki
Peluru Remaja/Junior/
Remaja Junior Senior
Senior
4.000 kg 5.000 kg 6.000 kg 7.260 kg
Maklumat pengeluar

Beraneka jenis alat yang 4.005 kg 5.005 kg 6.005 kg 7.265 kg

dikeluarkan untuk 4.025 kg 5.025 kg 6.025 kg 7.285 kg

pertandingan
Garis pusat minimum 95 mm 100 mm 105 mm 110 mm
Garis pusat maksimum 110 mm 120 mm 120 mm 130 mm

Gaya Melontar Peluru

1. Melontar Dirian

2. Melungsur Selangkah

3. Parry OBrien

Fasa Lontaran Peluru

1. Pegangan peluru dan persediaan ( Preparation )

2. Lungsuran ( Glide )

3. Lontaran atau balingan ( Delivery )

4. Pulihan ( Recovery )

Pegangan Peluru dan Persediaan


Terdapat tiga teknik pegangan peluru.

Pertama dengan menggunakan tiga jari tengah penahan belakang dan ibu dan jari

kelengkin sebagai penahan hadapan.

Kedua ialah empat jari buka sedikit menahan peluru dan peluru berada di tengah

tangan sambil ibu jari menahan peluru di hadapan.

Cara pegangan peluru ketiga adalah dengan menggunakan lima jari.

Ini adalah cara yang paling selamat berbanding dengan cara dahulu yang hanya

menggunakan tiga atau empat jari sahaja.

Peluru barada di tapak tangan iaitu berada di atas tapak jari dan di cengkam.

Semasa mencengkam keadaan lima jari adalah terbuka sedikit dan mengikut keselesan

pelontar.

Peluru hendaklah berada di bawah pangkal leher.

Siku mestilah diangkat 45 daripada posisi badan.

Lakuan Sedia
Pelontar berada dihadapan bulatan dalam keadaan berdiri bagi gaya lontaran berdiri

Bagi lontaran lungsur selangkah pelontar berdiri membelakangkan bulatan tempat

kawasan lontaran.

Peluru yang digenggam berada di bawah pangkal leher

Lengan tangan diangkat sehingga mendatar dan siku ke luar.

Lungsur
Dalam keadaan membelakangkan kawasan lontaran

Dalam fasa ini bert badan berada di kaki kiri

Kaki kanan bergerak ke bahagian hadapan tengah bulatan dengan mengilangkan kaki.

Badan di bawa ke bawah atau dicondongkan ke bawah hanya dengan badan

bergantung dan di seimbangkan pada kaki kanan dan kaki kiri di luruskan

Bawa badan condong sedikit lagi ke bawah dan kaki kiri di bengkokkan.

Lontaran
Dalam fasa ini kaki kanan di rendahkan

Kilaskan pinggang dan tolakkan dengan tangan kanan kehadapan menyilang badan.

Badan diseimbangkan dengan posisi kaki yang perdiri pada tumit.

Secara serentak tarik tangan kiri ke bawah dan luruskan kedua belah kaki

Tangan kanan mengikut arahlontaran, siku sentiasa berada di luar dan jauh dari badan

Pulihan
Kedudukan kaki depan dan belakang sama seperti semasa melontar gaya dirian.

Kaki belakang di bawa kehadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki hadapan

dibawa ke belakang

LATIHAN ANSUR MAJU

Latihan mendorong

1. Melontar bola lisut. Pelontar melontar dengan memegang bola lisut dan melontar bola

lisut dengan gaya berdiri menghadap hadapan

2. Melontar bola lisut dengan keadaan pelontar menghadap ke dinding dan bola dilontar

ke dinding

3. Menolak bola besar ke dinding

4. Menolak bola besar kearah dinding tetapi titik lontaran tinggi

5. Menolak bola besar untuk jarak

Melontar secara berdiri

1. Menghadap arah kawasan lontaran dan melontar peluru latihan

2. Pelontar dalam kedudukan menghadap tepid an melontar

3. Membalakangkan kawasan melontar dan melontar

4. Melungsur dengan bantuan

5. Melungsur pendek dan melontar

6. Melungsur dan melontar dengan pulihan gaya Parry OBrien

7. Memusing dan melotar

Peraturan 181

1. Peluru dilontar dengan menggunakan hanya satu tangan sahaja


2. Kedudukan tangan yang melontar tidak boleh rendah dari kedudukan tengan semasa

memegang

3. Lontaran di buat di dalam kawasan lontaran

4. jika pelontar melontar untuk percubaan kedua sacara berturut-turut maka masa 2

minit dibenarkan di antara dua lontaran tersebut.

5. bendera kuning diangkat selepas 15 saat sebelum tempoh yang dibenarkan tamat.

6. hakim berkuasa menukar tempat pertandingan tetapi ini mesti dilakukan selepas satu

pusingan lontaran.

7. pembatalan semasa melontar boleh berlaku apabila :

jika pelontar menyentuh mana-mana kawasan luar bulatan semasa melontar

jika pelontar keluar dari bahagian hadapan bulatan kawasan melontar selepas

melontar

apabila pelontar menyentuh bahagian atas penyendal di hadapan bulatan.

Pelontar melontar peluru atau melepaskan peluru dengan cara yang salah

seperti :

i. Semasa melontar kedudukan tangan lebih rendah daripada kedudukan

tangan sebelum lontaran

ii. Peluru dibawa ke belakang bahu tangan yang melontar.

Apabila pelontar mengambil masa melebihi satu minit untuk melontar.

Cara mengukur jarak ( Peraturan 145 )

Jarak diukur hingga bahagian dalam bendul bulatan

Pita mesti malalui pusat bulatan.

Jarak direkod 0.01m terdekat di bawah jarak diukur.

Ini bererti bahagian < 1 cm diabaikan

You might also like