Guru Perlu Fahami Peranan Pendidikan Dalam Pembangunan Negara 7

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

Guru Perlu Fahami Peranan Pendidikan Dalam Pembangunan Negara 7:21pm

28/05/2015 Pak Roshan 122 views Berita Pilihan,Mutakhir,

Sandakan,Tempatan SANDAKAN : Seseorang guru itu perlu memahami peranan


pendidikan dalam pembangunan negara, kata Tokoh Guru Negeri Sabah 2015
Datuk Mary Teresa Kinajil. Menurut beliau sebagai pendidik, guru harus terus
memberi fokus terhadap kerjaya untuk membantu kecemerlangan pendidikan
negara. Komited dan fokus kepada tugas guru akan membantu melahirkan
modal insan yang cemerlang dan membangunkan negara, katanya pada majlis
sambutan Hari Guru peringkat negeri Sabah yang disampaikan Ketua Menteri
Sabah Datuk Seri Musa Aman di sini, Khamis. Bekas Pengarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Kent Tuaran itu antara tiga penerima tokoh guru negeri Sabah
2015. Mary, 61, yang kini merupakan Ahli Lembaga Yayasan Bahasa
Kadazandusun Sabah juga merupakan pengasas Bahasa Kadazandusun di
sekolah dan pengasas program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan bagi
kursus bahasa Kadazandusun di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent
Tuaran. Dua lagi penerima ialah bekas Penolong Pengarah Bahagian Sekolah-
Sekolah Jabatan Pendidikan Sabah Abdul Karim E.Ismail, 77, dan bekas Pegawai
Pelajar Bahagian Tawau Mohammad Nistah Kabul, 69. Sementara itu di BUKIT
MERTAJAM, bekas Ketua Sektor Pembangunan Kemanusian Jabatan Pelajaran
Negeri (JPN) Pulau Pinang Fauziah Othman dipilih sebagai penerima Anugerah
Tokoh Guru Pulau Pinang 2015. Fauziah, 67, yang bersara sejak 2004 berkata
beliau berkhidmat sebagai guru selama 36 tahun dan bersyukur kerana dipilih
menerima anugerah berkenaan. Memberi perhatian sepenuhnya terhadap
murid merupakan prinsip yang saya pegang dan saya juga turut memberikan
kelas tambahan secara percuma kepada murid bermasalah terutama mereka
yang tidak boleh membaca dan menulis, katanya kepada pemberita selepas
perayaan Hari Guru peringkat Pulau Pinang, di sini Khamis. Majlis dirasmikan
Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan turut hadir isterinya Toh
Puan Majimor Sharif serta Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Datuk Osman
Hussain. Fauziah yang kini Pengerusi Pergerakan Puteri Islam Pulau Pinang
berkata cabaran guru yang semakin bertambah hari ini dengan kepesatan
teknologi juga memerlukan kesabaran dalam mendidik setiap anak murid. Ibu
kepada enam cahaya mata berusia antara 26 dan 42 tahun itu, berkata
suaminya Abdul Halim Othman, 70, juga seorang bekas guru dan pernah dipilih
sebagai Tokoh Guru Pulau Pinang pada 2002. Sementara itu, guru Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas (Penglihatan) Alma, Bukit Mertajam, Rosli Zawawi,
44, yang cacat penglihatan dipilih sebagai guru cemerlang bagi kategori
pendidikan khas kurang upaya 2015. Rosli berkata beliau bertugas sebagai guru
sejak 15 tahun lepas dan mula mengajar anak murid pendidikan khas yang
mengalami masalah penglihatan sejak 2006. Cabaran saya agak berat kerana
anak-anak murid saya kelainan upaya iaitu ada yang buta dan rabun teruk, jadi
adalah menjadi harapan saya agar mereka berjaya seperti mana orang normal,
katanya. BERNAMA

Baca selanjutnya: https://www.sayangsabah.com/guru-perlu-fahami-peranan-


pendidikan-dalam-pembangunan-negara/
Azizul, Ahmad dinobat sebagai Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Kepimpinan
Pendidikan 2016. 5:23pm 16/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 200 views Berita
Pilihan,Pendidikan,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Tokoh
Guru Kebangsaan 2016, Azizul (kiri) dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2016,
Ahmad (kanan) semasa Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, disini, hari
ini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah KOTA KINABALU- Dua anak jati Negeri Johor,
Azizul Rahman Abdul Rahman dan Datuk Dr Ahmad Sipon masing- masing
dinobatkan sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2016 dan Tokoh Kepimpinan
Pendidikan 2016. Azizul, 64 berasal dari Parit Sulung, Batu Pahat Johor telah
berkhidmat selama 33 tahun dengan memulakan kerjaya sebagai guru terlatih
pada 1976 selepas menamatkan latihan di Maktab Perguruan Temenggong
Ibrahim, Johor Bahru pada 1974. Menurut Azizul, beliau akan menggunakkan
pendekatan yang berbeza semasa mengajar semua pelajarnya untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Bagi saya murid-murid
adalah terpenting sekali, mereka mempunyai kematangan yang berbeza..saya
hormati perbezaan itu dan saya sediakan bahan dan keadaan yang berbeza agar
semua murid berasa seronok ketika belajar. Akhirnya, kesemua murid
memahami apa yang saya ajar dan mereka berasa seronok, katanya kepada
pemberita ketika ditemui selepas majlis pelancaran sambutan Hari Guru
Peringkat Kebangsaan Ke-45 di sini, hari ini. Tambahnya, para pelajar akan lulus
cemerlang dalam peperiksaan mereka melalui pendekatan itu. Selain itu,
katanya, beliau turut menggalakkan murid-muridnya membaca kerana tanpa
membaca bahasa itu tidak wujud. Nasihat saya kepada guru sekarang adalah
memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap mengajar murid dan fahami
masalah murid. Dari masalah muridkita ilhamkan penyelesaian yang inovasi
dan penyelesaian ini boleh dikongsikan dengan guru yang lain, katanya.
Sementara itu, Ahmad, 65, berkata bahawa beliau berasa gembira atas
anugerah yang diberikan kepadanya. Saya amat menghargai anugerah yang
diberikan kepada saya kerana ia adalah satu penghormatan yang sangat
bermakna bagi saya.,katanya. Selain itu, beliau turut mengingatkan kepada
semua guru agar memberi tumpuan yang sepenuhnya ketika menjalankan
tugasan mereka. Semua guru di negara ini adalah mesti perlu fokus
menjalankan tugas, mahir, faham, berjiwa pendidik dan mesti jalankan
tanggungjawap sepenuh hati dan jiwa, katanya. Ahmad memulakan kerjaya
sebagai pensyarah pada tahun 1975 selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda
Kejuruteraan dari Universiti Adelaide Australia pada 1974. Disamping itu, beliau
pernah menerajui Bahagian Pengurusan Politeknik selama tiga tahun dan pernah
dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor sejak tahun 1999 hingga
2000 serta dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 2005
sehingga bersara wajib pada 2007. Kedua- dua anugerah tersebut disampaikan
oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sempena
majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini. Hadir sama,
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman dan Menteri
Pendidikan Malaysia, Dato Seri Mahdzir Khalid-Elezebeth Esther/SayangSabah
Apa Komen dan Pendapat

Baca selanjutnya: https://www.sayangsabah.com/azizul-ahmad-dinobat-sebagai-


tokoh-guru-kebangsaan-dan-tokoh-kepimpinan-pendidikan-2016/

Guru Sebagai Pengamal Refleksi

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PERKEMBANGAN PROFESIONALISME

KE ARAH PENGAMALAN REFLEKTIF

DAN PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH

Oleh

Dr. Toh Wah Seng

Maktab Perguruan Batu Lintang,

93250 Kuching, Sarawak.

Abstrak

Profesion keguruan pada masa kini semakin mencabar dan kerelevansinya


semakin dipersoalkan. Kurikulum dan pedagogi perlu berubah dan sekolah
sentiasa perlu cari jalan untuk meningkatkan prestasi murid dalam pelbagai
aspek. Selain faktor sosio-ekonomi, kualiti guru dan kualiti sekolah juga berkait
rapat dengan prestasi murid. Kualiti guru menyumbang kepada kualiti sekolah
dan ia adalah satu faktor yang boleh dubah melalui program-program
perkembangan profesionalisme. Penyelidikan tindakan boleh diguna pakai
sebagai satu pendekatan untuk perkembangan profesional yang dijangka dapat
menyumbang kepada peningkatan kualiti amalan guru dan justeru itu,
penambahbaikan sekolah. Penyelidikan tindakan melibatkan pengamalan
reflektif yang sistematik dan berstruktur dan proses ini hendaklah berterusan
secara cyclical dengan tujuan menambah baik amalan. Kemahiran
menjalankan penyelidikan tindakan sangat berguna untuk guru
memperkembangkan profesionalisme secara kendiri dan secara beransur maju
ke arah menjadi seorang pengamal reflektif. Model penyelidikan tindakan yang
beransur maju supaya mudah dilaksanakan oleh guru adalah dicadangkan
supaya membolehkan guru mengamalnya dalam bilik darjah dan di sekolah.

PENGENALAN

Profesion keguruan semakin mencabar. Perubahan sentiasa berlaku dan pelbagai


cabaran perlu dihadapi oleh guru dan pengurus sekolah. Guru perlu
melaksanakan kurikulum yang telah disemak semula untuk menangani isu
kerelevansinya dengan globalisasi dan kemajuan dalam teknologi maklumat dan
komunikasi. Guru tertekan untuk menguasai kemahiran teknologi maklumat
supaya dapat menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Perubahan
bahasa penghantar daripada Bahasa Kebangsaan kepada Bahasa Inggeris dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik
menambahkan tekanan ke atas guru-guru yang mengajar mata pelajaran
tersebut. Di sekolah desa, guru menghadapi cabaran dari segi kekangan fizikal
dan iklim sosio-ekonomi yang kurang mendorong aspirasi masyarakat tempatan
untuk mencapai tinggi dalam pendidikan. Setiap tahun, guru dan pengurus
sekolah tertekan untuk menghasilkan keputusan yang baik dalam peperiksaan
awam. Di sekolah bandar, guru juga menghadapi tekanan daripada komuniti
untuk menambah baik prestasi murid dalam aspek-aspek lain.

Prestasi dan pencapaian murid merupakan satu cabaran utama yang dihadapi
oleh sekolah-sekolah di komuniti sosio-ekonomi rendah, khususnya sekolah-
sekolah pedalaman. Latar belakang sosio-ekonomi murid merupakan faktor yang
berkait rapat dengan pencapaian murid dalam peperiksaan awam. Faktor ini
memang sangat sukar untuk dikawal kecuali taraf sosio-ekonomi komuniti
tempatan dapat dipertingkatkan melalui program pembangunan ekonomi
tempatan. Di peringkat kementerian, pelbagai skim bantuan murid diadakan
untuk mengurangkan kesan sosio-ekonomi. Di peringkat sekolah, kualiti sekolah
terdiri daripada pelbagai faktor. Faktor fizikal seperti kualiti infrastruktur dan
kemudahan adalah faktor yang kurang dapat dikawal oleh sekolah. Kualiti guru
adalah faktor utama yang menentukan pembelajaran dan secara deduksi, ia
adalah faktor yang dapat mengubah kualiti sekolah. Ia juga satu faktor yang
boleh diubah.

Kualiti guru merujuk kepada ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap guru. Sikap
ialah faktor yang sukar dikawal. Ilmu dan kemahiran dapat diubah melalui
program-program perkembangan profesionalisme. Konsep perkembangan
profesionalisme harus dilihat sebagai satu proses pembelajaran yang dinamik
dan yang menjurus kepada tahap pemahaman dan kesedaran yang baru tentang
konteks di mana guru berkerja supaya membolehkan guru meneliti rutin kerja,
amalan, danmatlamat serta mengambil tindakan untuk mengubahnya supaya
menambah baik keadaan. Konsep ini memperlihatkan perkembangan
profesionalisme sebagai satu proses dan bukan produk dan memegang kepada
andaian bahawa guru boleh menjana ilmu sendiri, meneliti dan memahami
amalan kendiri dengan tujuan menambah baik amalan. Guru menjadi seorang
pengamal yang reflektif.

Satu pendekatan yang menepati konsep perkembangan profesionalisme tersebut


ialah melalui amalan penyelidikan tindakan. Keistimewaan amalan penyelidikan
tindakan ialah pendekatan ini merupakan satu pendekatan perkembangan
profesionalisme yang boleh dilakukan sama ada secara kendiri atau secara
berkolaborasi yang mana guru sentiasa membuat refleksi tentang kesan amalan
dan tindakan beliau ke atas pendidikan kanak-kanak dan sentiasa merancang
dan melaksanakan tindakan penambahbaikan di bilik darjah mahu pun di
peringkat sekolah. Guru juga beransur maju ke arah menjadi seorang pengamal
yang reflektif. Pengamalan reflektif mempunyai banyak kelebihan yang
menyumbang kepada peningkatan amalan, menggalakkan inovasi, menambah
ilmu dan memudahkan perubahan berlaku.

PENGAMALAN REFLEKTIF

Ide pengamal yang reflektif yang dicadangkan oleh Schon (1987) sangat
mempengaruhi program-program pendidikan guru sejak tahun lapan puluhan.
Ide ini telah menjadi satu isu yang popular dalam pendidikan guru. Ada penulisan
yang melaporkan tentang kesan refleksi dalam mengubah dan
mempertingkatkan amalan (contohnya, Bolin, 1988; Munby dan Russell, 1989).
Ada juga yang telah melaporkan tentang penggunaan refleksi dalam program-
program pendidikan guru (contohnya, Korthagen, 1988; Elbaz, 1988; Tabachnick
& Zeichner, 1991). Ramai penyelidik juga mencadangkan supaya refleksi
menjadi satu amalan yang patut diadakan dalam program pendidikan guru
(Zeichner, 1983; Copeland et al, 1993). Literatur tentang reflektiviti berhujah
bahawa proses refleksi dapat bantu menutup jurang antara teori dan praktis,
mengaitkan kepercayaan terdahulu dengan teori dan praktis, membina semula
ilmu profesional daripada ilmu situational (Schon,1987; Calderhead, 1988;
Wubbels, 1992; Fosnot, 1996). Beberapa kajian (Bolin, 1988 sebagai contohnya)
juga telah mencadangkan bahawa reflektiviti dapat mempromosikan perubahan
dan meningkatkan amalan.

Apakah yang dimaksudkan dengan pengamalan reflektif? Ia bukan setakat


renungan tentang amalan sahaja. Refleksi memerlukan seseorang merenung
tentang apa yang telah berlaku dan mempertimbangkan pelbagai dimensi
perlakuan tersebut seperti faktor-faktor yang mempengaruhinya dan kesan-
akibat perlakuan tersebut. Ia perlu membuat keputusan tentang pengubahsuaian
atau penambahbaikan yang boleh dilakukan berikutan pelakuan tersebut. Maka
pengamalan reflektif adalah sistematik dan berterusan yang melibatkan proses
merancang, mengambil tindakan, menghurai dan membuat refleksi. Konsep
refleksi dijelaskan oleh Schon yang mana reflection-in-action dan reflection-on-
action merujuk kepada ide bahawa amalan profesional adalah berdasarkan pada
knowing-in-action dan knowledge-in-action yang diperolehi melalui proses
konstruktivisme yang berasaskan pada pengalaman profesional. Mengikut van
Manen (1977), refleksi dapat dikategorikan kepada tiga jenis yang berhirarki,
iaitu refleksi teknikal, refleksi praktikal dan refleksi kritikal.

Jenis refleksi pertama adalah refleksi teknikal yang melibatkan penelitian tentang
keberkesanan sesuatu amalan atau tindakan dalam mencapai objektifnya. Guru-
guru pelatih dan guru permulaan biasanya membuat refleksi pada peringkat ini
kerana mereka masih baru dalam profesion keguruan dan kerisauan dan
keprihatinan mereka masih tertumpu kepada efikasi diri. Oleh demikian, refleksi
mereka tertumpu kepada perkara-perkara teknikal dalam bilik darjah seperti
pengurusan bilik darjah dan teknik-teknik mengajar. Refleksi dan tindakan
susulan mereka memberi fokus kepada penambahbaikkan kemahiran diri dalam
pengurusan kelas dan pedagogi dan kesannya terhadap pembelajaran murid.
Jenis kedua ialah refleksi praktikal, dan ia meneliti bukan sahaja keberkesanan
amalan atau tindakan tetapi juga objektif dan kandungannya. Andaian-andaian
tentang sesuatu objektif atau hasil pembelajaran yang sebenar diteliti dan
dipersoalkan dari segi kesesuaian dan kerelevanannya dengan konteks dan
persekitaran pelajar dan komuniti. Umpamanya, objektif dan kandungan
pelajaran yang direka mungkin sesuai untuk pelajar bandar tetapi kurang sesuai
dengan konteks pelajar di sekolah desa. Maka, refleksi di peringkat praktikal
memberi fokus bukan sahaja kepada hasil tindakan guru tetapi juga mengambil
kira realiti konteks dan persekitaran pelajar dan sekolah.

Refleksi jenis ketiga ialah refleksi kritikal. Ia merangkumi peringkat pertama dan
kedua dan juga mempertimbangkan isu-isu etikal, moral, dan keadilan tentang
amalan atau tindakan, objektif dan hasilan atau kesannya. Contohnya, di
peringkat ini, guru bukan sahaja mempersoalkan kesan dan implikasi tindakan
dari segi kesesuaian dan kerelevanannya tetapi juga meneliti kesan dan implikasi
tindakan dari segi isu-isu moral, etikal dan keadilan. Umpamanya, guru meneliti
sejauh manakah amalan beliau memastikan ekuiti dan keadilan terjamin. Adakah
amalan guru memberi manfaat kepada semua murid dan bukan hanya kepada
kumpulan murid yang tertentu sahaja? Sejauh manakah amalan guru bukan
sahaja dapat mencapai matlamat prestasi baik dalam peperiksaan tetapi juga
mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari segi menghasilkan
insan yang harmonis, menyeluruh dan berketerampilan? Sejauh manakah
amalan guru hanya mengutamakan kandungan mata pelajaran dan
menghambatkan perkembangan kemahiran berfikir dan kemahiran generik
murid?

PENYELIDIKAN TINDAKAN DAN PENGAMALAN REFLEKTIF

Pengamalan reflektif dan penyelidikan tindakan adalah saling berkaitan.


Pengamalan reflektif digunakan untuk menambah baik pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah melalui proses inkuiri kritikal dan disusuli
dengan refleksi (Cordingley, 1999; McMahon, 1999). Penyelidikan tindakan
merupakan satu bentuk pengamalan reflektif tetapi ia melibatkan satu proses
yang sistematik, kritikal, dan berterusan di mana tindakan yang terancang
adalah berdasarkan prosedur-prosedur penyelidikan. Ia juga menekankan
kolaborasi, participatory dan perkongsian ilmu. Perbezaan antara pengamalan
reflektif dan penyelidikan tindakan ialah penyelidikan tindakan melibatkan fasa
pengumpulan dan penganalisisan data yang tertentu sedangkan ini tidak
semestinya dilakukan dalam pengamalan reflektif. Penyelidikan tindakan adalah
pengamalan reflektif yang berstruktur.

Amalan penyelidikan tindakan boleh dikategorikan mengikut jenis refleksi.


Penyelidikan tindakan di peringkat refleksi teknikal bertujuan untuk
meningkatkan profesionalisme guru dari segi situasi-situasi pengajaran dan
pembelajaran. Dalam penyelidikan tindakan teknikal, perkembangannya bermula
dari andaian-andaian yang sedia ada dan struktur-struktur kurikulum sedia ada
tidak dipersoalkan. Contohnya, guru menyelidik tentang kesan kandungan dan
kaedah mengajar yang disarankan oleh kurikulum ke atas pencapaian murid
tanpa mempersoalkan sejauh manakah kandungan dan kaedah tersebut sesuai
dan relevan dengan situasi dan konteks pembelajaran berlaku.

Penyelidikan tindakan di peringkat refleksi praktikal biasanya dikendalikan oleh


sesuatu kumpulan dan ahli-ahli kumpulan meneliti amalan-amalan baru dan
sejauh manakah amalan-amalan ini sesuai dan relevan dengan konteks pelajar
dan keperluan komuniti serta menepati nilai-nilai tertentu. Andaian-andaian yang
sedia ada dan struktur kurikulum sedia ada dipersoalkan dari segi
kerelevanannya dan nilai-nilai tertentu. Dalam konteks sistem pendidikan
berpusat, ini mungkin agak terhad tetapi masih relevan. Guru-guru secara
berkolaborasi menyelidik kerelevanan dan kesesuaian kurikulum dengan konteks
dan persekitaran persekolahan dan mengambil tindakan secara kolaborasi untuk
mengubahsuai bahan dan kaedah tanpa menolak-ansur pencapaian objektif
yang tersurat dalam dokumen kurikulum.

Penyelidikan tindakan di peringkat refleksi kritikal juga melibatkan sesuatu


kumpulan dan nilai-nilai amalan atau tindakan diteliti dari segi kesan
menyeluruh, secara sosial mahu pun secara global. Amalan-amalan dipersoalkan
dari segi ekuiti, keadilan, dan etika. Di peringkat ini, penyelidikan tindakan
bertujuan untuk memberi emancipation dan empowerment kepada pengamal di
mana pengamal dapat membuat perubahan di peringkat dasar dan sistem demi
menambah baik proses pendidikan secara menyeluruh atau global. Contohnya,
di peringkat sekolah, penyelidikan tindakan boleh dijalankan secara
berkolaborasi dan juga penglibatan semua guru untuk mengubah dasar dan
sistem pelaksanaan kurikulum supaya memberi ekuiti dan keadilan kepada
semua golongan pelajar demi menambah baik pencapaian murid dalam pelbagai
aspek.
PENYELIDIKAN TINDAKAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME

Perkembangan profesionalisme merupakan satu usaha ke arah meningkatkan


keberkesanan amalan guru demi menambah baik sekolah dan komuniti. Model
perkembangan profesionalisme yang tradisional seperti bengkel dan kursus
biasanya adalah top down dan ilmu adalah daripada luar. Model ini kurang
berkesan kerana tindakan susulan biasanya kurang ditekankan dan amalan
yangdisarankan mungkin kurang sesuai atau relevan dalam konteks kerja guru.
Kursus diadakan dan sejauh manakah guru melaksanakannya di kelas kurang
diberi perhatian. Di sekolah dan bilik darjah, guru kurang mendapat sokongan
daripada pihak yang mentadbirkan latihan atau kursus berkaitan dan konteks
sekolah mungkin kurang menyokong pelaksanaan amalan baru yang dipelajari
daripada kursus.

Di sebaliknya, perkembangan profesional melalui penyelidikan tindakan adalah


berlandaskan konsep empowerment, berdikari dan berterusan di mana ilmu
adalah bottom up dan hasil daripada amalan guru. Guru didedahkan kepada
kemahiran penyelidikan tindakan dan menggunakannya sebagai satu alat untuk
menambah baik amalan melalui inkuiri, refleksi dan tindakan. Gurulah yang
menentukan aspek dan amalan yang ingin atau perlu dikaji dan ditambah baik.
Ia membolehkan guru berkolaborasi secara berkumpulan dan memberi peluang
untuk membuat refleksi dan mengumpul data tentang keadaan-keadaan yang
berkaitan secara langsung dengan keperluan-keperluan guru. Penyelidikan
tindakan sebagai satu model perkembangan profesionalisme berfokus kepada
masalah atau isu-isu seharian yang dihadapi oleh guru dan bukan kepada
masalah atau isu-isu teoretikal seperti yang dikenal pasti oleh para penyelidik di
universiti. Ini memberi kebebasan yang luas kepada guru dan ilmu adalah
terbina daripada teori dan amali yang sebenar dalam konteks kerja.

Kebebasan guru menentukan aspek atau amalan untuk ditambah baik tidak
bermaksud teori-teori yang sedia ada diketepikan dan guru merancang tindakan
tanpa merujuk kepada teori. Ini adalah berbahaya kerana ia mungkin
memperkukuhkan amalan-amalan yang kurang tepat dan kurang munasabah
serta mungkin memudaratkan perkembangan murid dalam aspek sosio-psikologi.
Contohnya guru menggunakan kaedah latih tubi secara berleluasan untuk
melatih murid kemahiran menjawab soalan ujian tanpa memikirkan implikasinya
terhadap perkembangan kemahiran kognitif dan sahsiah murid. Oleh demikian,
teori-teori sedia ada adalah penting kerana teori tersebut dibina melalui bukti-
bukti empirikal yang kukuh. Guru perlu merujuk kepada teori dan meneliti
amalan diri serta membanding beza amalan diri dengan teori sedia ada untuk
mengkaji jurang antara teori dan amali dan kesannya ke atas pembelajaran
murid. Teori sedia ada mungkin dioperasikan melalui pendekatan dan metodologi
yang unggul dan sesuai dengan konteks kerja guru tanpa megenepikan teori.

Perkembangan profesionalisme melalui penyelidikan tindakan boleh


dilaksanakan secara individu atau secara berkolaborasi. Kemmis dan McTaggart
(2000) mengenal pasti dua jenis penyelidikan tindakan yang boleh diamalkan
oleh para pendidik. Yang pertama ialah penyelidikan tindakan bilik darjah di
mana fokus adalah pada penyiasatan tentang amalan guru di bilik darjah ke arah
memahami diri demi menambah baik amalan. Ini adalah di peringkat individu.
Jenis kedua adalah kolaboratif dan participatory dengan penglibatan komuniti
guru. Kedua-dua jenis penyelidikan tindakan ini adalah sesuai untuk sekolah
kerana ia mengalakkan pendekatan dan kaedah yang demokratik dan fleksibel,
memangkinkan perubahan amalan yang berdasarkan ilmu pribumi dan
menerapkan nilai-nilai seperti menghormati orang lain, sikap yang terbuka dan
pembelajaran yang berterusan.

MODEL PENYELIDIKAN TINDAKAN UNTUK GURU

Penyelidikan tindakan jelas dapat dijadikan satu pendekatan perkembangan


profesionalisme guru secara kendiri mahu pun secara kolaboratif ke arah
pengamalan reflektif. Kemahiran menjalan penyelidikan tindakan adalah
peralatan guru untuk perkembangan profesionalisme secara kendiri. Akan tetapi,
usaha menjalankan penyelidikan di sekolah bukan mudah dilaksanakan kerana
terdapat halangan dan kekangan-kekangan seperti kesukaran guru untuk
mengubah amalan yang telah lama diperlazimkan, kekurangan kemahiran guru
untuk mejalankan penyelidikan tindakan, kekurangan resos dan masa, serta
kekurangan sokongan dan pengiktirafan oleh pihak atasan. Oleh demikian, satu
model penyelidikan tindakan yang developmental adalah lebih sesuai (Toh,
2004). Model ini mengambil kira kekangan tersebut dan berasaskan pada teori
perkembangan guru yang menekankan kepada proses perkembangan yang
beransur-maju. Jadual 1 mempamerkan model ini dalam bentuk matriks aspek
kemahiran penyelidikan tindakan dan peringkat perkembangan latihan.

Model ini menampakkan tiga fasa atau peringkat penyelidikan tindakan. Di fasa
pertama (asas), guru hanya menumpu kepada aspek-aspek teknikal dalam bilik
darjah. Teknik-teknik mengumpul maklumat dijadikan sebahagian daripada
pengajaran dan pembelajaran. Ia juga mudah dan hanya melibatkan maklumat-
maklumat tentang keberkesanan amalan atau teknik mengajar guru. Maklumat
yang ringkas mudah dianalisis dan tindakan mudah dirancang untuk sesi
pelajaran yang seterusnya berdasarkan data ringkas ini. Guru di peringkat ini
banyak terlibat dalam refleksi teknikal sahaja kerana fokus adalah kepada aspek-
aspek teknikal sahaja. Keperluan untuk membuat laporan formal tidak diperlukan
dan laporan dalam bentuk huraian pengalaman boleh dikongsikan
melaluiperbincangan dengan rakan atau di sidang perkongsian pengalaman di
peringkat sekolah atau daerah.

Jika guru telah yakin dan selesa di peringkat asas dan juga dapat melihat
kelebihan penyelidikan tindakan, maka beliau mula beransur maju ke peringkat
kedua dan ketiga di mana beliau boleh menambah baik kemahirannya ke
peringkat yang lebih tinggi. Di peringkat ini model penyelidikan tindakan yang
berpusingan (cyclical) dapat dilaksanakan mengikut keperluan guru dan sekolah.
Unsur kolaborasi dan kerja berpasukan dapat diperkenalkan. Fokus penyelidikan
tidak lagi kepada maklum balas murid tentang pembelajaran tetapi lebih luas
lagi dan melibatkan pengumpulan data yang memerlukan teknik-teknik yang
lebih ketat dari segi kebolehpercayaan dan kesahan. Peluang untuk berkongsi
dapatan dan berkonferensi diadakan supaya guru-guru dapat membina grounded
theory tentang amalan pengajaran dan pembelajaran serta kurikulum sekolah.

RUMUSAN

Pengamalan reflektif dapat menambah baik amalan serta menambah baik


sekolah. Menjadi seorang pengamal reflektif bukannya sukar tetapi memerlukan
usaha yang bersistematik dan berstruktur. Amalan penyelidikan tindakan
merupakan satu pendekatan perkembangan profesionalisme yang boleh
mencapai matlamat ini. Akan tetapi keadaan dan persekitaran kerja guru perlu
dapat mendorong aktiviti penyelidikan tindakan di kalangan guru. Sokongan dan
galakan daripada pihak pengurusan adalah penting untuk mewujudkan
persekitaran kerja yang dapat mendorong guru menjalankan penyelidikan
tindakan. Guru perlu dilatih kemahiran-kemahiran menjalan penyelidikan
tindakan secara beransur maju. Peluang dan ruang hendaklah diwujudkan untuk
guru berkolaborasi, berkonferensi dan melaporkan dapatan dan hasil
penambahbaikan. Usaha ini dijangka berkesan dengan andaian bahawa guru
mempunyai keinginan untuk berkongsi dapatan dan berkonferensi diadakan
supaya guru-guru dapat membina grounded theorytentang amalan pengajaran
dan pembelajaran serta kurikulum sekolah.

sumber daripada :
https://www.google.com.my/url?
sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=5&cad=rja&uact=8&ved=0CD8QFjAE
&url=http%3A%2F%2Fwww.ipbl.edu.my%2Fportal%2Fpenyelidikan
%2Fseminarpapers%2FSemAR2005%2F1%2520toh.pdf&ei=-
2UEVYqIEIvbuQTAx4DQAg&usg=AFQjCNE4r3d7Hvgl--
R2MPWVBTjXFOsu7g&sig2=FRzw0aU1Yp5gmahnUqW3mw&bvm=bv.88198703,d
.c2E

Posted by SEMINAR REFLEKSI 2015 at 09:54


EDU3108 - Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional Keguruan SATURDAY,
22 SEPTEMBER 2012 KULIAH 8 : PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH GURU DAN
ALAM PENDIDIKAN profesion yang paling mendapat tempat di kalangan rakyat
Malaysia. tahun 1999 sahaja jumlah guru yang terdapat di Malaysia ialah kira-
kira 157, 415 orang manakala jumlah pelajar pula ialah 2,897,927 orang. tahun
2000, terdapat lebih dari 200,000 orang guru di negara kita Guru sebagai
pengamal ilmu Sebagai pengamal ilmu, seseorang guru mempunyai peranan
serta tugas yang amat berat, rumit dan mencabar. Pembangunan insan dan
negara terletak di atas pundak kaum guru. Dalam era ledakan teknologi
maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi sebuah global village, tuntutan
terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak. Justeru itu, guru-guru
perlu dan harus sentiasa mengemaskinikan serta mempertingkat ilmu
pengetahuan masing-masing. Dalam perkembangan berkaitan, Islam bukan
sekadar menganjurkan umatnya mencari atau menuntut ilmu malah penyebaran
ilmu juga menjadi satu kewajipan. Shahril @ Charil Marzuki, et. al. (1993)
menegaskan guru sebagai pengamal ilmu, mempunyai peranan serta
tanggungjawab sosial iaitu: (c)perancang, fasilitator dan pengurus pembelajaran;
(d)penyampai ilmu pengetahuan; (e)pembentuk akhlak; (f) pembimbing;
(g)contoh teladan atau model. Menurut Mohd. Idris Jauzi (1990) untuk
membolehkan para pendidik memainkan peranan berkesan dan positif sebagai
pengamal dan penyampai ilmu, guru haruslah secara berencana dan berterusan:
(c)mempersiapkan diri dari segi keilmuan; (d)berusaha membersihkan diri dari
segi sahsiah menerusi ibadah-ibadah asas; (e)meningkatkan kecekapan,
ketajaman dan ketrampilan diri dalam pelaksanaan tugas dan interaksi dengan
masyarakat; (f) melaksanakan tugas keguruan dengan sebaiknya;
(g)menawarkan khidmat bakti dan kepimpinan dalam kehidupan bermasyarakat;
(h)menjadikan sekolah selaku gedung ilmu dan jemaah ilmuan sebagai pusat
pendidikan anggota masyarakat. Guru atau para pendidik juga seharusnya
mempunyai dedikasi dan komitmen terhadap profesion serta
tanggunggungjawab moral mereka sebagai seorang guru. Mengikut Jujun S.
Suriasumantri (1990) sebagai seorang pengamal ilmu, seseorang guru harus
mempunyai tanggungjawab profesional yang mencukupi asas kebenaran,
kejujuran, tanpa kepentingan langsung, menyandarkan kekuatan penghujahan,
rasional, objektif, kritis, terbuka, pragmatis, dan neutral dari nilai-nilai yang
bersifat dogmatik dalam menafsirkan hakikat realiti. Guru sebagai pengamal
kemahiran Guru harus mempunyai kemahiran dan mempunyai sijil bertauliah
daripada latihan ikhtisas yang diiktiraf. Justeru, guru yang memperolehi
kemahiran profesional adalah guru yang bertauliah dan cekap menjalankan
tugas-tugas seperti pengajaran, bimbingan, aktiviti kokurikulum berlandaskan
teori pendidikan. (a) Kemahiran belajar - kebolehan menerima isyarat dengan
tepat, memproses maklumat yang diterima, menyimpannya dalam stor ingatan
dan mengaplikasikan untuk menyelesaikan masalah. (b) Kemahiran berfikir -
kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan proses-proses pemikiran
seperti banding-beza, menghuraikan dan lain-lain. (c) Kemahiran pemudah cara -
fasilitator yang membimbing, memotivasi serta menggerakkan orang lain. (d)
Kemahiran mengajar - membentuk aktiviti pengajaran yang sistematik, menarik
dan berkesan. (e) Kemahiran merancang - menentukan objektif pelajaran,
memilih isi pengajaran, memilih strategi dan kaedah pengajaran, merancang
aktiviti pengajaran pembelajaran, memilih dan menyediakan pelajaran serta
menyediakan dan mengurus kemudahan untuk menjalankan aktiviti pengajaran.
(f) Kemahiran berkomunikasi - secara lisan atau bertulis. (g) Kemahiran
mengurus - mengurus bilik darjah, murid, kemudahan fizikal, bahan-bahan
pengajaran dan sebagainya. (h) Kemahiran menilai - mengumpul maklumat
tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (I) Kemahiran ICT -
menggunakan teknologi maklumat. Guru sebagai pembentuk nilai Nilai adalah
penting kerana ia memberi panduan dalam kehidupan. Nilai dapat
memotivasikan hidup manusia untuk hidup dengan cara yang betul. Guru
harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan menjadi
insan yang mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Guru berperanan
menyerbakan nilai bahkan perlu menjadi rote model yang akan diteladani oleh
para murid serta orang di sekelilingnya. Guru sebagai pendidik Tugas guru
adalah mendidik iaitu: (b)Memberi ilmu mengajar, menyampai maklumat,
berbincang, mengendalikan bengkel dan sebagainya. (c)Mendedahkan
pengalaman guru perlu mendedahkan murid-murid dengan pengalaman-
pengalaman tertentu seperti pengembara, mengelola majlis. (d)Mendidik murid
berakhlak mulia mendidik termasuk dari segi akhlak, penampilan diri melalui
pembelajaran seperti pendidikan moral. Guru sebagai agen sosialisasi Perlu
memupuk sikap, nilai dan sahsiah murid-murid yang sempurna selaras dengan
kehendak masyarakat. Guru mempunyai hubungan yang rapat dengan
masyarakat dan boleh menggunakan statusnya untuk menyebarkan nilai-nilai
positif kepada ahli masyarakat. Guru sebagai agen perubahan Mengubah
daripada stail pengurusan dan kepimpinan yang bersifat autokratik kepada
demokratik. Perlu berasaskan perkara-perkara berikut: - Mengubah daripada
strategi pemusatan guru kepada pemusatan murid. - Mengamalkan sifat
penyayang terhadap pelajar, rakan sejawat, ketua, staf sokongan dan sekolah. -
Bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia untuk menghadapi perubahan
khususnya dalam bidang pendidikan. Guru sebagai pembina negara Insan
guru dapat membantu pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada
pembentukan negara. Guru harus berakhlak mulia, mempunyai semangat
berjuang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri,
keluarga, masyarakat serta negara. Guru juga harus menyesuaikan diri dalam
semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi untuk menolong
membentuk masyarakat Malaysia yang berakhlak mulia. Guru sebagai penyebar
ilmu Bertanggungjawab menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
kepada murid. Memupuk nilai budaya ilmu supaya menjadi teladan bagi murid-
murid mencontohi serta membentuk budaya ilmu sebagai ciri utama dalam
kehidupan mereka. Mewujudkan budaya ilmu di kalangan guru dan murid
sejajar dengan salah satu pernyataan yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Melahirkan generasi yang mencintai ilmu
pengetahuan. Guru sebagai penyayang Prihatin, berminat, bertimbang rasa,
menjaga, memikir dan memberi perhatian terhadap permintaan, pandangan,
kebajikan, keperluan dan kebahagiaan murid-muridnya. Menyukai dan
menyayangi kanak-kanak. Berminat mengajar, berdedikasi dan melaksanakan
aktiviti P & P dengan bersungguh-sungguh. Dapat melahirkan murid yang
mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup masyarakat. Guru
sebagai pakar rujuk Mempunyai kemahiran ikhtisas dan menguasai ilmu
pengetahuan. Menunjukkan sikap jujur serta mewujudkan interaksi positif
pelbagai hala. Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan
murid menjalankan aktiviti pengajaran mereka. Guru sebagai mentor Menolong
memberikan penyelesaian masalah kepada murid dengan cepat dan berkesan.
Juga harus mempunyai kemahiran mendengar dengan baik iaitu memahami
situasi atau keadaan yang dialami murid-muridnya. Juga perlu mempunyai sifat
dan kualiti seperti bersopan santun, menghormati pandangan murid, peramah,
rendah hati, jujur, semangat berbakti, prihatin dan sebagainya. Guru sebagai
pengurus Mengurus rutin bilik darjah. Mengurus murid-murid supaya
menjalankan tugasan harian. Mengurus murid-murid supaya mematuhi
peraturan bilik darjah. Mengurus keadaan fizikal bilik darjah. Mengurus
aktiviti kumpulan. Guru sebagai penyelidik Menyelesaikan masalah yang
mungkin dihadapi oleh murid. Mengubah dan menyesuaikan strategi P & P
dapat menarik perhatian murid. Sentiasa membuat dan menjalankan refleksi
kendiri bagi memperbaiki kelemahan dalam P & P. Guru sebagai pengamal
reflektif Sentiasa membuat pertimbangan dan pemikiran yang mendalam
sebelum merancang sesi-sesi pengajaran. Supaya murid-murid memperolehi
kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang tinggi dalam semua aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Kesimpulan Pendidikan merupakan pelaburan yang penting
dalam sesebuah Negara. kualiti generasi di masa hadapan sebahagian
besarnya terletak di tangan guru-guru. Posted by drzaims said at 07:31 1
comment: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to
Pinterest

Here is a US $4.00 coupon: https://goo.gl/efW8Ef


Sunday, 22 May 2011

Asas Kepemimpinan: Nota Bab 5: Peranan Guru Sekolah Rendah

PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH

1) Peranan Guru;

Pengamal Ilmu dan Kemahiran

Pembimbing

Pengamal Reflektif

Penyelidik
Agen Sosial

Agen Perubahan

Pengganti Ibu Bapa

Pembentuk Tingkah Laku

Pengurus Pembelajaran

2) Pengamal Ilmu dan Kemahiran;

Pengamal pengetahuan kandungan pedagogi.

Menstruktur pengajaran dengan mengintegrasikan unsur kemahiran dan nilai.

Mempunyai peranan memindahkan ilmu dan meninggikan adab murid.

Mempraktikkan budaya ilmu membaca, berfikir, membuat penyelidikan & mencari idea
baru.

3) Pembimbing;

Menyemai minat dan motivasi terhadap mata pelajaran.

Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid.

Menanamkan minat dan sikap yang sihat pada alam persekolahan & amalan seharian.

Mengenal pasti & membantu murid yang mengalami masalah spt pelajaran, sosioemosi &
kesihatan.

4) Pengamal Reflektif

Membantu guru permulaan menstruktur pemikiran bagi menguasai aspek kandungan


pengetahuan.

Meningkatkan tahap profesional guru.

Menambahbaik aktiviti P&P.

Jika diterapkan kepada murid membolehkan mereka memperoleh kemahiran berfikir kritis &
kreatif.
5) Penyelidik

Dapat meningkatkan kualiti P&P.

Menjalankan pelbagai jenis penyelidikan yang berkaitan amalan P&P.

Menggunakan BBM dan mengkaji keberkesanannya melalui kajian penyelidikan tindakan.

Guru boleh menjaalankan penyelidikan biasa menggunakan kaedah kes, soal selidik,
pemerhatian & temubual.

6) Agen Sosial

Guru agen sosialisasi.

Guru bukan sahaja menyampaikan pengetahuan tetapi perlu menupuk sahsiah, sikap dan
nilai selaras dengan kehendak budaya masyarakat.

Guru berperanan sebagai pembudayaan masyarakat.

7) Agen Perubahan

Masalah sosial masyarakat satu cabaran besar kepada tanggungjawab guru.

Guru berperanan mengawal kepincangan ini.

Oleh itu guru perlu membina kesepaduan ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid.

Menerapkan nilai kepimpinan demokratik.

Peranan guru sebagai agen perubahan meliputi

Menggunakan strategi pemusatan murid

Mengawal sikap penyayang

Bersikap proaktif

Bersedia menghadapi perubahan

8) Pengganti Ibu Bapa


Guru perlu mendapat kefahaman sosiobudaya anak muridnya.

Guru hendak peka dengan emosi, keperluan dan perubahan sikap & tingkah laku murid.

Murid perlu diberi dorongan dan bimbingan tanpa batasan pilih kasih, prejudis atau
diskriminasi.

9) Pembentuk Tingkah Laku

Guru menyampaikan nilai moral, nilai agama, nilai terminal & nilai instrumental bagi
membentuk tingkah laku murid.

Bilik darjah yang efektif menekankan pembentuk tingkah laku (kesungguhan, kerajinan,
ketekunan, persahabatan, toleransi dan kesabaran).

10) Pengurus Pembelajaran

Meningkatkan keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan sosial.

Mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial pelajar.

Memudahkan guru mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pelajar.

Pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan diskriminasi.

Memupuk nilai persahabatan, kerjasama, toleransi dalam kalangan pelajar.

Mengurus pelbagai rutin bilik darjah dan rutin aktiviti murid.

Menguruskan persediaan mengajar teratur dan sistematik seperti RHP, BBM dan membuat
rujukan pada bahan lain yang terkini.

Mengurus perancangan penilaian termasuk prosedur dan BBM.

Posted by Syed Ismail at 19:56

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest


Saturday, May 30, 2009

TANGGUNGJAWAB GURU

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU SEBAGAI PROFESIONAL

Perkataan keguruan boleh diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan


guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan , tugas dan kelayakan sebagai guru.
Misalnya , masyarakat menyanjung sifat sifat keguruan yang luhur.
Berdasarkan konsep profesion, perguruan dan keguruan dihuraikan diatas, maka
profesion perguruan boleh dierti katakan sebagai pekerjaan pengajaran yang
memerlukan pelajaran yang lebih tinggi dan latihan khas, misalnya latihan yang
dijalankan dalam institut perguruan. Ini bermakna guru sebagai profesional
merupakan orang yang mengamalkan ilmu pengetahuan , pengetahuan ,
kepakaran dan kemahirannya dalam profesion keguruan.

Peranan tang di mainkan oleh seseorang guru dalam sebuah sekolah tidak
kurang pentingnya, malah amat penting dari segi pencapaian aspirasi dan
matlamat sekolah. Antara peranan dan tanggungjawab guru ialah merancang
aktivti pengajaran berdasaarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam
bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai.

Sebagai penggerak pembelajaran dengan membimbing murid-murid supaya


mereka berusaha belajar secara individu ataupun secara kumpulan. Manakala,
guru harus mengurus bilik darjah seperti mengurus rutin bilik darjah,
menentukan corak penyusunan meja kerusi dan peralatan untuk mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Bukan setakat itu sahaja
guru juga berperanan sebagai ibu bapa kepada murid-murid, demi menjaga
keselamatan dan kebajikan mereka. Peranan ini membantu murid-murid
menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahadian keluarga mereka.

Tambah lagi, guru juga menjadi model hidup dimana tingkah laku guru menjadi
contoh teladan kepada murid.Nilai nilai mur ni yang ditonjolkan oleh guru di
sekolah secara tidak langsung diterapkan dalam jiwa murid.Sebagai pembimbing
dan kaunseler guru dapat memberi nasihat dan bantuan kepada muri yang mhan
untuk membantu menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau
masalah peribadi. Seseorang guru sebagai pemeriksa dan penilai seperti
memeriksa buku kerja murid, kertas ujian , peperiksaan dan berdasarkan hasil
pemeriksaan, menilai perestasi murid serta mengenalpasti kelemahan yang
terdapat dalam pembelajaran mereka. Berdasarkan punca kelemahan yang telah
dikenalpasti guru dapat merancang aktiviti pemulihan untuk membantu murid
mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi.

Peranan dan tanggungjawab guru termasuk dalam sebagai kerani seperti


melakukan kerja-kerja menaip kertas-kertas soalan yang disediakan, merekod
markah-markah ujian,mengisi keputusan peperiksaan dalam buku kemajuan ,
menulis surat kepada ibu bapa dan kerja-kerja kerani yang lain. Selain itu guru
juga berperanan pelajar dengan mengikuti kursus meningkatkan keilmuan
profesionalisme keguruan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan mutu
pengajarannya. Guru juga harus mempunyai perhubungan sebagai pegawai di
antara guru besar dengan murid, diantara pihak sekolah dengan ibu bapa.
Secara khususnya pula guru berperanan dan bertanggungjawab sebagai
pengamal ilmu. Dalam erti kata lain guru mempunyai peranan yang utama lagi
mulia dalam memindahkan ilmu yang baik , meninggikan adab murid serta
memberi petunjuk kearah jalan yang benar sebagai pengamal ilmu.

Guru sebagai pengamal kemahiran profesional harus mempunyai pengetahuan


yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap serta mempunyai
sahsiah yang elok dan bersikap dedikasi. Guru yang memperolehi kemahiran
profesioanal adalah bertauliah dan cekap menjalankan tugas-tugas seperti
pengajaran, bimbingan dan aktiviti ko-kurikulum berlandaskan amalan teori-teori
pendidikan. Seorang guru mesti mempunyai pengatahuan yang mendalam
tentang matapelajaran yang hendak diajarnya agar penyampaian dalam
pengajarannya dapat difahami oleh muri-murid.

Guru sebagai agen sosialisasi. Sehubungan ini guru harus berperanan sebagai
penyebar ilmu kemasyarakatan serta membentuk sahsiah yang sesuai dengan
norma dan nilai masyarakat. Tambahan lagi guru juga membentuk masyarakat
penyayang serta menjadi rol model kepada muri dan masyarakat.

Guru juga berperanan sebagai agen perubahan. Sebagai agen perubahan guru
bertanggungjawab membentukkan akhlak mulia dan jati diri disamping membina
kekuatan minda dan kreativiti dikalangan murid dalam usaha mencapai
matlamat negara bagi menghadapi pelbagai cabaran dunia tanpa sempadan.

Guru sebagai pakar rujuk serta seorang profesional, wajarlah sentiasa belajar
dan meningkatkan keupayaan agar dapat menjadi pakar rujuk bukan sahaja
kepada murid tetapi juga kepada rakan sejawatan. Guru sebagai seoarang pakar
rujuk perlu memiliki ciri-ciri seperti kemerlangan peribadi, kecemerlangan
pengetahuan dan kemahiran, kecemerlangan dalam kerja, kecemerlangan
berkomunikasi dan mempunyai potensi untuk menyumbang tenaga kearah
kejayaan sekolah dan negara.

Peranan guru sebagai pembimbing (mentor) ialah menutamakan kebajikan,


kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain. Guru juga harus
membimbing dan mengajar muri-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah
atau bayaran. Guru hendaklah membimbing murid-murid yang menhadapi
masalah agar mereka dapat membina sifat keyakinan diri dan menyertai aktiviti
pembelajaran secara aktif.
Guru sebagai penyelidik, salah satu usaha utama ialah meningkatkan teknik
pengajaran bilik darjah. Di dalam bilik darjah, guru sedikit sebanyak pasti akan
jumpa masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi, guru bolehlah berkerja sama dengan
rakan-rakan sejawat untuk menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah
penyelidikan tindakan .

Posted by KUMAR & THIELALAI AMALL at 3:29 PM No comments:

Guru Malaysia

GURU DAN ALAM PENDIDIKAN BARU

Peranan dan Tanggungjawab Guru dalam Alam Pendidikan

Kaum guru merupakan anggota sekolah yang melibatkan diri secara langsung
dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah.Peranan yang
dimainkan oleh seseorang guru dalam sebuah sekolah tidak kurang
penting,malah amat amat penting dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat
sekolah.Antara peranan dan tanggungjawab guru ialah:

Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pengajaran berdasarkan


sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah

Sebagai pemudahcara pembelajaran dengan membimbing murid-murid supaya


mereka berusaha belajar secara individu atau secara kumpulan.

Sebagai pengurus bilik darjah seperti mengurus rutin bilik darjah

Sebagai ibu bapa kepada murid-murid,demi menjaga keselamatan dan menjaga


kebajikan.

Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawap menjaga disiplin murid-murid serta


membantu mereka membentuk sahsia

Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan
kepada murid.

Sebagai pembimbing dan kaunselor dengan memberi nasihat dan bantuan


kepada murid

Sebagai penasihat dalan aktiviti kokurikulum dengan membimbing mereka


menjalankan aktiviti persatuan,kelab dan unit berunifom.
Dalam sejarah perkembangan pendidikan,sering wujud pelbagai konsep
mengenai ilmu.

Ilmu,mengikut tafsiran Confucius(551-475 S.M),seorang tokoh pendidik yang


terkenal di negeri China,ialah mempunyai kefahaman dan persatuan sesuatu
perkara atau hakikat yang sebenar.

Profesor Syed Muhammad al-Altas mengatakan ilmu merupakan sesuatu yang


bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia.Ilmu
boleh memberikan kepuasan kepada jiwa manusia dan menimbulkan keinginan
untuk mengejar kebahagian yang bermakna dalam kehidupanya.

Mengikut Sharifah Alaiah Alsagoff,dalam bukunya Falsafah


pendidikan,berpendapat ilmu merangkumi beberapa aspek seperti berikut:

1)Ilmu sebagai kepercayaan,pendapat dan kebenaran umum,misalnya


agama,adapt,nilai dan sikap asas terhadap hidup

2)Ilmu sebagai kcekapan diri,misalnya kemahiran-kemahiran dalam bidang


jasmani,social dan intelek

3)Ilmu yang dilahir daripada kontemplasi,penikmatan dan kajian kendiri,seperti


ilmu-ilmu yang bercorak kreativiti

Ilmu merupakan kefahaman yang sebenar dan diperolehi daripada amalan


daripada hasil pendapat manusia,melalui pengalaman atau kajian secara
sistematik mengikut kaedah sains.

Sumber ilmu adalah diperolehi daripada amalan hidup manusia,dan dalam


proses amalan itu,ilmu terus berkembang.Amalan atau mengaplikasikan ilmu
menjadi pengukur piawai untuk membuktikan kesahihannya.

Ilmu merupakan alat yang utama dan mengadungi nilai yang berharga kepada
manusia,kerana ilmu dapat mengubah manusia diri daripada jahil kepada
pengetahuan,bebal kepada cerdik,mundur kepada maju dan derita kepada
bahagia.

Seseorang yang berilmu pengetahuan bukan sahaja memperolehi


pengetahuan,kebenaran dan keyakinan tetapi juga kesanggupan menggunakan
ilmunya untuk menegakkan kebenaran kepada keluarga, masyarakat dan
negara.
Konsep Kemahiran Profesional

Seseoarang professional yang mempunyai kemahiran professional adalah orang


yang telah mempunyai sijil bertauliah daripada latihan ikhtisas yang diiktiraf.Sijil
bertauliah ini adalah bukti kesanggupan seseorang memberi perkhidmatan yang
bermuthu tinggi dan boleh dipercayai melaksanakan tugas yang
dipertanggungjawapkan dengan bermutu dan sempurna.

Umpamanya,mengajar ialah pekerjaan yang melibatkan intelek dan tindakan


professional.Seorang guru terlatih hendaklah mempunyai mempnyai
pengetahuan yang luas,kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap.

Guru yang memperolehi kemahiran profesioanal adalah guru yang bertauliah


dan cekap menjalankan tugas-tugas seperti pengajaran,bimbingan dan aktiviti
kokurikulum berlandaskan amalan teori-teori pendidikan.

GURU SEBAGAI PEMBENTUK NILAI

Nilai merupakan criteria bagi kita mengukur atau mempertimbangkan harga atau
pengakuan tentang mutunya sesuatu benda.Nilai membawa maksud kebolehan
dan kebaikan seseorang.

Konsep nilai adalah berkait dengan moral,prinsip atau kelakuan orang,khasnya


pelajar-pelajar di sekolah.Nilai pelajar sama ada baik,wajar atau tidak wajar dan
dibenci.

Nilai moral yang baik,wajar dan diingini boleh dibentuk dengan berbagai-bagai
cara,iaitu melalui contoh teladan,norma,adapt resam dan percayaan
masyarakat,peraturan dan undang-undang.hukuman dan ganjaran dan
pendidikan.
Nilai-nilai individu biasanya dibina daripada pengalaman-pengalaman yang
dialaminya dari semasa ke semasa.Oleh itu,nilai-nilai diri sentiasa berubah
mengikut peredaran masa.

PERANAN GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI

Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan.Pendidikan


dianggap sebagai proses membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir
kritis dan mempunyai daya kreatif.Latihan pula bertujuan memberi kemahiran
teknikal dan kegiatan psikomotor.Oleh itu peranan sekolah ialah untuk memberi
peluang kepada manusia,khasanya generasi muda.Untuk menguasai berbagai-
bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk
menyesuaikan diri dalam dan kemahiran yang dififirkan sesuai menyesuaikan diri
dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian.

Guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi juga


menanam sikap,nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan
masyarakat.Bagaimana,pada masa kini masyarakat perindustrian yang maju
dalam bidang teknologu sedang mengalami perubahan sisial yang pesat.

Guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata,tetapi juga


menanam sikap,nilai dan sahsia yang sempurna dan mematuhi peraturan
masyarakat.Pada masa kini,masyarakat perindustrian yang maju dalam bidang
teknologi sedang mengalami perubahan sosial yang pesat.

PERANAN GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

Pada zaman moden ini,guru adalah dipertanggungjawap untuk memberi


pendidikan moden menghasilkan perubahan ke atas kendiri muridnya.Sekolah
merupakan yang utama sebagai saty aspek alam sekeliling yang mendatangkan
kesan di dalam pembentukan sahsiah muridnya,sesuai dengan perkembangan
dan keperluan masyarakat.

Sekolah yang berwibawa danresponsif mesti bersifat dinamik.Unsur ini akan


menggerakn dan membolehkan sekolah sentiasa dalam keadaan yang
segar,hidup,berkembang dan terus maju,selaras dengan keperluan zaman dan
negara mengikut peredaran masa.

Di Malaysia,sekolah telah mengalami beberapa peringkat evolusi kerana


refomasi atas sistem pendidikan yang dilancarkan selepas Merdeka,

Pelaksanaan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan pada tahun 1963

Pelaksanaan Program Sains Panduan dan Matematik Moden sebagai sukatan


pelajaran baru untuk sekolah menengah pada tahun 1971

Pelaksanaan Program KBSM di sekolah menengah pada tahun 1989

Refomasi-refomasi pendidikan seperti ini telah membekalkan darah dan


semangat untuk menggerakan sekolah mengubah dan berkembang mengikut
strategi yang disarankan.Perubahan dan pendidikan di Malaysia bermakna
menukar dari kebiasaan dan rutin ke satu bidang yang baru

Daripada stail pengurusan dan kepimpinan yang autokratik kepada demokratik

Daripada perkhidmatan rutin kepada perkhidmatan penyayang

Daripada strategi berpusatan guru aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada


strategi berpusatan murid

GURU SEBAGAI PERGGERAK MASYARAKAT

Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan.Pendidikan


dianggap sebagai proses membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir
kritis dan memounyai daya kreatif.Guru memikul tanggungjawap terhadap
masyarakat sebagai agen sosialisis dan penyebar budaya ilmu yang membawa
perkembangan dan kemajuan sekolah dan masyarakat.

Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan


kepada seorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat.sekolah
merupakan pengaruh yang utama sebagai satu aspek alam sekeliling
mendatangkan kesan di dalam penguasaan ilmu baru.
Guru juga memainkan peranan sebagai agen memodenisasikan masyarakat
dalam semua bidang perkembangan dan kemajuan.Ini bermakna,guru sebagai
penggerak masyarakat perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan proses
pembaruan.

Sekolah melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan dan berakhlak


mulia.Pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan seterusnya dapat memberi
sumbangan.Persnsn guru perkembangan masyarakat dan invotor adalah penting
untuk membawa sekolah dan masyarakat bersama-sama menuju ke arah
kejayaan dan kegemilangan.

GURU SEBAGAI PEMBINA NEGARA

Masyarakat Malaysia adalah majmuk,terdiri daripada berbilang kaum yang


mempunyai kebudayaan yang berbeza.Di antara kaum-kaum ini pula terdapat
berbezaan penempatan kawasan seperti bandar,luar
bandar,estet,kampung,petani dan kampung nelayan.

Atas kesedaran ini,Malaysia telah merangka Rukun Negara pada tahun 1970
yang dijadikan dasar pendidikan, kewarganegaraan, pembangunan dan
perkembangan masyarakat.Rukun Negara ini terdiri daripada lima prinsip yang
utama:

1. Kepercayaan kepada Tuhan

2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara

3. Keluhuran Perlembangaan

4. Kedaulatan Undang-undang

5. Kesopanan Kesusilaan

Melandaskan kepada Rukun Negara ini,Malaysia berazam untuk:

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat

Memelihara satu cara hidup demokrasi

Mempunyai satu cara kebudayaan nasional yang karya dan berbagai corak

Membina satu masyarakat maju yang menggunakan sains dan teknologi moden
Guru sebagai pakar rujuk

Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Disamping itu dia dilatih untuk
menguasai kemahiran mengajar dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada
murid-muridnya. Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu merupakan peranan
utama dalam bidang profesionnya.

Guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu pengetahuan khusus dan
kemahiran mengajar seperti :-

Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan teori


pembelajaran dan psikologi manusia

Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta


mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala

Memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dalam matapelajaran yang


diajar.

Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan murid-murid


menjalankan aktiviti pembelajaran mereka

Guru sebagai seorang pakar rujuk perlu memilikiciri-ciri yang berikut :-

a) kecemerlangan peribadi

- memiliki sahsiah diri, integriti diri, kemahiran emosi dan lain-lain yang boleh
diteladani

- menjadi role model kepada pelajar dan masyarakat

b) kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran

- memiliki dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran

keguruan yang tinggi.

- bijak mengurus masa, bahan, sumber, alatan pengajaran

dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan

masalah serta menyediakan program tindakan susulan.

c) kecemerlangan Kerja
- berupaya meningkatkan hasil pembelajaran murid

menerusi peningkatan minat dan penglibatan murid;

menerusi kejayaan dalam membimbing muird di dalam

dan di luar waktu pengajaran.

d) kecemerlangan potensi

- guru yang berwawasan; sentiasa belajar untuk

peningkatan kerjaya ; sentiasa terlibat dalam kursus,

seminar dan bengkel

- sentiasa menyumbang tenaga dan kepakaran ke arah

kejayaan sekolah dan negara.

Posted by KUMAR & THIELALAI AMALL at 3:28 PM No comments:

Home

You might also like