Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

iktibar

Imam Syafie merupakan tokoh yang wajar kita teladani.Antara


iktibar yang boleh diperolehi daripada beliau ialah kita hendaklah
gigih berusaha walaupun banyak rintangan yang perlu dihadapi
seperti Imam Syafie walaupun beliau seorang miskin, tetapi kaya
dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu.
Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu.

Di samping itu, kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam


melakukan sesuatu untuk mendapatkan yang terbaik seperti
Imam Syafie yang bersungguh-sengguh dalam menuntut ilmu
sehinggakan beliau mengumpul batu-batu, belulang, pelepah
tamar dan tulang untuk menulis di atasnya. Beliau kadang-kala
terpaksa ke tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas
untuk menulis pelajarannya.

Bukan itu sahaja, iktibar daripada kisah-kisah kehidupan


Imam Syafie ialah kita haruslah mengisi masa lapang dengan
perkara yang berfaedah . Imam Syafie banyak menghafaz syair
dan qasidah daripada puak Hazyl. Beliau juga banyak
menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah
pada masa mudanya. Namun, Allah menghendaki dan
melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fikah. Antara
sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil
menunggang kuda bersama seorang lelaki. Lalu berkata lelaki
itu : Tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh menjatuhkan
maruah. Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh? Kata-kata itu sangat
memberi kesan kepada Imam Syafie. Sejak itu beliau
menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh.

Selain itu, kita perlu meneladani Imam Syafie yang begitu


tekun mendalami Islam dan berpegang pada Al-Quran iaitu
panduan kita selain hadis. Imam Syafie menghafaz al-Quran
denganmudah iaitu ketika masih kecil lagi. Beliau juga menghafaz
dan menulis hadis.
Akhir sekali,kita hendaklah berfikir menggunakan akal yang
waras dalam mengutarakan sesuatu pendapat seperti Imam
Syafie yang begitu teliti dalam menyuarakan pendapat dan bukan
itu sahaja beliau juga menolak istihsan yang membuktikan beliau
seorang yang berhati-hati terhadap sesuatu perkara.

You might also like