Fizik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1.

0 Pengenalan

Daya adalah sesuatu yang boleh menggerakkan suatu objek yang pegun,mengubahkan arah
gerakan suatu objek,memecutkan suatu objek,melambatkan suatu objek yang bergerak dan
mengubah bentuk suatu objek.Daya ialah suatu kuantiti vector yang mempunyai magnitud dan
arah.Hasil tambah dua daya adalah suatu daya tunggal yang dikenal sebagai daya paduan.Cara
untuk mencari daya paduan bagi dua daya adalah dengan menggunakan kaedah segiempat selari
atau kaedah segi tiga.Suatu daya F boleh dileraikan kepada dua komponenn yang saling
berserenjang dan masing-masing mempunyai magnitud F kos dan F sin .

1.1 Daya Geseran

Daya geseran ialah daya yang menentang ,menghentikan dan menghalang gerakan sesuatu
objek.Daya geseran juga mencegah sesuatu objek yang bergerak daripada
tergelincir.Kadangkala geseran merupakan suatu gangguan dalam kehidupan harian
kita,tetapi tanpa daya geseran kita akan menghadapi masalah..

1.1.1 Faktor-faktor mempengaruhi geseran


i) Jenis Permukaan
-Permukaan licin menghasilkan geseran yang kecil
-Permukaan kasar menghasilkan gerakan yang kuat
ii) Berat objek
-Lebih berat suatu objek lebih besar daya geseran
iii) Keadaan Permukaan
Permukaan yang besar mempunyai geseran yang lebih kecil daripada permukaan
yang kering.

1.1.2 Ciri-ciri daya geseran

Daya geseran ialah suatu kuantiti vector.Ini bermaksud daya geseran bertindak pada arah
tertentu dengan magnitud yang dapat diukur.Daya geseran bertindak ke arah yang
bertentangan dengan arah pergerakan.

Daya geseran mengurangkan daya tindakan yang menyebabkan pergerakan.Oleh itu,untuk


menggerakkan sesuatu objek,daya tindakan mestilah lebih besar daripada daya geseran

1.2 Daya Graviti

Daya graviti ialah daya yang menarik objek-objek ke arah Bumi.Daya graviti bumi menarik
semua jasad ke arah pusat bumi.Daya tarikan ini menentukan berat sesuatu objek.Apabila
bola ping pong/guli/duit syiling dilambungkan ke atas.Semua objek akan jatuh ke bawah
kerana adanya tarikan graviti .

1.3 Daya Elektrostatik


Kebanyakan kita telah terbiasa dengan kejadian bila sesuatu objek telah dicaskan.Bunyi letusan
kadang-kadang boleh didengari apabila rambut yang panjang disikat dengan menggunakan sikat
plastik atau apabila membuka pakaian yang diperbuat daripada bahan sintetik. Kadang-kadang
percikan api boleh dilihat apabila pakaian ditanggalkan dalam tempat gelap. Semua keadaan
tersebut berlaku adalah disebabkan oleh elektrik statik atau lebih dikenali sebagai elektrostatik.

Elektrostatik ialah kajian tentang cas-cas elektrik yang statik.Statik bermaksud tidak
bergerak.Cas terdiri daripada cas positif dan cas negatif.Cas ini boleh dihasilkan dengan
menggosokkan dua bahan berbeza yang menyebabkan satu bercas positif dan satu lagi bercas
negatif. Cas-cas ini dapat dikesan dengan menggunakan Elektroskop.

Apabila dua objek bercas di dekatkan: objek-objek tersebut akan tertarik jika kedua-duanya
mempunyai cas-cas yang bertentangan; objek-objek tersebut akan tertolak jika kedua-duanya
mempunyai cas-cas yang sama. Oleh itu, objek-objek yang mempunyai cas-cas yang
bertentangan akan menarik, manakala objek-objek yang mempunyai cas-cas yang sama akan
menolak.

Objek akan dicaskan jika ianya digosok. Objek yang dicaskan akan menarik objek yang lain .

i) Pembaris plastik digosok


pada kain bulu dan
pembaris
diletakkan dekat dengan plastik
aliran air kecil
satu aliran air yang kecil.
Aliran air tersebut
membengkok ke arah
pembaris tersebut.

ii) Geseran antara awan dan udara menyebabkan cas positif berada di atas dan cas
negatif berada di bawah awan.Apabila awan bergerak mendekati bumi yang bercas
positif,satu tarikan akan wujud antara cas-cas ini.
Daya elektrostatik yang kuat menyebabkan cas tersebut bergerak ke arah satu sama
lain.Pergerakan yang pantas akan membebaskan banyak tenaga dalam bentuk kelipan cahaya
yang dikenali sebagai Kilat.

Ciri-ciri Daya Elektrostatik


1.Cas yang sama akan menolak antaara satu sama lain .
2.Cas yang berbeza akan menarik antara satu sama lain

1.4 Daya Magnetik

Daya magnet ialah daya tarikan atau tolakan antara dua magnet yang berlainan atau
antara magnet dan bahan magnet dihasilkan oleh magnet.Daya magnet wujud antara
magnet atau antara magnet dengan bahan magnet.Dua kutub yang sama saling menolak
manakala magnet yang berlainan saling menarik.
1.5 Daya Mampatan

Jika sesuatu bar atau bahan itu dikenakan daya P seperti rajah di bawah , bahan itu akan
mengalami perubahan bentuk, iaitu memendek dan luas keratan rentas akan bertambah.
Bahan itu dikatakan dalam keadaan mampatan. Daya P ini dipanggil Daya Mampatan.
Penandaannya adalah ve.

P P
.
-ve -ve

2.0 Kebaikan dan Keburukan Daya Geseran dan Daya Elektrostatik


2.1 Daya Geseran

i) Kebaikan geseran:

a) Objek dalam keadaan pegun ,tidak bergerak


b) Objek boleh dipegang.

c) Berjalan dan berlari tanpa tergelincir.

d) Menggerakkan,memperlahankan dan memberhentikan objek .Contohnya brek


kenderaan menggunakan geseran untuk melambatkan dan menghentikan pergerakan.

ii) Keburukan Geseran

a) Geseran menghasilkan haba. Contohnya : mesin-mesin yang bergerak menghasilkan


haba. Haba ini akan merosakkan bahagian-bahagian tertentu pada mesin atau enjin
kenderaan yang terus bergerak jika tidak dikawal dengan baik.
b) Mengurangkan kecekapan bahagian-bahagian mesin yang bergerak.
c) Geseran menentang atau memperlahankan gerakan. Contohnya : berbasikal
menaiki cerun atau mendayung sampan.
d) Geseran menghauskan benda. Contohnya : tapak kasut dan tayar kenderaan menjadi
haus apabila kerap bergeser dengan jalan raya
2.2 Daya Elektrostatik

i) Kebaikan

a) Elektrostatik digunakan dalam pencetak laser dan mesin fotostat. Begitulah juga,
stesen kuasa arang batu menggunakan pemendak elektrostatik dalam cerobong
bertujuan mengumpul habuk yang banyak untuk mengelakkan ianya terlepas ke
atmosfera yang akan menyebabkan pencemaran.

b) Elektrostatik berlaku disebabkan pemindahan elektron-elektron apabila bahan-bahan


digosok. Dengan kata lain, elektrik statik merupakan lebihan atau kekurangan
elektron-elektron pada permukaan suatu objek. Objek tersebut menyimpan tenaga
elektrik. Objek yang bercas ini menghasilkan daya elektrik disekelilingnya. Objek-
objek yang lain, sama ada, akan tertarik atau tertolak daripada objek yang bercas
tersebut.

i) Keburukan

a) Geseran antara lori dan udara boleh menghasilkan cas.Cas ini terkumpul di bahagian
badan tangki sesebuah lori tangka dan boleh menyebebkan percikan api.Ini akan
menyebabkan letupan pada lori tangki.
b) Bangunan tinggi biasanya boleh disambar oleh kilat kerana kedudukannya yang
tinggi dan berhampiran dengan awan yang mempunyai cas-cas elektron .
c) Kapai terbang memperoleh cas elektrik yang tinggi apabila bergeser dengan udara
semasa terbang.
d) Elektrostatik melibatkan penghasilan cas-cas elektrik dan kesan-kesan cas-cas
elektrik. Kesan bahaya elektrostatik antaranya ialah kejutan elektrik kecil kadang-
kadang boleh dirasai apabila pintu kereta disentuh selepas melakukan perjalanan.
e) Tangki petrol perlu didiscaskan terlebih dahulu sebelum petrol boleh dipam daripada
tangki, jika tidak, setiap percikan api yang disebabkan oleh elektrostatik boleh
menyebabkan letupan.

3.0 Kesan Daya Geseran dan Daya Elektrostatik

3.1 5 Kesan daya Geseran

3.1.1 Permukaan yang bergeser menjadi panas

3.1.2 Objek berat sukar bergerak

3.1.3 Menghasilkan bunyi

3.1.4 Permukaan objek menjadi haus


3.1.5 Memperlahan atau menghentikan objek

3.2 5 Kesan daya elektrostatik

3.2.1 Belon(Elektron) menarik objek ringan(proton)

Belon ditiup,kemudian digosokkan pada rambut kita dalam arah ke depan dan
belakang.Kemudian dekatkan pada objek(tin kosong) yang diletakkan secara melintan
dalam jarak 3cm.Gerakan ke belakang secara perlahan-lahan.Tin minuman akan tertarik
kea rah belon.

Apabila belon digosok pada rambut,permukaan belon dipenuhi dengan electron yang
bercas negative.Elektron pada belon akan menarik cas positif pada tin minuman kosong.

3.3.3 Palam Pencucuh


Percikan bunga api terhasil apabila enjin kereta dihidupkan.Cas-cas elektrik melompat
melintasi ruang bunga api pada palam pencucuh untuk menghasilkan bunga api.Bunga
api ini menyebabkan bahan api terbakar untuk menghasilkan tenaga.

3.3.4 Pakaian nilon


Bunyi yang bergeser kedengaran apabila kita menanggalkan pakaian nilon pada hari
kering.Hal ini disebabkan cas elektrik static terhasil apabila nilon bergeser dengan badan kita.

3.3.5 Menyikat rambut


Rambut kering akan berdiri tegak atau tertarik pada arah sikat pada hari kering.Hal ini
disebabkan oleh rambut menjadi bercas apabila bergeser dengan sikat

3.3.6 Pemetik api elektronik


Cas elektrik terhasil apabila pemetik api elektrik dipetik untuk menghasilkan bunga
api.Bunga api ini kemudian akan menyalakan gas.

4.0 Cadangan Mengurangkan kesan negative Daya geseran dan daya elektrostatik
4.1 Cadangan Penambahan dan mengurangkan Geseran

4.1.1 Menggunakan troli atau roda


. Geseran antara dua permukaan yang yang bersentuhan dapat dikurangkan dengan
menggunakan roda - roda digunakan pada kenderaan dan untuk memindahkan barang

4.1.2 Menggunakan minyak pelincir


minyak pelincir atu gris - digunakan untuk menjadi pelincir kepada dua
permukaan yang bergeser seperti engsel pintu

4.1.3 Galas bebola

Bebola digunakan pada pusat roda kenderaan untuk mengurangkan geseran


4.1.4 Menggunakan bentuk aerodinamik
Kapal terbang yang bergerak pantas mempunyai bentuk aerodinamik.Bentuk ini mengurangkan
geseran udara semasa gerakan

4.1.5 Corak Tayar


Corak pada tayar kenderaan dapat menambahkan geseran supaya kenderaan tidak
tergelincir

4.1.6 Pemegang raket


dilapik dengan dengan balutan kulit untuk menambahkan genggaman
4.1.6 Hoverkraf bergerak secara terapung di permukaan air.Lapisan udara antara dasar
hoverkraf dengan permukaan air untuk mengurangkan geseran.

4.2 Langkah Keselamatan Daya Elektrostatik

4.2.1 Rantai logam pada Lori

Geseran antara lori dan udara akan menghasilkan cas.Cas ini terkumpul di bahagian badan tangki
dan boleh menyebebkan percikan api.Ini akan menyebabkan letupan.

Bagi mengurangkan cas elektrik pada tangki,satu rantai logam digantung bagi tujuan
mengalirkan cas-cas elektrik tadi ke permukaan bumi.
4.2.2 Konduktor kilat
Bumbung bangunan tinggi biasanya dipasang dengan konduktor kilat untuk melindungi
daripada disambar oleh kilat.Hujung konduktor kilat yang bercabang dan tajam
mengalirkan cas elektrik pada awan ke bumi.Satu hujung lagi pada konduktor kilat yang
ditanam di dalam tanah untuk mengalirkan cas elektrik daripada awan ke bumi tanpa
merosakkan bangunan.

4.2.3 Tayar khas pada kapal terbang


Kapai terbang akan memperoleh cas elektrik yang tinggi apabila bergeser dengan udara
semasa terbang.Tayar yang dibuat khas akan mengalirkan cas elektrik ke bumi apabila
kapal terbang mendarat.
Rujukan

Sia Yong Sun & Foo Seng Teck(2009).Sukses Fizik SPM.Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti
Sdn Bhd.

Sia Yong Soon,Yee Cheng Teik & Foo Seng Teck(2004).Eksplorasi Fizik Tingkatan
Empat. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Yew Kok Leh,Koay Kheng Chuan &Chang See Leong(2016).Focus SPM Fizik.Bandar
Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn Bhd

You might also like