08 Interaksi 3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

INTERAKSI 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
KBSR

Sinopsis

Kursus ini merangkumi teori pembelajaran, pendekatan, strategi, kaedah dan


teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual berdasarkan
kurikulum PSV KBSR/ KSSR, perancangan dan persediaan mengajar,
pengajaran mikro dan makro, dan sumber pengajaran dan pembelajaran.

Hasil Pembelajaran

1. Membanding beza pelbagai pendekatan P&P PSV


2. Menyediakan rancangan tahunan, semester dan harian pengajaran
dan pembelajaran PSV mengikut format ditetapkan
3. Mengaplikasi pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran PSV
4. Mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran PSV melalui
pengajaran mikro dan makro
5. Mengaplikasikan nilainilai dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran

54
PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

3.1 Mengenal Konsep Kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran dan


Pembelajaran PSV

3.1.1 Kaedah

Pada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan digunakan untuk melaksanakan
sesuatu. Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan
guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam
jangka masa yang pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara
mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang
tersusun.

Menurut Edward M.Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar


keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun,
berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Huraian ini bermakna
kaedah-kaedah yang dipilih untuk proses pengajaran dan pembelajaran harus
berdasarkan kepada suatu pendekatan yang berkaitan dengan model, prinsip atau
teori pembelajaran. Misalnya, didalam pendekatan daripada spesifik kepada umum,
iaitu pendekatan induktif, guru boleh menggunakan kaedah inkuiri-penemuan yang
mengandungi lima prosedur yang tersusun seperti berikut:-

1. Prosedur Pertama : Mengenal pasti masalah


2. Prosedur Kedua : Merancang penyelesaian
3. Prosedur Ketiga : Mengumpul maklumat
4. Prosedur Keempat : Membuat tafsiran
5. Prosedur Kelima : Membuat kesimpulan

Di dalam sesuatu pendekatan pula, terdapat beberapa kaedah mengajar yang boleh
digunakan. Oleh itu, selain kaedah inkuiri penemuan, guru juga boleh menggunakan
kaedah Socrates, iaitu; Kaedah Induktif, Kaedah Penyiasatan, Kaedah Kerja Praktis,
Kaedah Dapatan dan sebagainya dalam pendekatan daripada spesifik kepada
umum.

55
PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

3.1.2 Teknik
Menurut Edward M.Anthony (1963) bahawa teknik mengajar merujuk kepada satu
muslihat, atau strategi, atau satu kemahiran yang digunakan oleh guru dengan
tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. Di antara teknik-teknik
mengajar yang biasa digunakan oleh guru ialah; Teknik bercerita, bersyarah,
perbincangan, demonstrasi, latih tubi dan hafalan, penyoalan, sosiodrama,
main peranan, simulasi, penyelesaian masalah, pemudahcara, sumbangsaran,
permainan dan sebagainya.

Tujuan menggunakan variasi teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk
menarik perhatian pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan minat serta
rasa ingin tahu seterusnya bagi mencapai objektif pada akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran pada hari itu.

Oleh itu, teknik mengajar yang dipilh haruslah berdasarkan kepada peringkat umur,
kecerdasan, kebolehan dan minat pelajar. Contohnya, mengikut kajian Piaget, dalam
perkembangan kognitif kanak-kanak yang berumur 6 hingga 11 tahun, teknik
mengajar yang sesuai digunakan untuk menyampaikan konsep ialah bercerita dan
permainan dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit.

Berikut adalah contoh antara teknik yang sesuai dengan aras kemahiran objektif
pelajaran :-
Aras Kemahiran Teknik Mengajar
Pengetahuan Latih Tubi
Kefahaman Syarahan
Aplikasi Tunjukcara (Demonstrasi)
Analisis Penyoalan
Sintesis Perbincangan
Penilaian Sumbangsaran

Jadual 3.1: Perhubungan Aras Kemahiran Objektif Pengajaran dengan Teknik


Mengajar

56
PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

3.2 Kaedah individu dan kumpulan dalam PSV

Kaedah Individu
Menumpukan perhatian kepada seorang individu atau murid.
Berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-
kebolehan lain.
Kesemua pengajaran individu diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan
pencapaian serta kadar kepantasan murid.
Murid-murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri.
Dijalankan dalam dua matlamat mengikut tujuan dan objektifnya.
Pengajaran biasa yang bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh individu-individu tertentu.
Sesuai untuk pengajaran pemulihan
Memperkaya pengalaman pembelajaran individu.
Belajar tanpa bergantung pada bantu guru tetapi memerlukan bimbingan
guru.
Sumber pembelajaran dirancangkan supaya setiap pelajar
mengkaji/memahami objektif pembelajarannya dan bertindak sendiri untuk
mencapai objektif-objektif ini.
Hubungan guru dan murid paling minima.
Bahan-bahan belajar sendiri disusun dengan tujuan supaya murid akan
mencapai kemajuannya sendiri mengikut kebolehan dan keupayaan masing-
masing.
Kaedah ini menegaskan fleksibiliti dari segi masa, aktiviti-aktiviti diagnostik
dan pemulihan, pemilihan bahan-bahan mengikut kemampuan sendiri serta
tempat belajar dan cara mempelajarinya.
media seperti bahan-bahan bercetak, bahan-bahan tayangan, filem slaid atau
strip, pita rakaman video, dan lain-lain boleh digunakan.
Aktiviti pengajaran terancang atau pukal pembelajaran sendiri adalah amat
penting.

Kaedah Kumpulan
Menurut Gibb (1969) ia didefinisikan sebagai beberapa orang individu yang
mempunyai tujuan yang sama, saling berhubungan dan bertukartukar
pendapat sertafikiran dan bergantung di antara satu sama lain atau
berganding bahu dalam apa juga aktiviti untuk mencapai objektif mereka.

57
PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

L.M.Smith (1969) pula menyatakan bahawa unit sosial yang terdiri daripada
beberapa individu yang berinteraksi di antara satu sama lain, mempunyai nilai
nilai yang sama dan saling bergantung di antara mereka.

Berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berorientasikan guru


kepada berpusatkan pelajar.

Ianya bertujuan supaya pelajar dapat menguasai kemahiran yang tertentu.

mengikut kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka .

3.3 Kaedah simulasi, sumbangsaran, projek, akses kendiri dan kembara


visual.

Simulasi
Murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan.

Melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau


keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa sebarang skrip.

Disebut juga sebagai ambil peranan atau sosiodrama yang mementingkan


interaksi individu serta kumpulan.

Dikelolakan sama ada dalam satu kumpulan kecil atau besar.

Berkesan terutama melibatkan aktiviti komunikatif.

Membolehkan murid berinteraksi dengan menggunakan bahasa dalam situasi


sosial yang disediakan olok-olok oleh guru dalam bilik darjah.

Murid perlu membayangkan keadaan situasi sosial yang sebenar terlebih


dahulu sebelum dapat berinteraksi dalam situasi-situasi tersebut.

Guru merancang aktiviti yang melibatkan murid berlatih untuk berinteraksi


dalam situasi sosial yang berlaku seharian di luar bilik darjah.

Guru boleh memberi peranan-peranan tertentu kepada beberapa orang murid


dan kemudian meminta mereka melakonkan peranan-peranan tersebut
secara spontan.

58
PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

Murid mempunyai kebebasan untuk memilih sendiri bahasa yang hendak


digunakan dalam situasi yang diberi oleh guru.

Murid juga diberi kebebasan untuk memperkembang watak yang diberi.

Dirancang oleh guru dengan teliti.

Menekankan perkara berikut;

- Sebelum : terangkan terlebih dahulu kepada kelas situasinya.

- Sewaktu : murid-murid lain diminta memerhati. Pemain-pemain peranan harus


tidak terkeluar daripada peranan mereka. Apabila tiba masa yang sesuai, guru
menamatkannya.

- Bincangkan peranan yang telah dilakonkan oleh murid.

Sumbangsaran
Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang
merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea.

Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah


rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan
kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan
profesional.

Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan


bukan pembelajaran secara analitis.

Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid.

Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas.

Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk


dibincangkan dalam sesi umum.

Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak.

Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan.

59
PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea

Suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan.

Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan


mencukupi.

Digalakkan menggunakan prinsip 5W + 1H ( What? Why? Who? Where?


When? + How? )

Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik.

Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan.

Projek
Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu
eksperimen atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan
sesuatu.
Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar di dalam atau di luar bilik
darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu.
Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan
meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek.
Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam
menghasilkan sesuatu projek.
Ia juga dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman
melaksanakan aktiviti.
Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat
kepada pelajar.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperolehi.
Projek yang sesuai dengan objektif pelajaran.
Kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan
kepuasan jika dapat menyelesaikan projek. Pengetahuan yang di perolehi
kekal dan berkesan.

Akses Kendiri
Seseorang pelajar belajar apa yang ia kehendaki pada kadar sendiri di
sesuatu tempat yang disediakan. Tempat ini dikenali sebagai Pusat Akses
Kendiri.
Ciri-cirinya memerlukan tempat yang selesa, koleksi bahan bacaan dan
rujukan, setiap unit pelajaran dibahagikan kepada unit yang terkecil dan
setiap unit disimpan di dalam folder yang berasingan.
Setiap unit disertakan dengan arahan, latihan dan jawapan.
Penggunaan Pusat Akses Kendiri terbahagi kepada, Ikut Jadual dan Tanpa
Jadual
Setiap pelajar mempunyai kad rekod kemajuan.

60
PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

Peranan guru menentukan aras kecerdasan pelajar, mengenalkan konsep


akses kendiri, pemudahcara (bila perlu) dan memantau rekod pencapaian
dan membuat komen.
Kaedah yang boleh digunakan ialah seperti terarah kendiri, mesra
pengguna, maklum balas semerta, masa kendiri, kadar kendiri dan
bersendirian tanpa pengawasan.

Kembara Visual
Kembara visual ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar
memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar.

Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh


mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah.

Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana


pengalaman secara langsung.

Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini


membawa kesan kepada pembelajaran.

Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati


perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku.

Kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman di luar


bilik darjah dengan pembelajaran kandungan di sekolah.

Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperimental dan lebih menyeronokkan


kerana perbincangan bermakna bermakna berlaku dalam proses mengumpul
maklumat.

Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang pelajar mengalami situasi


sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkara
yang diajar.

Garis panduan teknik membuat lawatan:

Sebelum
Persediaan - tentukan tempat, objektif, tempat, jadual lawatan, agihan tugas AJK,
taklimat lawatan.
-Surat/panggilan telefon/layari internet jika perlu.

61
PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

Semasa
Perlaksanaan aktiviti ikut jadual, kawal semua murid, memberikan makluman

Selepas
Tindakan susulan - adakan perbincangan tentang nilai yang terkandung dalam
lawatan kesesuatu tempat itu.Ceritakan pengalaman tentang lawatan dalam kelas /
persatuan / perhimpunan sekolah.Hasilkan laporan dalam pelbagai bentuk seperti
buku skrap, koleksi gambar, lukisan dan lain-lain.

3.4 Teknik soal jawab dan teknik memberi arahan.

Teknik soal jawab


Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang
pendidikan.
Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah
bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara
berkesan.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan
yang berkaitan dengan isi pelajaran dan murid dikehendaki memberi
tindakbalas yang sewajarnya.
Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan murid berfikir disamping dapat
menguji dan menilai apa yang diajar.
Untuk mengesan pengetahuan asas seni murid.
Untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang telah
ditunjuk ajar.
Memberi masa untuk murid berfikir menjawab soalan.
-Contohnya, guru memberi ruang masa kepada murid ketika menjawab
soalan
berkenaan beberapa warna harmoni yang terdapat dalam gambar tersebut
Guru mengendalikan jawapan murid yang salah dengan baik. Misalnya, tidak
memarahi murid apabila soalan yang dijawab itu salah.
-Contohnya, bagus kerana menjawab, tetapi jawapan yang lebih baik ialah
campuran warna primer akan menghasilkan warna sekunder.
Guru perlu mendorong murid untuk menjawab sesuatu soalan yang diberi.
Contohnya, guru membuat tunjuk cara untuk menghasilkan topeng muka
kartun kegemaranku terlebih dahulu. Kemudian bantu murid ketika
melaksanakan tugasan yang diberikan. Dorongan ini boleh dalam bentuk
petunjuk-petunjuk yang dapat membantu murid-murid melaksanakan tugas
dengan lebih baik.

62
PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

Guru meminta murid menceritakan atau menjelaskan jawapan yang tidak


jelas atau tidak lengkap.
Teknik soal jawab ini boleh dilaksanakan mengikut aras rendah kepada aras
tinggi.
Soalan-soalan yang diberikan memerlukan laporan dari aspek perasaan,
pendapat atau kegemaran, mengubah bentuk maklumat seperti membuat
perbandingan, rumusan, dan menyusun semula nilai maklumat yang diberikan
misalnya, melaksanakan tugasan berdasarkan prosedur yang diberikan.
Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran
pelajar, dapat mengapresiasikan sesuatu karya estetik dengan lebih baik di
samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan
berkesan.

Teknik memberi arahan


Guru mengawal APA yang akan dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan serta
MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti.
Pelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan prose
yang dicadangkan oleh Gallahue (1995)
Tujuan teknik ini;
- Mengawal penuh pengajaran
- Memilih aktiviti
- Menentukan bagaimana dan bila
- Mengawal tingkah laku
- Menilaikeputusan
- Menjimatkan masa untuk membuat percubaan
Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang
kemahiran yang digunakan.
Guru memberi komen am tentang prestasi kelas.
Jika perlu,guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut
Guru mengarahkan murid-murid mengeluarkan bahan dan alat.
Guru meminta murid-murid duduk dalam kumpulan. Murid-murid menjalankan
aktviti kolaj dalam kumpulan. Guru memberi bimbingan dan tunjuk ajar
kepada semua kumpulan.
Guru menunjukkan cara-cara menghasilkan hasil kerja.
Kumpulan yang dapat menyiapkan hasil kerja dengan segera diminta untuk
bersedia untuk aktiviti pembentangan.
Guru meminta murid-murid lain memberi respon / komen tentang hasil rakan-
rakan mereka.
Guru memberi bimbingan kepada murid-murid selepas membuat
pembentangan.

3.5 Teknik tunjukcara, teknik tindakbalas, teknik bercerita, teknik kawalan

63
PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

kelas, menggunakan sumber bahan pengajaran dan pembelajaran.

Teknik tunjuk cara


Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan
sesuatu aktiviti mengikut prosedur.

Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk


menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.

Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, kemahiran hidup, lukisan, gimnastik
atau proses pengajaran yang menjalankan sesuatu aktiviti.

Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang


hendak dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan.

Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah.

Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan


sesuatu eksperimen.

Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti.

Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah.

Kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran


baru kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran.

Tiga jenis tunjuk cara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi.

Untuk menghasilkan pembelajaran melalui tunjuk cara yang berkesan, guru


hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut:

Sebelum demonstrasi
Guru hendaklah mematuhi topik, objektif, dan kandungan tunjuk cara.

Alatan dan bahan disediakan.

Tempat demonstrasi hendaklah jelas dan mudah dilihat.

Semasa demonstrasi

64
PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

Guru hendaklah memandang ke arah pelajar semasa penerangan.

Terangkan semula sekiranya ada yang tidak jelas.

Selepas demonstrasi
Bincangkan dengan pelajar tujuan demonstrasi supaya mereka boleh
membuat rumusan dengan tepat.

3.6 Teknik penerangan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber P&P.


Menurut Edward M. Antony;1963, kemahiran guru digunakan untuk
pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah membentuk teknik seperti teknik bercerita (teknik penyampaian)
Satu muslihat, strategi atau kemahiran digunakan guru dengan tujuan
mencapai objektif pelajaran secara optimum.
Teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliaan guru.
Mempelbagaikan perbendaharaan kata untuk mendapatkan hukum.
Memperkenalkan pengetahuan dan pengalaman.
Mengakumulasikan maklumat untuk membentuk hukum.
Membentuk kesimpulan daripada contoh-contoh tertentu.
Pengajaran dengan mengemukakan generalisasi dan kemudian diikuti oleh
contoh-contoh.
Bermatlamatkan pemerolehan struktur kognitif.
Membentuk satu tatacara yang berkesan bagi mengajar kemahiran bahasa
iaitu memahami, menulis dan bertutur.
Generalisasi pada permulaan pengajaran mestilah dinyatakan secara
eksplisit.
Contoh-contoh yang digunakan mestilah sesuai dan mencukupi.
Contoh hendaklah bertepatan dengan isi pelajaran.
Contoh mestilah betul supaya murid dapat meniru dan menghasilkan contoh
yang lain.
Cara mudah untuk menyampaikan isi pelajaran.
Menjimatkan masa dan tenaga, tidak perlu membuat banyak persediaan.

65
PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

Teknik ini patut dan sesuai digunakan oleh kerana secara tradisinya, guru
patut memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan
pembelajaran.

LATIHAN

66

You might also like