Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 44

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN PEMULIHAN

Kursus ini membincangkan konsep, objektif dan sejarah pendidikan pemulihan, ciri-
ciri murid pemulihan, pengurusan program pendidikan pemulihan, strategi
pelaksanaan program pendidikan pemulihan, khidmat sokongan, dan intervensi awal
yang diperlukan serta program-program pemulihan yang dilaksanakan di Malaysia
dan luar negara

Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan definisi dan konsep pendidikan pemulihan.

2. Menghuraikan ciri-ciri dan punca-punca masalah murid pemulihan.

3. Membuat perbandingan murid-murid pemulihan dengan murid-murid normal,


bermasalah pembelajaran dan disleksia.

4. Menjelaskan program-program pendidikan pemulihan yang dilaksanakan di


sekolah-sekolah di Malaysia dan luar negara

5. Mengamalkan prinsisp dan peraturan yang sesuai dalam mengendalikan


program pendidikan pemulihan.

1
TOPIK 1
Pendidikan Pemulihan

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep pendidikan
pemulihan, amalan pendidikan pemulihan di Malaysia. Tajuk ini akan
membincangkan tentang rasional dan objektif pendidikan pemulihan, pelaksanaan
program pendidikan pemulihan dan perbezaan antara pendidikan pemulihan khas
dengan pendidikan pemulihan dalam darjah KBSR dan KSSR

Anda juga akan didedahkan dengan sejarah perkembangan pendidikan pemulihan


luar negara dan dalam negara mengenai projek khas, latihan guru, pelaksanaan
program pendidikan pemulihan, arahan, dan surat-surat pekeliling berkaitan
pendidikan pemulihan

HASIL PEMBELAJARAN

1. Membincangkan definisi dan konsep pendidikan pemulihan.


2. Menjelaskan amalan pendidikan pemulihan khas di Malaysia.
3. Membezakan antara pendidikan pemulihan khas dengan pendidikan
pemulihan dalam darjah KBSR dan KSSR
4. Membincangkan sejarah perkembangan pemulihan di dalam dan luar negara,
ciri-ciri guru pendidikan pemulihan, latihan yang dilalui dan kemahiran yang
perlu dikuasai oleh seorang guru pemulihan yang bertauliah
5. Menghuraikan konsep pelaksanaan program pendidikan pemulihan dan
tatacara bagi mewujudkan kelas pemulihan di sekolah

2
1.1 Asas Pendidikan Pemulihan

1.1.1 Definisi dan konsep pendidikan pemulihan.

1.1.1.1 Definisi Pendidikan Pemulihan

Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik barat dan tempatan
mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Secara lebih khusus, takrif pendidikan
pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah :

Menurut laporan yang bertajuk Asia and Pacific Programme ofEducational


Innovation for Development (1987) yang disediakan oleh Kementenian Pendidikan
Malaysia, pengajaran pemulihan ialah: a process in which children with learning
problems are given practical alternatives and effective approaches (programme) in
education.

Bahagian Sekolah-sekolah, Kementenian Pendidikan dalam pekeliling


KP (BS) 8502I5IPKIJ1d. V (26) bertanikh 8 Januani 1986 telah mendefinisikan
pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi
masalah pemelajaran munid-munid lemah disekolah-sekolah rendah, khususnya
ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah
kelolaan guru-gunu pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

Ini bermakna pengajaran pemulihan adalah satu proses pengajaran dengan


pendekatan yang lebih berkesan, praktikal bagi munid-munid yang menghadapi
masalah pemelajaran. Pusat Perkembangan Kunikulum Kementerian Pendidikan
Malaysia (1984), dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkah-
langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah
pemelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

3
Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan
ditentukan.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), mentakrifkan pendidikan pemulihan adalah satu


tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang
mengalami kesukaran dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di
pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang
diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh
guru pemulihan.

Bagi Ishak Haron dan Koh Boh Boon (1983), menegaskan bahawa pendidikan
pemulihan ialah satu perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan
kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah
biasa atau aliran perdana yang gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan
mengira.

Koh (1979) dalam kertas kerjanya bersempena dengan Tahun Kanak-kanak 1979
mendefinisikan pengajanan pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan
memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan
meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-
murid normal.

Sharifah (1979) pula mengatakan pengajaran pemulihan ialah pengajaran melalui


pendekatan dan kaedah yang khusus untuk murid-murid yang terlalu lemah.

Chua (1977), mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu pengajaran yang


bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan
dalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulum
yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi,
tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta
disampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas (profesional)
yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial,
pakarjiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan. Kesimpulan pengajaran pemulihan
adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat
4
dalam pemelajaran disekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses
pendidikan disekolah dan dapat seiring dan setarafdengan rakan mereka yang lain.

.Albertwhite (1977), pula menyatakan bahawa pengajaran pemulihan ialah suatu


bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan
yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi. Beliau menegaskan bahawa; by
remedial teaching is meant teaching which is based in a different diagnosis which
forms the basis for scientific remedial procedures.

Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan bagi United Kingdom (1975),


mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu program pengajaran khas yang
dirangka bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang menghadapi
masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa.
Persatuan ini juga mengatakan pengajaran pemulihan sebagai tindakan khusus
yang diambil untuk mengatasi kesusahan dan segi pembelajaran dalam kelas khas
di sekolah biasa atau di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan
dalam kumpulan yang diasingkan untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.

Creber (1974), beliau mentakrifkan pengajaran pemulihan sama dengan pengajaran


imbuhan. Menurut beliau, pemulihan kadangkala merupakan pengalaman-
pengalaman yang tidak dinikmati oleh kanak-kanak yang tidak bernasib baik.

Definisi di atas disokong pula Brennan (1974), yang mengatakan bahawa


pengajaran pemulihan ialah pengajaran untuk penyesuaian dan pembetulan bagi
murid-murid yang didapati menghadapi masalah dalam pembelajaran. Menurut
beliau;
Remedial education is regarded as the kind of education required to meet needs
which are the result of learning disabilities, that is learning failure which cannot be
explained by any reference to inadequacies in the pupils enviromental situation or
life experience.

Menurut Tansley (1967) pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang
mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi
membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.
5
Menurut Pringle (1966), satu pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang
diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta
berkemahuan dan berkebolehan belajar melalui latihan yang sistematik dan dapat
memenuhi keperluan-keperluan mereka

Berdasarkan Collins (1961), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran


yang mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan pengajaran ini
ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam
mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca, menulis dan mengira. Collins telah
menyimpulkan pendidikan pemulihan sebagai; special education treatment
ofchildren found to befailing in the basic school subjects of reading, spelling and
number..

Bagi Evans (1955) pula, pengajaran pemulihan dianggap sebagai the ambulance of
educational system. Oleh itu pengajaran ini tidak boleh diambil kira sebagai satu
pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau
digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan
disusun dengan rapi berdasarkan aspek-aspek kelemahan munid.

Menurut Blair (1956), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang
bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pemelajaran untuk mengikis
segala kebiasaan dan amalan yang tidak sesuai bagi murid-munid lambat. Selain
definisi pendidik dan Barat, terdapatjuga definisi yang telah diubahsuaikan oleh ahli
pendidik tempatan mengikut keperluan tempatan.

1.1.1.2 Konsep Pendidikan Pemulihan

Program Pendidikan Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid
yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran
asas membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus
KBSR. Ia memerlukan tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk
memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak murid-murid yang menghadapi
6
kesulitan terhadap kemahiran-kemahiran 3M. Murid-murid pemulihan menghadiri
kelas khas dalam sekolah biasa, atau kelas pemulihan khas secara sambilan, atau
menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang
guru pemulihan.(National Association for Remedial Education NARE Great Britain -
1977)

Menurut Mat Nor Husin dan Jais Sahok 1990, konsep pendidikan pemulihan khas
ialah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid yang gagal di peringkat bilik
darjah kerana tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya mereka
yang tidak bermasalah. Bersandarkan kepada pendapat tersebut pendidikan
pemulihan khas dapat dirumuskan sebagai satu perkhidmatan yang diadakan
khusus untuk muridmurid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya
dalam menguasai satu-satu kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira
yang merupakan fokus utamadalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah .

Bagi Koh Boh Boon 1982, konsep pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas yang
lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran.Ia
melibatkan murid-murid lambat, iaitu mereka yang lembab dan gagal menguasai
kemahiran-kemahiran yang diajar oleh guru dalam kelas biasa berbanding dengan
murid-murid lain.

Pendidikan pemulihan merupakan lanjutan daripada sebahagian pendidikan


imbuhan. Ia dikenali juga sebagai remedial education di dalam bahasa Inggeris iaitu
suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi
masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.
Pendidikan pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu
yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang
cacat.

Pendidikan Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran


yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar
dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Konsep
Pemulihan KBSR ialah ia dilaksanakan dalam kelas biasa mengikut mata pelajaran
yang tertentu. Kumpulan-kumpulan akan dibentuk dan murid yang menghadapi
7
masalah dalam kemahiran 3 M akan dibimbing dan dipulihkan bagi menguasai
kemahiran tersebut. Murid-murid ini dibimbing dan dipulihkan oleh guru mata
pelajaran tersebut dengan mendapat khidmat nasihat daripada Guru Pendidikan
Pemulihan Khas. (BukuPanduan Am KBSR - 1982)

Pendidikan Pemulihan Khas berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa.


Guru yang mengajar kelas pemulihan khas merupakan guru yang terlatih di institusi
yang menyediakan kursus-kursus pendidikan pemulihan seperti di universiti, maktab
perguruan mahu pun institut pendidikan guru sama ada dalam negara atau luar
negara. Hasilnya guru pemulihan khas mempunyai kepakaran yang khusus bagi
mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang lemah.

Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan
juga menjurus kepada kelemahan murid. Keluasan kelas pemulihan khas adalah
bergantung kepada kekosongan bilik darjah. Peringkat awal pelaksanaan ada kelas
pemulihan khas hanya terdiri daripada satu bay atau berada di lorong laluan. Tetapi
kini kelas pemulihan khas telah mengalami transformasi dan mempunyai
kelengkapan yang terbaik bagi menghasilkan kelas yang kondusif yang mampu
menjana perubahan kepada murid-murid pemulihan bagi mengatasi kelemahan
mereka.

Konsep pendidikan pemulihan khas seterusnya ialah pengajaran pemulihan adalah


berdasarkan kepada diagnosis kelemahan dan kesulitan yang dihadapi oleh murid-
murid tersebut. Sebelum mereka ditempatkan di kelas pendidikan pemulihan khas
mereka akan mengikuti prosedur-prosedur seperti yang terdapat dalam carta alir
pelaksanaan program pendidikan pemulihan khas seperti mengenal pasti murid
yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat penilaian awal atas mereka.
Pendekatan secara individu, misalnya mengadakan kelas khas yang kecil dan
kurikulum yang anjal yang boleh diubahsuai bagi membolehkan murid-murid ini
menguasai kemahiran membaca, menulis.dan mengira. Dalam mengajar sesuatu
kemahiran , guru pendidikan pemulihan khas hendaklah mempermudahkan gerak
kerja dalam proses pengajaran dan pembelajarannya supaya murid boleh
melaksanakannya, mendapat kepuasan dan menguasai kemahiran yang diajar.

8
Kurangkan masa untuk gerak kerja lain supaya murid yang lemah dapat diberi
perhatian. Gunakan banyak latih tubi dan tunjuk cara.

Latihan 1
Pada pendapat anda perlukah konsep pendidikan pemulihan khas
dikaji semula agar ia sesuai dan dapat dilaksanakan di sekolah
menengah. Bincangkan.

1.1.1.3 Rasional dan objektif pendidikan pemulihan.

Pengajaran pendidikan pemulihan khas adalah untuk memastikan semua murid


Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M seperti yang terdapat dalam buku Garis
Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas, Kementerian
Pelajaran Malaysia. Berdasarkan kepada buku garis panduan tersebut, ia lebih
menjurus kepada memenuhi keperluan murid-murid yang gagal mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas biasa. Dalam erti kata lain semua murid
Tahap 1 harus dan mampu menguasai kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan
mengira. Ini bermakna murid-murid Tahap 1 mesti mencapai kompetensi yang
disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Setelah menguasai kemahiran asas tersebut, murid-murid yang lemah ini dapat
meneruskan pembelajaran mereka di kelas biasa. Mereka akan bersaing dengan
rakan mereka bagi mencapai tahap kompetensi yang terbaik. Di dalam kelas biasa
ini mereka perlu dibantu oleh guru-guru mata pelajaran dan rakan sebaya mereka
bagi mengekalkan tahap pencapaian penguasaan kemahiran asas. Keupayaan
mereka menguasai kemahiran asas 3 M akan mengurangkan kritikan masyarakat
terhadap guru, pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia amnya.

Selain daripada itu tujuan program pendidikan pemulihan khas adalah untuk
membina keyakinan diri dan positif murid-murid pemulihan terhadap pembelajaran.
Murid-murid pemulihan ini perlu diberi motivasi bagi meningkatkan keyakinan diri
terhadap kebolehan dan bakat yang mereka miliki. Apabila keyakinan diri berjaya

9
ditingkatkan secara tidak langsung murid-murid pemulihan ini akan dapat mengatasi
masalah penguasaan kemahiran asas seperti yang disasarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Ia juga boleh menggalakkan perkembangan potensi dan minat
mereka dalam pelajaran ke tahap yang lebih maju.

Program pendidikan pemulihan khas juga bertujuan untuk mengurangkan bebanan


masalah yang dihadapi oleh murid-murid lemah dengan bantuan guru dan pihak-
pihak yang berkaitan seperti guru kelas, guru mata pelajaran, guru pemulhan khas,
ibu bapa, dan komuniti setempat. Bebanan masalah yang dihadapi oleh murid
pemulihan ini akan dapat diatasi seandainya setiap pihak mempunyai jaringan
kerjasama yang jitu antara satu sama lain dan memberi komitmen yang tinggi bagi
mencapai hasrat semua pihak.

Melalui program pendidikan pemulihan khas murid-murid yang lemah juga


berpeluang untuk mendapat hak yang sama seperti yang dinikmati oleh rakan-rakan
sebaya dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam dan di
luar bilik darjah. Kegagalan murid untuk turut serta dalam aktiviti sosial di sekolah
mereka dengan sendirinya dapat di atasi setelah mereka melalui program
pendidikan pemulihan khas di sekolah. Justeru itu murid-murid pemulihan ini akan
mendapat layanan dan kemudahan yang sesuai dengan tahap kebolehan mental
mereka tanpa wujudnya kecurigaan dan kebimbangan oleh pihak-pihak tertentu.
Hasrat pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga akan tercapai bagi mengatasi
masalah disiplin yang ditimbulkan oleh murid-murid yang tercicir ini.

Latihan 2:
Ketika ini program pendidikan pemulihan khas tiada dilaksanakan di
sekolah-sekolah menengah dan ia perlu dilaksanakan bagi
mengatasi masalah penguasaan kemahiran 3M. Beri ulasan anda
terhadap rasionalnya program pendidikan pemulihan khas perlu
dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah di Malaysia.

10
Sejarah Perkembangan Pemulihan

1.2.1 Sejarah Pendidikan Pemulihan Luar Negara

1.2.1.1 PL 94-142 dan IDEA

Program pendidikan pemulihan bermula di Amerika Syarikat setelah termaktubnya PL 94-142


apabila seorang kanak-kanak autistik telah berjaya mendapat anugerah pelajar terbaik semasa di
sekolah rendah dan sekolah menengah. Kanak-kanak tersebut telah memasuki universiti dan
memperolehi ijazah sarjana muda dan kini bekerja walaupun dianggap seorang yang berkelainan
upaya. Kejayaan pelajar ini adalah hasil daripada kelulusan undang-undang pada tahun 70-an.
Pada 29 Novermber 1975 Kongres AmerikaSyarikat telah meluluskanPublic Law 94-142 .

Undang-undang ini menjamin bahawa setiap individu di antara umur 3 hingga 21 tahun akan
menerima pendidikan percuma dalam persekitaran yang tidak menghalang perkembangan
intelek mereka. Undang-Undang ini memberi kuasa kepada 50 buah negeri di Amerika Syarikat
dan pihak berkuasa tempatan melindungi hak serta memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan
belia berkeperluan khas serta keluarga mereka. Melalui undang-undang ini, kanak-kanak kelainan
upaya atau berkeperluan khas dibenarkan belajar bersama dengan kanak-kanak normal atau
biasa. Sekiranya kelainan upaya kanak-kanak itu menyebabkan dia tidak menunjukkan
kemajuan dalam kelas biasa maka dia ditempatkan dalam kelas khas.

Pada tahun 1990, Public Law 94 -142 diperluaskan dibawah akta dinamakan Individuals with
Disabilities Education Act (IDEA). Undang-undang ini menunjukkan betapa penting hak orang
kelainan upaya dilindungi.

Antara yang ditekankan dalam undang-undang ini ialah:

Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai kepada kanak-
kanak berkeperluan khas. Ini bermakna pendidikan kanak-kanak khas ini adalah percuma.
Semuanya dibiayai oleh kerajaan yang mendapat hasil daripada sistem percukaian negara..

11
Pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak
menghalangkan mereka untuk berkembang. Ini bermaksud tidak ada pengasingan sama ada
dalam bentuk sekolah atau kelas dalam pelaksanaan pendidikan khas. Kanak-kanak
berkeperluan khas boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan di dalam kelas kanak-kanak
biasa. Pendidikan sebegini dikenali sebagai pendidikan inklusif.

Kanak-kanak berkeperluan khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi


dalam penilaian pendidikan. Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun
dengan terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas kanak-kanak berkeperluan khas
hendaklah mengambil kira ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak berkeperluan khas dan hendaklah
disesuaikan dengan kecacatan ,kekurangan atau kelainan upaya mereka.

Penglibatan ibu bapa amat penting dalam merancang dan menentukan perkembangan
pendidikan setiap murid. Ini memberi ruang kepada ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak
berkeperluan khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan menentukan perkembangan
pendidikan untuk anak-anak mereka. Guru pendidikan khas dikehendaki menyediakan
rancangan pendidikan individu bagi setiap murid berkepeluan khas dengan mengikut prosedur
yang ditetapkan. Ini membolehkan guru merancang objektif yang hendak dicapai oleh murid
berkeperluan khas dalam satu jangka masa tertentu semasa kanak-kanak ini bersekolah dengan
mengambil kira potensi dan kelainan upaya seseorang kanak-kanak berkeperluan khas.. Konsep
kolaborasi dalam pendidikan diamalkan iaitu satu konsep yang melibatkan pelbagai pihak atau
pelbagai disiplin seperti ibu bapa, kaunselor, guru khas, pegawai kesihatan dan guru mata
pelajaran terlibat sama dalam merancang pendidikan murid-murid berkeperluan khas.

Sebelum IDEA, ramai kanak-kanak tidak diberi peluang pendidikan. Pada tahun 1970, hanya
seorang daripada lima kanak kanak kurang upaya berpeluang pergi ke sekolah. Kebanyakkan
negeri-negeri di Amerika Syarikat mempunyai undang-undang yang tidak membenarkan kanak-
kanak pekak, buta, kecelaruan emosi atau kerencat mental menghadiri sekolah biasa.

Oleh kerana IDEA kini program intervensi awal disediakan untuk lebih 200,000 bayi dan kanak -
kanak kurang upaya. Pada tahun 2000 di Amerika Syarikat kira-kira 6.5 juta kanak-kanak dan
belia menerima pendidikan khas dan perkhidmatan lain bagi memenuhi keperluan mereka. Lebih
ramai pelajar kelainan upaya menghadiri sekolah di kawasan perumahan masing-masing yang

12
dahulunya tidak terbuka untuk mereka. Pelajar kelainan upaya yang belajar dalam kelas atau
bangunan terasing telah berkurangan dan kini belajar bersama dengan pelajar lain.

IDEA dilihat sebagai satu pembaharuan yang mana pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan
khas diberi perhatian yang lebih khusus. Melalui akta ini juga konsep pendidikan untuk semua dan
pendemokrasian pendidikan diperkemaskan. Ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan
khas. dilibatkan dalam perancangan pendidikan anak-anak mereka. Di samping itu konsep
kolaborasi dalam pendidikan yang membabitkan pihak dalam pelbagai kepakaran disepadukan
untuk kepentingan masa depan kanak-kanak berkeperluan khas. Akta ini juga dijadikan asas
panduan dalam pelaksanaan pendidikan khas di negara-negara lain termasuk Malaysia.

1.2.1.2 Laporan Warnock

Laporan Warnock yang dikeluarkan pada tahun 1974 mencetuskan permulaan pendidikan
pemulihan di England. Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat Warnock
ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain. Laporan Warnock yang
diumumkan pada 1978 mempengaruhi perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di
Britain. Walaupun cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam laporan itu tidak dilaksanakan
serta merta tetapi Laporan Warnock dijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas dan
cadangan -cadangan yang dikemukan dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahun-tahun
berikutnya seperti konsep pendidikan inklusif yang secara langsung memansuhkan konsep
pengasingan yang diamalkan sebelumnya.

Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran antara kanak-kanak berkeperluan khas
dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai integrasi atau inklusif. Konsep integrasi atau
inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian
biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan
sehingga ke hari ini termasuk di Malaysia. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan
peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas.

Manakala Akta Kanak kanak 1989 (Childrens Act, 1989) menyarankan dua perubahan untuk
memperkukuhkan pelaksanaan pendidikan khas . Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas
kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan oleh ahli perubatan sahaja dipinda
kepada konsep koloboratif iaitu, diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam
13
pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan
membuat diagnosis ke atas keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat
penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Jelas sekali
akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran melibatkan diri dalam
menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.

Keduanya, konsep pengasingan tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengan
konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan
kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama. Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981
dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan
Warnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait
rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap
pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain.

Latihan 3:

Berdasarkan kepada Akta PL 94-142 Amerika dan Laporan Warnock


England, anda dikehendaki membina satu carta yang menggambarkan
bagaimana kedua-dua akta tersebut telah berjaya memberi peneguhan
kepada program pemulihan.

1.2.1.3 Jomtien World Conference on Education for All (WCEFA) 1990

Lebih 40 tahun dulu kebayakan negara-negara di dunia bersuara melalui Deklarasi


Hak Asasi Manusia Sejagat, menyuarakan bahawa setiap individu mempunyai hak
untuk mendapat pendidikan. Hasil dari pertemuan dalam berbagai konvensyen di
seluruh dunia mengenai hak untuk mendapat pendidikan atau pendidikan untuk
semua maka tercatat suatu realiti seperti berikut;

Terdapat lebih 100 juta kanak-kanak termasuk 60 juta kanak-kanak


perempuan tidak mendapat peluang untuk bersekolah.

14
Kebanyakan negara sama ada negara industri atau negara membangun,
terdapat lebih 960 juta orang dewasa termasuk dua pertiga (2/3) daripadanya
wanita adalah bermasalah dalam literasi dan buta literasi atau buta huruf.

Lebih satu pertiga (1/3) orang dewasa tidak dapat mencapai maklumat
melalui bahan-bahan bercetak, kemahiran-kemahiran dan teknologi baharu
yang boleh meningkatkan kualiti hidup, membantu mereka menyesuaikan diri
dengan perubahan budaya dan sosial.

Lebih 100 juta kanak-kanak dan orang dewasa gagal menamatkan


persekolahan dan berjuta lagi yang hanya memenuhi kedatangan ke sekolah
tetapi tidak menguasai pengetahuan dan kemahiran sepatutnya.

Terdapat sepuluh artikel penting dihasilkan dalam persidangan WCEFA pada tahun
1990 iaitu;

1. Memenuhi keperluan pembelajaran asas.


2. Membentuk visi
3. Menggalakkan ekuiti dan akses sejagat.
4. Memberi penumpuan kepada penguasaan pembelajaran.
5. Meluaskan makna dan skop pendidikan asas.
6. Meningkatkan persekitaran pembelajaran.
7. Mengukuhkan kerjasama.
8. Membangunkan polisi yang menyokong.
9. Menggerakkan resos
10. Mengukuhkan solidariti antarabangsa

15
1.2.1.4 Framework for Action on Special Needs Education (FASNE).
Salamanca, Jun 1994.

Delegasi Persidangan Antarabangsa mengenai Pendidikan Khas yang disertai oleh


92 kerajaan dan 25 organisasi antarabangsa yang bersidang di Salamanca,
Sepanyol dari 7-10 Jun 1994 telah menghasilkan satu rangkakerja untuk tindakan
mengenai pendidikan khas bagi panduan kerajaan-kerajaan dan organisasi-
organisasi yang terlibat. Para delegasi persidangan ini telah menggariskan
kenyataan berikut;

Setiap kanak-kanak mempunyai hak ke atas pendidikan dan mesti diberi


peluang untuk mencapai dan mengekalkan suatu tahap pembelajaran yang
sesuai.

Setiap kanak-kanak mempunyai ciri-ciri, minat, keupayaan dan keperluan


pembelajaran yang unik.

Sistem dan program-program pendidikan seharusnya dibentuk dan


dilaksanakan dengan mengambil kira kepelbagaian keperluan dan ciri-ciri ini.

Mereka yang memerlukan pendidikan khas mesti berpeluang belajar di


sekolah-sekolah biasa yang memenuhi kepeluan mereka melalui pendekatan
pedagogi yang berpusatkan murid.

Sekolah-sekolah biasa yang berorientasikan pendidikan inklusif amat


berkesan dalam menangani diskriminasi sikap, mencipta komuniti yang
mesra, membina masyarakat yang inklusif dan mencapai pendidikan untuk
semua. Selain itu sekolah ini menyediakan pendidikan yang berkesan
termasuk kos untuk majoriti kanak-kanak dalam sistem pendidikan ini.

Hasil daripada persidangan ini kebanyakan kerajaan yang terlibat telah mengambil
langkah dalam meningkatkan polisi dan kewangan untuk membolehkan semua
kanak berpeluang mendapat pendidikan yang sesuai dan berkesan untuk
melangsungkan kehidupan sebagai rakyat yang dapat memberi sumbangan kepada
kesejahteraan masyarakat dan negara.

16
Latihan 4:
Soalan berikut membawa pelajar menguasai isi pelajaran. Ulasan
anda akan lebih mantap sekiranya anda dapat melayari laman web
berkaitan untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.

Berdasarkan kepada Jomtien WCEFA 1990 dan FASNE Salamanca 1994, anda
dikehendaki membina satu ulasan yang menggambarkan bagaimana kedua-dua
persidangan tersebut telah berjaya memberi peneguhan kepada program pemulihan.

1.2.1.5 Sejarah Pendidikan Pemulihan Dalam Negara

Bermula pada tahun 1965 apabila 3 orang guru yang mendapat latihan di England
kembali berkhidmat di Malaysia. Sehingga 1968, seramai 9 orang guru telah
mendapat latihan diluar negara. Program pendidikan pemulihan di Malaysia bermula
sebagai Pilot Projek di sembilan buah sekolah rendah di seluruh Malaysia. Projek
ini telah bermula di awal tahun 1967 dan berakhir pada tahun 1970. dari kajian yang
dijalankan terhadap sekolah-sekolah tersebut didapati Program Pendidikan
Pemulihan sangatlah diperlukan bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi
masalah pembelajaran.

Dalam tahun 1968 hingga 1974 kerajaan telah membekukan pengambilan guru-guru
berkursus di bidang pendidikan pemulihan. Berdasarkan Laporan Murad 1971,
didapati 25% murid-murid sekolah rendah telah tercicir. Kesedaran kerajaan
terhadap peratusan keciciran murid-murid di sekolah-sekolah rendah menguasai
kemahiran-kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira menyebabkan
kerajaan mengambil langkah-langkah awal yang positif Laporan Murad dari tahun
1971 hingga 1973 telah menyedarkan semula kerajaan akan pentingnya Program

17
Pendidikan Pemulihan. Pada tahun 1975 seminar yang pertama telah diadakan di
Universiti Malaya.

Disamping itu juga dalam tahun 1975, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalankan projek percubaan dalam
Pendidikan Imbuhan untuk sekolah rendah bawah di dua belas buah sekolah
dengan menggunakan strategi pendidikan pemulihan dijalankan oleh guru kelas
biasa. Murid-murid yang terlibat dalam projek ini ialah mereka yang menghadapi
masalah pembelajaran ringan dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa
Inggeris. Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran yang kompleks
diserahkan kepada guru pemulihan khas.

Projek Pendidikan Imbuhan ini lebih menekankan kepada kanak-kanak yang kurang
bernasib baik dan daripada status ekonomi sosial yang rendah. Mereka diberi
bantuan dari segi makanan tambahan, pinjaman buku teks dan program
pembangunan masyarakat. Walau bagaimanapun projek ini tidak berjaya kerana
kanak-kanak lain yang mendapat faedah dan menyebabkan masih ada lagi kanak-
kanak yang tercicir. Projek ini dihentikan dan ditumpukan terus kepada Pendidikan
Pemulihan Khas.

Pada tahun yang sama Kementerian Pendidikan Malaysia mengadakan Kursus


Dalam Cuti (KDC). Peserta-peserta kursus adalah terdiri dari guru-guru terlatih dari
sekolah-sekolah rendah. Jawatankuasa kursus adalah seperti berikut :-

i. 2 minggu dalam cuti penggal pertama


ii. 2 minggu dalam cuti penggal kedu
iii. 4 minggu dalam cuti penggal ketiga

Adalah menjadi matlamat utama kerajaan dibawah pengelolaan Jabatan Pendidikan


Malaysia untuk menyediakan setiap sekolah rendah dengan guru pemulihan yang
terlatih. Ekoran dari itu beberapa Maktab Perguruan di seluruh negara telah
menyediakan kursus tersebut.

18
Tahun Pusat kursus Tempoh kursus
1975 Universiti Malaya 2 minggu
1976 Maktab Perguruan Teknik 3 minggu
1977 Maktab Perguruan Teknik 3 minggu
1978 Maktab Perguruan Teknik 2 minggu
1979 Di peringkat Negeri 10 X Sabtu

Pada tahun 1977 kursus satu tahun telah dijalankan di Maktab Perguruan Ilmu Khas,
Kuala Lumpur. Pada tahun 1981 Kementerian telah mengadakan kursus dalam cuti
penggal persekolahan hingga sekarang. Kursus-kursus jangka pendek juga
diperkenalkan untuk menampung kekurangan guru-guru pemulihan yang
mempunyai latihan khas jangka pendek.

1.2.1.5.1 Projek khas

Dilaksanakan setelah mendapat sumbangan daripada yayasan Van De Leer dari


Belanda. Pendidikan Imbuhan telah dilaksanakan. Projek khas ini dilaksanakan
dengan kerjasama Universiti Malaya.

1.2.1.5.2 Latihan guru

Selama ini kursus khas pemulihan hanya dijalankan dalam bentuk kursus dalam
perkhidmatan iaitu melibatkan guru-guru terlatih yang sedang berkhidmat. Kursus
yang ditawarkan adalah dalam bentuk sepenuh masa dan juga dalam cuti dari dua
hari hinggalah satu tahun.

Mulai Julai 2007 kursus ini telah ditawarkan sebagai kursus pra perkhidmatan bagi
kursus perguruan lepas ijazah. Kursus ini dijalankan secara sepenuh masa dan juga
dalam mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) melalui kursus dalam
cuti.

19
Latihan perguruan dalam bidang pendidikan pemulihan terus berkembang ke
peringkat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang dilaksanakan secara
sepenuh masa bermula pengambilan pelajar ijazah pertama ini pada Januari 2009.

1.2.2 Pelaksanaan program pendidikan pemulihan

Walau pun latihan guru pemulihan telah dilaksanakan secara intensif sejak tahun
80an tetapi pelaksanaan program masih lagi tidak dapat dijalankan dengan
berkesan kerana pelbagai masalah yang akan dibincangkan kemudian. Mulai tahun
2007 Kementerian Pelajaran mula memberi perhatian serius bagi menjayakan
program pemulihan.

1.2.3 Arahan dan surat-surat pekeliling

1.2.3.1 Arahan pelaksanaan program pendidikan pemulihan.

Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Perakuan 5):

Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-


langkah pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukan kriteria
dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut
termasuklah kaedah-kaedah mengajar, bahan-bahan bantu mengajar yang
sesuai, saiz kelas yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan
pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu
.
:
1.2.3.2 Surat-surat pekeliling berkaitan pelaksanaan program pendidikan
pemulihan

Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran


Malaysia, Bil. KP(BS)8691/Jld.II/32 bertarikh 22 Januari 1985.
Guru Khas Pendidikan Pemulihan.

Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran


Malaysia, Bil. KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/26 bertarikh 18 Januari 1986.
Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986.

20
Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia, Bil. KP(BS)85021/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30 Jun 1989.
Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di
Sekolah-Sekolah Rendah.

Latihan 2

Hubung kaitkan peranan Laporan Murad 1971 dengan


perkembangan program pendidikan pemulihan di Malaysia.
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau
pusat sumber yang berdekatan.

Bincangkan implikasi surat pekeliling yang dikeluarkan oleh


Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap program
pendidikan pemulihan di sekolah-sekolah rendah.

21
Program Pemulihan Dalam dan Luar Negara

1.2.4 Program pendidikan pemulihan di Malaysia

1.2.4.1 Program Pendidikan Pemulihan Khas

Program Pendidikan Pemulihan Khas mula diberi perhatian oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia setelah Laporan Murad 1972 melaporkan terdapat 25% murid-
murid sekolah rendah tercicir dan tidak menguasai kemahiran membaca, menulis
dan mengira. Kursus dalam perkhidmatan diperkenalkan di mana guru-guru yang
berminat dalam bidang pendidikan pemulihan ini dihantar mengikuti kursus 14
minggu dan Kursus Sijil Perguruan Khas selama satu tahun bermula pada tahun
1990an.

Laporan akhbar Berita Harian keluaran 27 November 2007 menyatakan kira-kira


100,000 murid Tahun Satu tidak dapat menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira sudah tentu mengejutkan. Jumlah ini mewakili 23 peratus keseluruhan
murid Tahun Satu.

Laporan ini menggusarkan kita tentang kadar keciciran bakal berlaku pada peringkat
peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah
(PMR) dan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) kelak. Berdasarkan keadaan ini,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif menganjurkan Kursus
Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) secara sepenuh masa, Latihan Perguruan
Berasaskan Sekolah (LPBS) secara kursus dalam cuti dan diikuti Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan bermula pada bulan Januari tahun 2009.

Program Pendidikan Pemulihan Khas dilaksanakan di dalam sebuah kelas khas


secara sistem withdrawal. Program ini dikelolakan oleh guru yang menerima latihan
khas dan mempunyai sijil, diploma atau ijazah dalam pendidikan pemulihan khas.
Murid-murid yang ditempatkan dalam kelas khas ini adalah murid dari kelas biasa
22
yang telah mengikuti program pemulihan dalam kelas biasa. Murid yang akan
ditempatkan di kelas khas ini perlu mengikuti prosedur tertentu setelah dicalonkan
sebelum berjaya diterima mengikuti pendidikan pemulihan khas. Prosedur-prosedur
ini adalah seperti yang telah dijelaskan dibawah tajuk 1.1.2.2 di atas.

Sistem withdrawal yang diamalkan menuntut guru-guru pendidikan pemulihan khas


melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan rajin, tekun, bertenaga dengan
bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai, berasaskan model pengajaran
tertentu sehingga murid-murid yang ditempatkan di kelas pemulihan khas ini mampu
menguasai kemahiran-kemahiran yang gagal dikuasai di kelas biasa dan
ditempatkan semula di kelas biasa. Murid-murid yang terpilih ini akan hadir di kelas
pemulihan khas pada waktu tertentu untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran
berkaitan pemulihan Bahasa Melayu (membaca dan menulis) dan Matematik
(mengira). Pada waktu mata pelajaran lain murid-murid ini akan mengikuti
pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.

1.2.4.2 Program pendidikan pemulihan dalam kelas KBSR

Program pendidikan pemulihan dalam kelas KBSR adalah di bawah tanggung jawab
guru mata pelajaran KBSR. Guru mata pelajaran sepatut menilai pencapaian murid
pada setiap sesi pengjaran dan pembelajaran. Pada akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran tersebut guru membuat analisis terhadap pencapaian murid dan
seterusnya menentukan adakah terdapat murid yang gagal menguasai kemahiran
yang diajar. Sekiranya terdapat murid yang gagal menguasai kemahiran yang telah
diajar, maka guru mata pelajaran tersebut perlu melaksanakan pendidikan
pemulihan dalam darjah dengan segera agar murid tersebut tidak ketinggalan dan
jika dibiarkan, kemungkinan murid akan mengumpul kemahiran-kemahiran yang
gagal dkuasainya.

Program pendidikan pemulihan yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran ini lebih
berfokus kepada kegagalan murid menguasai kemahiran yang diajar pada waktu
tersebut. Program pemulihan dalam kelas KBSR ini menggunakan sukatan mata
pelajaran KBSR. Kegagalan berterusan murid yang telah mengikuti program
pemulihan dalam kelas KBSR ini membantu guru mata pelajaran untuk
23
mencalonkan murid tersebut agar dapat dibantu dengan lebih khusus dalam
program pendidikan pemulihan khas.

1.2.4.3 Program Literasi dan Numerasi (LINUS)

Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan mulai 2010 hingga
2012 di seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua murid
Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi)
dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Pelaksanaan
program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian Pelajaran
Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012. Sehubungan itu, semua guru
Tahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik diwajibkan mengikuti kursus
pengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010. Kursus tersebut yang
dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM akan dilaksanakan di seluruh
negara mengikut zon negeri masing-masing.

1.2.4.4 Program Pendidikan Pemulihan Khas Murid Orang Asli (PKMOA)

Pendidikan peringkat rendah bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang, serta
berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pada peringkat ini Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib selaras
dengan status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi
Negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan
murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah
Melayu melentur aur biarlah dari rebungnya.Selaras dengan tujuan di atas,
Program Khas Murid Orang Asli telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan untuk
memenuhi keperluan pendidikan murid Orang Asli yang tidak dapat menguasai
kemahiran asas lisan, membaca dan menulis. Mereka akan menjalani program
Tahun Pemulihan selepas Tahun 2.

24
Pusat Perkembangan Kurikulum telah menyediakan bahan kurikulum Bahasa
Melayu Tahun Pemulihan seperti berikut :
1. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Pemulihan
2. Modul Buku Aktiviti
3. Bahan Bantu Mengajar (kad imbasan, papan magnetik dan magnet).

Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Pemulihan Bahasa Melayu memuatkan senarai


kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan bertutur (lisan), membaca, dan
menulis yang perlu dikuasai oleh murid dalam Tahun Pemulihan. Huraian Sukatan
Pelajaran ini berasaskan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR yang sedia ada.

1.2.4.5 Program Tiga M (PROTIM)

PROTIM Bahasa Melayu sebenarnya dikhususkan kepada murid yang mengalami


kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis di samping
mengira, tiga kemahiran asas yang menjadi fokus dalam KBSR.

Objektif pengajaran pemulihan pula adalah seperti berikut :

membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-


kemahiran tertentu

mengubah sikap murid yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan
pembelajaran

memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif


terhadap pembelajaran.

Program pemulihan pula dilaksanakan setelah murid dicalonkan, melalui ujian


saringan dan diagnostik. Biasanya murid yang terlibat adalah tahun 2 dan 3. Namun
demikian, untuk murid tahun 4 dan 5, bergantung kepada budi bicara guru
pemulihan dan rundingan dengan semua pihak dalam organisasi.

PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup program pemulihan.


PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan pemulihan.

25
PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 3M
dalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun
4, 5 dan 6 pada mulanya akan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi
Tahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR.

Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya


mengajar murid yang bermasalah 3M ini. Setelah kajian dijalankan, satu pekeliling
dikeluarkan supaya diwujudkan PROTIM bagi mengurangkan beban yang
ditanggung oleh Guru Pemulihan.

Pelaksanaan PROTIM bermula pada awal tahun dan dilaksanakan oleh guru mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Murid yang mengikuti PROTIM akan
dibekalkan dengan satu modul yang diedarkan oleh Kementerian Pelajaran kepada
setiap sekolah. Untuk mengetahui sejauh mana pencapaian murid, satu ujian
hendaklah dijalankan.Soalan disediakn bersama modul yang disertakan bersama
surat pelakasanaan PROTIM. Murid yang gagal mendapat keputusan 90% dan ke
atas hendaklah mengikuti PROTIM.

1.2.4.6 IPP3M (Instrumen Penentu Penguasaan 3M)

IPP3M diperkenalkan bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan murid


dalam kemahiran asas 3M. Hasil analisa maklum balas dari murid yang
menggunakan istrumen IPP3M ini dapat menentukan kumpulan murid yang perlu
meneruskan program pemulihan. Instrumen ini juga dapat memberi maklumat
tentang tindakan yang patut diambil untuk membantu murid yang berkenaan.

1.2.4.7 Kelas Intervensi Awal 2M (KIA2M)

Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu
program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai
kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masa
yang sama program ini adalah bertujuan untuk membantu murid yang belum
menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun
satu.

26
Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum
menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri
daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan
pemulihan dalam kelas. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai
kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan spenuh
masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu.

Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan
sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-subjek
Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni
digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.

Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa yang
dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua murid
tahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang
terpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu
kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan
meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan
dalam program ini.

Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah
sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini
dengan seberapa segera yang boleh.

Anda dikehendaki membincangkan tentang proses pelaksanaan IPP3M,


IPP2M dan KIA2M di sekolah anda. Bincangkan dan sediakan bahan
perbincangan ada menggunakan power point. Hantar CD tersebut.

1.2.5 Program pendidikan pemulihan di luar negara

Secara ringkasnya dua buah negara yang terkenal kerana pendidikan


pemulihannya ialah Amerika dan England. Perkembangan di Amerika berkembang
pesat setelah termaktubnya PL 94-142, sementara di England pula selepas Laporan

27
Warnock. Menurut Geof Sewell(1982) pendidikan pemulihan mula di perbincangkan
lewat 1800. Perkembangannya dapat di lihat di dua buah negara:

Ministry of Education (1946 &1953) ; mentakrifkan satu kategori kanak-kanak


subnormal dari segi pendidikan sebagai kanak-kanak yang terencat lebih dari 20%
daripada umur mereka dan gred kebolehannya tidaklah serendah dan seteruk
mereka yang tidak boleh diberi pendidikan. Department of Education and Science
(1964) (ch.2,para.1);mencadangkan istilah educationally subnormal ditukar kepada
pronounced educational backwardness dan yang selebihnya sebagai slow learner.
Malangnya ordinan ini tidak begitu dipakai kerana kerana kebanyakkan orang
berasa malu untuk menerima istilah slow learner kerana kategori ini tidak menerima
keistimewaan seperti golongan khas lain. Oleh itu istilah yang mudah diterima ialah
pendidikan pemulihan

Menurut Geof Sewell(1982), krisis ekonomi lewat 70an dan 80an telah menjejaskan
pendidikan pemulihan dengan teruk. Kekosongan jawatan guru tidak diisi dan yang
sedia ada dalam perkhidmatan terancam.

Snell dan Anderson (2000), The Department of Education dalam penilaiannya


terhadap program pemulihan yang telah dijalankannya selama 30 tahun dan telah
berbelanja lebih 120 billion mendapati bahawa program pemulihan yang dijalankan
gagal menaikkan pencapaian kanak-kanak yang tidak bernasib baik. Maka pada
1994, penguatkuasaan semula dari program pemulihan bercorak individu kepada
pemulihan seluruh sekolah dilakukan. Model-model dibina dan penilaian
keseluruhan sekolah tidak terpisah dari program-program khas.

Pada awal 1990, wujud di sekolah-sekolah awam private remedial education


partnership dengan syarikat swasta seperti Sylvan Learning Systems dan Kaplan
Educational Services. Pada 1998, Sylvan Learning System mendapat kontrak 13.8
million di Compton,California dimana mutu pendidikan sangat rendah sehingga
kerajaan negeri terpaksa ambil-alih dari daerah. Penilaian awal menunjukkan pelajar
di dalam program mendapat aras gred setanding selepas pengajaran selama 20
jam. Program Sylvan at School dijalankan keatas 80 000 pelajar di 850 buah
sekolah tidak kira sekolah awam ataupun tidak.
28
Topik 2

SINOPSIS Strategi Pelaksanaan Program Pemulihan

Topik ini akan membincangkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan strategi


pelaksanaan program pemulihan. Topik ini adalah berkaitan dengan aspek
pencalonan murid, proses saringan, proses diagnosis dan analisis ujian serta
tindakan susulan.Tajuk ini juga akan menerangkan mengenai proses-proses yang
dilalui oleh seorang murid pemulihan yang
terpilih untuk mengikuti kelas pemulihan.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini anda akan dapat:

1. mengenal pasti strategi pelaksanaan program pemulihan


2. mengetahui bagaimana pencalonan murid pemulihan dilaksanakan.
3. mengetahui proses pelaksanaan ujian diagnostik ke atas murid-murid
pemulihan
4. memahami bagaimana proses pemilihan murid-murid pemulihan dilakukan.

2.1 Pengenalan

Program pemulihan merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu


murid-murid yang tidak menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira.
Dalam melaksanakan program tersebut ia memerlukan satu proses yang saling
berkaitan di antara satu sama lain. Proses yang terlibat ialah pencalonan murid,
ujian saringan, ujian diagnosik dan analisis ujian dan tindakan susulan.

29
2.2 Proses Pelaksanaan Pemulihan

2.2.1 Carta Alir Proses Program Pemulihan

Pencalonan dan
Kelas Biasa / Tindakan Pengumpulan
Susulan Maklumat

Ujian
Saringan
Sudah Menguasai 3M
Belum menguasai
Kemahiran 3M

Ujian Diagnostik
Dan
Ujian Pengamatan

Analisa Ujian Diagnostik


Dan
Ujian Pengamatan

Penyediaan
Rancangan Pengajaran
Sudah
Menguasai
Kemahiran 3M Pengajaran & Pembelajaran
Belum menguasai
Kemahiran 3M.
Meneruskan
Pengajaran
Pemulihan
Penilaian

30
2.2.2 Pencalonan Murid

Pencalonan murid pemulihan adalah proses utama kepada pemilihan calon untuk
ditempatkan di dalam program pemulihan. Pencalonan murid pemulihan boleh
dilakukan oleh :

2.2.2.1 Guru Kelas

Guru Kelas boleh mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas berdasarkan


pencapaian murid dalam kemahiran menulis, membaca dan mengira, hasil kerja
murid dalam kelas, keputusan ujian bulanan, semester dan ujian setiap kemahiran.

2.2.2.2 Guru Mata Pelajaran

Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik juga boleh mencalonkan
murid yang diajar oleh mereka untuk mengikuti kelas pemulihan berdasarkan
kepada pencapaian mereka. Apabila murid-murid ini lemah dan tidak menguasai
kemahiran yang disasarkan maka mereka layak untuk dicalonkan ke kelas
pemulihan.

2.2.2.3 Guru Besar

Guru Besar boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian kad-kad


laporan murid dan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah.

2.2.2.4 Ibu bapa / penjaga

Ibu bapa atau penjaga boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikuti
program pendidikan pemulihan khas berdasarkan masalah pembelajaran anak
mereka.

31
2.2.2.5 Ujian Pelepasan KIA 2 M

Murid-murid boleh dicalonkan berdasarkan kepada Ujian pelepasan KIA 2M bagi


murid Tahun 1. Bagi murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA 2M maka
mereka layak dicalonkan untuk mengikuti saringan program pemulihan. Masa yang
paling baik sekali ialah di awal tahun persekolahan.

2.3 Proses Pengumpulan Maklumat

(a) Butir-butir individu dan prestasi murid akan menolong guru pemulihan
memahami murid yang dicalonkan. Ini akan membolehkan seorang guru pemulihan
membuat keputusan sama ada murid itu akan mengikuti program pemulihan atau
tidak.

(b) Daripada rekod individu, guru pemulihan dapat tahu tentang beberapa aspek
penting seperti kesihatan, taraf ekonomi keluarga dan kebudayaan di rumah yang
mungkin ada hubungan dengan kegagalan murid.

(c) Kemajuan akademik dapat menunjukkan prestasi murid dalam mata


pelajaran-mata pelajaran asas.

(d) Lain-lain sumber maklumat ialah :-

(i) Guru Besar boleh campurtangan berdasarkan peninjauan rekod murid,


pemerhatian dan perhubungan.

(ii) Guru kelas boleh menambahkan maklumat dengan mengambil tahu


berkenaan dengan kehadiran, ketepatan masa ke sekolah, kadar dan taraf
kerja, kebiasaan-kebiasaan serta perhubungan dengan murid-murid lain.

(iii) Ibu bapa boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan
perkara-perkara yang ia tidak gemar serta sikapnya terhadap pelajaran.

(iv) Borang rujukan yang boleh menunjukkan secara umum kelemahan


32
kelemahan murid.

(e) Borang Rujukan mengandungi:-


(i) kemahiran asas membaca dan menulis
(ii) kemahiran asas mengira
(iii) tingkah laku di bilik darjah

2.3.1 Proses Saringan

(a) Fungsi:

Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap


kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh
murid secara individu untuk dicalonkan bagi mengikuti Program Pemulihan
Khas. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan
bantuan pemulihan khas. Dengan lain perkataan Ujian Saringan bertujuan
untuk menentukan calon yang layak untuk dimasukkan ke program pemulihan
khas

Bahan atau topik dalam Ujian Saringan merangkumi hanya kerja-kerja yang
telah diajar oleh guru kelas sehingga masa saringan diberikan. Oleh itu
senarai kemahiran yang diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam
Jadual Penentu Ujian.

Ujian boleh dijalankan apabila pencalonan diterima. Selain itu ujian akan
dilaksanakan secara individu atau kumpulan kecil. Hasil daripada ujian akan
direkodkan dalam Borang Rekod Ujian untuk difailkan.

Bilangan murid yang diterima masuk ke kelas Pemulihan Khas berdasarkan


beberapa faktor seperti skor yang lemah, jenis masalah yang dihadapi oleh
murid dan ruang yang ada untuk Kelas Pemulihan Khas.

(b) Instrumen Ujian Saringan:

33
(i) Instrumen Penentu Penguasaan 2M (IPP2M) - mata pelajaran
Bahasa Malaysia
(ii) (Arithmatics Screening Test)- Mathematics

2.3.2 Proses Diagnosis

Ujian diagnostik adalah ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan


Pemulihan Khas. Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan khas
mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap
murid.

(a) Fungsi:

Ujian Diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu guru


pemulihan khas mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang
dihadapi oleh seseorang murid secara khusus dan seterusnya membentuk
objektif pengajaran (baseline). Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai
peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dialami
ketika belajar dan mengnal pasti punca kegagalan murid dalam menguasai
sesuatu kemahiran.

(b) Instrumen Ujian Diagnostik

Sebagai panduan untuk membina dan mentadbir Ujian Diagnostik, Guru


Pemulihan Khas boleh merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Program
Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan
Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000).

Di dalam buku panduan tersebut terdapat pelbagai kemahiran yang sedia


digunakan untuk menguji tahap kelemahan murid yang terpilih untuk
mengikuti kelas pemulihan. Guru hanya perlu memilih dan merancang serta
membina ujian diagnostik yang benar-benar tepat serta mencapai kriteria
yang dikehendaki.

34
Bagaimanakah proses pencalonan, ujian saringan dan ujian diagnostik
.
dapat membantu seorang guru melaksanakan program pemulihan di
sekolah. Bincangkan.

2.3.3 Analisa Ujian Diagnostik dan Pengamatan

Penganalisaan keputusan hendaklah dikumpul dan direkodkan dan diberi


interpretasi dengan cermat untuk mempastikan masalah-masalah murid. Keputusan
analisa ujian diagnostik akan menunjukkan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan
seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Cara ini dapat membantu
guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan daerah-daerah
kesukaran yang dihadapi.

Analisa kesalahan ujian tersebut juga dapat membantu guru merancang satu
program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu
kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Berdasarkan kepada analisa kesalahan
ujian diagnostik tersebut, guru pemulihan akan dapat mengenal pasti daerah-daerah
kelemahan murid yang telah dipilih. Daerah-daerah kelemahan itu akan membantu
guru untuk memilih kemahiran yang tepat untuk memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran.

2.3.4 Tindakan Susulan

Murid yang telah dapat menguasai kemahiran yang telah dipulihkan akan
menjalankan kerja susulan yang dijalankan oleh guru kelas biasa dengan bantuan
dan kerjasama dari Guru Pemulihan Khas apabila perlu. Guru kelas, guru mata
pelajaran dan guru pemulihan perlu saling bekerjasama di antara satu sama lain
bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid pemulihan.

Murid pemulihan yang berjaya menguasai kemahiran akan ditempatkan semula ke


kelas biasa untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya.. Mereka akan

35
sentiasa dipantau oleh guru pemulihan ketika berada di kelas biasa. Tujuannya ialah
untuk melihat perkembangan pelajar tersebut disamping membantu guru di kelas
biasa dalam proses pngajaran mereka. Jika terdapat masalah terhadap murid
tersebut, maka guru pemulihan akan bertindak segera untuk menyelesaikannya.

Dalam meneguhkan kemahiran yang telah dikuasai murid, guru kelas, guru mata
pelajaran dan guru pemulihan perlu bekerjasama di antara satu sama lain. Mereka
mesti membuat perancangan yang bersesuaian untuk murid tersebut agar mereka
dapat mengikuti proses pembelajaran di dalam kelas biasa. Guru kelas dan mata
pelajaran hendaklah mengenal pasti strategi, kaedah dan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid yang telah
dipulihkan.

Kesimpulan

Strategi pelaksanaan program pemulihan merupakan satu langkah yang penting ke


arah kejayaan sesuatu program pemulihan di sekolah-sekolah. Strategi
pelaksanaan program tersebut dapat membantu guru pemulihan untuk
melaksanakan program pemulihan dengan lebih berkesan. Selain daripada itu
strategi pelaksanaan perlu mantap bagi melahirkan ciri-ciri pemulihan yang berkesan
terhadap murid-murid yang gagal menguasai kemahiran menulis, membaca dan
mengira.

Hubung kaitkan peranan Jadual Penentu Ujian dalam membina


instrumen ujian diagnostik untuk murid-murid pemulihan.
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau
pusat sumber yang berdekatan.

36
Topik 3

Pendidikan Murid Pemulihan

3.1 Intervensi Awal

Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan


khas sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri
daripada gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan,
perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan
keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson
& Lynch, 1989).

Intervensi awal bermaksud memberi perkhidmatan rawatan, pemulihan, bimbingan


dan khidmat nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik sahaja sesuatu
kecacatan dikesan atau dikenalpasti dialami oleh kanak-kanak (Kail, 2001).
Perkhidmatan ini diberikan seawal mungkin agar kanak-kanak tersebut boleh
diberikan bantuan dari aspek bahasa, sosial, emosi dan psikomotor agar
perkembangan dalam aspek tersebut dapat diberikan agar tidak ketinggalan terlalu
jauh dari aspek perkembangan umur dan fizikal dibandingkan dengan kanak-kanak
lain yang seusia.

Intervensi awal boleh merupakan pengukuhan penguasaan bahasa,


mempertingkatkan kemahiran matematik, memperkembangkan kemahiran motor
dan interaksi sosial. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan
kesan sesuatu kurang upaya kepada pemulihan dan mengelaknya menjadi lebih
ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah. Mengapa amalan intervensi
awal tidak berleluasa? Salah satu sebab ialah kadar pertumbuhan kanak-kanak
yang sukar dijangkakan terutama pada peringkat umur yang muda.

Golongan pendidik enggan mencadangkan kanak-kanak prasekolah yang


menghadapi kesukaran belajar mengikuti program pendidikan khas (Lerner, 2003).

37
Mereka lebih cenderung untuk mengaitkan kanak-kanak yang menghadapi masalah
pemulihan dengan perkembangan lewat dan perlu diberi lebih banyak masa. Ini
telah menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak mendapat perkhidmatan
pendidikan khas yang sewajarnya dan akhirnya gagal untuk menguasai kemahiran
asas. Contohnya, kanak-kanak dyslexia [disebut dis-lek-sia] (sejenis masalah
penyakit yang menjejaskan kemahiran bacaan), tidak dapat membaca pada tahap
kanak-kanak lain ditafsir oleh guru sebagai lewat berkembang dan perlu diberi lebih
banyak masa.

Latihan 1
Dengan merujuk bahan multimedia, berikan 5 ( lima ) kepentingan
melaksanakan intervensi awal kepada kanak-kanak pemulihan.

Bagi kebanyakan murid sekolah rendah, masalah pemulihan menjadi jelas apabila
mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan menyelesai
masalah matematik. Tingkah laku yang sering dilihat ialah ketidakupayaan untuk
memberi tumpuan atau hiperaktif (contohnya, tidak boleh duduk diam, murung atau
sebagainya).

Lama kelamaan kurikulum menjadi semakin susah, apabila mereka dikehendaki


mempelajari bidang-bidang ilmu lain seperti sains dan sains sosial. Setelah
beberapa tahun mengalami kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosi
mula muncul yang menghalang interaksi dengan murid lain.

Oleh itu, intervensi awal sangat penting untuk membantu kanak-kanak ini (Lerner,
Lowenthal dan Egan 2003). Para ibu bapa dan guru tidak harus berputus asa
terhadap kanak-kanak pemulihan. Sebaliknya, mereka harus memberikan sokongan
sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.

38
3.2 Pentingnya Intervensi Awal

Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada


kanak-kanak pemulihan, kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam
jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan
intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami
perkembangan lewat dan kanak-kanak berisiko tinggi (IDEA, 1990). Mengapa?

Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak


pemulihan dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah.
Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga
dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran
terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam
sesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanak-
kanak berkeperluan khas (Lerner, 2003).

Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak.


Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar
menggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan
mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain.

Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui
perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah
penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi
seperti perasaan kecewa. Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi
sesuatu masyarakat. Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan
beban penyediaan pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah dan menengah.

Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin


berkurangan. Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek,
meningkatkan perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-
kanak berkeperluan khas. Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan
masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan

39
pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur, keperluan
untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan dan ini
menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan,
kesihatan dan pendidikan.

Latihan 2

Dengan sokongan pengurusan grafik, banding bezakan pelbagai


fungsi intervensi awal dengan pelbagai kecacatan dan bagaimana ia
berupaya menawarkan penjimatan kewangan.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan

3.3 Perlaksanaan Intervensi Awal

Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau
seluruh kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. Seperti
mana guru telah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi
berpusatkan guru atau berpusatkan pelajar, guru juga harus menentukan
kesesuaian strategi-strategi tersebut ke atas seluruh kelas, sekumpulan kecil atau
orang perseorangan. Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk
menilai strategi intervensi yang terbaik mengikut jumlah pelajar dan jenis
ketidakupayaan.

40
Pendekatan
Intervensi Awal

Intervensi
Intervensi Intervensi
Berpusatkan
Berpusatkan Guru Berpusatkan Pelajar
Keluarga

Rajah 1.1: Pendekatan intervensi awal

3.3.1 Intervensi Berpusatkan Guru

Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar dan
mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998). Atas
sebab ini, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak
hanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu
ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila kanak-kanak tersebut sudah
dewasa. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan
peranan utama dalam sesi pengajaran dan pemulihan.

Dalam intervensi ini, guru yang menentukan jenis strategi yang perlu digunakan,
model dan demonstrasi, memberi arahan kepada anak-kanak dan memantau
kemajuan mereka. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya sesuai digunakan pada
tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran.

41
3.3.2 Intervensi Berpusatkan Pelajar

Intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuan


mengawal tingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993). Oleh itu, pelajar
yang boleh mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti dan barulah intervensi
berpusatkan pelajar dilaksanakan. Istilah berpusatkan pelajar membawa imej
tentang pelajar yang berdikari, bergantung pada diri sendiri dan berjaya
mengendalikan proses-proses pemulihan dalam kelas biasa.

Dalam intervensi berpusatkan pelajar, pelajar memainkan peranan utama tetapi


masih mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas. Pelajar
akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik,
menangani kekecewaan dan cara mengatasi masalah. Intervensi ini melatih pelajar
untuk berdiri di atas kaki sendiri.

3.3.3 Intervensi Berpusatkan Keluarga

Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagai


sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan dalam
proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses
pemulihan kanak-kanak berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanak-
kanak dengan golongan dewasa.

Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap


ahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung, pendekatan ini juga mampu
mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang
keperluan individu berkeperluan khas.

Latihan 3
Hubung kaitkan peranan dan penglibatan personel dari pelbagai
disiplin dalam usaha menjana tahap intervensi awal kanak-kanak.
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat
sumber yang berdekatan.

42
Rujukan :

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) peraturan-peraturan terpilih (1998). Kuala Lumpur:
International Law Book Services.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 2002. Laporan Kajian
Perlaksanaan Program Pemulihan Khas di sekolah rendah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Chua Tee Tee & Koh Boh Bon. 1992. Pendidikan Khas dan Pemulihan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hallahan, D.P. & Kauffman, J.M. (2003) Exceptional learners : Introduction to special
education. (9th. Ed.). Boston : Allyn & Bacon.
Garner, P. & Davies, J.D. (2001)., Introducing special educational needs: A
companion guide for student teachers. London : David Fulton Publishers.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999. Buku Panduan Program Pemulihan Khas
(Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002. Kajian Perlaksanaan Program Pemulihan
Khas di Sekolah Rendah. Kertas Kerja Seminar Pendidikan Khas Kebangsaan
Ke 2 : Program Pemulihan Khas: Jabatan Pendidikan Khas.
Lerner, J.W. (2003)., Learning disabilities : Theories, diagnosis and teaching
strategies. Boston: Houghton Mifflin Co.
Syed Abu Bakar Syed Akil, (1997)., Bimbingan khas perkhidmatan pendidikan
pemulihan. Kuala Lumpur : DBP
Tilstone, C.et Al. (2000)., Pupils with learning difficulties in mainstream schools.
London : David Fulton Pub.

43
PANEL PENGGUBAL SUKATAN PELAJARAN

Panel Penggubal Modul

Bil Nama Kelayakan

1. Ahli,
Ridzuan bin Ahmad M. Ed. (Pendidikan Khas) UPSI.
Institut Pendidikan Guru Malaysia, B. Ed. Hons) (Pendidikan Khas) UKM
Kampus Tuanku Bainun, Sijil Perguruan Khas (Pemulihan Khas), IPDA
Bukit Mertajam, P. Pinang Sijil Perguruan Asas MPKI
Guru 24 tahun
Pensyarah IPGM 7 Tahun

2. Ahli,
Milatu Samsi bin Hayon M. Ed. (Pendidikan Khas) UPSI.
Institut Pendidikan Guru Malaysia, B. Ed. Hons) (Pendidikan Khas UKM
Kampus Ipoh, Sijil Perguruan Khas (Pemulihan), MPMK
Hulu Kinta, Perak Sijil Perguruan Asas MPPP
Guru 16 tahun
Pensyarah IPGM 3 Tahun

44

You might also like