Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

MZU3173 MUZIK MALAYSIA

TAJUK 6 Muzik Bentuk Tarian Utama Tarian Ngajat

Sinopsis
Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang Tarian Ngajat.

Hasil Pembelajaran

1. Menghuraikan ciri-ciri muzik yang diperdengarkan dari segi melodi,


harmoni, irama, tekstur, bentuk, dinamik dan warna ton. (1.2)
2. Menganalisis repertoire muzik dari segi sejarah dan asal-usul. (1.6)
3. Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza alat muzik yang
digunakan dari segi fungsi dan jenis. (1.5)
4. Menghayati pelbagai jenis muzik tradisi tempatan. (3.2)

Kerangka Tajuk Ini

Tarian Ngajat

Konteks (Tarian Kaum Alat-alat Ensembel


Iban)

Rajah 1: Kerangka Tarian Ngajat

6.1 Pengenalan
53
MZU3173 MUZIK MALAYSIA

Terdapat pelbagai jenis tarian dalam masyarakat di Malaysia. Tarian di


anggap sebagai satu cara penzahiran emosi dan nilai estetik kesenian dalam
masyarakat termasuk dalam kalangan etnik di Sarawak. Tarian-tarian yang
dilakukan biasanya melibatkan pergerakan tertentu khususnya berkaitan alam
semulajadi. Tarian ngajat merupakan tarian tradisional kaum asal di Sarawak iaitu
kaum Iban, Kenyah, Kayan dan Kajang.

6.2 Konteks (Tarian Kaum Iban)

Sebagai sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak,


tarian ngajat ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang.
Tarian ngajat bagi orang-orang Iban juga ialah tarian semasa menyambut Hari
Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada
suatu waktu dahulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara
yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang.
Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari
berperang.

Tarian ngajat (perang) yang juga dikenali sebagai ngajat lasan dalam
kalangan kaum Iban biasanya ditarikan oleh seorang penari lelaki. Tarian Ngajat
terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:
1. Ngajat Induk
2. Ngajat Bebunoh
3. Ngajat Lesong
4. Ngajat Semain
5. Ngajat Berayah
6. Ngajat Ngemai antu pala

Pada kebiasaannya penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat',


'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu
burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat
daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

54
MZU3173 MUZIK MALAYSIA

Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke
bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan
adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah
dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk
ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.

Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan
kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh
dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Gambar 1: Penari lelaki memegang perisai dan pedang semasa persembahan

Bagi penari lelaki atau digelar 'keling', Mereka akan memakai pakaian tradisi
seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung dan juga memakai topi yang dihias dengan
bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang
diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan
kanannya. Manakala bagi penari wanita atau digelar sebagai 'kumang' pula,
mereka memakai pakaian tradisi mereka.

55
MZU3173 MUZIK MALAYSIA

Gambar 2: Pakaian penari lelaki dan perempuan semasa persembahan

Pada masa ini persembahan tarian tradisional sudah


diperkembangkan dan dikomersiakan untuk tujuan memperkukuhkan sektor
pelancongan dan memperkasakan budaya.

Anda dikehendaki mencari bahan dari pelbagai sumber bagi mendapat maklumat
berkaitan tarian ngajat.

6.3 Alat-alat Ensembel Engkerumong

Di negeri Sarawak, ensembel gong besar biasanya mengandungi


beberapa buah gong gangsa daripada pelbagai jenis dan juga gong kecil
diperbuat daripada tembaga. Tarian-tarian ngajat biasanya diiringi oleh
ensemble tertentu misalnya ensembel engkerumong digunakan untuk
mengiringi tarian ngajat kaum Iban. Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti
gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkerumong dan sape, iaitu
alat bertali seperti gitar. Tarian ngajat lasan (penari solo) pula diiringi oleh
ensembel dua buah alat sape atau dua buah sape dan satu jatung utang.

56
MZU3173 MUZIK MALAYSIA

6.2.1 Sape

Alat sape merupakan alat lut yang dipetik dan mempunyai badan yang agak
panjang (lebih kurang 1 meter lebih) dan leher yang pendek. Alat sape ini diletak
seolah mendatar dan tali-tali dipetik dengan jari. Biasanya tiga atau empat tali
logam dipasangkan dari hujung badan ke pemulas tiunan (otah) yang terletak di
hujung leher. Beberapa fret (kiep) terdapat di bawah tali untuk mentiunkan alat ini.
Alat sape ini diletak secara yang hampir mendaftar dan tali-tali dipetik dengan jari
pemain. Beberapa utas tali digunakan untuk memainkan bahagian ostinato atau
dron manakala melodi tertentu dimainkan pada tali lain. Sape telah diakui alat
yang agak sukar memainkan dengan baik dari segi teknik dan juga improvisasi
melodi.

Gambar 3: Sape lama Gambar 4: Sape moden

Jika sape dimainkan sebagai ensembel , maka satu alat menghasilkan


melodi manakala satu lagi memainkan bahagian dronn atau ostinato. Jika seorang
pemain sape sahaja yang membuat persembahan, beliau akan memainkan kedua-
dua bahagian iaitu dron dan melodi.

57
MZU3173 MUZIK MALAYSIA

6.2.2 Engkerumong

Alat engkerumong diklasifikasikan sebagai alat idifon. Ia merupakan satu set


terdiri daripada beberapa buah gong yang dipukul. Alat engkerumung ini juga
dikenali sebagai gong-chime dalam istilah muzikologi yang terdiri daripada 5
hingga 8 buah gong kecil berbusut. Ia diletak dalam satu barisan di atas sebuah
kotak kayu secara mendatar. Ia dimainkan secara dipukul dengan sepasang kayu
lembut.
Ensembel engkerumong menghasilkan irama dan melodi yang utama
sementera gendang dan gong-gong besar menguatkan irama itu. Ia menghasilkan
muzik tertentu bagi perisitiwa tertentu seperti pesta gaawai atau bagi majlis
perkahwinan.

Gambar Rajah 1: Alat Muzik Engkerumong

58
MZU3173 MUZIK MALAYSIA

6.2.3 Tawak

Tawak dan Bandai dalam ensembel engkerumong terdiri daripada dua


jenis gong besar yang berbusut. Kedua-dua gong ini digantung secara
menegak dan dipukul oleh dua orang pemain dengan pemukul tertentu.

Alat tawak merupakan gong gangsa yang besar dengan rim yang luas
dan dinding yang agak tebal. Ia juga Gong yang dinamakan bandai
mempunyai rim yang tidak lebar dan saiz yang sederhana kalau
dibandingkan dengan tawak.

Gambar Rajah 2: Alat Muzik Tawak

6.2.4 Bebendai

Kaum Kajang juga menamakan bebendai yang merupakan alat gong


kecil sebagai selegai. Walaubagaimana pun bebendai juga dikenali sebagai
Bandil atau Bandai oleh kaum Sarawak yang lain.

59
MZU3173 MUZIK MALAYSIA

Gong ini bersaiz sederhana di mana ukuran lebar rimnya adalah lebih
kurang 6 hingga 10 sentimeter dengan garis pusatnya berukurannya sepanjang
40 hingga 50 sentimeter.

Bebendai mempunyai satu busut sahaja dan biasanya digantung


pada bumbung rumah panjang dengan seutas tali tebal. Cara memainkan alat ini
adalah dengan cara memukul pada rim atau busutnya dengan pemukul yang
diperbuat daripada kayu.

Gambar Rajah 3: Alat Muzik Bebendai

6.2.5 Ketebong

Ketebong pula merupakan merupakan salah satu alat muzik yang digunakan
dalam ensembel engkerumong. Ketebong mempunyai baluh drum atau badan
yang panjang dengan salah satu mukanya berkulit. Ketebong seperti gendang-
gendang yang lain dimainkan secara dipukul dengan tapak tangan.

60
MZU3173 MUZIK MALAYSIA

Gambar Rajah 4: Alat Muzik Ketebong

Bincangkan dalam kumpulan secara OLL

Simpankan hasil perbincangan dalam folio anda.

RUJUKAN

Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik,
Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre.

Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku
1, Pulau Pinang: The Asian Centre.

61

You might also like