Forum 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Salam 1 Malaysia dan Salam perpaduan Prof dan rakan-rakan sekalian.

Saya amat tertarik dengan persembahan MOCC Powtoon kumpulan saudari Fei Shin dan
rakan-rakan beliau. Ia adalah satu persembahan yang amat baik dengan pelbagai bahan
media. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan beliau.

Saya juga tertarik dengan soalan tentang tempoh kenaikkan pangkat untuk penjawat awam.
Apakah yang dimaksudkan dengan kenaikkan pangkat? Menurut Jabatan Perkhidmatan
Awam, Kenaikan pangkat bermaksud peningkatan secara hakiki dari satu gred ke suatu gred
yang lebih tinggi dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan
Lembaga Kenaikan pangkat. Saya difahamkan bahawa urusan kenaikkan pangkat ini sangat
penting dimana ia merupakan satu elemen yang menjadi dorongan untuk para pekerja
menjalankan tugas dengan lebih yakin dan efektif.

Kita memang tidak boleh menafikan hakikat tentang kenaikkan pangkat sektor swasta dan
sektor kerajaan yang berbeza. Ia memang jelas dengan tempoh pemberian kenaikkan
pangkat di sektor swasta yang lebih awal berbanding sektor awam. Persoalannya sekarang,
adakah patut sektor kerajaan pun memberi kenaikkan pangkat dalam tempoh Lima tahun
seperti sektor swasta?

Pada pendapat saya, kita boleh mempertimbangakan hal kenaikan pangkat dalam tempoh
Lima tahun. Ini kerana kenaikkan pangkat merupakan satu peluang kepada warga pekerja
awam untuk melangkah lebih jauh dalam bidang mereka disamping meningkatkan semangat
mereka. Namun begitu, tempoh Lima tahun merupakan waktu yang singkat untuk seseorang
warga awam menunjukkan kepimpinan mereka. Ini kerana di sektor swasta mereka didorong
untuk melaksanakan tugas dengan sempurna untuk kenaikkan pangkat. Jika mereka tidak
berbuat demikian maka pada bila-bila masa sahaja mereka boleh kehilangan kerjaya mereka.

Situasi ini cukup berbeza di sektor awam. Kakitangan awam tidak boleh diberhentikan kerja
semata-mata kerana tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik. Maka, mereka mempunyai
waktu yang lama untuk membuktikan kewibawaan mereka. Selain itu, penjawat awam juga
hanya perlu menghadiri kursus kelayakan apabila mereka mencapai tempoh lapan tahun
untuk kenaikkan pangkat. Maka, semua penjawat dapat peluang untuk kenaikkan pangkat.
Malah di sektor swasta bukan semua orang diberi peluang kenaikkan pangkat. Mereka harus
menonjolkan diri mereka untuk mencapai tahap itu.

Walaubagaimanapun, samaada sektor awam atau sektor swasta semua warga pekerja harus
bekerja demi kepentingan tempat bekerja dan kepentingan diri sendiri. Semua penjawat
awam harus dinilai dengan baik sebelum diberi kenaikkan pangkat.

Salam sejahtera Prof dan rakan sekalian. Saya telah melihat bahan media yang dibentangkan
oleh saudari Fei Shin dan ahli kumpulannya. Saya amat tertarik dengan soalan yang
ditengahkan oleh kumpulan tersebut. Kenaikan pangkat merupakan salah satu perkara yang
agak serius dan harus diberi penekanan dalam kerjaya seseorang individu. Bagi
mendapatkan kenaikan pangkat ini individu yang bergantung kepada sesuatu organisasi itu
haruslah menunjukkan kebolehannya dalam segala perkara yang disandang olehnya dalam
organisasi tersebut.
Tempoh kenaikan pangkat diantara sector awam dan swasta adalah amat berbeza.
Perbezaan ini bukan sahaja berlaku dalam swasta manakala ia berlaku di dalam badan
kerajaan juga. Golongan guru sahaja yang menunggu untuk kenaikan pangkat selama 8
tahun. Pada hal kakitangan kerajaan yang berada dalam sector-sektor lain tidak perlu
menunggu selama itu. Pihak swasta pula menikmati kenaikan pangkat dalam jangka masa
lima tahun.
Saya berpendapat bahawa jangka masa 8 tahun ini harus dikekalkan atas beberapa sebab.
Jika dibandingkan dengan sektor swasta jaminan kerjaya di sector awam adalah lebih
terjamin. Segala manfaat yang diperolehi oleh kakitangan kerajaan tidak dapat diperolehi
oleh kakitangan swasta. Dalam jangka masa 8 tahun ini seseorang kakitangan kerajaan dapat
meningkatkan skill kerja. Segala urusan yang berkaitan dengan sector mereka boleh dipelajari
secara mendalam. Tetapi dalam sector swasta kakitangannya bukan begitu. Selepas mereka
mahir dalam sektornya mereka memilih tempat kerja yang menawarkan gaji yang lumayan.
Ini mengakibatkan kerugian kepada sector swasta kerana ia perlu mencari seorang pekerja
yang baru dan melatihnya dari awalnya.
Jadi kenaikan pangkat selepas 8 tahun tidak merugikan sesiapa kerana dalam 8 tahun ini
kakitanganya boleh menikmati pelabagai keistimewaan kerajaan seperti bonus, loan peribadi,
loan perumahan dan loan kenderaan dan sebagainya. Jika kita bandingkan keadaan ini
dengan sector swasta mereka tidak mendapat sebarang keistimewaan seperti ini. Maka
kakitangan awam harus dilindungi dan dinilai dengan teliti sebelum memberi kenaikan
pangkat.

You might also like