Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

3.0.

Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG SSP Kali ke-
45.
3.1. Pengesahan minit mesyuarat dicadangkan oleh Puan Norhaslinda Bt. Daud
dan disokong oleh Encik Jagis Raj.
3.2. Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 diterima dan disahkan sebulat
suara.

4.0. Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG SSP 2016/2017


4.1. Pengesahan Laporan Tahunan PIBG SSP bagi sesi 2016/2017 dicadang oleh
Encik Maslizan Bin Zamzuri dan disokong oleh Puan Anisah Bt. Amari.
4.2. Laporan Tahunan PIBG SSP bagi sesi 2015/2016 diterima dan disahkan
sebulat suara.

5.0. Membentang dan meluluskan Laporan Kira-kira PIBG SSP yang berakhir
pada 31 Disember 2016.
5.1. Encik Maslizan Bin Zamzuri telah mencadangkan Laporan Kira-kira PIBG
SSP diluluskan dan disokong oleh Puan Roziana Bt. Zakaria.
5.2. Laporan Kira-kira yang berakhir pada 31 Disember 2016 diterima dan
disahkan sebulat suara.

6.4. Puan Zarina Binti Aspanut melontarkan pertanyaan tentang bagaimana untuk
memastikan makanan yang disediakan di kantin bersih dan tempat penyediaan
makanan juga bersih. Selain itu, beliau menyatakan bagaimana dengan
kebersihan makanan dan kebersihan tempat menyediaka makanan. Beliau juga
bertanya bagaimana seorang guru mengawal dan mengawasi murid-murid
memandangkan mereka mempunyai kebolehan yang berbeza-beza dalam kelas
terutama murid tahun 1.Selain itu, bagaimana sukatan pelajaran yang diajar
adakah seseorang guru mempunyai target contohnya pada pertengahan
tahun sudah sampai apa yang ditetapkan. Baru-baru ini ada kes buli
ditularkan dalam media sosial dan Puan Zarina juga telah melihat ada
seorang murid yang fizikal besar telah memukul murid yang fizikal rendah dan
telah menegur murid tersebut. Bagaimana, gurumemantau kes buli ini di
sekolah?
Puan Hajjah Anum memaklumkan bahawa pihak sekolah mempunyai ahli
jawatankuasa untuk memantau kantin di sekolah. Jawatan kuasa kantin
mempunyai instrumen dalam memeriksa kantin sekolah. Pejabat Kesihatan dan
Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ) akan memantau secara keseluruhan.
Segala masalah mengenai pengusaha kantin akan dimaklumkan kepada pihak
sekolah. Mengenai bagaimana seorang guru mengawal murid di dalam kelas
itulah kehebatan seorang guru. Pihak sekolah akan menilai guru-guru yang
mengajar mengikut kepentingan pertama guru tahun 6 dan kedua murid tahun
1. Guru-guru mengawal semua murid dalam kelas tersebut yang mempunyai
bilangan ramai. Kekangan tugas menyebabkan guru tidak dapat mengajar dan
fokus hanya kepada seorang murid sahaja. Pihak sekolah telah mengemukakan
permohonan pembantu guru namun tidak ada sehingga sekarang. Guru
mengenal pasti murid dan berinteraksi dengan ibu bapa. Pihak ibu bapa yang
boleh mengetahui anak-anak mereka sama ada boleh membaca atau tidak.
Mengenai sukatan pelajaran, para guru perlu memuat turun di laman web
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ibu bapa boleh melihat buku teks
anak-anak kerana sukatan pelajaran dibuat sama dengan apa yang ada dalam
buku teks tersebut. Sukatan pelajaran ditentukan oleh guru itu sendiri.
Mengenai isu bulu Puan Azrina mencadangkan pihak ibu bapa dapat hadir pada
hari terbuka. Puan Hajjah Anum menyatakan bahawa ibu bapa yang meihat
anak-anak murid membuat kesalahan boleh menegur secara terus namun
diingatkan untuk tidak melebihi daripada itu seperti menampar atau memukul.
Ibu bapa perlu mengawal anak-anak di rumah dan berharap jika terdapat apa-
apa masalah atau kes disiplin jangan hanya mendengar sebelah anak sahaja
tanpa mendengar daripada pihak lain. Jika hanya mengaharapkan guru
memang tidak dapat untuk mengawal murid secara individu. Ibu bapa boleh
berjumpa dengan pihak pentadbir dan guru-guru jika ingin bertanya
perkembangan anak-anak di dalam kelas.

6.7. Puan Zarina Binti Abd Halim memberi penghargaan kepada pihak sekolah
Kebangsaan Sri Petaling yang terus menjadi antara sekolah yang hebat. Beliau
mencadangkan satu sesi forum pendidikan dan dipupuk sifat tanggungjawab ibu
bapa kepada anak-anak mereka. Puan Zarina mencadangkan agar ibu bapa
menyumbangkan idea bagi memajukan sekolah seandainya ada. Beliau
menyatakan juga bahawa ibu bapa harus mengimbangkan sifat prihatin dengan
kepercayaan kepada pihak sekolah.

Puan Hajjah Anum mengucapkan terima kasih kepada Puan Zarina Binti
Abd Halim atas penghargaan yang diberika kepada pihak sekolah.
Sememangnya ibu bapa harus prihatin untuk membantu anak-anak yang
keciciran akibat masalah pembelajaran. Puan Hajjah Anum menyarankan ibu
bapa menghadiri perjumpaan ibu bapa yang diadakan. Segala cadangan dan
pandangan daripada Puan Zarina didahului dengan terima kasih dan akan
dibincangkan oleh pihak sekolah.

You might also like