Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

HAK ASASI KANAK-KANAK

Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan khas


terutamanya perlindungan oleh keluarga, perlindungan undang-undang dan
perlindungan yang lain kepada kanak-kanak. Ia juga sekali lagi mengesahkan
keperluan bagi Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir, kepentingan hormat
kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak, Merupakan satu peranan
yang amat penting bagi kerjasama antarabangsa dalam menjamin hak asasi
kanak-kanak. Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima
pakai oleh Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20
November 1989 mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. Di antara perkara
yang berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan kanak-kanak terkandung
dalam Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.

PERKARA 6

1. Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak


mempunyai hak sedia ada untuk hidup.

2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yang sebanyak mungkin


boleh kewujudan dan perkembangan kanak- kanak.

Kewujudan dan perkembangan

Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, dan Negara
mempunyai obligasi untuk memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-
kanak itu.

PERKARA 18

1. Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka


untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua

2. ibu bapa mempunyai tanggungjawab bersama bagi didikan dan


perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa atau, mengikut mana-mana

3. yang berkenaan, penjaga di sisi undang-undang, mempunyai


tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak.

4. Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadi perhatian asas.

Tanggungjawab ibu bapa

1. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-


kanak, dan Negara hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. Negara
hendaklah memberikan bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dalam
pembesaran anak.

2. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam


Konvensyen ini, Negara-Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yang
sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisi undang-undang dalam
melaksanakan tanggungjawab pembesaran anak mereka dan hendaklah
memastikan perkembangan institusi, kemudahan dan perkhidmatan bagi jagaan
kanak-kanak.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar


untuk memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa

yang bekerja berhak mendapat faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan


jagaan anak yang mereka layak.

PERKARA 27

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepada taraf


hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian,
kemoralan dan sosial kanak-kanak itu.

Taraf hidup

1. Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi


bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian,

kemoralan dan pembangunan sosial. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab


utama untuk memastikan bahawa kanak-kanak

mempunyai taraf hidup yang mencukupi. Kewajipan Negara ialah untuk


memastikan bahawa tanggungjawab ini boleh dilaksanakan.

Tanggungjawab Negara boleh termasuk bantuan material kepada ibu bapa dan
anak-anak mereka.

2. Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang bertanggungjawab bagi
kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawab utama

untuk menjamin, mengikut kebolehan dan keupayaan kewangan mereka,


keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-kanak

itu.

3. Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikut


kemampuan mereka, hendaklah mengambil segala langkah yang
sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan orang lain yang bertanggungjawab
bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak ini dan

hendaklah, jika diperlukan, memperuntukkan bantuan material dan program


sokongan, terutamanya berhubungan dengan

pemakanan, pakaian dan perumahan.

4. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang


sewajarnya untuk menjamin supaya mendapat kembali

nafkah untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau orang lain yang mempunyai
tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak

itu, baik dalam Negara Pihak dan dari luar negeri. Secara khususnya, jika orang
yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap

kanak-kanak itu tinggal dalam Negara yang berlainan daripada negara kanak-
kanak itu, Negara-Negara Pihak hendaklah

menggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatan


perjanjian sedemikian, serta membuat perkiraan lain yang

sewajarnya.

PERKARA 28

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan,


dan dengan tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan
atas dasar peluang yang sama, mereka hendaklah, secara khususnya:

(a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma


kepada semua;

(b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai


bentuk, termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan itu
dan terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak, dan mengambil langkah yang
sewajarnya seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan menawarkan
bantuan kewangan jika diperlukan;

(c) Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan


melalui tiap-tiap cara yang sewajarnya;

(d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan diadakan


dan terbuka kepada semua kanak-kanak;

(e) Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetap


di sekolah dan mengurangkan kadar keciciran.
Pendidikan

1. Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara untuk


memastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan
pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh tiap-
tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan kepada
semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak
dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam
kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini.

2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang


sewajarnya untuk memastikan bahawa disiplin sekolah

ditadbirkan mengikut cara yang selaras dengan kemuliaan kanak-kanak dan


dengan menepati Konvensyen ini.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkan


kerjasama antarabangsa dalam perkara yang berhubungan

dengan pendidikan, khususnya dengan tujuan untuk menyumbang kepada


pembasmian kejahilan dan buta huruf di seluruh dunia dan

memudahkan akses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah


pengajaran yang moden. Dalam hal ini, perhatian yang

khusus hendaklah diberikan kepada keperluan negara-negara membangun.

PERKARA 29

1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah


dihalatujukan kepada:

Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-


kanak pada tahap potensi yang paling tinggi;

Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi,
dan bagi prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu;

Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti


kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang
diduduki oleh kanak-kanak itu, negara yang daripadanya dia berasal, dan bagi
tamadun yang berbeza daripada tamadunnya sendiri;
Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam
masyarakat yang bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan, toleransi,
kesamaan jantina, dan persahabatan di kalangan semua orang, kumpulan etnik,
kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnya penduduk asli;

Perkembangan rasa hormat bagi alam sekitar semula jadi.

Matlamat pendidikan

1. Pendidikan hendaklah mempunyai matlamat untuk mengembangkan


personaliti, bakat dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap
potensi yang paling tinggi. Pendidikan hendaklah menyediakan kanak-kanak itu
untuk kehidupan dewasa yang aktif dalam masyarakat yang bebas dan
memupuk rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa
dan nilainya sendiri, dan bagi latar belakang kebudayaan dan nilai orang lain.

2. Tiada bahagian dalam perkara ini atau perkara 28 boleh ditafsirkan


sebagai mengganggu kebebasan individu dan badan untuk mewujudkan dan
mengarahkan institusi pendidikan tertakluk sentiasa kepada pematuhan prinsip-
prinsip yang dinyatakan dalam perenggan 1 perkara ini dan kepada keperluan
bahawa pendidikan diberikan di institusi sedemikian hendaklah mematuhi
standard minimum yang ditetapkan oleh Negara.

Hak Asasi Kanak-kanak di Malaysia

Malaysia telah mewujudkan persekitaran yang memberi kesempatan kepada


kanak-kanak, termasuk institusi berkanun, gabungan bukan kerajaan dan
kesedaran umum yang semakin meningkat.

Sebagai sebahagian daripada komitmen kepada perlindungan dan kesejahteraan


kanak-kanaknya, Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani
Konvensyen-konvensyen yang berikut:

Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak : 19 Mac 1995

Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita: 4


Ogos 1995

Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 138 (umur minimum untuk


diambil bekerja) : 1997

Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (bentuk buruh kanak-


kanak yang paling teruk): 10 November 2000

Konvensyen menentang Jenayah Terancang Transnasional : 26 September


2002 (ditandatangani)
Pada peringkat kebangsaan, Malaysia menyatukan tiga undang-undang
perlindungan kanak-kanak dan mahkamah juvenil yang terdahulu untuk
membentuk Akta Kanak-kanak 2001* (Child Act 2001) yang menjadikan laporan
penganiayaan kanak-kanak mandatori.

Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak

Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak telah diterima dengan rasminya oleh


Perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu yang ke - 44 pada 20 November 1989
secara konsensus. Pada 26 Januari 1990, Konvensi itu telah dibuka untuk
ditandatangani ketika menyambut ulang tahun ke-30 Deklarasi Hak-hak Anak
(1959-1989) dan ulang tahun ke 10 Tahun Antarabangsa Kanak-kanak (1979-
1989). Konvensi mengenai Hak Anak telah dikuatkuasakan pada 2 September
1990 selepas 30 hari ianya diiktiraf oleh 20 negara.

Kerajaan Malaysia telah menandatangani konvensyen mengenai Hak Kanak-


kanak pada 28.12.94 dan telah guna pakai pada 7.2.95 akan tetapi Kerajaan
Malaysia telah membuat reservasi terhadap fasal 1,2,7,13,14,15,22,28,37,40
kerana bertentangan dengan dasar, undang-undang dan amalan nasional. Tetapi
reservasi-reservasi tersebut akan ditarik balik pada keadaan dan masa yang
sesuai oleh kerajaan Malaysia.

Pada 25.2.99 Kerajaan telah menarik balik beberapa reservasi dan masih lagi
mengadakan reservasi bagi fasal 1,2,7,13,14, 15,28 para 1(a) dan fasal 37.

Secara umumnya, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak mendorong Kerajaan


supaya lebih bertanggungjawab untuk kesejahteraan kanak-kanak sebagai
mengiktiraf hak mereka. Konvensi itu juga menghuraikan segala keperluan
kanak-kanak berasingan dari keperluan orang dewasa.

Konvensyen tersebut mengandungi tiga bahagian dan 54 artikel yang disusun


seperti berikut:

Bahagian I:

41 artikel mengenai hak kanak-kanak.

Bahagian II:
4 artikel mengenai pelaksanaan dan penguatkuasaan Konvensyen serta implikasi
bagi negara-negara anggota.

Bahagian III:

9 artikel mengenai pengiktirafan konvensyen dan implikasinya.

Konvensyen itu menekankan bahawa kanak-kanak di bawah umur 18 tahun


mempunyai hak seperti:

1. Untuk hidup, membesar dengan sihat, menikmati taraf hidup dan


pemeliharaan yang sempurna serta belaian kasih

sayang dalam suasana kekeluargaan.

2. Untuk mendapat identiti sebagai individu dan warganegara.

3. Untuk mendapat perlindungan dari kesukaran atau rintangan dalam hidup


semasa dalam kecemasan, peperangan, dalam pelarian, dalam keadaan tidak
berupaya dan dari exploitasi atau jenayah.

Konvensyen itu juga menghuraikan segala keperluan kanak-kanak berasingan


dari keperluan orang dewasa dengan mengambil kira keperluan seperti:

1. Kerjasama antarabangsa dalam usaha memberi perlindungan kepada


kanak-kanak.

2. Peranan dan tanggungjawab keluarga dan negara dalam memberi


perlindungan dan menjaga kepentingan kanak-kanak.

3. Memberi tekanan kepada hak kanak-kanak membesar mengikut budaya,


kepercayaan atau agama, keluarganya.

4. Memberi perlindungan kepada kanak-kanak sebatang kara yang


memerlukan keluarga ganti / pelihara.

5. Memberi hak taraf kewarganegaraan kepada semua kanak-kanak.

AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (AKTA 308)


PROSEDUR PENDAFTARAN TASKA

Baru/Pendaftaran Semula

1. Pemohon membeli Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA pada harga


RM10.00 (Pendaftaran Baru) atau Borang Pendaftaran Semula pada harga
RM4.00 dari PKMD/JKMN/JKMM

2. Pemohon mendaftarkan perniagaan/pertubuhan

3. Pemohon mendapatkan kelulusan dari 3 agensi teknikal iaitu Majlis


Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan

4. Pemohon mengemukakan permohonan yang lengkap ke PKMD yang


berhampiran beserta wang pos/cek bernilai RM50.00 atas nama Ketua Pengarah
Kebajikan Masyarakat Malaysia

5. Permohonan disemak oleh Pegawai TASKA di PKMD

6. Permohonan dikemukakan ke JKMN

7. Permohonan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri di JKMN

8. Permohonan dimajukan ke pihak JKMM (Ibu Pejabat)

9. Permohonan diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kebajikan


Masyarakat Malaysia untuk dipertimbangkan kelulusannya

10. Perakuan Pendafataran TASKA yang tempoh sahnya selama setahun


dikeluarkan

NOTA:

PKMD: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah

JKMN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri

JKMM: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat)

Prosedur Pendaftaran Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA)

1. Menerima permohonan pendaftaran TASKA dan menjalankan penyiasatan.

2. Mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan, Pejabat Bomba dan Majlis


Bandaran/Daerah untuk menjalankan penyiasatan ke atas TASKA bagi
mendapatkan teguran/pandangan dan kelulusan.

3. Sebagai Pegawai Berkuasa, boleh dari masa ke semasa masuk dan


memeriksa apa-apa premis yang digunakan bagi maksud -maksud taman asuhan
kanak-kanak untuk tujuan menjamin bahawa:
kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau pekerja-pekerja dalamnya
adalah memuaskan;

daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira adalah diselenggarakan


dengan sempurna;

alat yang cukup dan sesuai diadakan di dalamnya;

struktur, kesihatan dan kebersihan diselengarakan;

pengawasan yang cukup diambil terhadap pencegahan kebakaran atau


apa-apa bencana lain yang mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan
kanak-kanak yang diasuh dalamnya".

HUKUMAN KE ATAS TASKA YANG TIDAK BERDAFTAR

Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000.
Bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya, boleh didenda tidak
melebihi RM2,000.00.

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) PRA SEKOLAH

Objektif

Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur


antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan masuk ke sekolah rendah.

Latar Belakang

18 Disember 1991

Mesyuarat Jemaah Menteri

KPM melaksanakan program prasekolah.

27 Januari 1992

Mesyuarat antara Kementerian.

Projek Rintis Pendidikan Prasekolah KPM (1,131 kelas)

Akta Pendidikan 1996

Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan

6 Jun 2001

Mesyuarat Jemaah Menteri.

Peluasan program Prasekolah KPM.

You might also like