Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PEMARKAHAN

KPR 3012: SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR

TAJUK:

ISU-ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK PROGRAM


NURUL HUDA BINTI AMIRUDIN D20121058404 ISMP EKONOMI

KUMPULAN KULIAH : AT18

PENSYARAH : DR. MOHD YAHYA BIN MOHD HUSSIN

Tarikh Serah : 1 April 2016


1

1.0 Pengenalan

Pelajar yang mengikuti Program Pendidikan diwajibkan untuk menjalani Latihan


Mengajar di sekolah selama 16 minggu bagi memenuhi syarat bergraduan. Justeru itu, saya
telah menjalani Latihan Mengajar pada semester 7 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit
Sentosa, Rawang, Selangor. Saya memulakan latihan mengajar pada 6 Julai 2015 dan tamat
pada 30 Oktober 2015.

Pelbagai ilmu telah dipelajari sepanjang saya menjalani latihan mengajar walaupun
tempohnya adalah singkat. Pengalaman yang diperoleh amat berharga dan saya amat
bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi seorang guru. Ilmu yang dipelajari akan
digunakan kelak apabila saya telah menjadi guru tetap di sekolah.

Berdasarkan pengalaman mengajar yang lepas, tugasan ini akan menghuraikan


mengenai latar belakang sekolah, latar belakang kelas dan pelajar, isu yang dihadapi di
sekolah, faktor yang menyebabkan isu tersebut berlaku, langkah penambahbaikan dan
tindakan susulan yang akan dilakukan oleh guru pelatih.
2

1.1 Latar belakang sekolah

Saya telah menjalani latihan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa yang
terletak di Bandar Bukit Sentosa. SMK Bukit Sentosa merupakan sekolah harian dan
mempunyai dua sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sekolah ini mula dibina pada 21 Mei
1996 dan mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 1998. Sekolah ini mempunyai keluasan
sebanyak 11 ekar dan telah didirikan di atas Lot 1069.

Gambar 1: Lencana sekolah

Gambar 2: Pandangan hadapan sekolah


3

1.2 Latar belakang kelas dan pelajar

Semasa latihan mengajar, saya telah diberikan amanah untuk mengajar subjek Ekonomi Asas
dan Perdagangan bagi kelas 4 Korporat, 4 Ekuiti, 4 Juara, 4 Waja dan 4 Satria. Bagi subjek
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pula, saya diminta untuk mengajar murid tingkatan 3
Aman, 3 Bestari, 3 Ehsan dan 3 Falakh. Jumlah keseluruhan pelajar saya adalah seramai 126
orang. Bilangan murid yang mengambil subjek Ekonomi Asas adalah seramai 78 orang dan
selebihnya murid yang mengambil Perdagangan dan Pendidikan Jasmani Kesihatan.
4

2.0 Isu Semasa Latihan Mengajar

2.1 Isu 1

Isu
Antara isu yang timbul ketika guru pelatih sedang menjalani latihan mengajar di sekolah
adalah kesukaran untuk menarik minat pelajar untuk belajar subjek Ekonomi Asas. Hal ini
menyebabkan pelajar tidak membawa buku teks ke sekolah dan tidak menumpukan
perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) sedang berlangsung.

Faktor
Hal ini disebabkan oleh faktor latar belakang pelajar itu sendiri. Pelajar yang berada di
dalam kelas tersebut mempunyai latar belakang yang berbeza dan ini mempengaruhi minat
mereka. Sebagai contoh, sekiranya ibu atau bapa pelajar merupakan seorang doktor, maka
pelajar tersebut telah didedahkan dengan gaya hidup seorang doktor sejak kecil lagi.

Cadangan
Oleh itu, guru pembimbing saya telah mencadangkan set induksi dilakukan dalam bentuk
permainan bagi menarik minat para pelajar. Teknik ini dilihat mampu untuk menarik minat
pelajar kerana ianya melibatkan pergerakan badan dan juga menggalakkan pelajar untuk
berfikir. Permainan yang dijalankan juga perlulah bersesuaian dengan tajuk yang akan
diajar di dalam kelas supaya pelajar dapat mengaitkan permainan tersebut dengan apa yang
bakal dipelajari oleh mereka.

Tindakan Susulan
Guru pelatih perlu mempelbagaikan teknik pengajaran supaya dapat menarik minat pelajar
untuk belajar subjek Ekonomi Asas sekaligus dapat membuang pemikiran negatif terhadap
subjek ini yang mengatakan subjek Ekonomi Asas adalah subjek yang sukar dan
membosankan.

2.2 Isu 2
5

Isu
Guru pelatih mengalami kesukaran dalam mengawal kelajuan pertuturan ketika mengajar.
Oleh itu, pelajar sering kali meminta guru pelatih untuk mengulang kembali apa yang telah
dituturkan untuk memahami isi yang ingin disampaikan ketika proses PdP berlangsung.
Hal ini menyebabkan pelajar berasa bosan untuk mendengar dan tidak menumpukan
perhatian di dalam kelas.

Faktor
Faktor yang menyebabkan isu ini terjadi adalah kegugupan guru pelatih ketika mengajar.
Guru pelatih terlalu gugup untuk menyampaikan ilmu sehingga menyebabkan pertuturan
menjadi lebih laju supaya waktu penerangan menjadi lebih singkat dan waktu aktiviti
pelajar lebih lama. Selain itu, kegugupan guru pelatih menyebabkan setiap perkataan yang
dituturkan menjadi tidak jelas dan mengelirukan pelajar.

Cadangan
Cadangan untuk mengatasi masalah ini adalah guru pelatih perlu memperbanyakkan lagi
aktiviti yang melibatkan ucapan secara terbuka dan menyertai pelbagai aktiviti
berkumpulan supaya masalah kelajuan pertuturan dapat diatasi. Selain daripada itu, guru
pelatih juga disarankan untuk memperhatikan cara percakapan orang berkeyakinan tinggi
dan mengawal nafas dengan baik.

Tindakan Susulan
Guru pelatih akan memperhatikan cara percakapan orang lain sebelum mengajar supaya
pelajar tidak mengalami kesukaran untuk memahami apa yang dituturkan oleh guru. Bukan
itu sahaja, guru pelatih juga akan mengurangkan kelajuan pertuturan ketika mengajar
dengan cara menjadi lebih tenang dan mengawal pergerakan di dalam kelas.

2.3 Isu 3

Isu
6

Semasa latihan mengajar, guru pelatih mendapati bahawa pelajar tidak menyiapkan kerja
rumah yang diberikan. Perkara ini dikesan apabila guru pelatih meminta pelajar untuk
menghantar buku, ada di antara pelajar yang tidak menghantar buku dan menyalin jawapan
kawan. Tambahan lagi, ada beberapa pelajar yang menghilangkan lembaran kerja yang
telah diberikan oleh guru dan memberikan pelbagai alasan supaya mereka tidak perlu
menghantar buku latihan.

Faktor
Hal ini berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri yang tidak peka terhadap tugasan yang
telah diberikan oleh guru dan sikap malas mereka untuk menyiapkan kerja rumah. Mereka
berpendapat bahawa kerja rumah yang diberikan oleh guru pelatih adalah tidak penting dan
menganggap bahawa guru pelatih adalah guru sementara.

Cadangan
Pensyarah penyelia saya mencadangkan sistem merit demerit dilakukan bagi mengatasi
masalah ini. Sekiranya pelajar tidak menyiapkan kerja rumah, pelajar tersebut akan
diberikan mata demerit dan pelajar yang menyiapkan kerja rumah akan diberikan mata
merit. Sebagai contoh, mata permulaan yang diberikan kepada pelajar berjumlah 100 mata.
Bagi setiap kesalahan tidak menyiapkan kerja rumah, mata tersebut akan ditolak dan
sebaliknya. Sekiranya mata tersebut berjumlah kurang daripada 80 mata, pelajar tersebut
akan diberikan hukuman yang setimpal.
Tindakan Susulan
Tindakan yang akan dilakukan adalah guru akan menjadi lebih tegas dalam hal kerja rumah
supaya tiada masalah kerja rumah tidak disiapkan oleh pelajar. Hukuman yang setimpal
akan diberikan kepada pelajar yang tidak menyiapkan kerja rumah supaya mereka tidak
mengabaikan kerja rumah yang diberikan kerana kerja rumah yang diberikan adalah
bertujuan untuk mengetahui tahap pemahaman mereka terhadap sesuatu bab.

2.4 Isu 4

Isu
7

Waktu mengajar yang diberikan bagi satu waktu adalah selama 35 minit. Oleh yang
demikian, aktiviti berkumpulan tidak dapat dijalankan terutamanya bagi 1 waktu
pengajaran. Sekiranya pelajar mempunyai kelas di padang atau di makmal, pelajar akan
mengambil masa yang agak lama untuk masuk kembali ke kelas. Adakalanya, PdP hanya
berlangsung selama 15 minit dan guru terpaksa menggunakan teknik pengajaran tradisional
dan tidak menggunakan bahan bantu mengajar semasa mengajar.

Faktor
Pelajar lambat masuk ke kelas disebabkan mereka mempunyai kelas di padang atau di
makmal dan jarak antara padang atau makmal dengan kelas agak jauh. Bukan itu sahaja,
sikap pelajar yang berjalan sambil berborak akan mengambil masa yang lama untuk
sampai ke kelas.

Cadangan
Guru pelatih akan meminta ketua kelas dan penolong ketua kelas memastikan pelajar-
pelajar yang lain tiba ke kelas tepat pada waktunya dan akan memberikan denda sekiranya
mereka lewat. Denda yang akan diberikan adalah berbentuk sistem merit demerit di mana
mata mereka akan ditolak sekiranya mereka tiba lewat ke kelas seperti yang telah
ditetapkan.

Tindakan Susulan
Guru akan menjadi lebih tegas dan melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik semasa PdP
bagi menggalakkan pelajar untuk lebih bermotivasi belajar subjek Ekonomi Asas. Dengan
itu, pelajar akan sentiasa masuk ke kelas lebih awal dan isu pelajar lambat masuk ke kelas
dapat diatasi. Guru juga akan memberikan ganjaran sekiranya kesemua pelajar berjaya tiba
awal ke kelas dan membuat persediaan sebelum PdP bermula.

2.5 Isu 5

Isu
8

Isu yang sering kali terjadi kepada guru pelatih apabila mengajar buat kali pertama di
sekolah adalah kegagalan mengawal kelas. Perkara ini berlaku apabila guru pelatih
mempunyai masalah keyakinan diri semasa berhadapan dengan pelajar lebih-lebih lagi
apabila guru pelatih diberikan kelas yang mempunyai ramai pelajar yang nakal. Pelajar-
pelajar yang nakal akan membuat hal mereka sendiri dan tidak menghiraukan guru pelatih
kerana mereka menganggap bahawa guru pelatih tidak mempunyai kuasa untuk mengambil
sebarang tindakan.
Faktor
Faktor utama yang menyebabkan guru pelatih gagal untuk mengawal kelas adalah guru
pelatih kekurangan keyakinan diri kerana tidak pernah mempunyai pengalaman mengajar
di sekolah dan setiap kelas mempunyai seramai 30 orang pelajar secara purata. Disebabkan
itu, kelas tidak dapat dikawal dengan baik dan menyebabkan kelas menjadi bising.

Cadangan
Antara cadangan untuk mengatasi isu ini adalah guru perlu menggunakan kuasa untuk
memberikan arahan di dalam kelas dan memastikan pelajar mampu mendengar arahan
yang diberikan. Guru pelatih juga digalakkan untuk membina hubungan yang baik atara
guru dan pelajar supaya pelajar mudah untuk mendengar arahan guru. Hubungan yang baik
akan membantu pelajar mengubah sikap negatif kepada sikap postif.

Tindakan Susulan
Tindakan susulan yang boleh dilakukan adalah guru pelatih perlu menjalinkan hubungan
yang baik dengan pelajar dan bijak dalam mempengaruhi pelajar supaya pelajar dapat
dikawal. Tambahan lagi, peneguhan positif dan perlu peneguhan negatif perlu
diaplikasikan bagi membantu guru untuk mengawal kelas dengan lebih baik supaya PdP
berjalan lancer.
9

3.0 Rumusan

Secara keseluruhan, latihan mengajar banyak mengajar saya bagaimana untuk


menjadi seorang guru yang berdedikasi dan sentiasa bersemangat dalam menyampaikan
ilmu kepada anak bangsa. Pengalaman mengajar juga sangat bermakna bagi saya kerana
ia merupakan pengalaman pertama saya mengajar di sekolah dan dan mempunyai pelajar
sendiri. Bukan itu sahaja, kejayaan pelajar dalam subjek yang saya ajar memberikan
kenangan yang paling manis.

Dengan adanya kursus latihan mengajar ini, saya berpeluang untuk merasai perasaan
menjadi seorang guru. Benarlah kata pepatah Guru ibarat lilin membakar diri. Hal ini
kerana seorang guru bertungkus-lumus berusaha dalam menyampaikan ilmu kepada
pelajarnya tanpa memikirkan jerih-perih yang dilaluinya. Segala tunjuk ajar yang
diberikan oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing semasa latihan mengajar akan
saya gunakan pada masa akan datang.

You might also like