Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 131

Pengenalan Dadah

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu
yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia
berfungsi.

Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis
dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah
di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk
pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud

ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada
"drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama
dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang
membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang
mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental
dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan
ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus
bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah
menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan

anda sekiranya anda tidak sihat.

Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali
sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan
ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu,
penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang
pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah
kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah
menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk
mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan
dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk
mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai

"dadah yang disalahguna".

Dadah dan Ciri-cirinya

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri
seperti berikut :

Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)

Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang

Diperoleh secara haram

Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya

tahan terhadap dadah

Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial
seseorang

Jenis-jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberape jenis seperti berikut :

Opiat dan Opiat sintetik

Stimulan
Ganja

Halusinogen

Depresen

Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

Apakah itu Dadah?

Dadah atau drug adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu
yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia
berfungsi.

Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis
dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah
di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk
pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu Inggeris, makna perkataan Drug bermaksud

ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada
drug, perkataan use, misuse atau abuse perlu digunakan bersama-sama
dengan perkataan drug. Contohnya drug abuse atau misuse of drug yang
membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang
mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental
dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan
ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus
bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah
menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Ubat-ubatan seperti paracetamol dan antibiotic membantu menyembuhkan

anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis
dadah rangsangan yang dikenali sebagai caffeine. Akan tetapi, dadah rangsangan
seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu,
masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini
tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang

pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah
kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah
menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk
mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan
dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan ecstasy diambil untuk
mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai dadah
yang disalahguna.

Dadah dan Ciri-cirinya

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri
seperti berikut :

Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)

Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang

Diperoleh secara haram

Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya

tahan terhadap dadah

Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial
seseorang

Jenis-jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

Opiat dan Opiat sintetik

Stimulan

Ganja

Halusinogen

Depresen

Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

Apa itu Opiat?

Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan
daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat
iaitu candu, morfin dan heroin.

Jenis-jenis opiat

1. Candu

Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan

memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah
buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia
mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi
keras jika terdedah kepada udara.

2. Morfin
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu
mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes
morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik

Nama Jalanan : M, White Powder, Monkey, Morpho

Morfin Mentah

Bentuk blok / serbuk

Bertanda 999

Mengandungi 70% 90% morfin

Juga dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin

Seperti serbuk kopi halus

Mengandungi 60% 70% morfin

Pil-pil Morfin

Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid

Pil kecil berwarna putih / coklat pucat

3. Heroin

Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di
Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan
produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan
berkali-kali ganda morfin.

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap

Nama Jalanan : Fit, Fun, tepung, cik putih, barang, Penang pink

4. Kodein
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau
bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada
morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan
sederhana dan sebagai ubat batuk.

Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik

Nama Jalanan : Ubat batuk

5. Opiat Sintetik
Tablet Metahadone

Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti methadone, pethidine,

dipipanone dan dextropropoxyphene. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang
serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan
kesakitan. Kini methadonedigunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara
kita.

Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik

Nama Jalanan : Fizzies, Dollies

STIMULAN

Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf
pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau Amphetamine-type-
stimulants (ATS) dan kokain.
Jenis-jenis Stimulan

1. Amfetamin

Amfetamin

Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat
yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan
Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu)
dan Methylenedioxy methamphetamine adalah dadah yang sangat berbahaya.

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur (chasing the

dragon)

2. Methamphetamine
Syabu / Ice

Methaphetamine hydrochloride merupakan satu jenis dadah yang berada dalam

kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti
tawas.

Contoh methaphetamine hydrochloride yang biasanya terdapat di Malaysia ialah

syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari
aspek perubatan.

Alat untuk chasing the dragon

Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut (chasing the dragon)

Nama Jalanan : Ice

3. Kokain

Serbuk Kokain

Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru,
Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan.

Pokok Koka

Daun Koka

Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di

samping negara-negara Eropah.
Cocaine Snorting

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap

Nama Jalanan : Coke, Crack, Snow, Flake

Kokain Freebase adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan
dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain Crack adalah
campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk granusles. Crack
mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh
menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

4. MDMA

Table yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)

Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) merupakan analo meskalin dan
amfetamin.

Ia dipanggil feel good drug dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil
MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase
pengguna muda.

Cara Menggunakan : Menelan

Nama Jalanan : Ecstasy, XTC

Ganja/Kanabis

Pokok Ganja

Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang
diperoleh daripada pokok cannabis sativa.
Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur
Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-
kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana tetrahydrocannabinol (THC)
merupakan bahan psikoaktif yang utama.

Daun Ganja

Jenis-jenis Ganja/Kanabis

1. Kanabis Herba

Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok genus kanabis
yang dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna
lebih kehijauan.

Kandunan THC : 0.25% 8%

Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)

Nama Jalanan : Ganja

2. Hashish

Hashish

Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan
dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin.

Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.

Kandungan THC : 4% 12%

Cara Menggunakan : Menghisap

3. Minyak Hashish
Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan
menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan
menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.

Kandungan THC : Sehingga 60%

Cara Menggunakan : Menghisap

Bong Alat untuk menghisap ganja

Menghisap ganja menggunakan Bong

Bong buatan sendiri menggunakan botol

Halusinogen

Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria.
Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah
membezakan yang benar dan tidak benar.

Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian

Kesihatan.

LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis
halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.

Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan hippies pada tahun
1960-1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.

Depresen

1. Ubat Depresen

Barbiturates
Ubat depresen termasuk juga ubat-ubat sedative dan tranquilizer. Ubat-ubat
ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau
menghentikan fungsi-fungsi tubuh.

Tranquilizer

Contoh ubat sedative ialah barbiturates manakala contoh tranquilizer ialah

erimin-5, rohypnol dan valium.

Pil Erimin-5 yg mudah didapati di dalam disko

Erimin-5 sejenis sedative yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang

menyalahguna club drugs untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin.
Penagih heroin juga menganggap erimin-5 sebagai pengganti heroin apabila
harga pasaran haram heroin tinggi. Rohypnol sejenis sedative yang sangat kuat
kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahaja sebagai
club drugs, bahkan juga sebagai rape drugs oleh perogol. Rohypnol boleh
mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.

2. Alkohol

Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh

pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf
manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya.

Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan

sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.

Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya
boleh membawa maut.

3. GHB
GHB

Gamma-hydroxybutyrate (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih,

serbuk putih, pil dan kapsul. GHB atau gamma-hydroxybutyric acid tidak pernah
diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang
kepiawaian.

GHB juga kerap disalahgunakan sebagai rape drugs kerana boleh memitamkan
mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Cara Menggunakan : Menelan

Nama Jalanan : G, Grieviuos bodily Harm, Liquid Ecstasy

4. Ketamin
Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang
digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan
pengguna tertidur dengan cepat.

Menyedut Ketamin Melalui Hidung (Snorting)

Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara smoked
atau snorted untuk mendatangkan khayalan seperti bius.

Ubat-ubatan dan Bahan Yang Disalahguna

1. Steroid
Produk Steroid yg popular di kalangan ahli bina badan

Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan
oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain.

Steriod kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian
baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau
peningkatkan kekuatan fizikal.

Steroid mempercepatkan proses pembesaran otot bagi ahli bina badan

Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk

seperti boleh menyebabkan kanser hati.
2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain

Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga
boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan.

Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yg kekal (gila) dalam masa yg
singkat

Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan

menyebabkan seseorang itu ketagihan.

Gejala menghidu gam di kalangan remaja wanita juga semakin serius : SUMBER

Kini Kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal akta Bahan Mengkhayalkan
agar gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.
3. Daun Ketum

Daun Ketum

Daun ketum atau species mytragynine yang telah disenaraikan sebagai racun dan
bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh
segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia. Pokok Ketum ialah
sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di
utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman
pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya
diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam
badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum
telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.
Air Ketum

Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama

dengan ubat nyamuk, supaya memberi kesan yg lebih kuat kepada peminumnya. Ia
dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi
mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons
(Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu
pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

4. Ubat-ubatan

Selain daripada ubat bius dan depresen, lazimnya ubat-ubatan yang kerap
disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk
menahan sakit (pain killer) dan sebagainya.

Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan

kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.

Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada Dadah

Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi
atau kedua-duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan
atau pada waktu-waktu tertentu. Dua jenis pergantungan kepada dadah apabila
ianya digunakan secara kerap dan berterusan ialah:

1. Pergantungan secara fizikal

Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan
dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan. Gejala-gejala tarikan
ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih
dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam masa tertentu.
Antara tanda-tanda pergantungan fizikal ialah sakit perut, muntah-muntah, cirit-
birit, menggeletar dan sebagainya.

2. Pergantungan secara psikologikal

Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana

penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat
berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa.

Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan dadah)

Daya tahan atau tolerance kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah
yang biasanya diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan
dalam mengatasi gejala tarikan. Dos dadah terpaksa ditambah untuk mencapai
tahap kepuasan dan kelegaan yang sama. Apabila pergantungan ini telah terbina,
badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka sekiranya dadah itu
diberhentikan bekalannya dengan serta-merta.

Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :

Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian mengatasi

keperluan-keperluan hidup yang lain seperti makanan dan minuman.

Daya tahan meningkat.

Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah

Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba
mengurang atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.

Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti

menggunakan untuk beberapa waktu.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :

a) Jenis dadah

Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia
merosakkannya (contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin
dan kokain) atau merosak dan merangsangkan (contohnya ganja).
b) Jumlah digunakan

Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos
kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding
dengan dos besar yang mana akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut

c) Cara penggunaannya

Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (samada ditelan, disuntik,

dihidu, dihisap atau diguna bersama dadah lain), jangka masa dan kekerapan
mengguna.

d) Keadaan individu

Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan,
pengalaman penggunaan dadah & aktiviti penagih

Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah

Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar
daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun.

Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah

kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi.

Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah

kerana :

Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk

merasainya sendiri

Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.

Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu

kumpulan yang sebaya dengannya.

Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.

Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.

Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.

Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang

memberi manfaat dan berfaedah.

Masalah dan tekanan rumah tangga

Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.

Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang
termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar.

Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk

mempengaruhi pengguna baru.

Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.

Akibat Penagihan Dadah

Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :

kesan kepada penagih

kesan kepada keluarga

kesan kepada masyarakat

kesan kepada Negara

1. Kesan Kepada Penagih

Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya
dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.

Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.

Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan
seperti dalam khayalan.

Pitam, pengsan, & berperasaan ganas

Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi,
Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

2. Kesan Kepada Keluarga

Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga

Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang

yang banyak untuk merawatnya.

Rumah tangga menjadi porak peranda.

Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.

Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada

mereka.

3. Kesan Kepada Masyarakat

Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan &

samun

Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat

penglibatan remaja dan belia dengan dadah.

Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan

anggota masyarakat dengan dadah.

4. Kesan Kepada Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada
masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan.

Kos tersebut termasuklah :

Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.

Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah

Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.

Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku

Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan

anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.

Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan
dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.

Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah

Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa

perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa
tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah :

Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil
kerja.

Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.

Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.

Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.

Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.

Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata
yang redup dan kuyu.

Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat
menghisap ganja.

Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.

Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.

Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah

dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.
Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit dan
sebagainya.

Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil,
tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.

Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu
penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu,
bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada
pakar-pakar perubatan

Undang-undang Dadah Malaysia

Akta Dadah Berbahaya 1952

Tafsiran Pengedaran Dadah termasuklah semua seperti mengilang, memgimport,

mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima,
menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim,
mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya, seseorang
itu adalah dianggap mengedar mana-mana dadah berbahaya.
Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta
Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok
ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat
tidak kurang daripada 6 sebatan.

Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan
diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11
November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih semula selepas 2 kali
menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam
komuniti akan di kenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahundan sebatan tidak
lebih dari 3 sebatan. Sekiranya mereka didapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4,
mereka akan dihukum penjara 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6
sebatan.

Akta Racun 1952

Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran,

penjualan, penggunaan racun dan penjualan semua jenis ubat-ubatan yang
disenaraikan. Sesiapa yang didapati bersalah di bawah akta ini akan diambil
tindakan di bawah Akta Racun 1952
Akta Rawatan/Pemulihan 1983 Pindaan 1988

Seseorang boleh ditahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3(1) APD
(R&P) 1983 sekiranya disyaki sebagai penagih dadah. Setelah disahkan bahawa
seseorang itu adalah penagih dadah, majistret boleh membuat perintah menurut
Seksyen 6(1) samada penagih tersebut :

Menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2tahun dan

kemudiannya menjalani pengawasan selama 2 tahun atau

Diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh 2-3 tahun

Seksyen 3

Penahanan Penagih Dadah yang disyaki untuk ujian-ujian :

Mana-mana Pegawai Polis boleh menahan mana-mana orang yang disyaki sebagai
penagih dadah.

Pegawai Polis boleh menahan dibawah subseksyen (1) selama tempoh tidak lebih
24 jam bagi maksud menjalani ujian.
Seksyen 4

Membawa Ke Hadapan Majistret jika ujian tidak dapat disiapkan dalam masa 24 jam
:

1.Ujian tidak dapat disiapkan dalam masa tempoh 24 jam

Orang itu boleh di lepaskan dengan jaminan, tanpa penjamin, oleh seorang Pegawai
supaya hadir pada masa dan ditempat yang dinyatakan dalam bon.

Seorang itu boleh dibawa dihadapan Majistret, majistret boleh dengan kuasanya
menahan seseorang itu selama tempoh 14 hari untuk menjalani ujian.

Seksyen 5

Obligasi penagih dadah yang disyaki untuk menjalani prosedur-prosedur ujian :

Bagi maksud sek 3 atau 4, orang itu dikehendaki hadir menjalani pemeriksaan oleh
Pegawai Perubatan Kerajaan.

Jika orang itu tidak mematuhi kehendak sek 5 subseksyen (1) dia melakukan
kesalahan boleh di hukum penjara 3 bulan.

Seksyen 6

Perintah Majistret yang boleh dibuat keatas penagih dadah

1. Jika seseorang itu telah menjalani ujian-ujian dibawah sek 3 dan 4, ujian telah
diperakui oleh Pegawai Perubatan. Pegawai itu hendaklah membawa orang itu di
hadapan majistret, majistret boleh memerintahkan :

Orang itu perlu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, tinggal
dipusat selama tempoh 2 tahun dan tamat tempoh akan menjalani jagaan lanjutan.

Orang itu boleh diletakkan dibawah pengawasan seorang Pegawai Pemulihan

selama tempoh 2 tahun dan tidak lebih 3 tahun.

Seksyen 7

Melanggari terma-terma bon yang disempurnakan dibawah seksyen 6 (1) (6).

Seorang Pegawai mempunyai sebab bahawa mana-mana terma bon dibawah
perenggan (b) subseksyen (1) sek 6, telah dilanggari dan dibawa kehadapan
Majistret.

Majistret boleh memerintah orang itu tinggal di Pusat Pemulihan selama tempoh 2
tahun.

Seksyen 8

Jagaan yang sah disisi undang-undang :

1. Seseorang itu adalah berada didalam jagaan yang sah disisi undang-undang.

Ia ditahan dalam jagaan oleh seorang Pegawai dibawah Akta ini.

Semasa dia menjadi penghuni di Pusat Pemulihan/Pusat Jagaan Lanjutan

Semasa dia sedang dibawa dari mana-mana tempat, sedang melibatkan apa-apa
aktiviti pusat Pemulihan.

2. Mana-mana orang yang lepas lari dari jagaan yang sah disisi undang-undang
adalah melakukan suatu kesalahan, sabit kesalahan di kenakan denda atau penjara
tidak lebih 3 tahun atau kedua-duaya.

Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta), 1988

Akta ini dikuatkuasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa kepada
kerajaan melalui :

Mengesan

Membeku

Merampas aset pengedar

Akta ini berkuatkuasa sekiranya tangkapan dibuat di bawah :

Seksyen 39(B) ADB 1952

Seksyen 6(B) ADB 1952

Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985

Akta Langkah-langkah Pencegahan khas

Kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut :

Orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan dibebaskan oleh
mahkamah kerana kekurangan bukti untuk dituduh di mahkamah.

Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah
melalui proses mengumpul maklumat, percakapan, risikan, saksi-saksi yang
berurusan secara terus dengan seseorang itu.

Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan :

Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (LLPK)
1952.

Tidak dibicarakan di mahkamah.

Proses Siasatan :

Laporan siasatan dibuat oleh pihak polis dan dihantar kepada Siasatan.

Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu benar-benar
terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukan kepada Menteri
Dalam Negeri.
Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat keputusan samasa
untuk mengeluarkan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan atau membebaskan orang
tersebut.

Dadah-Dadah Lain Yg Popular :

Nospan

Nospan biasanya popular di kalangan pelajar sekolah kerana harganya murah (50
Sen Sebiji). Biasanya ia ditelan 10-20 biji sekaligus & akan semakin bertambah di
kemudian hari untuk memberikan kesan khayal yg sama SUMBER

Nospan (Dextromethorphan) adalah tablet ubat batuk yang digunakan untuk

melegakan hidung berair, bersin, gatal hidung, Sinusitis, allergies dan gatal tekak .
Pengambilan yang berlebihan boleh mengubah deria persepsi atau keadaan sedar
seseorang. Dadah ini akan mengubah kualiti subjektif persepsi, fikiran dan emosi
dengan membatalkan penghantaran Neutroksin Ensifalus.

Pil ini dikatakan mampu membawa igauan seks ketika bermimpi selain merangsang
remaja membunuh diri

Kesan dari penyalahgunaan ubat ini adalah seperti kepusingan, hilang selera
makan, mulut kering, sakit dada, denyutan kuat, ruam kulit, tekanan darah tinggi
dan halusinasi. Ketagihan pil terbabit dianggap berbahaya apabila ia bukan saja
menyebabkan kerosakan saraf otak, malah boleh menyebabkan mangsa sakit
mental dan kurang siuman kekal.

Pil Kuda
Pil Kuda (Methamphetamine dadah sintetik campuran bahan kimia) adalah pil
paling tersohor di Kelantan, kerana ia dekat dengan Thailand, di mana Thailand
adalah pengeluar pil kuda haram terbesar di Asia Tenggara. Di dalam perubatan, ia
digunakan untuk merawat penyakit hyperaktif, ADHD (Penyakit Psikotik hilang
tumpuan), masalah tidur & obesiti yg melampau. Tapi sekarang ia disalahgunakan,
bukan untuk tujuan perubatan ataupun arahan doktor.

Pil kuda diakui akan menyebabkan penagih menjadi kurang siuman & gila kekal
dalam masa yang singkat

Pil kuda sememangnya mempunyai kesan negatif yang kuat & melampau, di mana
jika diambil secara berterusan selama 6 bulan, sistem saraf otak akan rosak &
penagih akan menjadi kurang siuman serta gila yg kekal.

Ini kerana, pelbagai bahan merbahaya turut dicampurkan untuk memberi kesan
yang lebih kuat. Di antaranya adalah

Racun tikus Untuk mencairkan darah dengan cepat agar penagih berasa kesannya
dengan segera

Serbuk Kaca Kalimantang

Pencuci lantai
Klorox

Ubat Nyamuk

Abu tulang manusia yg dibakar

Cara biasa menghisap pil kuda ni adalah Chase The Dragon. Pil dimasak
menggunakan dapur & asap yang keluar disedut.

Kalau diambil sebutir, penagih boleh berjaga tanpa tidur selama 2 hari & kalau
diambil suku sahaja,penagih akan berasa cergas lebih kurang 6 jam.

Kesan pil kuda juga akan menyebabkan penagih menjadi sangat bernafsu &
kemahuan seksnya akan meningkat secara mendadak.

Kesan Pil kuda :

Paranoia berkelakuan / tingkahlaku pelik

Halusinasi lihat @ dengar sesuatu yg tak wujud

Delusi kepercayaan pada sesuatu yg tak logik spt percaya mampu terbang

Meth mouth kerosakan pada gigi

Muka cengkung & berat badan susut dengan mendadak

Sawan,tegang otot,menggeletar

Gigi seorang penagih pil kuda tegar

Dadah Menurut Pandangan Islam

Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada
dalil yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai
pengharaman arak dan dalil pengharaman ini berdasarkan kepada keterangan nas-
nas (Al-Quran dan Al-hadis) kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-
benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai
alasan hukum yang sama iaitu memabukkan atau terdapat keburukan-keburukan
dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat.

Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam suruh Al-Baqarah ayat 195
yang bermaksud :

Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya

kebinasaan.. Surah Al-baqarah : 195

Dadah juga menghancurkan rumah tangga, keluarga yang dinaungi oleh ketua yang
mengguna atau menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah.

Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan
memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua
keluarga, Islam menitikberatkan mengenai kehidupan anggota keluarga agar
dipelihara dengan sebaik-baiknya.
Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud :

..Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka Surah At-Tahrim :
06

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang dibawahnya.
Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al-Sabiq (bekas Mufti
Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, Fatwa Al Syariiyah (muka
surat 184) bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan,
pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab
Syafie dan Al Syeikh AlIslam Ibnu Taimiyah, tokoh Ulama Hambali.

Pendapat Ulama
Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis ini jelaslah bahawa
penyalahgunaan dadah hukumnya haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi
semua kegiatan yang berkaitan dengannya seperti yang diriwayatkan oleh Termizi
dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah s.a.w pernah melaknat tentang khamar (arak).

Rasulullah s.a.w. melaknat tentang khamar, sepuluh golongan, (1)Pembuatnya,

(2)Pengedarnya, (3)Peminumnya, (4)Pembawanya, (5)Pengirimnya, (6)Penuangnya,
(7)Penjualnya, (8)Pemakan wang hasilnya, (9)Pembelinya, (10)Pemesannya.

Oleh yang demikian, bolehlah disimpulkan bahawa semua kegiatan yang berkaitan
dengan dadah adalah haram hukumnya seperti :

Menanam sebarang bahan untuk menghasilkan dadah

Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah

Menjual beli dadah.

Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan sebagainya yang berkaitan
Apakah itu Dadah?

Dadah atau drug adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang
menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.
Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja
dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan
oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu Inggeris, makna perkataan Drug bermaksud ubat-ubatan.
Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada drug, perkataan use,
misuse atau abuse perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan drug. Contohnya drug
abuse atau misuse of drug yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku
pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah
akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri
mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Ubat-ubatan seperti paracetamol dan antibiotic membantu menyembuhkan anda

sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang
dikenali sebagai caffeine. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan
ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan
minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah
ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh
itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk
mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan
penyalahgunaan dadah seumpana ini.

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan ecstasy diambil untuk mengubah
perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai dadah yang disalahguna.

Dadah dan Ciri-cirinya

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan
saraf tunjang)
Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah
dilarang
Diperoleh secara haram
Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan
meningkatkan daya tahan terhadap dadah
Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan
fungsi sosial seseorang

Jenis-jenis Dadah
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

Opiat dan Opiat sintetik

Stimulan
Ganja
Halusinogen
Depresen
Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

Apa itu Opiat?

Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi,
lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.

Jenis-jenis opiat

1. Candu
Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti
sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih
kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar
dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.

2. Morfin
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam
pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin
hidroklorik.

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik

Nama Jalanan : M, White Powder, Monkey, Morpho

Morfin Mentah
Bentuk blok / serbuk
Bertanda 999
Mengandungi 70% 90% morfin
Juga dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin
Seperti serbuk kopi halus
Mengandungi 60% 70% morfin

Pil-pil Morfin
Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid
Pil kecil berwarna putih / coklat pucat
3. Heroin

Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia.
Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada
pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : Fit, Fun, tepung, cik putih, barang, Penang pink

4. Kodein
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau
bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang
perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.
Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : Ubat batuk

5. Opiat Sintetik
Tablet Metahadone

Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti methadone, pethidine, dipipanone dan

dextropropoxyphene. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan
dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini methadonedigunakan dalam rawatan
penagihan opiat di negara kita.
Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan : Fizzies, Dollies

STIMULAN

Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat
dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau Amphetamine-type-stimulants
(ATS) dan kokain.

Jenis-jenis Stimulan

1. Amfetamin
Amfetamin

Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang
mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah
perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu)
dan Methylenedioxy methamphetamine adalah dadah yang sangat berbahaya.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur (chasing the
dragon)

2. Methamphetamine

Syabu / Ice
Methaphetamine hydrochloride merupakan satu jenis dadah yang berada dalam
kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas.
Contoh methaphetamine hydrochloride yang biasanya terdapat di Malaysia ialah
syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

Alat untuk chasing the dragon

Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut (chasing the dragon)

Nama Jalanan : Ice

3. Kokain

Serbuk Kokain
Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan
Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan.

Pokok Koka
Daun Koka

Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara
Eropah.

Cocaine Snorting

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap

Nama Jalanan : Coke, Crack, Snow, Flake

Kokain Freebase adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam
bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain Crack adalah campuran kokain dengan
serbuk penaik dan berbentuk granusles. Crack mempunyai ketulenan sehingga 90% dan
sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.
4. MDMA

Table yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)

Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin.

Ia dipanggil feel good drug dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali
dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.

Cara Menggunakan : Menelan

Nama Jalanan : Ecstasy, XTC

Ganja/Kanabis
Pokok Ganja

Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada
pokok cannabis sativa.
Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia
merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan
kimia yang mana tetrahydrocannabinol (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.
Daun Ganja

Jenis-jenis Ganja/Kanabis

1. Kanabis Herba
Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok genus kanabis yang dikeringkan
dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.

Kandunan THC : 0.25% 8%

Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)
Nama Jalanan : Ganja

2. Hashish
Hashish

Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan
menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin.
Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.

Kandungan THC : 4% 12%

Cara Menggunakan : Menghisap

3. Minyak Hashish
Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan
pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada
udara.

Kandungan THC : Sehingga 60%

Cara Menggunakan : Menghisap
Bong Alat untuk menghisap ganja

Menghisap ganja menggunakan Bong

Bong buatan sendiri menggunakan botol

Halusinogen
Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah
pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.
Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.

LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan
penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.

Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan hippies pada tahun 1960-1970.
Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.

Depresen

1. Ubat Depresen
Barbiturates

Ubat depresen termasuk juga ubat-ubat sedative dan tranquilizer. Ubat-ubat ini
bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-
fungsi tubuh.

Tranquilizer

Contoh ubat sedative ialah barbiturates manakala

contoh tranquilizer ialah erimin-5, rohypnol dan valium.
Pil Erimin-5 yg mudah didapati di dalam disko

Erimin-5 sejenis sedative yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang

menyalahguna club drugsuntuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin. Penagih
heroin juga menganggap erimin-5 sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin
tinggi. Rohypnol sejenis sedative yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di
kelab malam bukan sahaja sebagai club drugs, bahkan juga sebagai rape drugs oleh perogol.
Rohypnol boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.

2. Alkohol
Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-
kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan
fungsi dan reaksinya.

Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti
hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.

Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa
maut.

3. GHB
GHB

Gamma-hydroxybutyrate (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk

putih, pil dan kapsul. GHB atau gamma-hydroxybutyric acid tidak pernah diiktiraf
sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.

GHB juga kerap disalahgunakan sebagai rape drugs kerana boleh

memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Cara Menggunakan : Menelan

Nama Jalanan : G, Grieviuos bodily Harm, Liquid Ecstasy

4. Ketamin
Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang digunakan
dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.

Menyedut Ketamin Melalui Hidung (Snorting)

Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan

cara smoked atau snorted untuk mendatangkan khayalan seperti bius.
Ubat-ubatan dan Bahan Yang Disalahguna

1. Steroid

Produk Steroid yg popular di kalangan ahli bina badan

Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan oleh doktor
untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain.
Steriod kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang
menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan kekuatan fizikal.
Steroid mempercepatkan proses pembesaran otot bagi ahli bina badan

Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh
menyebabkan kanser hati.

2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain

Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan
kesan seperti dadah apabila disalahgunakan.
Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yg kekal (gila)
dalam masa yg singkat

Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang
itu ketagihan.

Gejala menghidu gam di kalangan remaja wanita juga semakin

serius : SUMBER

Kini Kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala
penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.

3. Daun Ketum
Daun Ketum

Daun ketum atau species mytragynine yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan
psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan
Timur Semenanjung Malaysia. Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae
yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi
wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga
bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air
rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Air Ketum
Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama dengan ubat nyamuk,
supaya memberi kesan yg lebih kuat kepada peminumnya. Ia dikatakan berupaya menjadikan
seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam
Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952.
Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

4. Ubat-ubatan

Selain daripada ubat bius dan depresen, lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah
berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit (pain killer) dan sebagainya.

Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada
ubat-ubatan berkenaan.

Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada Dadah

Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-
duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu tertentu.
Dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan ialah:

1. Pergantungan secara fizikal

Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan dadah dihentikan
akan menimbulkan gejala-gejala tarikan. Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi
tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah
dalam masa tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan fizikal ialah sakit perut, muntah-muntah, cirit-
birit, menggeletar dan sebagainya.

2. Pergantungan secara psikologikal

Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana penagih mengalami
gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta mencapai
ketenangan jiwa.

Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan

dadah)
Daya tahan atau tolerance kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah yang biasanya
diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan. Dos
dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahap kepuasan dan kelegaan yang sama. Apabila
pergantungan ini telah terbina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka sekiranya
dadah itu diberhentikan bekalannya dengan serta-merta.
Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :
Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan
seharian mengatasi keperluan-keperluan hidup yang lain seperti makanan
dan minuman.
Daya tahan meningkat.
Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah
Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi
apabila cuba mengurang atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan
penggunaan.
Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti
menggunakan untuk beberapa waktu.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :

a) Jenis dadah
Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia merosakkannya
(contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan kokain) atau merosak dan
merangsangkan (contohnya ganja).

b) Jumlah digunakan
Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil heroin
mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos besar yang mana akan
menyulitkan pernafasan dan membawa maut

c) Cara penggunaannya
Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (samada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap atau
diguna bersama dadah lain), jangka masa dan kekerapan mengguna.

d) Keadaan individu
Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman
penggunaan dadah & aktiviti penagih

Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah

Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih
dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun.
Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta
ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi.

Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan

dadah adalah kerana :
Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-
cuba untuk merasainya sendiri
Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis
dadah tersebut.
Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya
dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah
kehidupan.
Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu
dan bapanya.
Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-
perkara yang memberi manfaat dan berfaedah.
Masalah dan tekanan rumah tangga
Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi
daripada yang termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar.
Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar
untuk mempengaruhi pengguna baru.
Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan
agama.

Akibat Penagihan Dadah

Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :

kesan kepada penagih
kesan kepada keluarga
kesan kepada masyarakat
kesan kepada Negara

1. Kesan Kepada Penagih

Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan
bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.
Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan
kelihatan seperti dalam khayalan.
Pitam, pengsan, & berperasaan ganas
Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti
kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

2. Kesan Kepada Keluarga

Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga
dan wang yang banyak untuk merawatnya.
Rumah tangga menjadi porak peranda.
Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota
keluarga.
Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial
kepada mereka.

3. Kesan Kepada Masyarakat

Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti
rompakan & samun
Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas
akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat
penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.

4. Kesan Kepada Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah
penyalahgunaan dadah yang berterusan.

Kos tersebut termasuklah :

Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah
bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan
sebagainya.
Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat
dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.

Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah

Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu
seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan
dengan kegiatan penagihan dadah adalah :
Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja,
disiplin dan hasil kerja.
Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.
Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.
Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan
berair atau mata yang redup dan kuyu.
Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna
akibat menghisap ganja.
Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang
yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau
kaum keluarga.
Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon
bimbit dan sebagainya.
Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor,
bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.

Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan
tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang
berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan

Undang-undang Dadah Malaysia

Akta Dadah Berbahaya 1952

Tafsiran Pengedaran Dadah termasuklah semua seperti mengilang, memgimport, mengeksport,
menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan,
mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana
dadah berbahaya, seseorang itu adalah dianggap mengedar mana-mana dadah berbahaya.

Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya
1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh
dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.
Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8
Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah
yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau
pengawasan di dalam komuniti akan di kenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahundan
sebatan tidak lebih dari 3 sebatan. Sekiranya mereka didapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4,
mereka akan dihukum penjara 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.
Akta Racun 1952
Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan,
penggunaan racun dan penjualan semua jenis ubat-ubatan yang disenaraikan. Sesiapa yang didapati
bersalah di bawah akta ini akan diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952

Akta Rawatan/Pemulihan 1983 Pindaan 1988

Seseorang boleh ditahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3(1) APD (R&P) 1983
sekiranya disyaki sebagai penagih dadah. Setelah disahkan bahawa seseorang itu adalah penagih
dadah, majistret boleh membuat perintah menurut Seksyen 6(1) samada penagih tersebut :

Menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2tahun

dan kemudiannya menjalani pengawasan selama 2 tahun atau
Diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh 2-
3 tahun

Seksyen 3

Penahanan Penagih Dadah yang disyaki untuk ujian-ujian :

1. Mana-mana Pegawai Polis boleh menahan mana-mana orang yang
disyaki sebagai penagih dadah.
2. Pegawai Polis boleh menahan dibawah subseksyen (1) selama tempoh
tidak lebih 24 jam bagi maksud menjalani ujian.

Seksyen 4
Membawa Ke Hadapan Majistret jika ujian tidak dapat disiapkan dalam
masa 24 jam :
1.Ujian tidak dapat disiapkan dalam masa tempoh 24 jam

Orang itu boleh di lepaskan dengan jaminan, tanpa penjamin, oleh

seorang Pegawai supaya hadir pada masa dan ditempat yang dinyatakan
dalam bon.
Seorang itu boleh dibawa dihadapan Majistret, majistret boleh dengan
kuasanya menahan seseorang itu selama tempoh 14 hari untuk menjalani
ujian.

Seksyen 5
Obligasi penagih dadah yang disyaki untuk menjalani prosedur-
prosedur ujian :
1. Bagi maksud sek 3 atau 4, orang itu dikehendaki hadir menjalani
pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
2. Jika orang itu tidak mematuhi kehendak sek 5 subseksyen (1) dia
melakukan kesalahan boleh di hukum penjara 3 bulan.

Seksyen 6
Perintah Majistret yang boleh dibuat keatas penagih dadah
1. Jika seseorang itu telah menjalani ujian-ujian dibawah sek 3 dan 4, ujian telah diperakui oleh
Pegawai Perubatan. Pegawai itu hendaklah membawa orang itu di hadapan majistret, majistret boleh
memerintahkan :

Orang itu perlu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan,

tinggal dipusat selama tempoh 2 tahun dan tamat tempoh akan menjalani
jagaan lanjutan.
Orang itu boleh diletakkan dibawah pengawasan seorang Pegawai
Pemulihan selama tempoh 2 tahun dan tidak lebih 3 tahun.

Seksyen 7
Melanggari terma-terma bon yang disempurnakan dibawah seksyen 6
(1) (6). Seorang Pegawai mempunyai sebab bahawa mana-mana terma bon
dibawah perenggan (b) subseksyen (1) sek 6, telah dilanggari dan dibawa
kehadapan Majistret.
Majistret boleh memerintah orang itu tinggal di Pusat Pemulihan
selama tempoh 2 tahun.

Seksyen 8
Jagaan yang sah disisi undang-undang :
1. Seseorang itu adalah berada didalam jagaan yang sah disisi undang-undang.

Ia ditahan dalam jagaan oleh seorang Pegawai dibawah Akta ini.

Semasa dia menjadi penghuni di Pusat Pemulihan/Pusat Jagaan
Lanjutan
Semasa dia sedang dibawa dari mana-mana tempat, sedang
melibatkan apa-apa aktiviti pusat Pemulihan.
2. Mana-mana orang yang lepas lari dari jagaan yang sah disisi undang-undang adalah melakukan
suatu kesalahan, sabit kesalahan di kenakan denda atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duaya.
Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta), 1988
Akta ini dikuatkuasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa kepada kerajaan melalui :

Mengesan
Membeku
Merampas aset pengedar
Akta ini berkuatkuasa sekiranya tangkapan dibuat di bawah :

Seksyen 39(B) ADB 1952

Seksyen 6(B) ADB 1952
Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985

Akta Langkah-langkah Pencegahan khas

Kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut :

Orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan
dibebaskan oleh mahkamah kerana kekurangan bukti untuk dituduh di
mahkamah.
Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan
pengedaran dadah melalui proses mengumpul maklumat, percakapan,
risikan, saksi-saksi yang berurusan secara terus dengan seseorang itu.

Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan :

Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah
Berbahaya (LLPK) 1952.
Tidak dibicarakan di mahkamah.

Proses Siasatan :
Laporan siasatan dibuat oleh pihak polis dan dihantar kepada Siasatan.
Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu
benar-benar terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.
Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukan
kepada Menteri Dalam Negeri.
Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat keputusan
samasa untuk mengeluarkan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan atau
membebaskan orang tersebut.
Dadah-Dadah Lain Yg Popular :

Nospan

Nospan biasanya popular di kalangan pelajar sekolah kerana harganya

murah (50 Sen Sebiji). Biasanya ia ditelan 10-20 biji sekaligus & akan
semakin bertambah di kemudian hari untuk memberikan kesan khayal
yg sama SUMBER
Nospan (Dextromethorphan) adalah tablet ubat batuk yang digunakan untuk melegakan hidung
berair, bersin, gatal hidung, Sinusitis, allergies dan gatal tekak . Pengambilan yang berlebihan boleh
mengubah deria persepsi atau keadaan sedar seseorang. Dadah ini akan mengubah kualiti subjektif
persepsi, fikiran dan emosi dengan membatalkan penghantaran Neutroksin Ensifalus.

Pil ini dikatakan mampu membawa igauan seks ketika bermimpi selain
merangsang remaja membunuh diri

Kesan dari penyalahgunaan ubat ini adalah seperti kepusingan, hilang selera makan, mulut kering,
sakit dada, denyutan kuat, ruam kulit, tekanan darah tinggi dan halusinasi. Ketagihan pil terbabit
dianggap berbahaya apabila ia bukan saja menyebabkan kerosakan saraf otak, malah boleh
menyebabkan mangsa sakit mental dan kurang siuman kekal.

Pil Kuda
Pil Kuda (Methamphetamine dadah sintetik campuran bahan kimia) adalah pil paling tersohor di
Kelantan, kerana ia dekat dengan Thailand, di mana Thailand adalah pengeluar pil kuda haram
terbesar di Asia Tenggara. Di dalam perubatan, ia digunakan untuk merawat penyakit hyperaktif,
ADHD (Penyakit Psikotik hilang tumpuan), masalah tidur & obesiti yg melampau. Tapi sekarang ia
disalahgunakan, bukan untuk tujuan perubatan ataupun arahan doktor.
Pil kuda diakui akan menyebabkan penagih menjadi kurang siuman &
gila kekal dalam masa yang singkat

Pil kuda sememangnya mempunyai kesan negatif yang kuat & melampau, di mana jika diambil
secara berterusan selama 6 bulan, sistem saraf otak akan rosak & penagih akan menjadi kurang
siuman serta gila yg kekal.

Ini kerana, pelbagai bahan merbahaya turut dicampurkan untuk memberi kesan yang lebih kuat. Di
antaranya adalah

1. Racun tikus Untuk mencairkan darah dengan cepat agar penagih

berasa kesannya dengan segera
2. Serbuk Kaca Kalimantang
3. Pencuci lantai
4. Klorox
5. Ubat Nyamuk
6. Abu tulang manusia yg dibakar

Cara biasa menghisap pil kuda ni adalah Chase The Dragon. Pil dimasak menggunakan dapur &
asap yang keluar disedut.

Kalau diambil sebutir, penagih boleh berjaga tanpa tidur selama 2 hari & kalau diambil suku
sahaja,penagih akan berasa cergas lebih kurang 6 jam.

Kesan pil kuda juga akan menyebabkan penagih menjadi sangat bernafsu & kemahuan seksnya akan
meningkat secara mendadak.
Kesan Pil kuda :
1. Paranoia berkelakuan / tingkahlaku pelik
2. Halusinasi lihat @ dengar sesuatu yg tak wujud
3. Delusi kepercayaan pada sesuatu yg tak logik spt percaya mampu
terbang
4. Meth mouth kerosakan pada gigi
5. Muka cengkung & berat badan susut dengan mendadak
6. Sawan,tegang otot,menggeletar
7.

Gigi seorang penagih pil kuda tegar

Dadah Menurut Pandangan Islam

Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan
kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman
ini berdasarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-hadis) kerana ia termasuk dalam
pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya
mempunyai alasan hukum yang sama iaitu memabukkan atau terdapat keburukan-keburukan dan
membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat.

Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam suruh Al-Baqarah ayat 195 yang
bermaksud :

Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam

bahaya kebinasaan.. Surah Al-baqarah : 195

Dadah juga menghancurkan rumah tangga, keluarga yang dinaungi oleh ketua yang mengguna atau
menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah.

Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan memaksa isteri
dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberatkan
mengenai kehidupan anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.
Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud :

..Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka

Surah At-Tahrim : 06
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang

dibawahnya. Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al-Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al
Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, Fatwa Al Syariiyah (muka surat 184) bahawa
dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan,
mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh AlIslam Ibnu Taimiyah, tokoh Ulama
Hambali.

Pendapat Ulama
Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis ini jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah
hukumnya haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi semua kegiatan yang berkaitan dengannya
seperti yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah s.a.w pernah melaknat
tentang khamar (arak).

Rasulullah s.a.w. melaknat tentang khamar, sepuluh golongan,

(1)Pembuatnya, (2)Pengedarnya, (3)Peminumnya, (4)Pembawanya,
(5)Pengirimnya, (6)Penuangnya, (7)Penjualnya, (8)Pemakan wang
hasilnya, (9)Pembelinya, (10)Pemesannya.

Oleh yang demikian, bolehlah disimpulkan bahawa semua kegiatan yang berkaitan dengan dadah
adalah haram hukumnya seperti :

Menanam sebarang bahan untuk menghasilkan dadah

Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah
Menjual beli dadah.
Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan
sebagainya yang berkaitan

You might also like