Professional Documents
Culture Documents
Seni Visual Ting 2
Seni Visual Ting 2
A. UNSUR SENI
1. Garisan
- Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang
mempunyai jarak tertentu
- Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan
untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.
Contoh-contoh Garisan
Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid
tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru
haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan
bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual.
Pengenalan Garisan
1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.
2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik
permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.
garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam
Jenis-jenis Garisan
1. Garisan halus
2. Garisan tebal
3. Garisan beralun
4. Garisan berpancar
5. Garisan berlingkar
6. Garisan berserabut
7. Garisan bersudut-sudut
8. Garisan bergerigi
9. Garisan berbiji
10. Garisan berbulu
11. Garisan putus-putus
12. Garisan berduri
jenis-jenis garisan
Fungsi Garisan
1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan
menimbulkan ton yang gelap.
2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat
menimbulkan ton yang gelap.
3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal
akan menampakkan ruang yang hadapan.
penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang jauh/belakang dan
dekat.hadapan
perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton gelap
semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah menggunakan garisan yang
lebih tebal atau saiz pensel yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan belakang
hendaklah menggunakan pensel yang lebih cerah / kecil dengan tekanan yang lebih perlahan
1. Lukisan
2. Catan
3. Anyaman
4. Tenunan
5. Kolaj
6. Pualaman
7. Arca
8. Gurisan
9. Cetakan
10. Resis (batik / ikat celup)
karya teknik resis / ikat dan celup jelas memperlihatkan kesan-kesan garisan
karya tenunan juga mencipta garisan
Contoh-contoh Rupa
A. Pengenalan
Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
B. Jenis-jenis Rupa
1. Rupa Geometri
Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi
dan lain-lain rupa yang bersudut.
dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-
ukuran tertentu
rupa geometri
rupa geometri
2. Rupa Organik
Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa
daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.
Dihasilkan secara sepontan
rupa organik
rupa organik
rupa positif
rupa negatif
1. susunan selang-seli
2. Susunan turun separa
3. Susunan batu-bata
4. Susunan orgee
5. susunan cerminan
6. Susunan sisik ikan
Contoh-contoh Bentuk
1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan
dan bersifat tiga dimensi (3D)
2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat
realistik.
3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti
garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.
4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.
Ciri-ciri bentuk
1. Bersifat tiga dimensi (3D) mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman
2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan
tepat dan sempurna
3. Boleh dilihat dari semua arah mempunyai lebih dari satu permukaan
Jenis-jenis Bentuk
A. Bentuk Konkrit
1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada
pelbagai sudut.
2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.
B. Bentuk Ilusi
1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni
seperti warna, garisan dan lain-lain
2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada
permukaan rata (bersifat dua dimensi)
3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya
dan bayang merupakan faktor terpenting.
1. Garisan anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai)
2. Rupa potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain
(topologi)
3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun,
batu, kaca dan sebagainya.
penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik anyaman dapat menghasilkan bentuk konkrit
seni origami
bentuk yang dihasilkan daripada bahan tanah liat
Contoh-contoh Jalinan
Jalinan
Apa Itu Jalinan
1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada
permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau
dan lain-lain.
2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang
berbeza.
3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.
Jenis-jenis Jalinan
1. Jalinan Sentuh
a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti,
permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang
b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti
capan, cetakan, gosokan dan sebagainya
2. Jalinan Tampak
merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan
seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil
dan sebagainya.
Jalinan Tampak - kertas dinding
Fungsi Jalinan
1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang
tapak kasut
corak
4. Pengaliran air dan udara
jala ikan
gosokan
teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan
kertas hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit
kayu. Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas
permukaan kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan.
capan
kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan
berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan
dicap pada permukaan kertas.
ikat dan celup
menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-
bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain
hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki
pualaman
menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di
titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi
cat tersebut.
batik
Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya
lukisan dan catan
menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan
anyaman
penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya
tenunan
jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh
sulaman
semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta
kesan jalinan sentuh
kolaj
merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada
bahan-bahan seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain
Pualaman
LUKISAN PERSPEKTIF
LUKISAN PERSPEKTIF
Ruang dan Perspektif
1. Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada
jarak jauh.
2. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.
3. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu
ruang mengikut ktentuan pelukis.
4. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi
melalui 3 cara
Perspektif 1 titik lenyap berpunca daripada satu arah (fokus) jauh dan menghilang. Objek akan
menjadi besar apabila hampir dengan kita.
Panduan menghasilkan lukisan perspektif 2 titik lenyap
Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri lukisan dan memfokuskan ke arah bahagian tengah
yang menjadi bahagian terdekat atau paling hadapan.
Panduan menghasilkan lukisan perspektif 3 titik lenyap
Bentuk
LUKISAN
6. Warna
- Terdapat 3 jenis warna iaitu:
a- Warna asas iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan
dengan campuran warna lain)
b- Warna sekunder iaitu campuran dua warna asas (Hijau Biru +
Kuning, Jingga Kuning + Merah dan Ungu Merah + Biru)
c- Warna tertier iaitu campuran warna asas dengan warna
sekunder
PRINSIP REKAAN
Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk
menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual
1. Harmoni
- Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
- Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak
unsur seni yang sesuai dan seimbang
- Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
- Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah
2. Kontra
- Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau
bercanggah dalam sesuatu gubahan
- Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus,
mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
- Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan
bahan yang berlainan
3. Penegasan
- Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol,
kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan
- Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus,
dan mengelakkan kebosanan
- Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang
kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan
4. Imbangan
- Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat,
tarikan dan tumpuan
6. Kepelbagaian
- Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan
idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya
tarikan dalam sesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni
seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu
gubahan
7. Kesatuan
- Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur
dalam sesuatu gubahan
- Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan
selesa