Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Rumusan

Perniagaan saya telah mengamalkan konsep, prinsip dan andaian perakaunan berikut
dalam merekod urus niaga dalam buku-buku perakaunan:

1. Catatan Bergu

Prinsip catatan bergu manyatakan bahawa setiap urus niaga direkodkan dua akaun yang
berasingan, iaitu satu akaun didebitkan dan satu lagi dikreditkan dengan amaun yang
sama. Setiap urus niaga dicatat sekurang-kurangnya dua kali dalam dua akaun yang
berlainan amuan yang sama.

2. Entiti Berasingan

Konsep entiti berasingan mengandaikan bahawa perniagaan adalah entiti ataupun


badan yang berasingan daripada pemilik perniagaan. Sebarang urus niaga antara
perniagaan dengan pemiliknya dianggap sebagai urusan antara dua pihak yang
berasingan. Hanya urus niaga yang berkaitan dengan perniagaan direkodkan dalam
buku perakaunan perniagaan.

3. Usaha Yang Berterusan

Menurut konsep ini, perniagaan diandaikan mempunyai hayat yang berterusan.


Sesebuah perniagaan diandaikan akan terus beroperasi bagi suatu janka masa yang
tidak terbatas dan aset yang memiliki akan terus digunakan untuk mendatangkan
pendapatan kepada sesuatu perniagaan ini.

4. Wang Sebagai Ukuran

Menurut konsep ini, setiap urus niaga mesti direkodkan dalam bentuk wang. Wang
berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran dalam setiap urus niaga. Perniagaan saya
direkodkan dalam nilai Ringgit Malaysia (RM) dan sen.

You might also like