Assignment Agama

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.Isi Kandungan 1

2.Penghargaan 2

3.Pendahuluan 3

4.Ajaran Sesat Di Malaysia

Definisi Ajaran Sesat 4

Sebab-sebab dan Ciri-ciri Ajaran Sesat 5

Faktor Berlakunya Ajaran Sesat 6-7

Kesan Berlakunya Ajaran Sesat


8-11

Cara Mengatasi Ajaran Sesat


12-13
5.Kesimpulan 14

6.Rujukan 15

PERSPEKTIF ISLAM Page 1


PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana kami dapat menyelesaikan tugasan ini dengan
sempurna.Setinggi-tinggi penghargaan kami berikan kepada pensyarah kami En.Norazri Bin
Mohd Zaidin selaku pensyarah Perspektif Islam yang telah memberikan kepercayaan dan
kesempatan kepada kami untuk membuat tugasan yang telah diberikan ini.Kami mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana telah menyumbangkan banyak
tenaga, fikiran dan cadangan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung ketika tugasan
ini dijalankan.

Seterusnya, tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberikan dari
segi kewangan dan dorongan yang tidak putus-putus dari mereka kepada kami. Jasa mereka
amatlah kami hargai dan tidak akan kami lupakan hingga akhir hayat kami.

Selain itu juga, tidak lupa juga dengan rakan-rakan yang bersam-sama berjuang dan
bertungkus lumus untuk menyiapkan tugasan ini.Diucapkan ribuan terima kasih kepada
mereka.Semoga Allah akan memberikan pahala atas segala kebaikan yang telah diberikan
kepada kami.

PERSPEKTIF ISLAM Page 2


PENDAHULUAN

Ajaran sesat merupakan satu manifestasi bagi satu proses yang telah bermula sejak
beberapa lama dahulu. Malaysia juga tidak terlepas daripada gejala besar ini yang boleh
mencemarkan kesucian Islam dan boleh menggugat perpaduan ummah.Sebahagian besar
daripada ajaran sesat ini jelas menampakkan fahaman-fahaman atau amalan-amalan yang
bertentangan dan menyeleweng dari syariat Islam sebenar. Ajaran sesat juga boleh diertikan
sebagai sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang islam atau bukan islam yang
mendakwa ajaran atau amalan yang dibawanya itu adalah ajaran Islam atau berdasarkan
kepada ajaran Islam pada hakikatnya ajaran atau amalan yang dibawa itu bertentangan dengan
ajaran islam yang berdasarkan kepada al-Quran dan Sunnah serta bercanggah dengan akidah
dan syariat islam. Menurut Engku Alwi E.A.Z (2007), isu ajaran sesat bukan perkara yang asing
dalam kamus umat Islam kerana ia datang seiringan dengan kehidupan manusia. Namun masih
terdapat ramai kalangan umat islam yang begitu mudah terjebak dengan fenomena ajaran
sesat tersebut. Sehingga kini, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah
menyenaraikan 125 kumpulan ajaran sesat yang bertapak di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Ajaran sesat mula bertapak sejak awal kedatangan agama islam dan Semenanjung
Malaysia pada abad ke-15 yang bergerak secara senyap. Ajaran sesat yang paling tua ialah di
Malaysia ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Haji Muhammad Bin Syafie atau lebih dikenali
dengan panggilan Haji Ahmad Matahari pada sekitar tahun1870an di Kampung Seronok, Bayan
Lepas, Pulau Pinang. Ajaran ini telah berkembang ke negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak
dan Negeri Sembilan. Di Kelantan pula wujud ajaran sesat yang dikenali dengan ajaran Subud
dan ajaran Martabat Tujuh yang disebarkan sekitar tahun 1950an dan masih aktif di Kelantan
dan beberapa negeri lain sehingga ke hari ini. Di Terengganu pula, isu ajaran sesat pula mula
mendapat perhatian dengan munculnya ajaran Ayah Pin yang mengaku dirinya memiliki kuasa
seperti Tuhan, jelmaan semua Nabi dan menjadi dewa bagi semua agama serta memiliki ramai
pengikut. Ekoran pengetahuan agama yang cetek, ramai orang mudah terpengaruh dengan
ajaran sesat ini.

PERSPEKTIF ISLAM Page 3


Definisi Ajaran Sesat

Dari segi Bahasa


Menurut Engku Alwi E.A.Z (2007), ajaran sesat itu ialah suatu ilmu yang diajar dan
disebarkan secara rahsia mahupun secara meluas kepada orang lain yang didapati
menyimpang daripada kebenaran asal.

Dari segi Istilah


Istilah Ajaran Sesat adalah satu istilah yang bersifat relatif kerana terdapat banyak takrifan
dan definisi yang telah diberikan oleh pelbagai pihak. Menurut Kamus Dewan (2002),
Ajaran ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang diajarkan, nasihat, petunjuk, teori dan
mazhab. Manakala Sesat pula ditakrifkan sebagai tidak mengikuti jalan yang betul,
tersalah (tersilap) jalan, terkeliru (perbuatan, kepercayaan dan lain lain) dan menyimpang
daripada jalan yang benar. Berdasarkan kepada makna diatas, ia boleh disimpulkan
sebagai suatu ilmu yang diajar dan disebarkan secara rahsia mahupun secara meluas
kepada orang lain yang didapati menyimpang daripada kebenaran yang asal. Ajaran salah
atau sesat ini juga boleh ditafsirkan dengan makna sesuatu ajaran, fahaman atau amalan
yang didakwa sebagai ajaran islam tetapi bukan dari ajaran islam. Bahkan bertentangan
dengan ajaran islam, contohnya seperti ajaran Taslim, Qadyani, Bahai, Ahmad Laksamana,
Hasan Anak Rimau dan lain-lain. (Engku Alwi E.A.Z 2013)

PERSPEKTIF ISLAM Page 4


Sebab sebab kemunculan ajaran sesat

Terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan kedudukan,
harta dan sebagainya serta bertujuan ingin melemahkan ajaran islam dengan memesongkan
akidah orang islam.

Menurut Engku Alwi E,A.Z, kemunculan aliran teologi bukan sunni seperti Syiah dan cabaran
golongan yang dianggap heretic seperti pergerakan Darul Arqam dan golongan anti hadis
terhadap orthodoxy sunnisme seperti menddukung oleh ulama-ulama Malaysia dalam amalan
keagamaan dan tanggapan terhadap beberapa isu semasa seperti hak-hak wanita dan
kebebasan untuk memiluh agama (persoalan murtad) pada dekat 1990an menyebabkan ulama
tradisional sama ada yang menduduki jabatan-jabatan rasmi pemerintah atatu sebaliknya
memberi reaksi agresif kepada cabaran-cabaran di atas.

Ciri-ciri ajaran sesat

Seseorang yang mengamalkan ajaran sesat ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.

PERSPEKTIF ISLAM Page 5


Menurut Engku Alwi E,A.Z, ruang lingkup bagi ajaran sesat sebenarnya meluas. Ia mengcakupi
seluruh aspek kehidupan manusia seperti aspek kepercayaan, adat, budaya hidup, muamalah,
ibadat, politik, ekonomi dan sebagainya. Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan oleh
Bahagian Peyelidikan Islam, terdapat berbagai bentuk ajaran sesat yang tersebar di Malaysia
yang telah dikenal pasti. Secara umumnya, ajaran sesat dapat di bahagikan kepada tiga
kategori utama sebagaimana berikutnya adalah seperti bentuk ajaran baru, bentuk ajaran
tarekat dan bentuk ajaran melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubung kait dengan

perkara-perkara mistik dan budaya hidup. ISI DAN HURAIAN

FAKTOR BELAKUNYA AJARAN SESAT

SIFAT TAKSUB YANG KETERLALUAN


Mereka yang terlalu membuat kajian yang mendalam tentang agama islam dengan tidak
sedar telah melahirkan sifat taksub didalam diri. Sifat ini merupakan sifat yang membuat
seseorang mudah terpesong.
Menurut Hj. Ab Majid. M.K (2000), istilah fanatik bermaksud sikap yang keterlaluan dan
melampau dalam sesuatu pegangan atau pendirian, dan biasanya berkaitan dengan
keagamaan. Sifat fanatik dan taksub kepada pendapat sendiri mahupun guru dan
kumpulan masing-masing adalah salah satu daripada gejala melampau lampau. Ia
menggambarkan kebekuan fahaman seseorang yang tidak boleh melihat maslahah
umum. Ia juga menggambarkan seseorang yang tidak berkemampuan membuka
perbincangan untuk membandingkan pendapat pihak-pihak lain bagi mengambil
pendapat yang lebih kuat dalil dan alasannya.

AQIDAH YANG RAPUH


Apabila kejahilan menguasai hidup, manusia sanggup menjadi musuh terhadap apa
yang tidak diketahuinya. Ilmu aqidah kurang mendapat perhatian. Tetapi isu berkaitan
dengannya diberi tumpuan. Akhirnya, kita hanya juara dalam perbualan sahaja.
Sedangkan penguasaan ilmu aqidah tidak sampai kemana. Jika kita membuat
observasi, hanya beberapa orang sahaja yang benar-benar memahami aqidah Islam.
Faktor ini menyebabkan pegangan aqidah menjadi longgar dan rapuh. Akhirnya
menjerumuskan seseorang kedalam ajaran sesat.

PERSPEKTIF ISLAM Page 6


KURANG BIMBINGAN DARIPADA IBU BAPA
Melalui kajian yang dilakukan oleh para ulama, mereka mendapati anak-anak remaja
sekarang mudah terlibat dengan ajaran sesat ialah kerana kurang mendapat perhatian
atau pun bimbingan daripada ibu bapa. Hal ini menjadi tumpuan para ulama kerana ia
merupakan salah satu faktor utama yang memudahkan lagi penyebaran ajaran sesat di
Malaysia untuk berkembang pesat. Oleh itu, ibu bapa hendaklah memberi perhatian
yang lebih kepada keluarga agar dapat menjauhkan anak-anak mereka daripada ajaran
sesat yang menjadi isu utama di Malaysia.

KASYAF (BUKA)
Seseorang yang dapat melihat perkara-perkara yang orang lain tidak nampak.
Menurut Abdul Shukur, Dr. Abdul Hayei, Kasyaf ialah satu istilah yang dipakai kepada
pembukaan hijab melalui ilham. Ia merupakan sumber maklumat yang menyamai wahyu
kepada nabi-nabi. Antara wahyu dan ilham dibezakan oleh penerimanya samada nabi
atau bukan nabi. Kasyaf diiktirafkan sebagai Menyingkap maklumat di sebalik hijab
yang berupa perkara ghaib dan perkara-perkara yang benar ada. Kaum sufi
berpendapat, apabila seseorang dianugerahkan ilham, maka terbukalah hijab dan
dengan itu mereka dapat menyingkap alam langit dan bumi serta berjaya menemui
rahsia tujuh lapis langit dan bumi, sidratul muntaha, luth mahfuz, syurga, neraka, kursi,
Qalam dan lain lain yang selama ini menjadi rahsia. Mereka berpendapat tiada daun
yang gugur ke bumi, tiada air yang turun dari langit, tiada bayi yang lahir, tiada kejadian
yang berlaku tanpa pengetahuan kaum sufi yang beroleh kasyaf.

KESALAHFAHAMAN KEBATINAN (NIKAH BATIN, SOLAT BATIN DLL)


Seseorang yang mengamalkan ilmu kebatinan yang melampau barangkali terjerumus ke
dalam kesesatan.
Menurut Hj. Ismail M.N, Dikalangan pengamal ilmu hakikat seperti juga ajaran Hasan
Anak Rimau yang telah dibincangkan pada awalnya, wujud satu amalan nikah batin
yang pada asalnya lahir daripada konsep batin yang disebarkan oleh kumpulan Syiah
Batiniah. Nikah batin ini ialah satu amalan misteri bagi golongan pengikut Hasan Anak
rimau. Mereka merahsiakan amalan ini daripasa pengetahuan masyarakat umum yang
tidak mengikuti ajaran tersebut. Antara kepercayaan yang menjadi asas iktikad dalam
ajaran Batiniah ialah Hulul, yang memberi erti penyerapan Tuhan dengan hamba atau
makhluk. Oleh itu, ajaran ini menyatakan bahawa Allah S.W.T akan bersebati di dalam
jiwa manusia; dimaksudkan dengan kepercayaan ini ialah Tuhan akan bersebati dengan
manusia yang membawa kepada manusia itulah yang dikatakan Tuhan. Sememangnya

PERSPEKTIF ISLAM Page 7


iktikad dan kepercayaan sebegini terdapat dalam ajaran Tarekat Zikrullah Hasan Anak
Rimau yang jelas terpesong daripada akidah islam yang suci daripada Allah S.W.T.

KESAN-KESAN AJARAN SESAT

1. INDIVIDU

AKIDAH SESEORANG AKAN SESAT


Orang Muslim yang mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat boleh merosakkan
akidah. Mereka wajib bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam.
Menurut Hj. Mat Zin al-Ghari Hj. Z. Seseorang yang melibatkan ajaran sesat
menyebabkan akidahnya menjadi rosak. Adakalanya kerosakan akidah itu
menjadikannya kufur dan murtad, atau menyeleweng dari landasan islam yang sebenar.
Oleh itu, dia wajib bertaubat dan kembali mengamalkan ajaran islam yang sebenar.

PEMBAZIRAN MASA
Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran
Islam seperti memuja dan melakukan amalan amalan syirik serta khurafat.
Menurut Hj. Mat Zin al-Ghari Hj. Z (2008). Kebanyakan mereka yang terlibat dengan
ajaran sesat menghabiskan masa mereka dengan aktiviti yang tidak bermanfaat.
Mereka ternyata menyia-nyiakan nikmat anugerah Allah S.W.T. Antara aktiviti yang
bertentangan dengan agama ialah seperti memuja dan melakukan amalan amalan syirik
serta khurafat. Di samping itu, ibadat yang diperintahkan seperti solat, puasa dan lain-
lain tidak diendahkan bahkan ditinggalkan dengan begitu sahaja. Bagi mereka, amalan
ibadat itu hanya ditentukan oleh ketua atau guru mereka sahaja. Keasyikan mereka
terhadap sesuatu amalan menyebabkan mereka tidak terasa rugi walau meninngalkan
suruhan agama, bahkan menentang ketentuan agama dan anugerah Allah S.W.T.
Namun, apabila mereka kembali ke pangkal jalan mereka mula terasa bahang
kerugiannya.

MINDA SESEORANG AKAN TERTUTUP


Pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu.
Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan fanatik.
Menurut Hj. Mat Zin al-Ghari Hj. Z (2008). Tindakan dan kelakuan pengikut ajaran sesat
kebanyakannya tidak rasional. Sikap ini timbul hasil budaya fanatik yang disemai oleh
ketua atau pemimpin ajaran mereka. Hal ini menyebabkan fikiran mereka tertutup dan

PERSPEKTIF ISLAM Page 8


benar-benar dikongkong. Mereka tidak berfikir tentang diri sendiri, apatah lagi untuk
mengambil tahu hal ehwal, keluarga, masyarakat dan Negara.

2. MASYARAKAT

KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN


Keretakan boleh berlaku dikalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat
disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka.
Hj. Mat Zin al-Ghari Hj. Z (2008). Apabila seseorang yang terlibat dengan ajaran sesat
tidak mengendahkan tuntutan agama, dia juga pastinya tidak mengambil berat
tanggungjawabnya dalam menguruskan hal ehwal diri dan keluarganya. Senario ini
menjadikan pengurusan diri dan keluarganya terabai. Pengabaian tanggungjawab diri
dan keluarga menyebabkan kehidupan mereka berantakan dan tidak stabil. Keperluan
asasi anak isteri tidak dipenuhi dengan sebaiknya yang akhirnya membawa keruntuhan
kepada institusi kekeluargaan.

PERPADUAN AKAN TERGUGAT


Sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka
menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling. Ini menjejaskan
perpaduan dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.

BERLAKU KEGANASAN
Kepatuhan membuta tuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya
dipergunakan untuk melakukan keganasan.

3. NEGARA

MENJEJASKAN EKONOMI NEGARA DAN MENGGUGAT KESTABILAN POLITIK


Penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang
masa. Perkara itu menjejaskan prestasi ekonomi Negara yang bergantung kepada
sumbangan dan produktiviti individu.
Menurut Hj. Mat Zin al-Ghari Hj. Z (2008). Sesebuah Negara yang mengalami fenomena
ajaran sesat berskala besar terpaksa menanggung beberapa risiko politik dan ekonomi.
Dalam bidang pilitik, sesuatu ajaran tidak keringgalan menjadikan tokoh politik tertentu
sebagai sasaran mereka. Walaupun tidak secara langsung, pautan terhadap tokoh
poliyik sudah cukup untuk dijadikan kubu atau perisai bagi mempertahankan ajaran
mereka dari diusik pihak tertentu. Apabila tokoh politik dalaman dilihat tidak lagi dapat

PERSPEKTIF ISLAM Page 9


membantu mereka, akhirnya mereka menggunakan isu murtad dan hak asasi manusia
sebagai senjata terakhir. Manakala dari sudut ekonomi, Negara pula terpaksa
menghabiskan masa, tenaga dan perbelanjaan yang banyak untuk menghapuskan
sesuatu ajaran sesat. Tentunya ada pula yang menjadi mangsa.

MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA


Seseorang yang mengamalkan ajaran sesat akan menjadi lebih agresif dan melampau-
lampau sehingga menganggap ajaran lain tidak benar.
Menurut Hj. Mat Zin al-Ghari Hj. Z (2008). Sejarah mencatatkan bahawa fenomena
kemunculan ajaran sesat mampu mengancam keselamatan Negara. Sebagai contoh,
pada 19 Ogos 1979, seramai 4 orang pengikut Ilmu Kasyaf pimpinan Hj. Kamaruddin @
Abdullah Sani Kajang mati terbunuh dalam satu peristiwa di Kerling, Selangor. Pada 16
Oktober 1980, seramai 8 orang dari kumpulan ajaran sesat pimpinan Ahmad Nasir
Kemboja yang mengaku sebagai Imam Mahdi telah terbunuh setelah mereka
menyerang dan mencederakan anggota yang bertugas di Balai Polis Batu Pahat, Johor.
Pada 7 Julai 1979, Tajul Ariffin yang mengaku dirinya Imam Mahdi telah mencederakan
Hj. Damanhuri Hj. Abdul Wahhab, Imam Masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak.

MENGGANGGU AGENDA PEMBANGUNAN ISLAM


Di negara Malaysia ini, kita dibelenggu oleh gejala ajaran sesat kerana terdapat
pelbagai pengaruh yang telah berjaya memesongkan akidah seseorang.
Menurut Hj. Mat Zin al-Ghari Hj. Z (2008). Kemunculan ajaran sesat sama ada berskala
kecil atau besar tidak syak lagi mengganggu pembangunan Islam yang dicetuskan oleh
pemerintah sesebuah Negara. Ini kerana pemerintahan, khususnya pihak berkuasa
agama terpaksa mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit yang banyak untuk
membasmi pengaruh ajaran sesat. Fokus terhadap ajaran sesat menyebabkan tumpuan
terhadap agenda pembangunan ummah dan pemerkasaannya berpaling arah dan
terbantut. Para ulama pula tidak mampu menyumbangkan banyak idea yang bernas
kepada pemerintah lantaran pula pemikiran mereka telah ditumpukan kepada ajaran
sesat. Jika tenaga dan keringat ulama diperlukan untuk menghadapi ajaran sesat, siapa
pula yang bertanggungjawab merangka agenda pembangunan islam bagi pihak
pemerintah? Tidak syak, kedua-duanya sama penting tetapi kita harus bertindak
menurut kerangka keutamaan. Manakala penyebaran ajaran sesat pelu disekat sedari
awal supaya kita tidak memerlukan tenaga yang maksimum untuk menghapuskannya.

PERSPEKTIF ISLAM Page 10


CARA MENGATASI AJARAN SESAT

1. Penguatkuasaan undang undang


Penguatkuasaan undang-undang daripada pihak berkuasa merupakan salah satu cara
untuk mengatasi penyebaran ajaran sesat di Malaysia yang semakin hari semakin
meningkat dalam kalangan masyarakat.
Menurut Ismail. S.Z (2008). Penguatkuasaan jenayah syariah merujuk kepada
melaksanakan peraturan yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang
Islam yang sedang berkuatkuasa seperti peruntukkan yang terdapat di bawah enakmen
kesalahan syariah negeri-negeri. Kesalahan jenayah syariah ini boleh dianggap sebagai
jenayah tanpa mangsa (victimless crime). Undang-undang yang dicipta disabit dengan
jenayah tanpa mangsa ini seringkali mencetuskan kontroversi. Ianya seperti perjudian,
pelacuran, penyalahgunaan dadah, minum arak dan hubungan terlarang. Sebaliknya,
undang-undang terhadap keganasan, rompakan, pembunuhan dan sebagainya pula
mendapat sokongan daripada masyarakat. Undang-undang anti maksiat seringkalinya
bersangkutan dengan tingkah laku dan standard moral yang dianggap urusan peribadi.
Sungguhpun demikian, ia tetap menjejaskan kesucian agama, menggugat keamanan
dan memberi kesan kepada akhlak dan moral masyarakat.

2. Mengukuhkan iman
Seseorang individu yang ingin mengelakkan diri mereka daripada terjerumus dengan
ajaran sesat, mereka perlu mengukuhkan keimanan dan sentiasa mendekatkan diri
dengan Allah.
Menurut Y.B.S.S Dato Hj. Mohd. Murtadza bin Hj. Ahmad (2006). Iman mempunyai
kaitan yang padu dengan kualiti insan. Ia adalah asas atau permulaan bagi setiap
perilaku dan tindakan manusia yang akan menghasilkan kesempurnaan seseorang
yang benar-benar bersyahadah dengan keimanannya. Oleh kerana itulah al-Quran tidak
memisahkan antara iman dan amal seseorang itu. Firman Allah swt,

Yang bermaksud, Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman


hanyalah orang-orang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus
percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan
jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan
imannya).

PERSPEKTIF ISLAM Page 11


Melalui konsep iman, tunggak kekuatan seseorang muslim akan menjadi teguh,
berupaya melaksanakan titah perintah Allah, meninggalkan segala larangan dengan
cekal hati, mampu menghindari belenggu kejahilan dan penyelewengan.

3. Menerbitkan buku dan risalah berkaitan ajaran sesat


Menurut Engku Alwi E.A.Z (2007), Ilmu-ilmu Islam seperti fiqh, akidah dan sebagainya
belum mempunyai identiti masing-masing sebagai ilmu yang tersendiri, namun ia sudah
difahami dengan mudah oleh kalangan para sahabat apabila menerima sebarang tunjuk
ajar dan pedoman ilmu daripada baginda Rasulullah SAW. Dari situ, para sahabat akan
menghayatinya dengan sebaik-baiknya dan seterusnya mengamalkannya dalam
konteks kehidupan seharian mereka. Seterusnya ilmu kajian ajaran sesat semakin
bertapak kukuh dalam disiplin ilmu pengajian Islam apabila terdapat penulisan
mengenainya telah dirintis oleh beberapa orang ulama tersohor Islam. Di bawah adalah
antara tokoh ulama tersebut ;
i. Abu al-Hasan Ali b. Ismail al-Ashari (w. 324H) yang telah mengarang kitab al-
Luma fi al-Radd ala Ahl al-Zaygh wa al-Bida, al-Ibanah An Usul al-Diyanah dan
kitab Muqalat al-Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Musallin.
ii. Abu al-Husayn al-Malati (w. 377H) yang menulis kitab al-Tanbih wa al-Radd Ala
Ahl al-Ahwa wa al-Bida.
iii. Ali b. Ahmad Said b. Hazm AbuMuhammad al-Andalusi (w. 456H) yang telah
menulis sebuah buku yang bertajuk al-Faisal fi al-Milal wa al-Ahwa wa al-Nihal.

Kitab tersebut kini menjadi sumber rujukan utama dalam kajian ajaran sesat dan
mazhab-mazhab akidah yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.
Tokoh-tokoh ulama tersebut juga telah meletakkan dasar-dasar ilmu kajian
perbandingan antara firqah dan mazhab akidah dari sudut pegangan akidah,
pemahaman sesuatu isu akidah dan perkara perbahasan lain-lain yang menjadi
garis pemisah antara firqah tersebut dengan kelompok Ahl al-Sunnah wa al-
Jamaah. Akhirnya, ilmu kajian ajaran sesat telah menjadi teras yang mengikut
segala perkembangan terbaru supaya ia mampu menawarkan penyelesaian kepada
fenomena semasa.

PERSPEKTIF ISLAM Page 12


KESIMPULAN

Sebagai rumusan akhirnya dapat disimpulkan bahawa disiplin kajian ajaran sesat merupakan
satu disiplin yang amat penting dipelajari oleh umat islam mutakhir ini untuk mendepani
penyebaran ajaran sesat yang semakin meluas dewasa ini. Disiplin ajaran sesat pada asasnya
bertindak sebagai benteng kukuh dan garis pemisah di antara kebenaran dan kesesatan yang
mewarnai pentas hidup umat islam. Justeru, disiplin ajaran sesat wajar dijadikan kursus teras
yang wajib diambil oleh pelajar pelbagai jurusan di universiti, terutama jurusan pengajian islam.

PERSPEKTIF ISLAM Page 13


Menurut Dr. W. M. Azam bin Mohd Amin (2013), jika disorotkan sejak kewafatan Rasul Allah
(S.A.W) hingga ke hari ini, terlalu banyak kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang muncul
mengugat ajaran Islam. Ajaran dan kumpulan yang paling lama bertahan ada Syiah lantaran
pendekatan dan metedeologi yang licik dan sistematik terhadap umat Islam. Ancaman mereka
mula dirasai sekarang di Malaysia setelah berlakunya Revolusi Iran pada tahun 1979. Hal ini
bertambah rumit kerana puak Syiah telah berjaya merekrut orang-orang Melayu menjadi
penganut dan pendakwahnya. Strategi dan tindakan dari pihak berwajib adalah perlu untuk
meyekat fahaman ini dari tersebar di Malaysia. Begitu juga ajaran-ajaran sesat di era moden
dan pasca modernism, sinkritisme dan lai-lain yang mempunyai berbagai tren, aliran dalam
agama, Sekular Humanisme dan lain-lain lagi. Para ibu bapa, pendidik di perinkat tadika,
sekolah rendah, menengah dan university perlu melengkapkan diri untuk menghadapi ajaran-

ajaran sesat ini demi survival umat Islam di Malaysia.RUJUKAN

Engku Alwi E.A.Z (2007), Kajian ajaran sesat dalam pengajian Islam.
Engku Alwi E.A.Z (2013), Sejarah Kemunculan Ajaran Sesat
Buku Teks Agama Islam Tingkatan 5, Kemeterian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa
dan Pustaka
Hj. Ya M. (1990), Fail Laporan Penyebaran Tarekat Zikrullah Hasan Anak Rimau Di
Kampar, Perak, Kuala Lumpur: Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Hal Ehwal, Jabatan
Perdana Menteri Malaysia.
Hj. Mat Zin al-Ghari Hj. Z (2008), Dibentangkan dalam Seminar Pemantapan Akidah dan
Perpaduan Ummah Negeri Melaka 2008 anjuran bersama Majlis Agama Islam Melaka,
Jabatan Mufti Negeri Melaka, Persatuan Ulama Negeri Melaka dan Persatuan Pegawai
Syarak Negeri Melaka pada 3 April 2008M/26 Rabiul Awwal 1429H di Auditorium Masjid
Al-Azim, Bukit Palah, Melaka.
Ismail. S.Z (2008), Isu isu Berkaitan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Kesalahan
Jenayah di Malaysia, (USIM).
Y.B.S.S Dato Hj. Mohd. Murtadza bin Hj. Ahmad (2006), dibentangkan dalam Kursus
Pemantapan Aqidah.
Perspektif Islam, Cetakkan Pertama JANUARI 2013.
Hj. Ab Majid. M.K (2000), Tajdid: Perspektif Sejarah Dan Masa Kini, Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaysia.

PERSPEKTIF ISLAM Page 14


Dr. W. M. Azam bin Mohd Amin (2013), telah dibentang di Seminar Kebangsaan
Pengajian Akidah dan Agama 2013 Kali ke Tiga (SIGMA 3) di Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM) pada 28hb.September,2013.

PERSPEKTIF ISLAM Page 15

You might also like