Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LAKA SELATAN

FELDA LAKA SELATAN, 06010 CHANGLUN,KEDAH DARUL AMAN


TELEFON : 04-9244261 FAX : 04-9244261 emel : skls.ppdkp@gmail.com

SKFLS: SEKOLAH UNGGUL FELDA

SURAT PENUBUHAN UNIT BERUNIFORM


2017

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH


SK FELDA LAKA SELATAN
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LAKA SELATAN
FELDA LAKA SELATAN, 06010 CHANGLUN,KEDAH DARUL AMAN
TELEFON : 04-9244261 FAX : 04-9244261 emel : skls.ppdkp@gmail.com

SKFLS: SEKOLAH UNGGUL FELDA


Ruj.Tuan :
Ruj. Kami : SKLYI/800/06/02/(01)
Tarikh : 11 Januari 2014
Jawatankuasa Tunas Kadet Remaja Sekolah
Sekolah Kebangsaan Felda Laka Selatan,
06010 Changlun, Kedah Darul Aman

Kepada :
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Felda Laka Selatan
O6010 Changlun, Kedah Darul Aman

Tuan,

PERMOHONAN MENUBUHKAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH SK FELDA LAKA SELATAN

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

2 Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Tunas Kadet Remaja Sekolah telah
diwujudkan pada 10 Januari 2014 yang lalu dengan tujuan untuk menyemarakkan lagi aktiviti berpersatuan
dalam kalangan warga Sekolah Kebangsaan Felda Laka Selatan.

3 Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa dengan penuh harapan memohon sudilah apa
kiranya tuan membenarkan penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah Kebangsaan Felda Laka Selatan
berasaskan Peraturan (4) dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam
Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A) : P.U.(A) 196, bertarikh 21
Mei 1998.

4 Bersama-sama ini disertakan draf perlembagaan kelab, senarai Ahli Jawatankuasa dan senarai
aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan ini.

5 Jasa baik dan kerjasama tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan di sanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

( WAN NOR AZEYRUL BIN WAN SEMAIL)


Guru Pemimpin
Jawatankuasa Tunas Kadet Remaja Sekolah
Sekolah Kebangsaan Felda Laka Selatan
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LAKA SELATAN
FELDA LAKA SELATAN, 06010 CHANGLUN,KEDAH DARUL AMAN
TELEFON : 04-9244261 FAX : 04-9244261 emel : skls.ppdkp@gmail.com

SKFLS: SEKOLAH UNGGUL FELDA


s.k. 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Ruj. Tuan : SKLYI/800/02/(01)
Ruj. Kami : SKLYI/800/06/02/(01)
Tarikh : 12 Januari 2014
WAN NOR AZEYRUL BIN WAN SEMAIL
Guru Penasihat Jawatankuasa Tunas Kadet Remaja Sekolah,
Sekolah Kebangsaan Felda Laka Selatan,
06010 Changlun, Kedah Darul Aman

Tuan,

PERMOHONAN MENUBUHKAN PERSATUAN PSS SK FELDA LAKA SELATAN

Dengan hormatnya perkara dirujuk berasaskan surat tuan SKLYI/800/06/02/(01) bertarikh 11 Januari 2014.

2 Saya terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada saudara dan semua
AJK Tunas Kadet Remaja Sekolah, SK Kebangsaan Felda Laka Selatan yang berhasrat untuk
menyemarakkan lagi program kokurikulum sekolah ini.

3 Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan (4) dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42,
No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A) : P.U.(A)196 , bertarikh 21 Mei 1998, maka saya dengan
sukacitanya meluluskan penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah, SK Felda Laka Selatan (No.
Pendaftaran.30/2014/SKLYI.) dengan syarat pihak saudara mengemukakan kepada saya Perlembagaan
Persatuan, Senarai AJK dan Senarai Aktiviti Utama dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh
Mesyuarat Penubuhan yang akan pihak saudara adakan.

4 Sukacita juga dimaklumkan bahawa kelulusan ini bukan bermaksud Tunas Kadet Remaja Sekolah
Sekolah SK Felda Laka Selatan sudah boleh bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah dan berdaftar.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..
( MOHD NIZAM BIN SAIDIN )
Penolong Pendaftar
Sekolah Kebangsaan Felda Laka Selatan,
06010 Changlun, Kedah Darul Aman.
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LAKA SELATAN
FELDA LAKA SELATAN, 06010 CHANGLUN,KEDAH DARUL AMAN
TELEFON : 04-9244261 FAX : 04-9244261 emel : skls.ppdkp@gmail.com

SKFLS: SEKOLAH UNGGUL FELDA

Ruj. Tuan : SKLYI/800/02/06/(02)


Ruj. Kami : SKLYI/800/06/02/(01)
Tarikh : 15 Januari 2014
Guru Penasihat
Jawatankuasa Tunas Kadet Remaja Sekolah
Sekolah Kebangsaan Felda Laka Selatan
06010 Changlun, Kedah Darul Aman

Kepada :
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Felda Laka Selatan
06010 Changlun, Kedah Darul Aman

Tuan,

PERMOHONAN PENGESAHAN PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN TUNAS KADET REMAJA


SEKOLAH SK FELDA LAKA SELATAN

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas berasaskan surat tuan 800/10/02/(01)
bertarikh 12 Januari 2014.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah SK Felda Laka
Selatan telah diadakan pada 05 Januari 2011 jam 1.30 petang di kelas 4 Bestari. Mesyuarat telah memutus
dan mengesahkan dengan sebulat suara Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai
Aktiviti Utama dan Senarai AJK bagi tahun ini.

3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Tunas Kadet Remaja Sekolah Sekolah SK Felda
Laka Selatan memohon tuan untuk mengesahkan penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah dan
mendaftarkannya sebagai sebuah persatuan dalam bidang kokurikulum di sekolah ini berasaskan
Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta
Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A):P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

4. Bersama-sama ini disertakan Perlembagaan Persatuan, Senarai AJK dan Senarai Aktiviti Utama
yang telah diputuskan dan dipersetujui secara konsensus dalam mesyuarat penubuhan yang dinyatakan di
atas untuk pertimbangan dan pengesahan pihak tuan selaras dengan Subperaturan 5(1) dan 5(3)
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42,
No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A) : P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.

5. Jasa baik dan kerjasama pihak tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung
tinggi.

Sekian, terima kasih.


SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LAKA SELATAN
FELDA LAKA SELATAN, 06010 CHANGLUN,KEDAH DARUL AMAN
TELEFON : 04-9244261 FAX : 04-9244261 emel : skls.ppdkp@gmail.com

SKFLS: SEKOLAH UNGGUL FELDA

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

( WAN NOR AZEYRUL BIN WAN SEMAIL)


Guru Pemimpin
Jawatankuasa Tunas Kadet Remaja Sekolah
Sekolah Kebangsaan Felda Laka Selatan

s.k. 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum


SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LAKA SELATAN
FELDA LAKA SELATAN, 06010 CHANGLUN,KEDAH DARUL AMAN
TELEFON : 04-9244261 FAX : 04-9244261 emel : skls.ppdkp@gmail.com

SKFLS: SEKOLAH UNGGUL FELDA

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LAKA SELATAN
NO. PENDAFTARAN 06/2014/SKLYI

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN)

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998,
Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21,
Perundangan (A) : P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan
(Perlembagaan Tunas Kadet Remaja Sekolah, Sekolah Kebangsaan Felda Laka Selatan
06010 Changlun, Kedah Darul Aman yang selepas ini disebut sebagai persatuan sahaja.

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Persatuan : TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH


SK Felda Laka Selatan

b. Alamat : Sekolah Kebangsaan Felda Laka Selatan


06010 Changlun, Kedah Darul Aman

PERATURAN 2 MATLAMAT

Tunas Kadet Remaja Sekolah bertujuan untuk mendidik, melatih dan mengembangkan potensi
semua ahli persatuan ini supaya menjadi warganegara yang peka, berwibawa, berketrampilan dan
berdisiplin.

PERATURAN 3 OBJEKTIF

3.1 Menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa,
mempunyai inisiatif, berdaya kreatif dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu
orang lain.

PERATURAN 4 KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara pemilihan oleh Guru Penolong Kanan Ko-
kurikulum.

4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan
mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LAKA SELATAN
FELDA LAKA SELATAN, 06010 CHANGLUN,KEDAH DARUL AMAN
TELEFON : 04-9244261 FAX : 04-9244261 emel : skls.ppdkp@gmail.com

SKFLS: SEKOLAH UNGGUL FELDA

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT/PEMIMPIN

5.1 Guru Penasihat/Pemimpin adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti
pergerakan ini.

5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA

6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai AJK manakala ahli yang tidak dapat
Hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai AJK.

6.3 Pemilihan AJK adalah secara undian.

6.4 AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

6.5 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan
kepada Guru Penasihat.

6.6 AJK Persatuan hendaklah terdiri :

6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Timbalan Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Penolong Bendahari
6.6.6 AJK (bilangan bergantung kepada keperluan)

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan


semua mesyuarat.
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan
diambil tindakan yang sewajarnya.
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LAKA SELATAN
FELDA LAKA SELATAN, 06010 CHANGLUN,KEDAH DARUL AMAN
TELEFON : 04-9244261 FAX : 04-9244261 emel : skls.ppdkp@gmail.com

SKFLS: SEKOLAH UNGGUL FELDA


7.1.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

7.2 Timbalan Pengerusi

7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab diberi.


7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas yang lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

7.3 Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat-menyurat.


7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli semasa mesyuarat.
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat darimasa ke
semasa.

7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggung-jawabnya.


7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

7.5 Ahli Jawatankuasa

7.5.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
7.5.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.5.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.

PERATURAN 8 KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan
sepanjang tahun.

9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat
tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh
diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 9 AKTIVITI
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LAKA SELATAN
FELDA LAKA SELATAN, 06010 CHANGLUN,KEDAH DARUL AMAN
TELEFON : 04-9244261 FAX : 04-9244261 emel : skls.ppdkp@gmail.com

SKFLS: SEKOLAH UNGGUL FELDA


10.1 Dijalankan seperti dirancang dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat AJK.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.

PERATURAN 10 PERATURAN-PERATURAN

11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.


11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 11 TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.

12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut kaedah berikut :


12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis

12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada
Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.


13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK, Guru Penasihat atau
pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan AJK akan membincangkan
cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Guru Besar.

PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1 Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
Perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN

15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

. . ..
(HALIZABIN AHMAD) (HALIM BIN HASBULLAH) (RAMLI BIN PUTIH)
Setiausaha Pengerusi Guru Pemimpin
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LAKA SELATAN
FELDA LAKA SELATAN, 06010 CHANGLUN,KEDAH DARUL AMAN
TELEFON : 04-9244261 FAX : 04-9244261 emel : skls.ppdkp@gmail.com

SKFLS: SEKOLAH UNGGUL FELDA


TKRS TKRS TKRS

Tarikh: ................. Tarikh: .................... Tarikh: ..............

SENARAI AHLI JAWATANKUASA TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH


NO. PENDAFTARAN 06/2014/SKLYI

Pada mematuhi Subperaturan 5(1) (b) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998,
Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41,
Perundangan (A) : P.U. (A) 196, bertarikh 21 MEI 1998, maka berikut ini dikemukakan Senarai AJK Tunas
Kadet Remaja Sekolah Sekolah Kebangsaan Lok Yuk Inanam yang selepas ini disebut sebagai persatuan
sahaja.

1. Pengerusi SHELLVENA LEEDIS


No. S/B : 090067
2. Timb. Pengerusi ROMEL ROMELDO JIBON
No. S/B : 200007
3. Setiausaha BRENDA JOHN
No. S/B :
4. Pen. Setiausaha MOHD BUDRIZ HAIKAL
No. S/B : 137560
5. Bendahari FIFFYE FEDORA
No. S/B
6 Pen. Bendahari NASARUDDIN ZULKIFLI
No. S/B: 137560
7. AJK

7.1 NARVY CHARMEN


No. S/B :
7.2 MOHD ALIFF NASRULLAH
No. S/B :
7.3 CHARISTA CLAIRE JAPIAL
No. S/B :219985
7.4 ASMEY FERONTICA JADIL
No. S/B : 230844
7.5 VANESSA JEAN TOVIL
No. S/B: 089805
7.6 FLACKS LOSIUS
No. S/B: 131860
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LAKA SELATAN
FELDA LAKA SELATAN, 06010 CHANGLUN,KEDAH DARUL AMAN
TELEFON : 04-9244261 FAX : 04-9244261 emel : skls.ppdkp@gmail.com

SKFLS: SEKOLAH UNGGUL FELDA


Pengesahan : Saya dengan ini mengesahkan bahawa Senarai AJK di atas dan perlantikan mereka adalah
mengikut Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Tunas Kadet Remaja
Sekolah SK Felda Laka Selatan.

.................................
JAMES JOHNNY
Guru Penasihat Tunas Kadet Remaja Sekolah
Tarikh :

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LAKA SELATAN
NO. PENDAFTARAN 06/2014/SKLYI

SENARAI AKTIVITI UTAMA PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(c) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998,
Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41,
Perundangan (A) : P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Senarai Aktiviti Utama
Tunas Kadet Remaja Sekolah SK Felda Laka Selatan yang selepas ini disebut sebagai persatuan sahaja.

1. Kawad Kaki
2. Pertandingan Yell
3. Pertandingan gajet
4. Pertandingan memasak
5. Pertandingan pertolongan cemas
6. Perkhemahan

Perakuan : Kami dengan ini mengaku bahawa aktiviti dan program yang disenaraikan di atas
adalah aktiviti dan program sebenar yang akan dianjur dan dikelokakan oleh per-
satuan ini.

........................................ ......................................
SHELLVENA LEEDIS BRENDA JOHN
Pengerusi TKRS Setiausaha TKRS
Tarikh : Tarikh :

Pengesahan: Saya dengan ini mengesahkan bahawa Senarai Aktiviti Utama di atas adalah se-
suai dengan tujuan dan matlamat penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah, Sekolah
Kebangsaan Felda Laka Selatan

..................................................
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LAKA SELATAN
FELDA LAKA SELATAN, 06010 CHANGLUN,KEDAH DARUL AMAN
TELEFON : 04-9244261 FAX : 04-9244261 emel : skls.ppdkp@gmail.com

SKFLS: SEKOLAH UNGGUL FELDA


JAMES JOHNNY
Guru Penasihat
Tunas Kadet Remaja Sekolah

Tarikh :

Ruj. Tuan : SKLYI/800/06/02/(02)


Ruj. Kami : SKLYI/800/02/06/(02)
Tarikh : 17 Januari 2014
WAN NOR AZEYRUL BIN WAN SEMAIL
Guru Pemimpin
Jawatankuasa Tunas Kadet Remaja Sekolah
Sekolah Kebangsaan Felda Laka Selatan

Tuan,

PERMOHONAN PENGESAHAN PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN TUNAS KADET REMAJA


SEKOLAH SK FELDA LAKA SELATAN

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk berasaskan surat saudara SKLYI/800/06/02/(02) bertarikh 15
Januari 2014.

2. Saya terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada saudara dan semua
AJK yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi merealisasikan penubuhan Tunas Kadet
Remaja Sekolah.

3. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan 4 dan 5 dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42,
No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A):P.U.(A)196, bertarikh 21 Mei 1998, maka saya dengan
sukacitanya mengesahkan penubuhan dan pendaftaran Tunas Kadet Remaja Sekolah SK Felda Laka
Selatan dengan No. Pendaftaran 06/2014/SKLYI Pengesahan ini berkuatkuasa mulai tarikh surat ini
sehinggalah persatuan ini dibubarkan.

4 Dengan pengesahan ini Tunas Kadet Remaja Sekolah SK Felda Laka Selatan sudah boleh
bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah dan berdaftar dalam bidang kokurikulum sekolah ini dengan
diterajui oleh AJK yang telah dilantik dan mematuhi sepenuhnya Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan
Persatuan dan melaksanakan Aktiviti Utama yang dikemukakan kepada saya.

Sekian terima kasih.


SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LAKA SELATAN
FELDA LAKA SELATAN, 06010 CHANGLUN,KEDAH DARUL AMAN
TELEFON : 04-9244261 FAX : 04-9244261 emel : skls.ppdkp@gmail.com

SKFLS: SEKOLAH UNGGUL FELDA


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..
( MOHD NIZAM BIN SAIDIN )
Penolong Pendaftar
Sekolah Kebangsaan Felda Laka Selatan,
06010 Changlun, Kedah Darul Aman

Ruj. Tuan :SKLYI/800/06/02/(02)


Ruj. Kami : SKLYI/800/02/06/(03)
Tarikh : 19 Januari 2014
WAN NOR AZEYRUL BIN WAN SEMAIL
Guru Pemimpin
Jawatankuasa Tunas Kadet Remaja Sekolah
Sekolah Kebangsaan Felda Laka Selatan

Tuan,

PERLANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH SK FELDA LAKA
SELATAN

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diperuntukkan kepada saya melalui
Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Perturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996
seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A) : P.U.(A) 196
bertarikh 21 Mei 1998, saya telah melulus dan mengesahkan penubuhan dan pendaftaran Tunas Kadet
Remaja Sekolah SK Felda Laka Selatan (No. Pendaftaran 30/2014/SKLYI). Kelulusan dan pengesahan ini
terkandung dalam surat saya 800/10/02(03) bertarikh 17 Januari 2014.

2. Kelulusan dan pengesahan ini diberikan berdasarkan pertimbangan dan penilaian saya bahawa
tujuan dan matlamat penubuhan PersatuanTunas Puteri sekolah ini tidak bercanggah dengan Dasar
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saya juga yakin bahawa persatuan ini
mampu memberi sumbangan yang berkesan kepada usaha menyemarakkan lagi kegiatan kokurukulum di
sekolah ini. Walau bagaimanapun, kegiatan persatuan ini perlu dipimpin, dibimbing dan dipandu, manakala
kebajikan serta keselamatan murid yang menganggotainya perlu diselia, diselenggara dan dikawal.

3. Sehubungan itu, berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan 8 dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta
Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A) : P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei
1998, maka saya dengan bangga dan sukacita melantik tuan menjadi Guru Penasihat kepada Tunas Kadet
Remaja Sekolah berkuatkuasa mulai tarikh surat ini.
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LAKA SELATAN
FELDA LAKA SELATAN, 06010 CHANGLUN,KEDAH DARUL AMAN
TELEFON : 04-9244261 FAX : 04-9244261 emel : skls.ppdkp@gmail.com

SKFLS: SEKOLAH UNGGUL FELDA


4. Dengan perlantikan ini bermakna tuan secara rasmi bertanggungjawab atas perjalanan kegiatan
Tunas Kadet Remaja Sekolah SK Felda Laka Selatan dan berkuasa menasihati, menegur dan
mengarahkan AJK Persatuan dan ahli-ahlinya demi memastikan Tunas Kadet Remaja Sekolah sekolah ini
tidak terkeluar daripada tujuan dan matlamat penubuhannya. Tuan juga secara rasmi bertanggungjawab
memastikan setiap aktiviti Tunas Kadet Remaja Sekolah sekolah ini mematuhi sepenuhnya semua
peraturan, syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh sekolah, PPD dan JPN, Kementerian
Pendidikan dan Kerajaan Malaysia.

5. Seterusnya tuan dilantik mewakili saya untuk menyelia, menyelenggara, mengawal dan
menguruskan kebajikan dan keselamatan murid yang menjadi ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah sekolah
ini semasa menyertai aktiviti-aktiviti atau program-program yang dianjurkan oleh persatuan di dalam dan di
luar kawasan sekolah.

6. Saya berkeyakinan penuh bahawa tuan boleh melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang
diberikan ini dengan cekap dan berkesan.

7. Kesediaan dan kesanggupan tuan menerima perlantikan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Bersama ini disertakan juga Senarai Tugas dan Tanggungjawab Sebagai Guru Penasihat untuk makluman
dan tindakan tuan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..
( MOHD NIZAM BIN SAIDIN )
Penolong Pendaftar
Sekolah Kebangsaan Felda Laka Selatan,
06010 Changlun, Kedah Darul Aman

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum sekolah


2. GPK Kokurikulum
3. Fail Peribadi
4. Fail Tunas Kadet Remaja Sekolah
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LAKA SELATAN
FELDA LAKA SELATAN, 06010 CHANGLUN,KEDAH DARUL AMAN
TELEFON : 04-9244261 FAX : 04-9244261 emel : skls.ppdkp@gmail.com

SKFLS: SEKOLAH UNGGUL FELDA

Ruj. Tuan : SKLYI/800/06/02/(03)


Ruj. Kami : SKLYI/800/02/06/(03)
Tarikh : 23 Januari 2014
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Felda Laka Selatan
06010 Changlun, Kedah Darul Aman

Tuan,

PENERIMAAN PERLANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH SK


FELDA LAKA SELATAN

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas berasaskan surat tuan
SKLYI/800/02/06/(03) bertarikh 17 Januari 2014.

2. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan
dan keyakinan tuan melantik saya sebagai Guru Penasihat Tunas Kadet Remaja Sekolah SK Felda Laka
Selatan berkuatkuasa mulai 10 Januari 2014.

3. Sehubungan itu, saya dengan sepenuh hati menerima perlantikan tersebut sebagai sebahagian
daripada tugas, kuasa dan tanggungjawab profesion saya. Saya berikrar akan menumpukan segala upaya
dan segenap tenaga untuk menunaikan dan melaksanakannya.

4. Saya faham bahawa sekiranya saya lalai, alpa dan ingkar dalam melaksanakan tugas, kuasa dan
tanggungjawab yang diamanahkan ini, maka saya boleh dikenakan tindakan mengikut Subseksyen 135(1)
dan 135(2) Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan 4 dalam Bahagian II Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LAKA SELATAN
FELDA LAKA SELATAN, 06010 CHANGLUN,KEDAH DARUL AMAN
TELEFON : 04-9244261 FAX : 04-9244261 emel : skls.ppdkp@gmail.com

SKFLS: SEKOLAH UNGGUL FELDA


Saya yang menurut perintah,

.........................................................................
( WAN NOR AZEYRUL BIN WAN SEMAIL )
Guru Pemimpin
Jawatankuasa Tunas Kadet Remaja Sekolah
Sekolah Kebangsaan Felda Laka Selatan

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah


2. GPK Kokurikulum

You might also like