Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

1.

2 Hukum adat dan Undang-undang

Soalan 6. Apakah yang dimaksudkan dengan hukum adat dan undang-


undang dalam masyarakat Melayu.

Pendahuluan

Adat merujuk kepada sesuatu peraturan tertentu yang menjadi amalan


sesebuah masyarakat secara turun-temurun sehingga menjadi sebati dan
dianggap sebagai hukum atau undang-undang yang harus dipatuhi.
Undang-undang merujuk kepada peraturan tertentu yang mesti dipatuhi oleh
setiap anggota dalam sesebuah masyarakat. Undang-undang berperanan
sebagai panduan tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam
sesebuah masyarakat serta bentuk hukuman yang bakal diterima jika sesuatu
peraturan tidak dipatuhi.

Isi-isi penting

a) Terdapat dua jenis hukum adat yang diamalkan di negeri-negeri Melayu,


iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Kedua-dua adat ini dipercayai berasal
dari tempat yang sama, iaitu Minangkabau, sebuah wilayah yang terletak di
sebelah barat Pulau Sumatera, Indonesia.
b) Kedua-dua hukum adat ini dalam bentuk tidak bertulis dan dihafal oleh
ketua adat. Pemisahan antara kedua-dua adat ini bermula apabila seorang
pembesar di Sumatera membahagikan pentadbiran kawasannya kepada dua
orang anak lelaki beliau, iaitu Datuk Perpatih Nan Sebatang dan Datuk
Ketemenggungan.
c) Undang-undang 99 Perak agak berbeza daripada undang-undang biasa
kerana disusun dalam bentuk dialog dan bukannya berasaskan kepada fakta dan
fasal.
d) Undang-undang 99 Perak mempunyai pengaruh Adat Perpatih dan Adat
Temenggung. Undang-undang ini mengandungi hampir semua perkara berkaitan
hak pemerintah, perhambaan, jenayah, harta, perkahwinan, dan pertelingkahan
kecil.
e) Undang-undang ini dikatakan undang-undang yang paling bertimbang rasa
dalam Adat Temenggung. Undang-undang ini terdiri daripada 99 buah undang-
undang yang menetapkan kesalahan dan hukuman bagi 99 kelakuan.
f) Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor merupakan satu himpunan undang-
undang yang menjadi perlembagaan asas bagi negeri Johor. Perlembagaan yang
digubal pada 14 April 1895 dinamakan sebagai undang-undang Tubuh Kerajaan
Johor tahun 1895. Undang-undang ini digubal semasa pemerintahan Sultan Abu
Bakar.

Penutup
Kewujudan hukum dan undang-undang membuktikan bahawa masyarakat
tempatan telah mempunyai satu sistem perundangan yang teratur untuk
dijadikan panduan dalam kehidupan mereka sebelum kedatangan penjajah.
Menerusi sistem perundangan ini, keamanan dan ketenteraman dapat
dipelihara bagi membolehkan golongan pemerintah dan rakyat menjalankan
urusan masing-masing dengan teratur. Jika timbul sesuatu masalah, mereka
mempunyai undang-undang yang dapat dijadikan panduan dan rujukan sebelum
sesuatu tindakan itu diambil.
Soalan 7: Terangkan bentuk dan pelaksanaan Adat Perpatih.

Pendahuluan
Adat merujuk kepada sesuatu peraturan tertentu yang menjadi amalan
sesebuah masyarakat secara turun-temurun sehingga menjadi sebati dan
dianggap sebagai hukum atau undang-undang yang harus dipatuhi.
Istilah Adat Perpatih berasal daripada gelaran Sultan Balun(Sutan Maharajo
Bosa).iaitu Datuk Perpatih Nan Sebatang.Hukum adat ini tidak bertulis dan
dihafal oleh ketua adat.Datuk Perpatih Nan Sebatang dikatakan mempunyai
pendekatan yang berbeza dalam beberapa perkara terutamanya cara
mentadbirkan negeri,beliau lebih mengutamakan kaum wanita dalam pemberian
harta pusaka.Datuk Perpatih Nan Sebatang memerintah di sebelah Pagar Ruyong
sejak itu bermulalah tersebarnya resam dan amalan Adat Perpaatih iaitu apabila
orang Miangkabau berhijrah ke Tanah Melayu.Adat ini mulanya dibawa bersama
untuk diamalkan dan lama-kelamaan menjadi sebahagian adat resam
masyarakat tempatan.
Isi-isi penting:

Bentuk dan Pelaksanaan Adat Perpatih


Adat Perpatih merupakan satu peraturan atau undang-undang yang tidak
bertulis dalam bentuk pepatah yang dihafal oleh ketua adat dan diperturunkan
kepada generasi lain.Susunan hukum ini dikenali sebagai tambo atau kata
perbilangan adat.Hukum adat ini didasarkan kepada dua jenis sumber,iaitu
resam dan adat turun-temurun,dan hukum syarak yang diambil daripada mazhab
Shafie.Kedua-dua sumber ini telah disesuaikan tetapi biasanya hukum adat ini
tidak mengatasi hukum syarak.
Adat Perpatih mengandungi susunan peraturan yang lengkap meliputi setiap
sudut kehidupan individu dan masyarakat secara keseluruhan.Adat ini memberi
panduan tentang susunan pentadbiran dan pembahagian kuasa politik,aturan
kekeluargaan dan perkahwinan, pembahagian harta,undang-undang jenayah
serta hal ehwal kemasyarakatan.
Aspek Pemerintahan
Adat Perpatih mengamalkan pemerintahan secara demokrasi dengan
kedaulatan berada di atas tangan rakyat.Pemerintahan dijalankan secara
muafakat melalui wakil-wakil daripada setiap suku.Pemerinthan mesti mematuhi
undang-undang dan tidak boleh bertindak sesuka hati.Tiada siapa yang boleh
menguasai teraju pemerintahan secara mutlak kerana setiap jawatan akan
dilantik oleh jawatan lain.
Seseorang lelaki tidak mempunyai hak dalam mentadbir.Mereka yang
melanggar adat akan dibicarakan dan dihukum.
Ketua pentadbir dan pemerintah yang tertinggi ialah Yang Dipertuan Besar
atau Yamtuan Besar (Raja). Ini diikuti oleh Undang. Lembaga, Buapak dan Anak
Buah. Yamtuan dilantik oleh empat Undang, Undang dipilih oleh Lembaga.
Lembaga dipilih oleh Buapak dan Buapak pula dipilih oleh Anak Buahnya.Ini
bermakna sistem pelantikan mengikut Adat Perpatih dibuat berasaskan peringkat
dari bawah ke atas.
Aspek Kekeluargaan dan Perkahwinan
Adat Perpatih mengamalkan hidup secara bersuku-suku yang membawa
maksud hidup secara berkeluarga daripada sebuah keluarga yang besar.Setiap
suku mempunyai nama yang tersendiri untuk memudahkan mereka mengetahui
pertalian darah antara satu sama lain.Setiap suku dipecahkan kepada beberapa
bahagian kecil,iaitu Perut.Setiap Perut dipecahkan kepada Ruang dan setiap
Ruang kepada Rumpun.
Susunan keluarga masyarakat berdasarkan matrileneal;di susur galur kepada
keturunan sebelah ibu.Hubungan antara anggota masyarakat sangat rapat dan
dianggap bersaudara.Adat Perpatih tidak membenarkan sesama suku kerana
suku yang sama dianggap bersaudara.Perkahwinan hanya dibolehkan dalam
suku yang berbeza.Sistem ini dikenali sebagai eksogami.
Aspek Pembahagian Harta
Adat Perpatih memberatkan kaum wanita dalam mewarisi harta dengan
menurunkan harta melalui keturunan wanita,iaitu daripada pihak ibu(sebagai
pengasa kelurga)kepada anak perempuan.Sekiranya ibu tidak mempunyai anak
perempuan,harta akan diwariskan kepada adik perempuan,anak adik-adiknya
atau cucu-cucunya.
Harta pasangan suami isteri dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu Harta
carian-harta yang diperoleh oleh pasangan suami isteri sepanjang perkongsian
hidup Mereka, Harta dapatan-harta yang sedia dimiliki oleh isteri sebelum
berkahwin. Jika berlaku perceraian harta kekal milik isteri, Harta pembawaan-
harta yang sedia dimiliki oleh si suami sebelum berkahwin dan Harta sebelah-
harta asal kepunyaan suami dan isteri yang diberi oleh ibu bapa sebelum mereka
berkahwin.
Undang-Undang Jenayah
Hukuman dalam Adat Perpatih dilaksanakan dengan tujuan memperbaiki
keadaan dan tidak menghukum pealah.Pesalah dihukum mengikut kesalahan
yang dilakukan.Undang-undang jenayah dalam Adat Perpatih lebih menekankan
sifat bertimbang rasa.Seseorang yang melakukan kesalahan didenda mengikut
kesalahannya dan masa diberi ganti rugu.Contohnya,hukuman atas kesalahan
mencuri.Pesalah akan dihukum dengan memulangkan barang yang dicuri atau
membayar ganti rugi.
Kemasyarakatan
Adat menetapkan bahawa perbincangan antara anggota masyarakat harus
dibuat terlebih dahulu sebelum sesuatu perkara dilakukan.Tindakan
menyelesaikan masalah teebut digelar sebagai muafakat. Setiap anggota
masyarakat harus bersikap bertimbang rasa serta menekankan nilai-nilai yang
menunjukkan tentang hidup bermasyarakat. Adat ini menetapkan satu peraturan
hidup yang berlandaskan kepentingan hidup bersama, bergotong-royong, dan
bekerjasama. Setiap anggota masyarakat dalam Adat Perpatih dianggap
mempunyai kebolehan dan kemampuan tertentu.
Apabila sesuatu yang diusahakan itu berjaya, adat tidak menekankan kepada
kejayaan orang perseorangan sahaja tetapi kejayaan kelompok
masyarakat.Begitu juga sebaliknya berlaku, semua anggota perlu menanggung
kerugian atau kegagalan itu.
Penutup
Penghijrahan orang-orang Minangkabau ke Tanah Melayu telah membawa
masuk adat Perpatih yang telah banyak membantu untuk mengurus dan
mentadbir masyarakat Tanah Melay dengan lebih teratur dan sistematik.
Adat Temenggung

Soalan 8: Terangkan bentuk dan pelaksanaan adat Temenggung.

Pendahuluan
Adat merujuk kepada peraturan tidak bertulis tetapi menjadi undang-undang
yand diamalkan oleh masyarakat secara turun-menurun sehingga menjadi
hukum yang mesti dipatuhi oleh semua masyarakat.
Undang-undang ini disebut hukum adat dan terdapat dua jenis hukum adat
iaitu adat perpatih dan adat temenggung yang mempunyai ciri-ciri dan
keistimewaan. Adat Temenggung merupakan adat yang Berasal dari sumatera.
Isi-isi Penting:

Aspek Politik
1. Sistem Pemerintahan
Bercorak autokratik dan kuasa tertinggi terletak di tangan raja atau sultan.
Puncak struktur politik ialah raja atau sultan menjadi Ketua pentadbir, agama
dan simbol kedaulatan dan perpaduan rakyat, diikuti oleh kerabat diraja,
pembesar negeri dan daerah atau jajahan. Mereka dilantik oleh raja dan
memerintah sebagai wakil raja. Pembesar bertugas pada peringkat mukim dan
lapisan paling bawah ialah ketua kampung yang memerintah kampung.
Pelantikan raja berdasarkan warisan dan raja yang mangkat akan digantikan
oleh putera sulung. Jika tidak ada putera, adindanya akan mengambil alih takhta
dan jika kedua-duanya tidak ada, raja bendahara akan dilantik menjadi raja.

2. Perundangan / Hukuman
Berpegang kepada perinsip pembalasan dan hukuman mati adalah hukuman
paling berat. Dijatuhkan ke atas kesalahan berat seperti membunuh, memfitnah
atau menderhaka terhadap raja.
Undang-undang dalam adat Temenggung memerlukan bukti yang kukuh
terhadap sesuatu kesalahan. Dalam suatu kes, saksi amat penting.
Aspek Ekonomi
1. Pembahagian Harta
Harta ialah hak individu dan melibatkan pembayaran cukai kepada penguasa
tampatan. Sistem perwarisan menjadi hak milik tetap bagi seseorang individu.
Harta diwarisi oleh anak lelaki.

Aspek Sosial
1. Kekeluargaan
Sistem kekeluargaan mengikut sebelah ibu dan ayah.
Selaras dengan hukum syarak, lelaki diberikan keutamaan kerana mereka
menjadi ketua keluarga dan nasab keturunan dikira daripada sebelah bapa.

2. Perkahwinan
Isteri akan mengikuti suaminya dan tinggal bersama dengan ibu bapa
suaminya. Isteri akan menjadi keluarga suaminya.
Adat Temenggung mengamalkan perkahwinan endogami (selari dengan
hukum syarak). Perkahwinan hanya boleh dilangsungkan sekiranya: Tidak
melanggar hukum agama Islam, Tidak ada pertalian darah atau perkahwinan,
Pasangan tidak berkahwin dengan orang lain, Pasangan bukan daripada saudara
susun dan Larangan berkahwin dengsn dua orang perempuan yang bersaudara.

3. Kemasyarakatan
Pengelompokan seperti dalam adat perpatih tidak wujud.
Kesimpulan
Hukum berdasarkan dua sumber, iaitu resam atau adat turun-temurun dan
hukum syarak mengikut mazhab Syafie.
Hukum ini tidak pernah ditulis tetapi dihafal oleh ketua Adat.
Soalan 9: Bandingkan pelaksanaan Adat Perpatih dan Adat Temenggung
dalam masyarakat Melayu tradisional.
Pengenalan

Hukum Adat merupakan amalan tradisi yang merangkumi peraturan hidup


serta diwarisi sejak turun-temurun lagi. Hukum Adat menjadi satu peraturan atau
undang-undang yang perlu dipatuhi oleh masyarakat Melayu. Pada peringkat
awal, ianya hanyalah sebagai rutin harian dan seterusnya menjadi satu
kebiasaan dan akhirnya berubah menjadi peraturan yang harus dan wajib
dipatuhi.
Hukum Adat ini tergolong dalam kategori undang-undang lisan iaitu undang-
undang atau hukum yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi lain
tanpa ditulis atau dibukukan, sebaliknya dihafal oleh Ketua Adat. Hukum Adat
adalah berdasarkan dua sumber utama iaitu resam atau adat turun- temurun
dan pengaruh agama Islam melalui penerapan hukum syarak berdasarkan al-
Quran dan diambil daripada mazhab Shafie.

Isi-isi penting:

Persamaan Adat Perpatih dan Adat Temenggung

Hukum Adat yang paling awal wujud di Tanah Melayu ialah Adat Perpatih dan
Adat Temenggung.
Kedua-dua adat ini berasal dari satu keturunan yang sama iaitu keturunan
darah diraja yang mewarisi pemerintahan di Sulawesi.
Kedua-dua hukum adat ini berasal dari sebelah barat Pulau Sumatera.

Perbezaaan Adat Perpatih dan Adat Temnggung

a. Asal-usul dan pengasasan

Adat Perpatih dibawa dari Pagar Ruyung, Sumatera dan diasaskan oleh Datuk
Perpatih Nan Sebatang. Beliau menjaga kawasan tanah sebelah darat dan pusat
pemerintahannya terletak di Pagar Ruyung.Orang Minangkabau dikatakan
bertanggungjawab membawa masuk adat ini ke Negeri Sembilan dan wilayah
Naning pada kurun ke-17.
Manakala menurut Terombo atau lagu asal usul adat, Adat Temenggung
diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang menjadi pemerintah di Palembang,
Sumatera. Beliau menjaga kawasan persisiran pantai dan laut dan pusat
pemerintahannya terletak di Palembang. Adat ini kemudiannya dibawa masuk
ke Tanah Melayu pada kurun ke-15 dan diamalkan di semua negeri di
Semenanjung Tanah Melayu kecuali Negeri Sembilan dan wilayah Naning.

b. Bentuk dan pelaksanaan

Adat perpatih merupakan adat yang tidak bertulis. Ianya merupakan pepatah
yang diwariskan secara lisan. Susunan hukum dalam adat ini dikenali sebagai
tambo atau perbilangan adat. Adat Perpatih berdasarkan dua sumber, iaitu
resam atau adat turun-temurun yang diwarisi dan hukum syarak daripada
mazhab Shafie. Adat ini dihafal oleh Ketua Adat.
Manakala Adat Temenggung pula, pada peringkat awal penyebarannya di
Tanah Melayu, adat ini mempunyai pengaruh agama Hindu terutamanya Undang-
undang Manu. Adat ini kemudiannya menerima pengaruh Islam dan hukum
syarak mengikut Mazhab Shafie. Adat Temenggung dihafal dan dilaksanakan oleh
Tok Sidang, penghulu atau penggawa.

c. Pentadbiran dan pemerintahan

Adat Perpatih mengamalkan pemerintahan berbentuk demokrasi. Kuasa


pemerintah dilaksanakan secara muafakat melalui wakil daripada setiap suku.
Kuasa pemerintah tertinggi ialah Yam Tuan Besar dan diikuti oleh Undang,
Lembaga, Buapak dan Anak Buah (Perut). Ketua pada setiap peringkat dipilih
dan dilantik oleh kumpulan ketua daripada peringkat bawah hingga atas iaitu
bermula dari Perut, Buapak, Lembaga, Undang dan Yam Tuam Besar. Perlantikan
Yam Tuan Besar adalah ditentukan oleh empat orang Undang yang menjadi ketua
pemerintah di luak atau daerah utama iaitu Luak Sungai Ujung, Rembau, Johol
dan Jelebu. Sementara pemilihan Undang pula ditentukan oleh Lembaga.
Manakala Lembaga pula akan dipilih oleh Buapak. Buapak pula dipilih oleh Perut
Sebaliknya, Adat Temenggung mengamalkan sistem autokrasi iaitu kuasa
pemerintahan terletak di tangan pemerintah iaitu raja atau sultan yang berkuasa
mutlak. Buktinya ialah perlantikan sultan dan pembesar adalah secara monarki
iaitu warisan. Sultan juga bertanggungjawab dalam segala aspek iaitu
merangkumi aspek politik, ekonomi mahupun dari segi sosial. Adat ini
mementingkan golongan raja atau golongan yang memerintah. Rakyat wajib
menurut segala titah perintah sultan tanpa mempersoalkannya.

d. Undang-undang perkahwinan

Adat Perpatih melarang perkahwinan sesama suku. Hal ini kerana ahli dalam
satu suku mempunyai pertalian erat dan justeru itu mereka dianggap
bersaudara. Perkahwinan sesame suku juga tidak digalakkan kerana dianggap
tidak mengembangkan keturunan. Perkahwinan sesama suku akan
menyebabkan mereka hilang kepentingan dalam suku tersebut. Oleh itu,
perkahwinan mestilah dengan suku yang berbeza. Sistem perkahwinan ini
dikenali sebagai eksogami. Selepas berkahwin, si isteri akan membawa
suaminya tinggal di rumah pusaka (rumah gadang) atau rumah sendiri yang
dibina berhampiran dengan rumah pusaka ibunya.
Keadaan berbeza dalam Adat Temenggung yang lebih menjurus kepada
perundangan Islam. Menurut Adat Temenggung, perkahwinan dibenarkan
dengan sesiapa sahaja asalkan tiada pertalian darah atau muhrim. Bermakna
perkahwinan di antara saudara seibu sebapa adalah dilarang. Setelah
berkahwin, si isteri akan tinggal bersama keluarga suami.

e. Undang-undang keluarga

Undang-undang keluarga Adat Perpatih pula bersifat matriarchal iaitu memberi


keutamaan kepada kaum wanita yang menjadi asas wujudnya suku. Bagi Adat
Perpatih, ibu dianggap sebagai ketua keluarga. Suami dikehendaki tinggal
bersama keluarga isteri. Dari segi hubungan kekeluargaan pula, keluarga
sebelah ibu lebih diberi keutamaan berbanding keluarga sebelah bapa.
Sementara undang-undang keluarga Adat Temenggung pula bersifat
patriarchal iaitu lebih mengutamakan kaum lelaki. Ini kerana kaum lelaki
diangggap melanjutkan keturunan sesebuah keluarga. Bapa merupakan ketua
keluarga. Oleh itu, nasab keturunan dikira daripada sebelah keluarga. Keadaan
ini bersesuaian dengan hukum Islam. Dari segi hubungan kekeluargaan,
keluarga di sebelah bapa dan ibu dianggap sama penting. Seseorang isteri
dikehendaki tinggal bersama keluarga suaminya kerana ia telah menjadi ahli
keluarga si suami setelah berkahwin.

f. Pembahagian harta pusaka

Adat Perpatih menetapkan bahawa harta pusaka dalah diturunkan melalui


keturunan iaitu diwarisi daripada ibu sebagai pengasas keluarga kepada anak
perempuan. Hal ini kerana, kaum wanita mempunyai tanggungjawab yang lebih
besar dalam masyarakat dan menjadi asas wujudnya suku. Adat Perpatih
menjadikan wanita kaya dan berkuasa. Suami tidak boleh memiliki harta
pusaka. Sekiranya tidak mempunyai anak perempuan, hartanya akan diwariskan
kepada adik perempuannya atau menjadi hak suku.
Sementara pembahagian harta pusaka Adat Temenggung pula berlandaskan
syarak di mana anak lelaki berhak mewarisi dua pertiga daripada harta
keluarganya. Selebihnya akan diberikan kepada anak perempuan. Pemberian
harta yang lebih kepada anak lelaki adalah kerana berdasarkan kepada
tanggungjawab anak lelaki yang lebih besar dalam keluarga berbanding dengan
anak perempuan. Hal ini bermakna Adat Temenggung memberi keadilan kepada
semua pihak, tidak kira lelaki atau wanita.
g. Undang-undang jenayah

Hukum jenayah Adat Perpatih adalah bersifat pemulih. Hal ini kerana adat ini
tidak bertujuan menghukum pesalah, sebaliknya berusaha memperbaiki
keadaan. Kesalahan membunuh dapat diselesaikan apabila salah seorang ahli
suku mengambil alih tanggungjawab tempat si mati menanggung nafkah
keluarga dan sebagainya.
Sedangkan Adat Temenggung, hukum jenayahnya adalah lebih keras dan
bersifat pembalasan. Contohnya, kesalahan membunuh akan dikenakan hukum
bunuh. Walau bagaimanapun, hukuman yang dikenakan oleh pemerintah
kepada golongan rakyat adalah lebih berat berbanding hukuman yang dijatuhkan
kepada golongan atasan. Golongan pembesar yang melakukan kesalahan
membunuh hanya dikenakan hukuman buang negeri sahaja.

Kesimpulan

Kesimpulannyanya, Hukum Adat memainkan peranan penting dalam


masyarakat Melayu tradisional. Meskipun ia dilaksanakan secara lisan, namun
ketelusannya tidak pernah diragui. Kewujudan Hukum Adat menjadi panduan
kepada penulisan undang-undang moden yang dihasilkan dalam bentuk
dokumen. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka merupakan
undang-undang bertulis yang tertua di Tanah Melayu. Dari sinilah wujudnya
undang-undang yang diamalkan di seluruh Tanah Melayu.
Kedatangan kuasa barat telah mengubah perlaksanaan undang-undang
tradisional masyarakat Melayu. Meskipun demikian, adat-adat lama masih kekal
wujud hingga kini.

Soalan 10: Undang-undang diamalkan untuk menjaga keharmonian


rakyat. Huraikan amalan undang-undang dalam masyarakat Melayu
sehingga abad ke 20.

Pengenalan
Undang-undang dibuat bagi membentuk peraturan dalam kehidupan manusia.
Dengan adanya peraturan ini, manusia dapat hidup dengan aman dan tenteram.
Masyarakat juga akan tahu tanggungjawab dan peranan masing-masing dan
dengan ini dapat pula membentuk pemerintahan yang adil dan saksama.
Keteraturan sistem pemerintahan Kerajaan Melayu Tradisional turut berpunca
daripada wujudnya aturan atau undang-undang yang dilaksanakan.
Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
merupakan adaptasi dari Hukum Kanun Melaka lalu diubahsuai mengikut
keperluan negeri masing-masing dan dibentuk berdasarkan prinsip-prinsip
tertentu. Undang-undang yang diamalkan di Negeri-negeri Melayu berasaskan
Adat Temenggung dan menjadi undang-undang bertulis. Antara undang-undang
tersebut ialah Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Pahang, Undang-
undang Johor dan Undang-undang Kedah. Undang-undang bertulis ini juga
merupakan warisan daripada Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut
Melaka.

Isi-isi Penting:

Undang-undang 99 Perak

Disusun pada abad ke17, dibawa ke Perak oleh Sayid Husain Al-Faradz.
Mengandungi 99 buah undang-undang yang meliputi pelbagai perkara dan ditulis
dalam bentuk soal jawab
Perkara-perkara dalam undang-undang ini ialah :
a) Tugas dan tanggungjawab pemerintah
b) Peraturan adat istiadat mengadap dan melantik raja
c) Perkara-perkara jenayah
d) Hal-hal kekeluargaan

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor

Diperkenalkan pada 1895 oleh Sultan Abu Bakar dan merupakan


perlembagaan bertulis yang pertama di Semenanjung T.M. Berdasarkan system
pentadbiran di Britain.
Antara perkara yang terkandung ialah :

a) Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Johor kepada kuasa asing


b) Majlis Mesyuarat Menteri hendaklah dilantik daripada orang Melayu dan
bertanggungjawab menasihati sultan dalam pentadbiran negeri
c) Ahli Majlis Mesyuarat Negeri hendaklah terdiri daripada rakyat Johor yang
berperanan menggubal undang-undang

Kesimpulan
Undang-undang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu bertujuan untuk
mengawal perlakuan ahli masyarakat bagi mengekalkan keharmonian dan
kesejahteraan hidup.
Boleh dijadikan garis panduan bagi setiap orang untuk melakukan sesuatu
perkara. Digunakan untuk mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah agar
lebih terjamin, dan hak setiap anggota masyarakat dalam kehidupan.
Soalan 11: Huraikan prinsip-prinsip umum undang-undang 99 Perak

Undang-undang 99 Perak

Pendahuluan

Undang-undang 99 perak ialah undang-undang yang tertua sekali di Perak


berkaitan dengan hal ehwal agama dan tradisi masyarakat tradisional. Undang-
undang 99 Perak dikanunkan pada tahun 1867 dan berkuatkuasa sehingga tahun
1900.
Dipercayai bahawa undang-undang ini dibawa dari luar iaitu Syed Hassan dari
Hadramaut pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin. Undang-undang
ini mengandungi pelbagai aspek yang memperlihatkan ciri-ciri keislaman, unsur
bertimbang rasa dan kompromi.

Isi-isi Penting:

Penzinaan

Fasal 6 hukuman bagi pesalah yang mengambil isteri orang: Fasal 6


memperuntukkan seorang pesalah yang mengambil isteri orang lain akan
dibuang dari mukimnya. Sekiranya tidak dibuang, dia dikehendaki membayar
denda (emas). Bagi perempuan pula, hukumannya adalah dicukur rambutnya
tetapi akan dilepaskan sekiranya membayar denda.
Fasal 50 hukuman bagi pesalah yang melakukan zina: Jika kedua-dua penzina
mengakuinya, mereka hanya diperintahkan bernikah dan membayar denda
sepaha emass. Jika penghulu mendapati tiada kesalahan, maka kesalahan itu
boleh dibincangkan dan dimaafkan.

Perkahwinan
Fasal 65: Undang-undang 99 perak memperuntukkan bahawa pasangan yang
baru bernikah tidak dibenarkan bersama lebih kurang 40 hari atas alasan untuk
menjaga keimanan masing-masing.

Pembunuhan

Fasal 23 Pembunuhan sesama orang Islam: Orang Islam yang membunuh


orang Islam tidak boleh dijatuhi hukuman kerana kedua-duanya akan binasa.
Cuma orang yang membunuh itu menjadi kafir. Hukuman yang boleh dikenakan
ialah ialah denda empat tahil dua paha emas (dua dirham) dan disedekahkan
setahil sepaha emas.
Fasal 4 Orang kafir membunuh orang Islam: Orang kafir yang membunuh
orang islam tidak akan dibunuh kerana orang kafir tersebut tidak akan sempat
memeluk islam. Pewaris si pembunuh dikehendaki membayar sejumlah wang
(dalam bentuk emas) kepada keluarga si mati.

Protokol / Peraturan Raja / Orang Besar

Fasal 24 Prokol istana: Seseorang itu perlu mematuhi beberapa peraturan


jika mengadap raja atau pembesar seperti menundukkan kepalanya semasa
duduk dalam balai balairung seri, menumpukan perhatian (tidak boleh
menolehkan pandangannya), tidak boleh memandang muka raja atau pembesar,
tidak boleh bercakap atau bertutur kata dalam nada suara yang tinggi, dan perlu
duduk diam berdasarkan adat menghadap raja atau pembesar.
Fasal 77 Peraturan raja: Fasal ini menetapkan jika seseorang raja atau
pemerintah tersebut mangkat, maka takhtanya akan diwarisi oleh anak raja yang
paling tua. Jika tiada, maka anak raj yang paling kecil akan mewarisi takhta.
Syarat untuk mewarisi takhta pemerintahan mestilah anak gahara (anak yang
dilahirkan oleh raja dan permaisuri daripada golongan diraja).

Peperangan

Fasal 74: Strategi untuk menang ialah meningkatkan belanja, tenaga tentera,
senjata, menggunakan akal, mempunyai ilmu yang luas, meminta bantuan
daripada negeri yang berhubung, mempunyai semangat berani, menggunakan
muslihat, memperkukuhkan kewangan, mendapatkan seorang pemimpin yang
mendapat sokongan orang ramai, dan tidak mengikut kata-kata orang lain.
Pembahagian harta

Fasal 33: Menyentuh terhadap pembahagian harta si mati, anak perempuan


akan diberikan rumah, kebun, pinggan-mangkuk, dan peralatan dapur. Alatan
besi atau senjata, sawah pad, lombong, diberikan kepada anak lelaki. Segala
hutang dan harta dibahagikan seperti berikut, anak lelaki mendapat dua kali
ganda lebih daripada anak perempuan. Harta lain akan dibahgikan secara adil
kepada anak. Anak yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh peratus
lebih daripada anak lain.

Hal ehwal agama

Fasal 58: Syarat menjadi imam tatu khatib ialah mempunyai sifat yang mulia,
pertuturan yang baik, menguasai maklumat tentang hari bulan dan tahun,
sanggup bersusah payah demi kebaikan orang lain, bersikap pemurah, menjadi
orang yang wal masuk ke masjid pada hari jumaat, dan sanggup membaiki
masjid yang rosak.
Fasal 79: Syarat menjadi Kadi di dalam negeri atau mukim ialah perlu
menguasai segala hukum Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW, mengetahui
adat dan hukum negeri, mempunyai suara yang merdu, mempunyai tubuh
badan yang sihat, tidak cacat dan memiliki sifat yang mulia.

Penutup

Undang-undang ini tidak memperlihatkan unsur Islam kerana lebih menjurus


kepada adat tempatan. Contohnya pembunuhan didapati tidak selaras dengan
hukum Islam, yang perlu dibalas dengan bunuh.
Undang-undang 99 Perak menyentuh pelbagai aspek namun masih terdapat
kelemahan dan kekurangan berbanding Hukum Kanun Melaka. Segala hukuman
hanya berbentuk denda wang iaitu emas.

Soalan 12: Huraikan Prinsip-prinsip Umum Undang-undang Tubuh


Negeri Johor.
Undang-undang Tubuh Johor

Pendahuluan:
Undang-undang tubuh kerajaan johor merupakan satu himpunan yang menjadi
perlembagaan asas bagi negeri johor semasa pemerintahan sultan abu bakar.
Undang-undang tubuh kerajaan johor telah dipindah sebanyak 4 kali. Pindaan
pertama pada 1 april 1908. Pindaan kedua , pada 17 september 1912 dan
pindaan ketiga, pada 12 mei 1914. Pindaan yang terakhir pada 17 julai 1918.
Isi-isi Penting:

Perlantikan Raja dan Bakal Pengganti Raja


Dalam menentukan soal perlantikan raja, beberapa fasal telah digubal salah
satunya ialah fasal kedua, yang menyatakan bahawa syarat bakal pengganti raja
mestilahberbangsa melayu, berdarah raja daripada keturunan pemerintahan
Johor yang terdahulu, iaitu zuriat sultan Abu Bakar. Lelaki dan beragama
Islam. Fasal ketiga pula, jika tiada keturuan daripada zuriat Sultan Abu Bakar
yang boleh ditabalkan menjadi raja, maka seorang anak lelaki daripada zuriat
temenggung Ibrahim boleh ditabalkan menjadi pengganti raja.
Fasal kelima di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor menyerahkan
beberapa perkara dalam Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah pangkuan negeri untuk
membuat pertimbangan berasaskan beberapa syarat iaitu; Seorang lelaki yang
cukup umur dan sempurna akal; Berasal daripada bangsa melayu Johor dan
rakyat kerajaan Johor; Beragama islam, diakui daripada darah yang merdeka;
Mempunyai pengetahuan, boleh membaca dan menulis bahasanya; Memiliki
budi perkerti, tabiat perangai dan tingkah laku yang baik dan terpuji.
Tanggungjawab memelihara kedaulatan negeri
Undang-undang tubuh kerajaan johor telah menetapkan kewajipan raja untuk
memelihara kedaulatan negeri johor sepanjang masa. Fasal 15 menyatakan
bahawa, melarang raja yang memerintah daripada menyerahkan atau membuat
sebarang perjanjian untuk menyerahkan negeri atau sesuatu bahagian dari
negeri Johor kepada sebarang kerajaan, kuasa Eropah dan Bangsa-bangsa yang
lain. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor memainkan peranan penting semasa
dalam memelihara kedaulatan negeri Johor semasa kebangkitan orang melayu
menentang cadanganpenubuhan Melayan Union. Kebangkitan orang melayu
berpunca daripada kebimbangan mereka terhadap raja-raja melayu yang akan
hilang kuasa sabagai pemerintah berdaulat.
Oleh sebab itu, apabila sultan Johor (sultan Ibrahim) memberi persetujuan dan
memandatangani perjanjian Melayan Union, orang Melayu johor yang diketuai
oleh para pembesar negeri telah bangkit menentang tindakan beliau. Mereka
mendakwa tindakan sultan Johor menandatangani Perjanjian Melayan Union
talah menyalahi peruntukan yang terkandung di dalam Undang-undang tubuh
kerajaan,iaitu tidaj membenarkan sultan johor melakukan apa-apa tindakan yang
boleh menggugat kedudukan Johor sebagai sebuah negeri yang berdaulat.
Peruntukan Berkaitan Agama Islam
Undang-undang tubuh kerajaan johor menyatakan agama bagi negeri Johor
agama islam tetapi agama lain boleh mengamalkan dengan aman dan
sempurna. Selaras dengan kedudukan sultan sebagai pemerintahtertinggi,
baginda hendaklah memerintah mengikut undang-undang dan bertanggunjawap
untuk memerihara agama Islam sebai agama negeri.
Peruntukan ini memperlihatkan dengan jelas bahawa perlembagaan bercorak
Islam telah mendapat tempat dalam sistem pemerintahan kerajaan Johor. Dalam
urusan pentadbiran keadilan negeri, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
menyatakan segala mahkamah, para pegawai, dan kakitangan kerajaan
hendaklah menjalankan undamg-undang negeri dengan adil dan benar.
Perlantikan dan bidang tugas Jemaah Menteri
Fasal 28 hingga 44 memperuntukan perkara-perkara berkaitan Jemaah Menteri
yang diinstitusikan secara bertulis dalan undang-undang Tubuh Kerajaan Johor.
Bilangan jemaah mernteri yang dilantik hendaklah tidak kurang daripada lapan
orang dan tidak melebiho 12 orang yang diketuai olej Menteri Besar. Anggota
jemaah menteri hendaklah dilantik daripada bangsa Melayu, rakyat johor, dan
beragama islam. Mereka dikendaki mengangkat sumpah di hadapan dua orang
saksi daripada kalangan pegawai kerajaan yang berbangsa Melayu dan
beragama islam serta taat setia kepada raja dan kerajaan.
Anggota jemaah menteri ditugaskan untuk menbantusuktan dalam urusan
pemerintahan negeri. Dalam hal ini, sultan boleh meminta pandangan dan fikiran
anggota jemaah menteri. Namun segala keputusan yang diambil terletak di
bawah tanggungjawap sultan.
Penutup
Masyarakat melayu tradisi mempunyai sistem sosial yang lengkap dan
tersusun. Setiap golongan mempunyai peranan yang tersendiri dalam
masyarakat.

You might also like