Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Bahan2nya:

400 gram tepung roti


100 gram tepung gandum
65 gram gula kastor
secubit garam
35 gram susu tepung
60 gram shortening
2 biji kuning telor A
5 gram bread improver ( optional- mama guna water roux) -resepi boleh lihat di album water roux
mama )
1 sudu kecil double action baking powder
1 pek yis mauripan 11 gram
20 gram potato flake ( di larutkan bersama 80 gram air panas@ and a boleh kukus sebiji sederhaa
besar kentang , dilenyek and dicampurkan dlm adunan )
70 gram SANTAN PEKAT( MAMA GUNA SANTAN KOTA ) - JGN TAMBAH AIR KASI CAIR , TOTALLY GUNA
YANG PEKAT
130 GRAM AIR SEJUK ( IF MENGULI MANUALLY SILA GUNA AIR SUAM , IF USING MIXER OR BM GUNA AIR
SEJUK OK )
2&1/2 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS

cara2nya :

mama guna SKG BREAD MAKER , so mama add semua bahan kat dlm bekas BM mengikut urutan
bahan basah , bahan kering and last sekali add yis
mama select no.11 ( knead) and setting up timer menguli ke 45 minit ) then tekan START..

memo: bagi mereka yang berminat nak beli bread maker dari mama boleh direct pm inbox mama ,
inshaallah mama akan berikan pada harga promosi terbaik nyer, and mama akan tag kan album bread
maker tersebut bersama demo video nya sekali .

and bagi mereka yang menguli manually:

130 gram air ais tu bahagikan kepada 2 bahagian , bermakna 65gram air sejuk and 65 gram lagi air
suam untuk kembang kan yis terlebih dahulu

satukan yis bersama air suam and biar ianya berbuih , if tak berbuih dlm tempoh masa yang lama
...means yis tu dah rosak ya ...

bila dan mengembang , satukan semua bahan kecuali shortening, tuang bancuhan yis + 65 gram air
sejuk tu ke dlm bahan kering and add semua bahan , uli hingga jadi doh then last baru add shortening
and teruskan menguli hingga elastik..time add shortening tu akan rasa macam doh tu lembik , but
dont panic heart attack ya, uli aje sehingga betul2 sebati ...inshaallah akan jadi doh yang cantik .

then rehat kan doh untuk mengembang ...

once dah mengembang , keluarkan doh and tumbuk2, taichi, karate buang angin ..psssst angin doh aje
ye...hihi...then bahagikan doh kepada 40-45 gram setiap satu , bulat kan and letak dalam talam yang
dah di tabur dengan sedikit tepung untuk elak melekat..tutup dengan kain bersih and lembap sikit
...rehatkan selama 20 minit, then pi skodeng tengok perubahan bentuk doh tadi , ianya akan
mengembang , time ni lah kekawan tekan sikit doh tu ( rujuk gambar mama ) jangan tekan sampai
leper , tekan sikit aje and buatkan lubang kat tengah nya ..then rehat kan sekali lagi hingga double
kembang
panaskan pan , pastikan api sederhana and goreng sikit2 dlm satu masa , inshaallah kawalan api yang
cun akan buat donut anda berRING diamond :-)

memo :

pastikan kekawan uli doh hingga elastik jika nak dapat kan hasil donut yang mantop and super
lembut ...
- guna api sederhana
-tnggu suam2 kuku sebelum salut dengan gula icing or castor
-mulakan lah dengan bismillah and akhiri dengan alhamdulillah
- satu doh ni jika nak buat donut , hasilnya akan dapat dlm 25 -30 biji ikut saiz
- mama buat donut mama each 35 gram
- dengan menggunakan doh yang sama mama pelbagai kan hasilnya , mama buat bun loaf ( yang di
sapu nuttella and di tabur choco chips di dlmnya dan kemudian di gulung kemas , once mengembang
mama sapu egg wash and paip nutella then mama bakar api atas bawah selama 25 minit
- mama juga buat mexico bun - resepi piping topping and filling nya boleh lihat di album mexico bun
mama ya
- SEMUA ADUNAN DI ATAS MAMA TIMBANG DENGAN DIGITAL SCALE AND SUDU METRIC

SELAMAT MENCUBA

You might also like