Professional Documents
Culture Documents
Assignment Moral
Assignment Moral
Assignment Moral
PENGHARGAAN
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. terutamanya kepada tenaga
pensyarah iaitu Ustaz Zaradi bin Sudin dan Ustaz Mohd Aminuddin bin Ab Rahaman kerana
mereka telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan sepanjang
menjalankan kerja kursus ini. Tunjuk ajar mereka amat membantu kami dalam usaha
menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang
telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan
ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah
banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah
anda hulurkan amatlah dihargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan
ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
1
TEORI ETIKA MORAL
PENDAHULUAN
Selain itu seorang insan bermoral juga perlu mempunyai pengetahuan tentang
keadaan persekitarannya, tahu berinteraksi dengan orang sekelilingnya dan bertindak
mengikut pertimbangan yang telah difikirkan atau keputusan yang telah dibuat. Lickona
(1991) menyatakan bahawa untuk menjadi seorang yang bermoral, seseorang itu perlu
mengetahui kebaikan, menginginkan kebaikan dan melakukan kebaikan.
2
TEORI ETIKA MORAL
OBJEKTIF
2. Membuat perbandingan dari segi kelebihan dan kelemahan antara teori Teleologi
dan teori Deontologi.
4. Mengaplikasikan satu teori etika dan teori Perkembangan Moral dalam penyelesaian
dilema moral pelajar di sekolah.
3
TEORI ETIKA MORAL
1.0 Pengenalan
Moral pada dasarnya berasal dari perkataan Greek iaitu mores, yang membawa
maksud tatacara, adat, ataupun kebiasaan serta suatu cara perlakuan sesuatu kumpulan
manusia kerana telah diterima dan dipersetujui bersama sesuai dengan norma masyarakat.
Perkembangan moral pula ditakrifkan sebagai fikiran, perasaan dan tingkah laku yang
dikaitkan dengan benar atau salah. Dalam erti kata lain, Santrock (2008) menyatakan
bahawa perkembangan moral merupakan proses yang berkait rapat dengan perlakuan serta
peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang apabila berinteraksi dengan orang lain.
Dr. Thomas Lickona adalah seorang ahli psikologi yang telah mengasaskan dan
memperkenalkan model perkembangan moral yang dikenali sebagai model perkembangan
kanak-kanak menyeluruh Lickona. Dalam model tersebut, fokus Pendidikan Moral terbahagi
kepada beberapa bahagian dan komponen-komponen tertentu seperti yang berikut:
4
TEORI ETIKA MORAL
1. Penaakulan Moral: Keupayaan mental untuk menaakul dalam sesuatu situasi untuk
mengenal pasti tingkah laku baik atau jahat, dan benar atau salah.
3. Perlakuan Moral: Tindakan berdasarkan penaakulan moral dan perasaan moral yang
dilakukan secara rela hati dengan rasa tanggungjawab dan akauntabiliti.
Penaakulan moral boleh diertikan sebagai kemahiran berfikir logikal yang melibatkan
keupayaan seseorang kanak-kanak itu membuat kesimpulan atau keputusan berdasarkan
nilai-nilai murni dalam melaksanakan sesuatu tindakan atau tingkah laku. Seseorang
individu dapat menggunakan kemahiran berfikir tentang nilai-nilai murni yang khusus untuk
bertindak terhadap sesuatu perkara atau isu moral. Di samping itu, kanak-kanak juga dapat
menentukan nilai-nilai yang baik atau buruk dari sesuatu isu moral untuk dijadikan panduan
dan teladan dalam melakukan sesuatu.
Penaakulan moral bagi seseorang individu itu adalah berdasarkan kepada pemikiran
yang rasional di mana objektif utamanya ialah memahami dan bertindak dengan tingkah
laku yang berasaskan nilai-nilai murni yang diterima dalam norma masyarakat. Itulah
sebabnya ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan nilai-nilai murni harus ditanamkan
dalam diri individu terlebih dahulu. Nilai murni individu wujud melalui ilmu pengetahuan dan
kepercayaan agama. Sebagai contoh, kanak-kanak akan menjaga kebersihan dirinya
kerana sedar akan kepentingan kebersihan untuk dirinya dan juga orang di sekitarnya serta
memenuhi tuntutan agama. Contoh lain adalah sebagai rakyat Malaysia, kepercayaan
kepada Tuhan adalah rukun yang perlu diamalkan dan dihayati seperti yang termaktub
dalam prinsip Rukun Negara yang pertama iaitu, Kepercayaan kepada Tuhan.
5
TEORI ETIKA MORAL
Perlakuan moral berkait rapat dengan tingkah laku dan tindakan seseorang individu
terhadap tindakan dan keputusan yang ditunjukkan dengan rasa penuh tanggungjawab
berdasarkan kepada penaakulan dan emosi moralnya. Tingkah laku moral adalah dimensi
moral yang menunjukkan hasil penaakulan dan emosi moral. Tingkah laku yang baik dan
buruk adalah hasil daripada bagaimana seseorang itu menaakul dan menggunakan emosi
moral dalam tingkah lakunya.
Kupperman (1983) menyatakan bahawa orang yang membuat sesuatu yang tidak
bermoral, tidak semestinya bodoh atau pandai berbanding dengan orang yang biasa. Ini
kerana perlakuan seseorang itu dipengaruhi oleh emosi dan perasaan individu tersebut. Jika
penaakulan moral berlaku tanpa fikiran logik, tidak disertai oleh emosi atau perasaan moral,
maka ini akan menghasilkan perlakuan individu yang tidak bermoral. Ini menyebabkan
tindakan atau tingkah lakunya telah bertentangan dengan keluhuran hatinya.
6
TEORI ETIKA MORAL
Guru merupakan agen utama dalam melahirkan insan yang bermoral dan berakhlak
mulia. Peranan pihak sekolah dan guru lebih berkesan dalam proses pendidikan kerana
pelajar-pelajar menerima pendidikan secara formal dan sistematik seperti yang dinyatakan
oleh Abd Rahim Abd Rashid (2001).
Selain itu, pembelajaran koperatif juga dikaitkan dengan perkembangan tingkah laku
moral murid. Di sekolah, guru harus bermula di dalam kelas dengan menggunakan
pendekatan pembelajaran murid secara berkumpulan. Pembelajaran koperatif akan
membentuk kerjasama dalam kalangan murid dan secara tidak langsung komponen-
komponen model Lickona juga dapat berhubung dalam diri mereka. Walau bagaimanapun,
pembelajaran secara berkumpulan melibatkan pengambilan maa yang agak lama kerana
pelajar sekolah rendah khususnya masih mempunyai sifat-sifat egoisme dan egosentrik
dalam diri mereka. Untuk menyelesaikan dilema tersebut, guru haruslah menerapkan teori
Deontologi dalam diri pelajar, iaitu prinsip kewajipan, kerana kanak-kanak sememangnya
wajib menimba ilmu dan harus mengamalkan sifat-sifat yang baik, di mana guru
bertanggungjawab mengikis sifat-sifat egoisme dalam diri pelajar agar pembelajaran secara
koperatif dapat dilaksanakan dengan lancar. Guru juga haruslah mengamalkan prinsip
kewajipan dalam diri mereka, dan patut sedar bahawa tugas mereka adalah mendidik
kanak-kanak dengan penuh ilmu serta tidak membanding bezakan taraf kehidupan pelajar,
latar belakang, agama mahupun bangsa pelajarnya.
7
TEORI ETIKA MORAL
Di samping itu, Suh dan Traiger (1999) menerangkan bahawa kanak-kanak boleh
dibantu dalam proses mereka membentuk nilai yang berkaitan dengan kehidupan dalam
masyarakat demokrasi dan majmuk melalui aktiviti pembelajaran. Pada peringkat awal
kanak-kanak boleh diajar mengenali nilai yang ada dalam diri dan seterusnya melihat
bagaimana mereka menjaga barang-barang dan perkara yang mereka anggap bemilai. Suh
dan Traiger percaya bahawa keseluruhan kurikulum sekolah sepatutnya mengajar nilai-nilai
tersebut.
Sekolah perlu memainkan peranan yang penting dalam menonjolkan nilai-nilai murni
dengan mewujudkan suasana yang kondusif dan budaya sekolah yang cemerlang. Lickona
(1991) menjelaskan tentang tanggungjawab guru sebagai model penerapan nilai mumi, iaitu
guru perlu menjadi penjaga, model dan mentor, mencipta komuniti moral; mengamal disiplin
moral, membina conscience of craft dan menjadikan ibu bapa sebagai rakan kongsi. Guru
adalah perubah zaman sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hakikatnya guru
membentuk muridnya sejak di peringkat kanak-kanak lagi hingga dewasa; dan setelah
dewasa, kanak-kanak ini dapat mengenal erti kehidupan yang sempurna.
Tegasnya, peranan sekolah dan guru dalarn pernbentukan nilai dan akhlak pelajar amatlah
penting. Sekolah bukan setakat untuk rnendapat kecemerlangan akadernik dan guru bukan
setakat untuk rnengajar bagi rneningkatkan pencapaian akadernik tetapi lebih daripada itu
iaitu mernbina dan mernbangun potensi diri terutarna sahsiah, nilai dan akhlak pelajar.
8
TEORI ETIKA MORAL
4.0 Rumusan
Aspek dimensi moral melibatkan pemikiran dan penaakulan, perasaan dan motivasi,
serta tindakan dan perlakuan moral. Insan bermoral adalah insan yang mengamalkan nilai-
nilai murni yang diterima dalam masyarakat. Ciri-ciri insan bermoral dapat dilihat apabila
seseorang menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara. Selain itu, guru
memainkan peranan penting dalam aspek pengembangan perwatakan moral, ilmu dan
perubahan tingkah laku murid-muridnya. Guru juga memainkan peranan penting dalam
melahirkan modal insan yang bermoral dan berakhlak mulia. Insan yang berakhlak mulia
bukan sahaja tinggi ilmunya tetap menggunakan ketinggian ilmu itu untuk kesejahteraan
seluruh masyarakat. Selaras dengan anjakan ke-3 Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025, iaitu MELAHIRKAN MASYARAKAT MALAYSIA DENGAN
PENGHAYATAN NILAI dan sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kita
sudah tentu mahu melahirkan kanak-kanak dan generasi muda yang berakhlak mulia dan
bermoral agar negara kita sentiasa hidup dalam keadaan yang aman, damai serta harmoni.
9
TEORI ETIKA MORAL
Bibliografi
Aroff, A. R. (2004). Pendidikan moral teori etika dan amalan moral. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Chuen, L. (2011, December 11). Pendekatan Dalam Pendidikan Moral. Retrieved August 13,
2015, from Slideshare: http://www.slideshare.net/lichuen2885/pendekatan-moral-kssr
Covey, S. (1998). The 7 habits of highly effective teens. New York: Fireside Books.
Darmadi, H. (2012, April 10). Belajar PendidikanKarakter dari Thomas Lickona. Retrieved
Ogos 18, 2015, from Hamid Darmadi:
http://hamiddarmadi.blogspot.com/2012/04/belajar-pendidikan-karakter-dari-
thomas.html
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Pendidikan Moral Tahun Satu. Kurikulum Standard
Sekolah Rendah, 1-10.
Lickona, T. (2004). Character matters: How to help our children develop good judgment,
integrity, and other essential virtues. New York: Simon & Schuster Inc.
Lickona, T. (2009). Educating for character: How our school can respect and responsibility.
America: Random House Publishing Group.
10