Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU DAN GAYA PEMBELAJARAN TERHADAP

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

2.1 Perbezaan gaya berfikir


Perbezaan gaya berfikir merujuk kepada gaya kognitif dan gaya murid belajar.
Kedua-dua gaya terhasil daripada perbezaan individu. Kedua-dua gaya ditunjukkan
oleh murid dalam kelas seperti ada yang lebih selesa belajar menggunakan
kemudahan audio dan ada pula yang selesa dengan menggunakan alat visual.
Murid-murid yang cepat bertindak akan cepat menyiapkan kerja-kerja rumah. Bagi
murid-murid yang tidak berminat dengan kerja rumah akan menghantar lewat
tugasannya kepada guru.
Gaya belajar dikelaskan sebagai gaya belajar bergantung, bebas, mengelak,
bekerjasama, bersaing dan mengelakkan diri. Guru boleh mengenal pasti dengan
jelas keenam-enam gaya belajar di atas dalam sesebuah kelas. Manurut pakar
psikologi, terdapat sekurang-kurangnya dua puluh perbezaan gaya belajar dalam
kalangan individu. Oleh itu, guru perlu membuat penyelidikan bagi mengkaji dan
meneliti perlakuan setiap murid dalam kelas yang diajarnya sebelum pengajaran
dimulakan.
Menurut teori pembelajaran pengalaman, terdapat empat peringkat pengalaman
yang dilalui oleh murid iaitu, pengalaman konkrit, pemerhatian, reflektif,
perkonsepan abstrak dan percubaan aktif. Hasil daripada empat peringkat ini,
lahirlah individu dengan gaya belajar yang tersendiri sama ada diverger,
assimilator, konverger, ataupun akomodator.

2.2 Objektif pengajaran dan pembelajaran


Objektif pembelajaran perlu ditentukan mengikut kemampuan murid. Bagi murid
yang pintar, objektif pembelajaran perlu lebih tinggi daripada murid yang lemah.
Objektif pembelajaran perlu mengikut aras yang dicadangkan oleh taksonomi
Bloom, iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis dan sintesis. Aras
kesukaran pada objek atau penilaian perlu berubah mengikut prestasi murid. Bagi
murid-murid yang pintar cerdas tentu memerlukan objektif yang lebih luas jika
dibandingkan dengan kumpulan yan lemah.

2.3 Kesediaan belajar


Sememangnya diketahui bahawa umur merupakan faktor yang sangat penting
dalam menentukan kesediaan kanak-kanak untuk belajar. Namun demikian, kanak-
kanak yang sama umurnya tidak semestinya berada di peringkat kesediaan belajar
yang sama. Murid-murid yang mendapat pendidikan asas di rumah dan pernah
memasuki kelas tadika dan pra sekolah akan kelihatan cukup bersedia semasa guru
memulakan sesuatu pengajaran. Keadaaanya adalah berbeza dengan murid-murid
yang tidak dapat menikmati kemudahan dan keperluan tersebut.
Murid-murid yang telah dikenal pasti mempunyai perbezaan dalam kesediaan
emosi, kesediaan kognitif dan kesediaan psikomotor memerlukan pertimbangan
sewajarnya daripada guru dalam pemilihan kaedah dan teknik mengajar. Murid-
murid yang pintar selalunya bersedia awal untuk belajar berbanding dengan murid
lembam yang memerlukan ransangan yang lebih untuk menggerakkan mereka
belajar. Perlu diperhatikan juga tahap kecergasan dan kestabilan emosi murid
sebelum pengajaran dimulakan. Oleh itu, dicadangkan guru membuat pemerhatian
awal secara rambang untuk mendapatkan tahap kesediaan murid pada hari itu.
Di peringkat sekolah menengah pula, disamping perbezaan dari segi umur, faktor
motivasi, tekanan emosi, pemilihan mata pelajaran yang sesuai, keyakinan diri dan
sikap guru terhadap murid juga mempengaruhi kesediaan seseorang untuk belajar.
Contohnya, sekiranya seorang pelajar tidak meminati mata pelajaran Geografi
dipaksa oleh guru untuk mengambilnya, besar kemungkinan pelajar tersebut tidak
akan menyediakan dirinya untuk belajar. Situasi ini jika berlarutan akan
menyebabkan keputusan peperiksaan pelajar tersebut turut terjejas.

You might also like