Drama Aku Bukan Gila

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SINOPSIS

ADEGAN I

Drama ini mengisahkan tentang Azmir yang dimasukkan ke wad sakit jiwa Hospital
Besar kerana dikatakan kurang siuman. Semasa di dalam wad fikirannya bercelaru. Dia
membayangkan kehadiran kekasihnya; Ani, bapanya dan Pak Haji serta berdialog
dengan mereka. Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan perbezaan prinsip yang
menjadi pegangan Azmir.

Azmir telah meminta Ani membawanya keluar tetapi Ani memberitahu Azmir bahawa
mereka bahagia di tempat itu. Kemudian, Azmir berkhayal lagi tentang kehadiran
ayahnya. Beliau bertanyakan khabar Azmir tetapi Azmir menyuruh Ani mengusir
ayahnya. Ayahnya mengatakan bahawa beliau sayang akan Azmir tetapi Azmir
mengatakan bahawa ayahnya berbohong lalu berlaku pertelingkahan antara Azmir dengan
ayahnya sehingga munculnya khayalan tentang Pak Haji datang dan memberikan salam.
Azmir bertengkar pula dengan Pak Haji tentang namanya dan sikap manusia yang
dikatakan oleh Azmir bercakap lain tetapi berbuat lain.

Ani muncul semula. Azmir bertanya tentang sebab Ani masih di sisinya. Azmir
mengatakan bahawa cinta Ani masih bersifat luaran.

ADEGAN II

Azmir dikunjungi oleh doktor. Setelah memeriksa Azmir, doktor telah mengizinkan
Azmir untuk keluar bersiar-siar dari wad pesakit jwa. Namun begitu, doktor berpesan
supaya Azmir tidak pergi jauh, hanya di kawasan wad sahaja Kesempatan itu diambil
oleh Azmir untuk keluar dari wad Hospital Besar. Akhirnya, Azmir tiba di lokasi
sekumpulan pelakon drama yang sedang berlatih drama bertajuk Sasau. Azmir
mengatakan bahawa pelakon-pelakon drama Sasau itu sesat. Malah, Azmir memberikan
pendapatnya tentang sistem dalam kehidupan, iaitu sistem prorakyat.
ADEGAN III

Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh Arif dan tiga
orang pelakon. Setiap watak menyatakan prinsip hidup yang berbeza tentang dunia.
( dunia ialah kuasa, wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir pula berpendapat
bahawa perkara yang penting ialah sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang prorakyat.
Rakyat yang berkuasa menentukan segala-galanya. Dialog mereka berkisar tentang
kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau realiti. Azmir berpendapat bahawa sejarah
membuktikan bahawa rakyat yang betul dan kemenangan sentiasa berpihak kepada
rakyat. Pada masa yang sama Azmir sering meraung kesakitan pada kepalanya. Azmir
diragui sama ada dia benar-benar sakit atau hanya lakonan. Setelah reda sakitnya, Azmir
memberitahu pelakon-pelakon tersebut bahawa syarahannya dan penyakitnya adalah
betul. Azmir juga menjelaskan bahawa dia datang untuk membetulkan pelakon-pelokon
itu bahawa tidak ada yang sasau tetapi yang ada ialah ketidakbenaran, kepalsuan, dan
kepura-puraan. Azmir juga ditanya tentang gila. Sebaliknya, Azmir menjelaskan bahawa
bukan gila tetapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung. Kemudian, Azmir
menghantuk-hantukkan kepalanya sehingga berdarah. Azmir menjelaskan bahawa
tindakannya menghantukkan kepala itu adalah bukan kerana gila tetapi akibat menderita
suatu kesakitan yang tidak tertanggung dan tidak terucap dengan kata-kata.
Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir kembali ke wad setelah tiga
hari dia hilang.

ADEGAN IV
Arif, Pelakon 1, Pelakon 2 dan Pelakon 3 telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka ingin
mendapatkan maklumat tentang latar belakang hidup Azmir. Ibu bapa Azmir nenceritakan
kisah Azmir yang tinggal dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula berpelakuan aneh
apabila berada dalam tingkatan 6 dan tidak dapat menamatkan pengajian di universiti.
Dia juga menggunakan nama W.A. Domski dan bercakap dalam bahasa Indonesia. Rakan
Azmir pula mempunyai persepsi yang berbeza tentang diri Azmir. Rakan Azmir
berpendapat mungkin Azmir kekurangan kasih saying dan sokongan daripada ibu
bapanya. Pelakon 2 pula berpendapat Azmir sedang menanggung kesakitan yang berat.
Pelakon 1 pula berpendapat mereka perlu membantu Azmir kerana pada tanggapannya
dia memerlukan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan.

ADEGAN V
Azmir bermonolong tentang kisah lampau hidupnya yang bercinta dengan Ani. Azmir
juga bermonolong tentang suka duka kehidupannya.Manusia sering tertipu dengan
keindahan dunia tanpa pertimbangan yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk hidup
bersendiri dan menilai cinta dalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam kehidupan

ADEGAN VI
Ketika Azmir sedang berkhayal, dia menjadi lemah dan rebah ke lantai. Berita kematian
Azmir dilaporkan dalam akhbar pada 21 Jun 1993. Kematiannya amat mengejutkan dan
dikaitkan berpunca daripad penyakit barah otak dilamainya. Ani menyesal kerana
meninggalkan Azmir. Ani berasa dia bersalah dan berasa dirinya bersikap kejam terhadap
Azmir.
TEMA
Setiap orang mempunyai prinsip hidup dan ideologi yang berbeza yang boleh
mempengaruhi tindakan/cara hidup.

You might also like