Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA PERTANDINGAN TARIAN TRADISIONAL

1.0 MATLAMAT

Memberi pendidikan asas seni tari kepada pelajar peringkat sekolah rendah dan
menengah serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai nilai keseniaan bangsa
sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mengalak serta menarik minat pelajar mengenali dan mempelajari asas asas
seni tari.
2..2 mendedahkan pelajar kepada satu kaedah pembelajaran tari zapin, inang, joget,
asli serta tarian rakyat yang sistematik.
2.3 menggalakkan pelajar bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni
budaya.
2.4 Ke arah mewujudkan sebuah kumpulan tarian di kalangan pelajar sekolah.
2.5 Sebagai altenatif mengisi masa lapang pelajar.

3.0 PERTANDINGAN

3.1. Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH-SEKOLAH


RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG.
3.2 Pertandingan ini bertujuan mempersembahkan keindahan gerak tari ke arah
mencintai seni bangsa yang perlu dinikmati oleh setiap generasi agar tidak luput
di telan zaman.
3.3 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni tari
tradisional dan tarian rakyat.
3.4 Pertandingan ini dijalankan diperingkat daerah/gabungan, negeri dan
kebangsaan.
4.0 PENYERTAAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah
Kerajaan dan sekolah rendah dan menengah bantuan kerajaan.
4.2 Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang di anggotai minimum 10
orang dan maksimum 12 orang.
4.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau
Campuran dan 10 markah bonus akan diberikan kepada pasukan yang
Mempunyai pelbagai kaum (minimum 2 kaum)
4.4 Peserta tidak dibenarkan turun dari pentas semasa mempersembahkan tarian.

5.0 KONSEP TARIAN

5.1 Konsep persembahan terbahagi kepada 2 kategori :


5.2 Kategori A Rampaian TIGA tarian tradisional ( Zapin, Joget, Inang, Asli )
dan BUKAN gerak tari KONTEMPORARI/KREASI BAHARU.
5.3 Kategori B Satu tarian rakyat negeri-negeri atau SATU tarian etnik di
Malaysia.
5.4 Antara tarian etnik yang boleh dipertandingkan
Tarian Wau Bulan
Tarian Canggung
Tarian Sumazau
Tarian Portugis
Tarian Sapu Tangan
Tarian Limbai
Tarian Datun Julud
Tarian Ngajat
Tarian Dabus
Tarian Daling-Daling
Tarian Magunatip
Tarian Sumayau
Tarian Piring
Tarian Cinta Sayang
Tarian Gendang India
5.5 Setiap kumpulan wajib mempersembahkan kedua dua kategori tarian.
(RAMPAIAN TARIAN TRADISIONAL DAN SATU TARIAN RAKYAT /
ETNIK)
5.6 Persembahan kedua dua kategori tarian tersebut wajib disertai oleh peserta /
artis yang sama.
5.7 Persembahan kategori A hendaklah tidak kurang dari 6 minit dan tidak
melebihi 8 minit.
5.8 Persembahan kategori B hendaklah tidak kurang dari 4 minit dan tidak
melebihi 6 minit.
5.9 Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa
yang telah ditetapkan.
5.10 Kategori C Satu tarian sahaja (Zapin, Joget, Inang, Asli atau Tarian
Rakyat) bukan gerak tari kontemporari/ kreasi baharu. Kategori ini tidak akan
mewakili daerah ke peringkat negeri sekiranya menang. Cuma di peringkat
daerah sahaja.

6.0 LAGU / MUZIK IRINGAN

6.1 Lagu atau muzik iringan semasa persembahan boleh terdiri daripada lagu lama
Atau baru tetapi mestilah terdiri daripada lagu lagu yang mengekalkan rentak
Asal tarian yang ditarikan.
6.2 Lagu atau muzik iringan semasa persembahan hendaklah menggunakan CD
Sahaja (Intrumental atau muzik yang mengandungi suara dibenarkan)

7.0 PAKAIAN / AKSESORI

Pakaian dan aksesori penari penari hendaklah bersesuaian dan sopan.

8.0 CARA PEMARKAHAN

Markah keseluruhan adalah gabungan daripada markah kedua dua kategori.

Kategori A ( Rampaian Tarian Tradisional )


- koreografi atau keaslian tari 30
- koordinasi muzik dan gerakan 15
- Pecahan tari dan pola lantai 15
- kesantunan 20
- busana dan tatarias 20
MARKAH PENUH 100

Kategori B ( Tarian Rakyat / Etnik )


- koreografi atau keaslian tari 30
- koordinasi muzik dan gerakan 15
- Pecahan tari dan pola lantai 15
- kesantunan 20
- busana dan tatarias 20
MARKAH PENUH 100

9.0 HADIAH

9.1 Kategori A Terbaik Sekolah Rendah dan Menengah


9.2 Kategori B Terbaik Sekolah Rendah dan Menengah
9.3. Busana Tradisional Terbaik Sekolah Rendah dan Menengah
9.4 Busana Etnik Terbaik Sekolah Rendah dan Menengah
BORANG PENYERTAAN
____________________________________________________________________________
NAMA SEKOLAH :
NAMA JURULATIH :
KATEGORI :

BIL NAMA NO.SURAT BANGSA


BERANAK/NO. KP
1

10

11

12
RAMPAIAN TARIAN TRADISIONAL

NAMA SEKOLAH :

NO TEL/FAKS :

NAMA JURULATIH : ..

SINOPSIS PERSEMBAHAN

TARIAN ETNIK/RAKYAT

COP JABATAN/SEKOLAH

You might also like