Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Ekonomi Tanah Melayu Abad ke 19 Dibawah Pentadbiran

British.

Semenjak wujudnya kerajaan Sriwijaya, alam Melayu menjadi terkenal akibat

daripada perdagangan yang berlaku di Selat Melaka. Walaupun kerajaan itu dimusnahkan

namun sikap berdagang dan kemunculan pusat-pusat perdangangan baru di Alam Melayu

membuktikan bahawa ekonomi sentiasa berkembang walau dimana ia berada. Kemunculan

Melaka beberapa abad kemudiannya telah memakmurkan semula rantau Alam Melayu

dengan pelbagai hasil dagangan dari seluruh dunia yang menyebabkan ekonomi serantau

meningkat dengan lebih maju malah tidak mampu digugat lagi oleh negara-negara sempadan.

Namun sejak kedatangan Barat terutama sekali British seolah-olah memperlihatkan bahawa

merekalah yang telah memajukan Tanah Melayu dari pelbagai aspek.

Kedatangan British di Tanah Melayu ini adalah akibat daripada desakan Revolusi

Industri yang berlaku di Eropah namun penguasaan mereka di sini agak lewat walaupun

mereka berjaya membentuk sebuah empayar yang hampir meliputi 1/3 dunia. Kegagalan

Belanda mengembangkan kuasa di Asia Tenggara dan menempatkan pengaruhnya di China

menyebabkan British mengambil alih peranan tersebut malah berjaya meluaskan

pengaruhnya hingga ke China melalui dua siri peperangan yang dinamakan Perang Candu

pada tahun 1824 dan 1842.

Perjanjian Nanking pada tahun 1842 yang telah menghapuskan monopoli China

terhadap perdangangan di Timur yang pada masa itu berpusat di Canton dengan terserahnya

Hong Kong kepada British. Kesannya British telah berjaya membuka 5 pelabuhan utama di

selatan China iaitu Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai bagi memastikan usaha
untuk mengurangkan kekuasaan monopoli kaum Cina ini1. Hong Kong di serahkan kepada

British dan Kerajaan China perlu membayar ganti rugi sebanyak $ 21 juta kepada British. 2

Perjanjian Nanking (1842) dan Perjanjian Bogue (1843) telah membuka China seluas

luasnya kepada Barat dan memberikan kebebasan sepenuhnya kepada British di dalam dan

diluar China. Peristiwa ini berlanjutan pula didalam Perang Lorcha Arrow yang akhirnya

membawa kepada Perjanjian Tientsin pada tahun 1858.3

Tidak seperti Portugis dan Belanda yang melihat komuniti kaum Cina sebagai suatu ancaman

kepada kedudukan mereka di Melaka, Batavia dan Maluku dan cuba mengawal kaum Cina

dengan berhati hati.4 Inggeris telah memberi galakan bagi kemasukan orang-orang Cina

supaya memasuki Tanah Melayu sejak pembukaan Pulau Pinang pada tahun 1786 5 dengan

tujuan utamanya adalah untuk memajukan perlombongan bijih timah. Penaklukan Kedah oleh

Thai telah menyebabkan Pulau Pinang menjadi cemas memandangkan Pulau Pinang sangat

mengharapkan bahan makanan daripada Kedah. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk

membawa bekalan makanan dari tempat lain namun gagal dan akhirnya British telah

membuat beberapa rundingan sulit yang menguntungkan kedua belah pihak memandangkan

Pulau Pinang mempunyai hubungan perniagaan bijih timah di semua wilayah taklukan Thai

iaitu Kedah, Perak, Patani dan Jong Salang.

1 Robert Llyod George, 1997, Ayunan Timur Barat, Dewan Bahasa dan Pustaka, , hlm 33.

2 P.C Lim, 1982, Sejarah China Moden, International Book Service, hlm 14.

3 P.C Lim, 1982, Sejarah China Moden, hlm 27.

4 Wang Gangwu, 1991, China and The Chinese Overseas, Times Academic Press, hlm 88.

5 Victor Purcell, 1975, The Chinese In Malaya, Oxford University Press, hlm 39
Pada waktu ini juga Jong Salang merupakan pengeluar bijih terbesar di negeri Melayu.

Jesteru itu Gabenor Calcutta telah menghantar Crawfurd bagi membincangkan soal ini. 6 Bagi

Pulau Pinang negeri-negeri Melayu yang bersempadan dengannya merupakan aset terpenting

baginya dari segala segi terutamanya makanan. Oleh itu Majlis Gabenor Pulau Pinang telah

merancang untuk memperbaiki hubungan dagangnya dengan Bangkok. Hubungan ini telah

bermula sejak 1817 lagi dan nilai dagang pada tahun 1821 adalah bernilai sebanyak $

207,750 dan meningkat sehingga 39% pada tahun 1825.

Perusahaan bijih timah juga adalah faktor utama kepada hubungan dagang ini disebabkan

kawasan taklukan Thai iaitu Jong Salang, Perak, Patani dan lain-lain kawasannya

menghasilkan bijih timah yang banyak. Oleh itu British telah merancang untuk menghantar

wakilnya iaitu Crawfurd dan Burney ke Bangkok bagi membincangkan perkara ini. 7 Selain

itu pihak British berharap agar cukai kapal dan eksport dapat dikurangkan terutamanya di

pelabuhan Jong Salang. British juga cuba untuk melarang sebarang monopoli ke atas sektor

ladang dan memberi permit secara percuma kepada semua kapal British yang akan memasuki

semua sungai di kawasan Barat Semenanjung Tanah Melayu dan semua sungai di Patani,

Ligor dan Singgora yang berada di sebelah timur. British juga cuba untuk melarang sebarang

monopoli ke atas sektor ladang dan memberi permit secara percuma kepada semua kapal

British yang akan memasuki semua sungai di kawasan Barat Semenanjung Tanah Melayu dan

semua sungai di Patani, Ligor dan Singgora yang berada di sebelah timur. Earl Grey

mengatakan sekiranya kedudukan Pulau Pinang terjamin dari sebarang gangguan sudah tentu

pihak kompeni akan mempunyai kelebihan untuk mengawal perniagaan bijih timah di dari

6 D.G.E Hall, 1973, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa Pustaka, hlm 615.

7L.A Mills, 2012, British Malaya, MBRAS, hlm 155.


8
Patani hingga ke Gunung Jerai Kira- kira tahun 1800 terdapat percubaan saudagar Inggeris

di Pulau Pinang yang cuba untuk menguasai lombong bijih timah di Jong Salang yang pada

ketika itu masih lagi didalam negeri Kedah namun tidak berjaya hingga hari ini.9

Selepas termetrinya perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, imigran-imigran dari

China telah dibawa masuk secara besar-besaran bagi memenuhi sektor-sektor perladangan

dan perlombongan. Munculnya Negeri-negeri Selat pada tahun tahun berikutnya hasil

daripada pembukaan Terusan Suez, penemuan bijih timah serta sektor perladangan di Tanah

Melayu merupakan antara faktor terpenting bagi kemasukan imigran ke Asia Tenggara

khususnya Tanah Melayu. Menjelang tahun 1840 terdapat seramai 17,000 orang Cina

menetap di Tanah Melayu dan menjelang akhir abad ke 19 jumlah mereka adalah sebanyak

70% daripada suku juta penduduk di Singapura. Sejak pembukaan Singapura pada tahun

1819 dan 2 tahun kemudiannya 2,883 buah kapal yang membawa 2 juta pound nilai

dagang telah singgah kesana. Dua tahun kemudiannya nilai perdagangan Singapura menjadi

4 juta pound dan secara tidak langsung ia menjadikan Singapura sebagai pusat perdagangan

di Asia Tenggara yang terbaru dan termaju bagi menggantikan Pulau Pinang. 10 Nilai

dagangan ke Pulau Pinang merosot dari 6,5000,000 juta pound pada tahun 1821 ke 708,559

juta pound pada tahun 1830.11 Kegagalan Pulau Pinang dan Melaka adalah terhad untuk

memenuhi keperluan British akibat daripada kemunculan Singapura yang berada betul-betul

di tengah Selat Melaka dan Laut China Selatan yang pada masa sama turut menjatuhkan

kepentingan pelabuhan Bencoolen

8 JIAEA, 1856, (ed) J.R Logan, Vol 1, Singapore, hlm 308-309.

9 D.J.M Tate, 1981, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid 2, Fajar Bakti, hlm 217.

10 John Bastin dan Harry J.Benda,1972, Sejarah Asia Tenggara Moden, DBP, hlm 45.

11 L.A Mills, 2012, British Malaya, MBRAS, hlm 224.


Sebelum 1874, para pelabur British telah cuba berusaha untuk mendapatkan bijih timah dari

negeri-negeri lain namun pergeseran politik tempatan menyebabkan usaha itu gagal yang

akhirnya menyebabkan British mula menjalankan idea kolonialisme ke Tanah Melayu

sebagai contohnya di Perak , pada tahun 1850 Che Long Jaafar merupakan orang yang

pertama mengetahui akan kepentingan bijih timah telah berjaya menguasai kawasan Larut

dan pada masa itu hanya terdapat 3 orang sahaja orang Cina yang tinggal disitu 12. Hasil

penemuannya itu telah menyebabkan kemasukan beribu-ribu orang Cina ke kawasan Larut

dan Kelian Pauh. Selepas kematian beliau 5 keluarga ini telah bekerjasama dengan anaknya

iaitu Ngah Ibrahim. Chung Keng Kwee seorang Hakka yang merupakan pelombong dan

Ketua kumpulan Hai San dan mempunyai kuli seramai 15,000 orang serta menguasai hampir

keseluruhan lombong bijih timah di kawasan Larut. 13 Musuh utama kumpulan Hai San ialah

Gee Hin (berketurunan Kantonis) yang menguasai kawasan Kelian Baharu (Larut Matang).

Kedua-dua kongsi ini berasal daripada dua kumpulan besar yang dikenal sebagai Si-Kuan

(Penduduk Empat Jajahan) dan Go-Kuan (Penduduk Lima Jajahan) yang kemudiannya

membentuk kumpulan Hai San dan Gee Hin. 14 Pada pertengahan tahun 1890an. Lim Kek

Chuan, Chung Keng Kwee dan beberapa ahli berpengaruh Hakka serta Kapitan Kantonis

Kedah dan Perak telah berjaya menguasai perniagaan ganja di Kulim Kedah dan seluruh

Perak dengan hasil pendapatan sebanyak 2.8juta untuk 7 tahun dan telah memajak tanah-

tanah untuk penanaman popi dengan jumlah bayaran sebanyak 1.4 juta di Kedah selama 15

tahun.15 Walaubagaimana pun masalah mula timbul setelah kemasukan beramai-ramai orang-

orang Cina ke kawasan tersebut. Antara masalah yang wujud ialah masalah judi,candu,
12 C.S Wong, 1963, A Gallery of Chinese Kapitans, Dewan Bahasa dan Kebangsaan, Ministry of
Culture, Singapore ,hlm 70.

13 Khoo Kay Kim, 1972, The Western Malay States 1850-1873:The Effects of Commercial
Development of Malay Politics, Oxford University Press, hlm 209

14 Abdullah Haji Musa (Lubis), 1965, Sejarah Perak Dahulu dan Sekarang, Penerbit Qalam
Singapura, hlm 53.
penyelewengan bijih timah dan lain-lain.16 Akibat daripada itu kerajaan negeri Kedah

kehilangan pendapatan kerana cukai yang sepatutnya dikutip tidak sampai ke tangan mereka.

Selain daripada itu kebanyakan buruh Cina ini menjadi penagih tegar dan akibatnya bekalan

untuk perdagangan menjadi kurang. Kekacauan mudah timbul akibat daripada masalah ini.

Pergaduhan tersebut bukan sahaja berlaku di Larut Matang tetapi telah melebar sehingga ke

Seberang Perai dan Pulau Pinang.17 Candu ini dijual oleh majikan mereka dan dianggarkan

2/3 pendapatan buruh ini dihabiskan untuk membeli candu kerana pernigaan ini sangat

menguntungkan bagi para peniaga Cina yang telah diberikan hak penjualan oleh British.

Namun akibat kesan buruk daripada candu ini telah menyebabkan British menghapuskannya

pada tahun 1901.

Kejayaan kapitalis Cina dalam sektor ini adalah disebabkan kos tenaga buruh yang murah

yang pada mulanya mengikut sistem tambang hutang iaitu penghutang akan dibebaskan

setelah selesai membayar hutang kepada British dan sistem ini telah dimansuhkan pada

tahun 1914.18 Secara umumnya pihak British menyanjung tinggi akan sumbangan yang

diberikan oleh kaum Cina didalam sektor pembangunan Tanah Melayu namun mereka (Cina)

menerima sedikit perhatian daripada pihak kolonial yang hanya tertumpu kepada soal tenaga

kerja sahaja manakala soal-soal kebajikan kaum Cina telah diserahkan kepada Kapitan-

kapitan yang telah dilantik mereka. Kemudian British telah menubuhkan Jabatan Hal Ehwal

Orang Cina di Singapura akibat daripada kewujudan kumpulan Kongsi Gelap yang

menyebabkan berlakunya beberapa kekacauan di seluruh Tanah Melayu. Pegawai British


15 Yeetuan Wong, 2007, The Big Five Families in Penang 1830s-1890s, Chinese Southern Diaspora
Studi, Volume 1,hlm 109

16 Khadri Bin Mohd Salleh, 1988/89, Masalah Kongsi Gelap dan Pergaduhan Orang-orang Cina Di
Kulim Kedah Pada Tahun 1888, Latihan Ilmiah UKM, hlm 10

17 Abdullah Haji Musa (Lubis), Sejarah Perak Dahulu dan Sekarang, 1965, hlm 50.

18 Jomo, 1988, Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial Di Semenanjung Malaysia, DBP, hlm 187.
yang dilantik ini mestilah boleh berbahasa Cina bagi memudahkan urusan diantara British

dan Kapitan kapitan Cina tadi. Di China sistem ini dikenali sebagai perniagaan babi

dimana para imigran ini telah ditipu dan dipaksa oleh kongsi gelap tempatan untuk menjadi

buruh paksa diseluruh dunia dan kebanyakkan imigran ini mengalami pelbagai masalah,

tekanan dan kesengsaraan untuk meneruskan kehidupan.19

Gerakan mara British melalui Perjanjian Pangkor merupakan petanda bermulanya tempoh 24

tahun kemakmuran bagi industri bijih timah di Tanah Melayu. 20Antara tahun 1851-1860

eksport timah Tanah Melayu ke Britain adalah sebanyak 23 peratus. Dalam masa 10 tahun

kemudian jumlah eksport keseluruhan adalah sebanyak 34,180 tan kemudiannya menjelang

1871-1875 jumlah eksport timah ke Britain adalah sebanyak 29,257 tan atau puratanya 6,000

tan setahun.21 Perak sebagai negeri pengeluar timah utama di Tanah Melayu pada waktu itu

telah menghasilkan 18,810 tan timah yang dieksport ke luar negara pada tahun 1893

berbanding 650 tan timah pada tahun sebelumnya. Manakala negeri Melayu yang lain pula

menghasil 18,390 tan timah pada tahun yang sama.

Perjanjian Pangkor itu turut memberi kesan lain kepada ekonomi negeri Perak khususnya

dimana pentadbir British telah mengambil alih pemungutan cukai yang dibuat oleh pembesar

Melayu, pada tahun 1870an dianggarkan pendapatan seorang pembesar adalah sebanyak

$6,000 setahun hasil daripada pelbagai kutipan cukai terutama sekali dalam sektor bijih

timah. Selepas 1874 para bangsawan ini dibayar $ 600 hingga $2400 setahun sebagai ganti

kepada kutipan yang pernah mereka lakukan.22 Sistem Torrens iaitu sistem pendaftaran

19 Rupert Emerson, 1993, Malaysia Kita, DBP, hlm 32.

20 D.J.M Tate, 1981, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid 2, hlm 217.

21 John Bastin dan Harry J.Benda,1972, Sejarah Asia Tenggara Moden, hlm 45.

22 JM Gullick,1978, Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat, DBP, hlm 184.
hakmilik tanah telah mula diperkenalkan ke Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang

menyebabkan lambakan pelaburan asing dan juga untuk mengawal kebun kecil milik Melayu

sehinggakan tanah-tanah pada waktu itu semakin berkurang yang menyebabkan tanah boleh

dijual beli yang turut menghapuskan sistem pertanian pindah yang diamalkan oleh orang-

orang Melayu tradisional.23

Selepas kejayaan British memajukan sektor perlombongan, jalan perhubungan mula

dibangunkan dari kawasan ini ke pelabuhan-pelabuhan utama pada waktu itu terutama sekali

di Pulau Pinang, Klang dan Singapura.24 Pembinaan jalan raya dan jalan keretapi telah

menyebabkan ekonomi di negeri-negeri Melayu terutamanya di pantai barat menjadi lebih

berkembang. Selepas 1894 dengan pemusatan kuasa negeri Melayu yang membentuk Negeri

Melayu Bersekutu pula dianggarkan sebanyak 49,529 tan timah telah dihasilkan dan di

eksport ke luar negara.25

Kemerosotan industri bijih timah akibat daripada persaingan dari tempat-tempat lain

menyebabkan pihak British mula mengambil perhatian dalam sektor pertanian walaupun pada

awal abad ke 19 orang-orang Cina sudah mula menanam tebu, lada hitam dan gambir namun

komoditi ini tidak begitu mendapat sambutan di Tanah Melayu akibat daripada penguasaan

Belanda di Kepulauan Rempah di Indonesia. Pertanian komersil bukanlah perdagangan

utama bagi British di Tanah Melayu kerana persaingan bahan tersebut dengan negeri-negeri

jajahannya yang lain. Penanaman tebu di Pulau Pinang terutamanya di kawasan Seberang

Perai untuk pembuatan gula secara komersial berjaya pada tahun 1846 apabila ia diimport ke

London besama dengan gula dari India namun usaha tersebut tidak kekal lama. Begitu juga

23 Jomo, 1988, Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial Di Semenanjung Malaysia, DBP, hlm 99.

24 D.J.M Tate, 1981, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid 2, Fajar Bakti, hlm 227.

25 INTAN, Malaysia Kita, 1991, hlm 380.


dengan penanaman buah pinang, lada hitam dan gambir yang walaupun seakan-akan

menampakkan impak besar terutama sekali di Johor namun usaha ini juga turut gagal kerana

pesaingan di antara British dengan Belanda.26

Begitu juga tanaman tebu di Perak yang tidak begitu berjaya dan merosot pada tahun 1914.

Begitu juga tanaman kopi yang ditanam secara komersial pada tahun 1896 dengan keluasan

35 ribu ekar tidak berjaya pada pada tahun 1911 walaupun pasaran eksportnya mencapai kira-

kira $1juta pada awal abad ke 20.27

Walaupun begitu sistem kangcu yang diperkenalkan di Johor telah memberi impak ekonomi

terhadap negeri tersebut pada tahun 1830an yang telah menarik minat orang-orang Cina

daripada Singapura untuk datang bekerja di ladang gambir dan lada hitam di sepanjang

sungai-sungai Johor. Pemodal British telah menanam kopi,koko dan teh secara besar-besaran

melalui syarikat Stock Rochford, Letty Brooke dan Farmosa di Batu Pahat bersama-sama 18

buah ladang kopi lain di Batu Pahat pada tahun 1883. 28Akibat daripada permintaan yang

tinggi terhadap barangan itu di Britain dan Amerika Utara penanaman hasil pertanian ini terus

berkembang. Kedua-dua tanaman ini menjadi eksport utama negeri tersebut sehinggalah

penanaman getah mula diperluaskan sehinggalah sistem kangcu dihapuskan pada tahun

1917.29 Walaupun begitu sistem kangcu ini telah memberi kesimbangan politik bagi Sultan

Johor dan kekuasaan ekonomi kepada kapitan-kapitan Cina kerana bagi Johor mereka dapat

mengawal imigran dan imigran Cina ini tidak perlu dikawal yang secara tidak lansung

mengekalkan kedaulatan mereka manakala bagi kapitan Cina mereka dapat bekerja mengikut
26 L.A Mills, 2012, British Malaya, MBRAS, hlm 220-222.

27 INTAN, Malaysia Kita, 1991, hlm 383.

28 Fawzi Basri dan Hasrom Haron, 1978, Sejarah Johor Moden 1855-1940, Muzium Negara, hlm
113.

29 D.J.M Tate, 1981, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid 2, Fajar Bakti, hlm 231.
sistem mereka sendiri dan memudahkan proses mengambil imigran baru untuk ladang-ladang

mereka tanpa sekatan.30 Manakala di Kelantan pada tahun 1838 dianggarkan 12 ribu pikul

lada hitam telah dieksport ke Singapura dan secara keseluruhan hasil eksport pantai timur ke

Singapura adalah sebanyak 1,019,733 juta pada tahun 1846.31

Pada abad ke 19 ini peranan pihak British lebih tertumpu ke dalam sektor perlombongan. Jika

dilihat secara teliti walaupun seakan-akan British yang mengusahakan pelbagai sektor

ekonomi komersial namun hakikatnya ia lebih terarah kepada usaha orang-orang Cina yang

datang ke sini dengan kemasukan mereka melalui sektor perlombongan yang kemudiannya

merebak ke sektor pertanian. British lebih menumpukan kepada KNK manakala KDNK

Tanah Melayu diserahkan kepada orang-orang Cina. Walaupun kerajaan British menyediakan

pelbagai kemudahan seperti jalan perhubungan dan pelabuhan namun ia tidaklah mencapai ke

seluruh kawasan di Tanah Melayu terutama sekali negeri pantai timur. Ternyata pada abad ini

kerajaan British lebih gemar menumpukan sektor perdagangan dan pelabuhan

memandangkan ia lebih mudah di urus oleh kerajaan tanpa melibatkan mana-mana pihak

luar. Kegagalan orang Melayu dalam sektor bijih timah adalah disebabkan pemerintah

Melayu tidak begitu gemar mengambil pekerja Melayu dalam pekerjaan lombong bijih

disebabkan masyarakat Melayu hidup secukup sara diri dan tidak mempunyai kemahiran

yang tinggi dalam perlombongan. Selain itu teknik perlombongan juga ketinggalan jauh dari

pelombong Cina dan pembahagian kerja yang tidak teratur dimana kos pengeluaran

ditentukan oleh tradisi bukannya tertakluk kepada pasaran.32 Para pelabur Eropah pula gagal

menguasai sepenuhnya ekonomi Tanah Melayu akibat dari dalam negara akibat persaingan

30 D.J.M Tate, 1981, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid 2, Fajar Bakti, hlm 232.

31 Ishak Shaari, 1991, Keadaan Ekonomi dan Struktur Masyarakat Melayu (eds) Masyarakat
Melayu Abad ke 19, DBP, hlm 29.

32 D.J.M Tate, 1981, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid 2, Fajar Bakti, hlm 222.
orang-orang Cina yang nampaknya mempunyai hubungan lansung dengan negara China yang

telah memudahkan lagi urusan mereka dalam pelbagai sektor perniagaan dan

perladangan.Walaupun usaha-usaha pertanian dibuat sebagai bahan eksport sampingan Tanah

Melayu namun kewujudannya tidak lama akibat pelbagai faktor yang merugikan para pelabur

namun penanaman getah pada abad ke 20 telah sama sekali meruntuhkan semua komoditi

eksport Tanah Melayu pada abad ke 19. Penanaman getah pula telah menyebabkan

kemasukan buruh India sepertimana yang pernah dibuat kepada orang-orang Cina yang

kemudiannya menimbulkan pelbagai interaksi sosial di kalangan masyarakat Tanah Melayu

pada pertengahan abad ke 20.

Mohd Herman Roslan


PJJ USM 2015/2016
Bibliografi
Jurnal

JIAEA, 1856, (ed) J.R Logan, Vol 1, Singapore.

Buku
Abdullah Haji Musa (Lubis), 1965, Sejarah Perak Dahulu dan Sekarang, Penebit Qalam,
Singapura.
D.G.E Hall, 1973, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa Pustaka.
D.J.M Tate, 1981, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid 2, Fajar Bakti.
J.M Gullick, 1978, Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat, Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Fawzi Basri dan Hasrom Haron, 1978, Sejarah Johor Moden 1855-1940, Muzium Negara.
Institut Awam Tadbiran Negara Malaysia, Malaysia Kita, 1991.
John Bastin dan Harry J.Benda,1972, Sejarah Asia Tenggara Moden, Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Jomo, 1988, Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial Di Semenanjung Malaysia, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Khoo Kay Kim, 1972, The Western Malay States 1850-1873:The Effects of Commercial
Development of Malay Politics, Oxford University Press.
L.A Mills, 2012, British Malaya, Malaysian Branch Asiatic Society.

P.C Lim, 1982, Sejarah China Moden, International Book Service.


Robert Llyod George, 1997, Ayunan Timur Barat, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rupert Emerson, 1993, Malaysia Kita, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Victor Purcell, 1975, The Chinese In Malaya, Oxford University Press.
Wang Gangwu, 1991, China and The Chinese Overseas, Times Academic Press.

Kertas Kerja
Khadri Bin Mohd Salleh, 1988/89, Masalah Kongsi Gelap dan Pergaduhan Orang-orang
Cina Di Kulim Kedah Pada Tahun 1888, Latihan Ilmiah UKM.

Yeetuan Wong, 2007, The Big Five Families in Penang 1830s-1890s, Chinese Southern
Diaspora Studi, Volume 1.

You might also like