Manualprosedur Meningkatkan OER Sawit

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 33

MANUAL PROSEDUR KERJA

NKEA : EPP 4

MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK


OER 23 %
TAHUN 2020

MENINGKATKAN KADAR PERAHAN


MINYAK - OER 2020
23.5
23
22.5
22
OER (%)

21.5
21
20.5
20
19.5
19
2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020
OER 20.45 20.75 21.05 21.35 21.65 21.9 22.15 22.5 22.75 22.9 23

Bahagian Pelesenan Dan Penguatkuasaan


Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB )
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

[Tarikh: 1 Mac 2011]


MANUAL PROSEDUR KERJA
NKEA : EPP 4

Pendahuluan

Manual ini disediakan untuk kegunaan Pegawai-pegawai di Bahagian Pelesenan


dan Penguatkuasaan dalam kerja-kerja penguatkuasaan di bawah Program EPP 4
Meningkatkan Kadar Perahan Minyak (OER). Bagi memperjelaskan tugas Penolong
Pegawai Penguatkuasa (NKEA), Pegawai Penguatkuasa, Pegawai Penyelia dan
Jawatankuasa NKEA-EPP4 supaya program penguatkuasaan ini dapat berjalan
secara terancang dan berkesan.

Latarbelakang

Industri sawit telah dikenalpasti oleh kerajaan sebagai salah satu sumber ekonomi
yang berkeupayaan untuk menjana tambahan kepada pendapatan negara ke arah
ekonomi berpendapatan tinggi dengan pendapatan berkapita mencecah RM48,000
pada tahun 2020. Pendapatan daripada sektor kelapa sawit dijangka mencecah
RM178 bilion dimana sumbangan daripada EPP4 dianggarkan sebanyak RM13.7
bilion dan menyediakan 10,000 peluang pekerjaan.

EPP4 Meningkatkan Kadar Perahan Minyak (OER)

Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan telah diberi mandat untuk menjalankan


program meningkatkan kadar perahan minyak (OER) kepada 23% menjelang tahun
2020. Pada tahun 2011 sasaran OER nasional adalah 20.75% berbanding 20.45%
pencapaian OER pada tahun 2010.

Mukasurat: 1 / 32
Strategi Pelaksanaan EPP4

1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu kilang dengan bantuan Pegawai MPOB


2. Menguatkuasakan penggredan keatas BKS yang diterima berdasarkan
Garispanduan Penggredan Buah Kelapa Sawit MPOB
3. Kilang buah dan peniaga buah dimestikan melantik Penggred yang kompeten
dan diiktiraf oleh MPOB.
4. Harga BKS hendaklah dibayar menurut kualiti BKS diterima.
5. Meningkatkan kecekapan proses mengilang.

Pelan Tindakan EPP4

1. Menempatkan seramai 100 orang Penolong Pegawai Penguatkuasa (NKEA) di


kilang kelapa sawit Kategori A : OER < 20% dan bekalan Luar > 50%
2. Pemantauan prestasi OER kilang kelapa sawit kategori B1 : Kilang-kilang
FELDA
3. Pemantauan prestasi OER kilang kelapa sawit kategori B2 : OER > 20% ATAU
bekalan Luar < 50%
4. Pemantauan prestasi OER kilang kelapa sawit kategori C : 100% bekalan
sendiri
5. Membangunkan sistem pelaporan e-NKEA atau e-reporting, pemantau prestasi
OER akan dipecahkan mengikut kluster, negeri dan wilayah.

Skop Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa (NKEA)

1. Penguatkuasaan Larangan Menerima Buah Kelapa Sawit Muda.


2. Audit ke atas Pengiraan OER Kilang Kelapa Sawit.
3. Memberi khidmat nasihat kepada pembekal BKS.
4. Melaporkan pretasi OER harian, bulanan.dan lain-lain maklumat yang
berkaitan melalui e-NKEA.
5. Menjalankan siasatan dan kerja-kerja penguatkuasaan yang diarah dari masa
ke semasa.
6. Membantu kerja-kerja bancian yang dikuatkuasakan oleh MPOB
7. Membantu kerja-kerja pengawasan kehilangan minyak di kilang kelapa sawit.
8. Membantu kerja-kerja pengambilan sampel keluaran kelapa sawit untuk
analisa kualiti.

Mukasurat: 2 / 32
AKTIVITI PENGUATKUASAAN DIBAWAH EPP4

Penguatkuasaan Larangan Menerima Buah Kelapa Sawit Muda Keatas


1.0
Kilang Kelapa Sawit Kategori A
1.1 Pemeriksaan Stok BKS Di Ramp
1.2 Pemeriksaan Konsignasi BKS Ditolak
1.3 Pemeriksaan Penerimaan BKS Diramp
1.4 Pemeriksaan BKS Muda Yang Diasingkan Untuk Pelupusan
1.5 Pemeriksaan Pelupusan Di Premis Pembekal
2.0 Audit OER Kilang Dan Pembekal BKS Kilang Kelapa Sawit Kategori A
2.1 Audit Ke Atas Pengiraan OER Kilang Sawit
2.2 Mengenalpasti Pembekal Yang Menghantar BKS Muda (5%).
2.3 Pemantauan Alih Hantar BKS Oleh Pembekal
Peningkatan Kecekapan Pengilangan dan Pengurangan Kadar
3.0
Kehilangan Minyak Sawit Semasa Pemprosesan

4.0 Pemantauan Prestasi OER Kilang Kelapa Sawit Kategori B1

5.0 Pemantauan Prestasi OER Kilang Kelapa Sawit Kategori B2

6.0 Pemantauan Prestasi OER Kilang Kelapa Sawit Kategori C

SINGKATAN :
KP Ketua Pengarah
TKP Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan
PBPP Pengarah Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan
KUP Ketua Unit Penguatkuasaan
KW Ketua Wilayah
KC Ketua Cawangan
PP Pegawai Penguatkuasaan
PPPK Penolong Pegawai Penguatkuasa Kanan
PPP Penolong Pegawai Penguatkuasa
PMP Pembantu Penguatkuasa
PL Pemegang Lesen
IP Kertas Siasatan
OER Kadar Perahan Minyak Sawit
BKS Buah Kelapa Sawit

Mukasurat: 3 / 32
1. PENGUATKUASAAN LARANGAN MENERIMA BUAH KELAPA SAWIT
MUDA KE ATAS KILANG KELAPA SAWIT KATEGORI A

Mempastikan kerja-kerja penguatkuasaan larangan menerima


OBJEKTIF
buah kelapa sawit muda dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Penguatkuasaan larangan menerima buah kelapa sawit muda


SKOP keatas kilang Kategori A: 100 Kilang NKEA <20% OER dan >50%
Bekalan Luar

Pegawai Yang
Proses Kerja
Meluluskan/Dirujuk

PPP NKEA 1.1 Pemeriksaan stok BKS di ramp - buat pemeriksan pada
longgokan BKS sebelum kilang mula menerima BKS pada
awal pagi.
Jika ditemui BKS muda, lengkapkan Borang
Pemeriksaan BKS Muda EU-FFB01.
Mengumpul bukti kes untuk kesalahan terima/beli BKS
muda; gambar-gambar, tiket timbang, maklumat
pembekal yang disyaki dan lain-lain yang berkaitan.
Dapatkan perakuan daripada Grader atau sesiapa yang
diberi kuasa oleh kilang dengan menandatangani
Borang Pemeriksaan BKS Muda EU-FFB01.
Asingkan BKS muda dan alih ketempat pelupusan.
Lapor hasil pemeriksaan melalui e-NKEA untuk
tindakan penguatkuasaan Ketua Wilayah.

Mukasurat: 4 / 32
Pegawai Yang
Proses Kerja
Meluluskan/Dirujuk
PPP NKEA 1.2 Pemeriksaan Konsignasi BKS ditolak atau dipulang
kepada pembekal melebihi 25 tandan muda (anggaran
500kg). TERHAD KEPADA KILANG YANG TIDAK PUNYAI
TAPAK PELUPUSAN SAHAJA.
Berdasarkan maklumat daripada Grader kilang:
Dapatkan salinan asal Borang Penggredan daripada
Grader kilang
Pengesahan mengenai kualiti BKS yang ditolak oleh
Grader kilang dan anggarkan peratusan BKS muda
dalam konsignasi hantaran.
Lengkapkan Notis Pelupusan EU-FFB02 meliputi
maklumat berikut; Nama pembekal, No. Tiket Timbang,
No. Kenderaan, Nama Pemandu, Tarikh, Masa dan
tempat pemeriksaan.
Mengambil gambar kenderaan dan muatan.
Beri salinan pendua kepada pemilik BKS melalui
pemandu lori.
Hantar 1 salinan asal kepada Ketua Wilayah dan lapor
melalui e-NKEA.

PPP NKEA 1.3 Pemeriksaan penerimaan BKS diramp membuat


pemeriksaan selepas BKS selesai digred oleh Penggred
Kilang (sebelum buah kelapa sawit dimasuk ke dalam
hopper) seperti berikut:
Lengkapkan Senarai BKS Muda Ditolak EU-ST03
dengan maklumat berikut:-Nama Pembekal, No. Lori,
Bil. BKS muda dan cara pelupusan.
Lakukan pemeriksaan semula dan asingkan BKS muda
yang dijumpai untuk pelupusan.
Lengkapkan Borang Pemeriksaan BKS Muda EU-
FFB01.
Mengumpul bukti kes untuk kesalahan terima/beli BKS
muda; antaranya gambar BKS muda dan longgokan,
tiket timbang dan lain-lain yang berkaitan.
Dapatkan perakuan daripada Grader atau sesiapa yang
diberi kuasa oleh kilang dengan menandatangani
Borang Pemeriksaan BKS Muda EU-FFB01.
Lapor hasil pemeriksaan melalui e-NKEA untuk
tindakan penguatkuasaan Ketua Wilayah.

Mukasurat: 5 / 32
Pegawai Yang
Proses Kerja
Meluluskan/Dirujuk
PPP NKEA 1.4 Pemeriksaan BKS muda yang telah diasingkan untuk
pelupusan (Dilakukan selepas semua kerja pengasingan
BKS muda selesai pada setiap hari).

Memeriksa BKS muda yang diasingkan oleh kilang


untuk pelupusan.
Lengkapkan Senarai BKS Muda Ditolak EU-ST03
dengan maklumat berikut; Nama Pembekal, No. Lori,
Bil. BKS muda dan cara pelupusan.
Mengambil gambar longgokan BKS muda.
Mengira anggaran keseluruhan berat BKS muda untuk
pelupusan secara harian.
Pastikan BKS muda yang diasingkan dihantar ke
tempat pelupusan milik kilang.
Buat pemeriksaan dan ambil gambar di tapak
pelupusan pada setiap hari Jumaat. Pastikan BKS
muda yang dilupuskan seimbang dengan kuantiti
pelupusan yang direkodkan dalam Senarai BKS Muda
Ditolak EU-ST03 .
Lapor kepada Ketua Wilayah sekiranya ada keraguan
berkaitan kuantiti pelupusan di tapak pelupusan.
Melapor melalui e-NKEA secara harian.

PPP WILAYAH 1.5 Pemeriksaan pelupusan di premis pembekal terhadap


BKS muda yang dipulangkan untuk dilupuskan.
Berdasarkan laporan Pengawai NKEA dalam Notis
Pelupusan EU-FFB02 dalam sistem e-NKEA buat
lawatan keatas premis yang diadu.
Dipremis diadu dapatkan salinan Notis Pelupusan EU-
FFB02 dari peniaga.
Membuat pemeriksaan atas BKS muda yang
dipulangkan jika ada.
Ambil gambar dan bukti pelupusan.
Lengkapkan ruangan tindakan penguatkuasaan pada
Senarai BKS Muda Ditolak EU-ST03.
Jika BKS muda belum dilupuskan, lakukan tindakan
pemeriksaan seperti prosidur yang dinyatakan di para
1.3.
Lapor melalui e-NKEA dan ambil tindakan
penguatkuasaan yang berkaitan dengan kesalahan.

Mukasurat: 6 / 32
CARTA ALIRAN KERJA PENGUATKUASAAN LARANGAN MENERIMA BUAH
KELAPA SAWIT MUDA KEATAS KILANG KELAPA SAWIT KATEGORI A

1.1 Pemeriksaan stok BKS di


ramp sebelum kilang mula
menerima BKS pada awal pagi.
PPP NKEA
Lengkapkan EU- FFB01
Ada Ambil gambar
BKS Asingkan BKS muda untuk
muda pelupusan
e-NKEA
Tiada

Pengred memeriksa
konsignasi BKS masuk ke 1.2 Pemeriksaan Konsignasi BKS
ramp. ditolak atau dipulangkan melebihi 25
tandan muda (500kg) kepada
pembekal; TERHAD KEPADA
Tidak/ditolak KILANG YANG TIDAK PUNYAI
Konsignasi TAPAK PELUPUSAN SAHAJA.
diterima Berdasarkan maklumat daripada
Grader kilang
Ya
Lengkapkan EU-FFB02

1.3 Pemeriksaan penerimaan BKS Ambil gambar


diramp membuat pemeriksaan
selepas BKS selesai digred oleh
Penggred Kilang

PPP NKEA
Lengkapkan EU-FFB01
Ada
Ambil gambar
BKS
Asingkan BKS muda untuk
muda
pelupusan
Tiada E-NKEA

1.4 Pemeriksaan BKS muda yang


telah diasingkan untuk pelupusan 1.5 Pemeriksaan pelupusan di
(Dilakukan selepas semua kerja premis pembekal terhadap BKS
pengasingan BKS muda selesai pada muda yang dipulangkan untuk
setiap hari. (PPP NKEA) dilupuskan. (PPP Wilayah)

Mukasurat: 7 / 32
2. AUDIT KE ATAS PENGIRAAN OER KILANG KELAPA SAWIT
KATEGORI A

2.1 Audit ke atas Pengiraan OER Kilang Sawit

Memastikan OER yang dilaporkan kepada MPOB adalah tepat


OBJEKTIF
dan menepati kaedah pengiraan yang ditetapkan oleh Lambaga.
Manual audit keatas pengiraan OER kilang buah sawit pada
SKOP
setiap 1hb.

Pegawai Yang
Proses Kerja
Meluluskan/Dirujuk
Buat pemeriksaan pada setiap 1hb atau dalam apa-apa keadaan
sepertimana diarah oleh Ketua Wilayah.

1. Pemeriksaan fizikal stok CPO


Pastikan peralatan pengukuran ; pita pengukur, jangka
suhu berfungsi dan tepat.
Menyaksikan dan mengesahkan kerja-kerja
pengukuran stok CPO yang dilakukan oleh Pembantu
Makmal /pihak kilang di tangki pengeluaran dan
simpanan sebelum kilang mula beroperasi.
Rekod maklumat pengukuran stok.

PPP (NKEA)
2. Pemeriksaan fizikal stok BKS
Menyaksi dan mengesahkan kerja-kerja pengiraan stok
BKS diramp, hopper dan cages yang dilakukan oleh
Pembantu Makmal /pihak kilang dan rekod maklumat
pengiraan.

3. Pemeriksaan Rekod-Rekod
Kuantiti BKS diterima
Kuantiti stok awal BKS
Kuantiti stok akhir BKS
Kuantiti stok awal CPO
Kuantiti stok akhir CPO
Kuantiti hantaran atau jualan CPO

Mukasurat: 8 / 32
Pegawai Yang
Proses Kerja
Meluluskan/Dirujuk
4. Pengiraan OER
Pengiraan OER berpandukan maklumat berikut:-
a. Kuantiti BKS diproses
= BKS Terima + Stok Awal Stok Akhir

b. Kuantiti pengeluaran CPO


= Stok Akhir + Hantaran (pembeli ) Stok Awal

c. OER (%)
= Kuantiti pengeluaran CPO x 100 %
Kuantiti BKS diproses

Sekiranya OER dicapai meningkat/menurun secara


mendadak (0.5%), buat pengesahan maklumat serta kira
semula pengiraan kuantiti stok CPO untuk setiap tangki
simpanan, kuantiti minyak di oil room dan purata berat
BKS/Cages.

5. Laporan
Lapor kepada Ketua Wilayah melalui e-NKEA.

Mukasurat: 9 / 32
2.2 Pemantauan Pembekal Yang Menghantar BKS Muda > 5% Kilang Kelapa
Sawit Kategori A

Mempastikan penguatkuasaan keatas pembekal BKS yang


OBJEKTIF menghantar BKS muda melebihi 5% dapat dilaksakan dengan
berkesan.
Manual penguatkuasaan keatas pembekal BKS yang menghantar
SKOP
BKS muda melebihi 5%.

Pegawai Yang
Proses Kerja
Meluluskan/dirujuk
PPP (NKEA) 1. Analisa Maklumat Pembekal BKS
Berpandukan kepada rekod penolakan BKS muda oleh
kilang dan borang EU-ST03 yang dikemaskini oleh PPP
NKEA. Kenalpasti pembekal yang menghantar BKS yang
mengandungi melebihi 5 % BKS muda setiap minggu.

2. Tindakan Pemantauan:
Membuat pemeriksaan BKS 100% kepada pembekal
yang dikenalpasti.
Mengeluarkan senarai pembekal yang menghantar
BKS yang mengandungi melebihi 5% BKS muda
kepada Ketua Wilayah.

KW 3. Arahan Penguatkuasaan
Ketua Wilayah mengeluarkan arahan supaya pemeriksaan
Zero Tolerance dilakukan ke atas pembekal.

PPP 4. Penguatkuasaan Keatas Pembekal BKS

(Wilayah) Peniaga BKS (DF) - Membuat pemeriksaan dan


mengambil tindakan penguatkuasaan Zero Tolerance
dan pematuhan Garispanduan Amalan Perniagaan
Buah Kelapa Sawit.
Estet (ET) - Kenal pasti masalah dan beri khidmat
nasihat atau surat amaran.
Pekebun Kecil (SH) - Rujuk kepada IRED (TUNAS)
untuk khidmat nasihat.
Melapor melalui e-NKEA.

Mukasurat: 10 / 32
CARTA ALIRAN KERJA PEMANTAUAN PEMBEKAL YANG
MENGHANTAR BKS MUDA > 5%

1. Analisa Maklumat Pembekal BKS oleh PPP NKEA


Berpandukan kepada rekod penolakan BKS muda oleh
kilang dan borang EU-ST03 yang dikemaskini oleh PPP
NKEA. Kenalpasti pembekal yang menghantar BKS yang
mengandungi melebihi 5 % BKS muda setiap minggu.

2. Tindakan Pemantauan PPP NKEA:


Membuat pemeriksaan BKS 100% kepada pembekal
yang dikenalpasti.
Mengeluarkan senarai pembekal yang menghantar buah
kelapa sawit yang mengandungi melebihi 5 % BKS
muda kepada Ketua Wilayah.

3. Arahan Penguatkuasaan oleh Ketua Wilayah


Ketua Wilayah mengeluarkan arahan pemeriksaan Zero
Tolerance ke atas pembekal.

4. Penguatkuasaan keatas pembekal BKS oleh PPP


Wilayah
DF - Membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan
penguatkuasaan Zero Tolerance dan pematuhan
Garispanduan Amalan Perniagaan Buah Kelapa Sawit.
ET - Kenal pasti masalah dan beri khidmat nasihat
atau surat amaran.
SH - Rujuk kepada IRED (TUNAS) untuk khidmat
nasihat.
Melapor melalui e-NKEA.

Mukasurat: 11 / 32
2.3 Pemantauan dan Penguatkuasaan Alih Hantar BKS Oleh Pembekal

Mempastikan penguatkuasaan keatas pembekal alih hantar BKS


OBJEKTIF
dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Manual pemantauan dan penguatkuasaan keatas pembekal yang


SKOP
alih hantar BKS.

Pegawai Yang
Proses Kerja
Meluluskan/dirujuk
PPP (NKEA) 1. Analisa Maklumat Penerimaan BKS bulanan
Berdasarkan kepada rekod penerimaan BKS bulanan
kilang, jika didapati kuantiti penerimaan BKS meningkat
atau menurun sebanyak 25% berbanding bulan
sebelumnya, kenalpasti pembekal berikut:-
Pembekal BKS baru
Pembekal yang hantarannya meningkat atau menurun
sebanyak 25% berbanding bulan sebelumnya.
Kemukakan senarai diatas kepada Ketua Wilayah untuk
tindakan PPP Wilayah.

2. Tindakan Pemantauan
Pantau penerimaan BKS 100% kepada pembekal baru.

KW
3. Tindakan Ketua Wilayah
Ketua Wilayah mengeluarkan arahan pemeriksaan ke
atas pembekal.
Memaklumkan kepada Ketua Wilayah lain untuk
tindakan jika BKS dialih hantar ke Wilayah lain atau
sebaliknya.

4. Lawatan Penguatkuasaan
PPP
Membuat pemeriksaan kepada pembekal BKS dan
(Wilayah) melaporkan hasil pemeriksaan kepada Ketua Willayah dan
lapor melalui e-NKEA.

Mukasurat: 12 / 32
CARTA ALIRAN KERJA PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN
ALIH HANTAR BKS OLEH PEMBEKAL

1. Analisa Maklumat Penerimaan BKS bulanan


Berdasarkan kepada rekod penerimaan BKS bulanan
kilang, jika didapati kuantiti penerimaan BKS meningkat
atau menurun sebanyak 25% berbanding bulan
sebelumnya, kenalpasti pembekal berikut:-
Pembekal BKS baru
Pembekal yang hantarannya meningkat atau menuru
sebanyak 25% berbanding bulan sebelumnya.

Kemukakan senarai diatas kepada Ketua Wilayah untuk


tindakan PPP Wilayah.

2. Tindakan Pemantauan oleh PPP NKEA


Membuat pemeriksaan BKS 100% kepada pembekal yang
dikenalpasti.

3. Arahan Penguatkuasaan oleh Ketua Wilayah


Ketua Wilayah mengeluarkan arahan pemeriksaan Zero
Tolerance ke atas pembekal.

4. Penguatkuasaan keatas pembekal BKS oleh PPP


Wilayah
Membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan
penguatkuasaan Zero Tolerance dan pematuhan
Garispanduan Amalan Perniagaan Buah Kelapa Sawit.
Lapor melalui e-NKEA

Mukasurat: 13 / 32
3. PENINGKATAN KECEKAPAN PENGILANGAN DAN PENGURANGAN
KADAR KEHILANGAN MINYAK SAWIT SEMASA PEMPROSESAN

Meningkatkan kadar perahan minyak sawit (OER) dan kecekapan


OBJEKTIF
pengilangan.

Memeriksa dan memantau kecekapan pengilangan ke atas kilang


SASARAN Kategori A: 100 Kilang NKEA <20% OER dan >50% Bekalan Luar

Pegawai Yang
Proses Kerja
Meluluskan/Dirujuk
1. Pemeriksaan dan pemantauan ke atas stesen yang
berpotensi berlaku kehilangan minyak.

a. Stesen kehilangan minyak.


Pensterilan - air buangan pensteril
Peleraian - tandan kosong
tandan tak lerai
Pemerahan - serabut sawit
Pemisah enapcemar - air buangan enapcemar
Campuran air buangan pensteril dan enapcemar

b. Pemantauan kaedah persampelan di setiap stesen


yang berpotensi berlaku kehilangan minyak.
Pemeriksaan menggunakan Borang Kecekapan
Kilang ME-1.0.
Memastikan teknik persampelan adalah seperti di
dalam protokol yang diberi.
Pemeriksaan dilakukan sekurang-kurangnya setiap
empat (4) jam (dua (2) kali sehari) sepanjang shif
siang.
Diperakui oleh pengurus/penolong pengurus
ataupun sesiapa yang diberikuasa oleh kilang
dengan menandatangani Borang ME-1.0.
Pegawai MPOB menandatangani Borang ME-1.0
dan menyerahkan satu salinan kepada pengurusan
kilang.
Salinan perlu discan dan dihantar melalui e-NKEA
ke Bahagian Kejuruteraan dan Pemprosesan untuk
rekod.
Mengisi maklumat yang diperlukan melalui e-NKEA.
Laporan pemeriksaan harian dan bulanan (e-
NKEA).

Mukasurat: 14 / 32
Pegawai Yang
Proses Kerja
Meluluskan/Dirujuk
c. Mengumpul data kehilangan minyak bagi setiap
stesen.
Pemeriksaan menggunakan Borang Kecekapan
Kilang ME-2.0.
Memastikan teknik analisis adalah seperti di dalam
protokol yang diberi.
Pemeriksaan dilakukan sekurang-kurangnya setiap
empat (4) jam (dua (2) kali sehari).
Diperakui oleh pengurus/penolong pengurus
ataupun sesiapa yang diberikuasa oleh kilang
dengan menandatangani Borang ME-2.0.
Pegawai MPOB menandatangani Borang ME-2.0
dan menyerahkan satu salinan kepada pengurusan
kilang.
Salinan perlu discan dan dihantar melalui e-NKEA
ke Bahagian Kejuruteraan dan Pemprosesan untuk
rekod.
Melaporkan melalui e-NKEA.

2. Laporan kualiti minyak.

a. Data kualiti minyak yang dihasilkan.


- Asid Lemak Bebas (FFA)
- Indeks Kemerosotan Pelunturan (DOBI)
- Kekotoran (Dirt)
- Kelembapan (Moisture)

Pemeriksaan dilakukan pada hari Khamis setiap


minggu.
Diperakui oleh pengurus / penolong pengurus
ataupun sesiapa yang diberi kuasa oleh kilang
dengan menandatangani Borang Kecekapan Kilang
ME-3.0.
Pegawai MPOB menandatangani Borang ME-3.0
dan menyerahkan satu salinan kepada pengurusan
kilang.
Salinan perlu discan dan dihantar melalui e-NKEA
ke Bahagian Kejuruteraan dan Pemprosesan untuk
rekod.
Melaporkan melalui e-NKEA.

Mukasurat: 15 / 32
Pegawai Yang
Proses Kerja
Meluluskan/Dirujuk
b. Pengambilan minyak dari stesen pengutipan
semula.

i) Sampel minyak (Jika ada)


- Minyak dari tandan kosong.
- Minyak dari air buangan pensteril.
- Minyak dari air buangan enapcemar.
- Minyak dari campuran air buangan pensteril dan
enapcemar.
- Minyak dari fiber sawit.

ii) Data kualiti minyak dari pengutipan semula.


- Asid Lemak Bebas (FFA)
- Indeks Kemerosotan Pelunturan (DOBI)
- Kekotoran (Dirt)
- Kelembapan (Moisture)

Pemeriksaan dilakukan pada hari Khamis setiap


minggu.
Diperakui oleh pengurus/ penolong pengurus
ataupun sesiapa yang diberikuasa oleh kilang
dengan menandatangani Borang Kecekapan Kilang
ME-4.0.
Pegawai MPOB menandatangani Borang ME-4.0
dan menyerahkan satu salinan kepada pengurusan
kilang.
Salinan perlu discan dan dihantar melalui e-NKEA
ke Bahagian Kejuruteraan dan Pemprosesan untuk
rekod.
Melaporkan melalui e-NKEA.

3. Laporan

Memaklumkan kepada Pengurusan Kilang mengenai kerja-


kerja tindakan yang telah diambil.

Mukasurat: 16 / 32
4. PEMANTAUAN PRESTASI OER KILANG KELAPA SAWIT KATEGORI B1

OBJEKTIF Meningkatkan OER Kilang-kilang FELDA

SASARAN Kategori B1: Kilang-Kilang FELDA

Pegawai Yang
Proses Kerja
Meluluskan/Dirujuk

PPP (Wilayah) 1. Laporan Prestasi OER


Mengumpulkan maklumat berkaitan dengan kilang:
Prestasi OER bulanan dan tahunan
Maklumat pembekal BKS luar dan dalam; Nama
Pembekal, kuantiti dan rekod penolakan BKS muda.
Kenalpasti pembekal BKS luar yang menghantar BKS
muda.
Ketua Wilayah 2. Tubuhkan Jawatankuasa Meningkatkan OER Bersama
MPOB / FELDA (Pengerusi bersama oleh Ketua Wilayah /
ED FELDA dan MPOB sebagai sekateriat).

a. Keanggotaan terdiri dari Pengurus Besar & Pengurus-


pengurus Kilang.
b. TOR
Merangka strategi meningkatkan OER.
Menyediakan laporan prestasi OER secara
bulanan.
Melaporkan kepada Pengurusan MPOB dan
FELDA setiap 3 bulan.

3. Pemantauan Penerimaan BKS


PPP (Wilayah) Memantau penerimaan BKS bulanan berpandukan senarai
penerimaan BKS rujuk maklumat: Nama Pembekal, Bilangan
BKS muda dan kaedah pelupusan dan kenalpasti perkara
berikut:
Senarai pembekal yang menghantar BKS muda > 5%.
Senarai pembekal BKS baru.
Senarai pembekal yang hantarannya meningkat/
menurun sebanyak 25% berbanding bulan
sebelumnya.

Mukasurat: 17 / 32
Pegawai Yang
Proses Kerja
Meluluskan/Dirujuk
PP (Wilayah) 4. Penguatkuasaan Larangan Penerimaan BKS Muda
Sekiranya didapati kilang menerima banyak BKS muda.
Lakukan penguatkuasaan buah muda dipremis kilang
dan ambil tindakan mengikut arahan penguatkuasaan
semasa.
Buat pemeriksaan di premis pembekal untuk
penguatkuasaan larangan menerima BKS muda dan
ambil tindakan mengikut arahan penguatkuasaan
semasa.
Pastikan pihak kilang menahan BKS muda untuk
pelupusan.
Melaporkan kepada Ketua Wilayah dan Lapor melalui
e-NKEA.
PPP (Wilayah) 5. Pemeriksaan BKS muda yang telah diasingkan untuk
pelupusan.
Periksa rekod harian penerimaan/penolakan BKS
kilang.
Buat pemeriksaan dan ambil gambar di tapak
pelupusan pada setiap hari jumaat. Pastikan BKS
muda yang dilupuskan seimbang dengan kuantiti
pelupusan yang direkodkan dalam rekod harian
penerimaan/penolakan BKS kilang.
Sahkan pelupusan dalam rekod harian penerimaan/
penolakan BKS kilang.
Lapor kepada Ketua Wilayah sekiranya ada keraguan
berkaitan kuantiti pelupusan di tapak pelupusan.
Melapor melalui e-NKEA secara harian.

PPP (Wilayah) 6. Menyediakan laporan prestasi OER kilang-kilang dalam


kluster kepada Jawatankuasa Meningkatkan OER Bersama
MPOB / FELDA.

Mukasurat: 18 / 32
CARTA ALIRAN KERJA
PEMANTAUAN PRESTASI OER KILANG KELAPA SAWIT KATEGORI B1

1. Laporan Prestasi OER oleh


PPP Wilayah

2. Tubuhkan Jawatankuasa Meningkatkan OER


Bersama MPOB / FELDA oleh Ketua Wilayah

3 Pemantauan Penerimaan BKS


Memantau penerimaan BKS bulanan berpandukan
senarai penerimaan BKS
a. Senarai pembekal yang menghantar BKS muda
> 5%.
b. Senarai pembekal BKS baru.
c. Senarai pembekal yang hantarannya
meningkat/menurun sebanyak 25 % berbanding
bulan sebelumnya.

4 Penguatkuasaan Penerimaan BKS Muda


a. Buat pemeriksaan di premis pembekal untuk
kuatkuasa larangan menerima BKS muda.
b. Melaporkan kepada Ketua Wilayah dan Lapor
melalui e-NKEA.

5 Pemeriksaan BKS muda yang telah diasingkan


untuk pelupusan.

6 Menyediakan laporan prestasi kepada


Jawatankuasa Bersama Meningkatkan OER
Bersama MPOB / FELDA

Mukasurat: 19 / 32
5. PEMANTAUAN PRESTASI OER KILANG KELAPA SAWIT KATEGORI B2

OBJEKTIF Meningkat OER kilang kategori B2.

SASARAN Kategori B2: OER <20% dan >50% BKS Luar

Pegawai Yang
Proses Kerja
Meluluskan/Dirujuk
PPP (Wilayah) 1. Analisa Maklumat Penerimaan BKS bulanan
Berdasarkan kepada rekod penerimaan BKS bulanan
kilang, jika didapati kuantiti penerimaan BKS meningkat
atau menurun sebanyak 25% berbanding bulan sebelumnya
kenalpasti pembekal berikut:-
Pembekal BKS baru
Pembekal yang hantarannya meningkat atau menuru
sebanyak 25% berbanding bulan sebelumnya.
Kemukakan senarai diatas kepada Ketua Wilayah untuk
tindakan PPP Wilayah.

Ketua Wilayah 2. Arahan Ketua Wilayah


Ketua Wilayah mengeluarkan arahan penguatkuasaan
larangan penerimaan BKS muda di premis kilang dan
premis pembekal.
Memaklumkan kepada Ketua Wilayah lain untuk
tindakan jika BKS dialih hantar ke Wilayah lain atau
sebaliknya.

PPP (Wilayah)
3. Penguatkuasaan Larangan Menerima BKS Muda.
Bagi kilang yang OER < 20% ; pantau penerimaan
BKS muda. Sekiranya penerimaan buah muda
didapati masih tinggi > 10% dalam tempuh
pemantauan, kuatkuasa larangan penerimaan BKS
muda secara intensif dan ambil tindakan mengikut
arahan penguatkuasaan semasa.
Membuat pemeriksaan kepada pembekal BKS dan
dan ambil tindakan mengikut arahan penguatkuasaan
semasa.
Melaporkan hasil pemeriksaan kepada Ketua Willayah
dan lapor melalui e-NKEA.

Mukasurat: 20 / 32
Pegawai Yang
Proses Kerja
Meluluskan/Dirujuk

PPP (Wilayah) 4. Pemeriksaan BKS muda yang telah diasingkan untuk


pelupusan.
Periksa rekod harian penerimaan/penolakan BKS
kilang.
Buat pemeriksaan dan ambil gambar di tapak
pelupusan pada setiap hari jumaat. Pastikan BKS
muda yang dilupuskan seimbang dengan kuantiti
pelupusan yang direkodkan dalam rekod harian
penerimaan/penolakan BKS kilang.
Sahkan pelupusan dalam rekod harian
penerimaan/penolakan BKS kilang.
Lapor kepada Ketua Wilayah sekiranya ada keraguan
berkaitan kuantiti pelupusan di tapak pelupusan.
Melapor melalui e-NKEA secara harian.

Ketua Wilayah 5. Menyediakan laporan prestasi OER kilang-kilang dalam


kluster.

Mukasurat: 21 / 32
6. PEMANTAUAN PRESTASI OER KILANG KELAPA SAWIT KATEGORI C

OBJEKTIF Meningkatkan OER Kilang 100 % Bekalan Sendiri


SASARAN Kategori C: Kilang-Kilang 100 % Bekalan Sendiri

Pegawai Yang
Proses Kerja
Meluluskan/Dirujuk
1. Laporan Prestasi OER
PPP (Wilayah)
Mengumpulkan maklumat berkaitan dengan kilang:-
Prestasi OER bulanan dan tahunan
Maklumat pembekal BKS ; Nama dan kuantiti

Ketua Wilayah
2. Tubuhkan Jawatankuasa Meningkatkan OER Bersama
MPOB (Pengerusi oleh Ketua Wilayah dan MPOB sebagai
sekateriat).

Keanggotaan terdiri dari Pengurus Besar & Pengurus-


pengurus Kilang.
TOR;
Merangka strategi meningkatkan OER.
Menyediakan laporan prestasi OER secara
PPP (Wilayah) bulanan.
Melaporkan kepada Pengurusan MPOB setiap 3
bulan.

3. Penguatkuasaan Larangan Menerima BKS Muda.


Bagi kilang yang OER < 20% ; pantau penerimaan
BKS muda. Sekiranya penerimaan buah muda
didapati masih tinggi > 10% dalam tempuh
pemantauan, kuatkuasa larangan penerimaan BKS
muda secara intensif dan ambil tindakan mengikut
arahan penguatkuasaan semasa.
Melaporkan hasil pemeriksaan kepada Ketua Willayah
dan lapor melalui e-NKEA.

Mukasurat: 22 / 32
Pegawai Yang
Proses Kerja
Meluluskan/Dirujuk
PPP (Wilayah) 4. Pemeriksaan BKS muda yang telah diasingkan untuk
pelupusan.
Periksa rekod harian penerimaan/penolakan BKS
kilang.
Buat pemeriksaan dan ambil gambar di tapak
pelupusan pada setiap hari jumaat. Pastikan BKS
muda yang dilupuskan seimbang dengan kuantiti
pelupusan yang direkodkan dalam rekod harian
penerimaan/penolakan BKS kilang.
Sahkan pelupusan dalam rekod harian
penerimaan/penolakan BKS kilang.
Lapor kepada Ketua Wilayah sekiranya ada keraguan
berkaitan kuantiti pelupusan di tapak pelupusan.
Melapor melalui e-NKEA secara harian.

Ketua Wilayah 5. Menyediakan laporan prestasi OER kilang dan kluster


kepada Jawatankuasa Meningkatkan OER Bersama MPOB.

Mukasurat: 23 / 32
CARTA ALIRAN KERJA
PEMANTAUAN PRESTASI OER KILANG 100 % BEKALAN SENDIRI DI BAWAH
PROGRAM NKEA

1. Laporan Prestasi OER


oleh PPP Wilayah

2. Tubuhkan Jawatankuasa Meningkatkan OER


Bersama MPOB oleh Ketua Wilayah

3. Penguatkuasaan Larangan Penerimaan BKS Muda


a. Bagi kilang yang OER < 20% ; pantau penerimaan
BKS muda. Sekiranya penerimaan buah muda
didapati masih tinggi > 10% dalam tempuh
pemantauan, kuatkuasa larangan penerimaan BKS
muda secara intensif dan ambil tindakan mengikut
arahan penguatkuasaan semasa.
b. Melaporkan hasil pemeriksaan kepada Ketua
Willayah dan lapor melalui e-NKEA.

4. Pemeriksaan BKS muda yang telah diasingkan


untuk pelupusan.

5. Menyediakan laporan prestasi kepada


Jawatankuasa Bersama Meningkatkan OER
Bersama MPOB

Mukasurat: 24 / 32
SENARAI BORANG

Bil. Perkara Kod

1 Borang Penguatkuasaan BKS Muda EU-FFB01

2 Notis Larangan Urusniaga BKS Muda EU-FFB02

3 Senarai BKS Muda Ditolak EU-ST03


Borang Kecekapan Kilang Pemantauan
4 ME-01
Kaedah Persampelan
Borang Kecekapan Kilang Pemantauan
5 ME-02
Kaedah Analisis Pengiraan Kehilangan Minyak
Borang Kecekapan Kilang Laporan Kualiti
6 ME-03
Minyak
Borang Kecekapan Kilang Laporan Kualiti
7 ME-04
Pengambilan Semula Minyak

Mukasurat: 25 / 32
Mukasurat: 26 / 32
Mukasurat: 27 / 32
EU-ST03
SENARAI BKS MUDA DITOLAK
TARIKH :
Bil Catatan
Kategori
Bil Pembekal Daerah No. Lori Tandan Lupus di Nama Pegawai Ronda *Tindakan
Lesen Pulang
Ditolak kilang

*Tindakan :
1) Disah Lupus (sertakan gambar)
2) Kompaun (Bagi kes buah muda di Ramp)

Mukasurat: 28 / 32
Mukasurat: 29 / 32
Mukasurat: 30 / 32
Mukasurat: 31 / 32
Mukasurat: 32 / 32

You might also like