Kertas Cadangan Festival Aramaiti Begawai 2015

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

MESYUARAT PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN

PENTADBIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS,
KUALA LUMPUR
Tel: 603 91318160 ext 27

Fax: 60391319393

KERTAS CADANGAN

FESTIVAL BORNEO: ARAMAITI


BEGAWAI 2015

Disediakan oleh :

PERSATUAN PELAJAR BORNEO,


Dengan Kerjasama
EXCO KESENIAN & KEBUDAYAAN

0
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
1.O TUJUAN

1.1 Kertas cadangan ini bertujuan memohon pertimbangan


dan kelulusan daripada Ahli Majlis Mesyuarat Profesional,
Pentadbiran dan Pengurusan Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas terhadap cadangan untuk mengadakan
Festival Borneo : Aramaiti Begawai 2015, Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Selama beberapa penggal, terdapat banyak perayaan


kaum yang telah diketengahkan dan dirayakan oleh warga
institut melalui kerjasama persatuan-persatuan
kebudayaan dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar di dalam
institut ini. Antara perayaan-perayaan tersebut ialah Hari
Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Deepavali dan Tahun
Baharu Cina. Perayaan ini telah disambut baik oleh warga
institut terutama sekali kaum yang merayakannya.
2.2 Oleh itu, untuk mewarna-warnikan takwim kebudayaan
institut sekaligus mengangkat aspirasi 1Malaysia, kesatuan
dalam kepelbagaian diharap dapat ditonjolkan melalui
penganjuran festival seperti ini. Kesinambungan daripada
Makan Malam Festival Borneo yang telah pun diadakan
dengan jayanya pada tahun 2013, pelajar-pelajar dari
Sabah dan Sarawak sekali lagi berhasrat untuk
meneruskan penganjuran Festival Borneo ini dengan wajah
baharu bertemakan Aramaiti Begawai yang membawa
maksud kemeriahan pesta budaya.

1
3.0 ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Mengetengahkan perayaan dan budaya masyarakat


Borneo disamping memupuk semangat cintakan
kebudayaan dalam mewarisi kesenian etnik.
3.2 Memberi peluang kepada guru-guru pelatih untuk menjana
minda bagi menghasilkan pemikiran kreatif dan inovatif.
3.3 Mengeratkan hubungan silaturrahim dan intergrasi antara
etnik serta semangat kerjasama antara kampus-kampus
Institut Pendidikan Guru Malaysia zon tengah.

4.0 CADANGAN PROGRAM

Tarikh/Hari : 25 Julai 2015 (Sabtu)


Masa : 6.00 petang hingga 11.00 malam
Tempat : Dewan Dato Razali Ismail, Institut Pendidikan
Guru Kampus Ilmu Khas

Penyertaan : IPG Zon Tengah dan IPG Pulau Pinang

Maklumat Ringkas Penyertaan


Jumlah Peserta Persembahan :
75 orang
Jumlah Peserta Unduk Ngadau : 15
orang
Jumlah Juri Bertugas : 3

2
Aturcara Program :

MASA PERKARA TEMPAT


6.00 Ketibaan AJK Pelaksana.
petang
6.30 Ketibaan Hadirin Jemputan
petang
7.00 Ketibaan Peserta Jemputan IPG Zon
petang Tengah
7.30 Pendaftaran Kumang Unduk
petang Ngadau
8.00 Ketibaan VVIP dan VIP
malam - Gimik Perasmian (Ranyai dan Parai)
- Negaraku, Sabah Tanah Airku, Sarawak Dewan Dato
Ibu Pertiwiku
- Persembahan Pembukaan Razali
- Montaj Perayaan Kaamatan dan Gawai
Dayak
8.30 Kumang Unduk Ngadau
malam - Pusingan 1: Pointututun Do Unduk
Ngadau
- Persembahan 1
- Pusingan 2 : Pititimbugakkan
- Persembahan 2
- Persembahan 3
- Pusingan 3 : Pengelandik
Keruke Sepunsa
- Persembahan 4
10.30 Penyampaian Hadiah dan
malam Cenderamata
11.00 Upacara Penutupan
malam - Merebahkan Ranyai

3
- Nyanyian Lagu Tradisional
- Majlis Bersurai

Jawatankuasa Penganjur :
Penasihat Program
Law Yee Ting
Ketua Biro Kesenian & Kebudayaan

Pengarah Program
Jackson Nicholos
PISMP Semester 8 (Muzik)

Timbalan Pengarah Program


Furughi anak Vacre Lex
PISMP Semester 8 (TESL)

Setiausaha 1
Karen anak Justin
PISMP Semester 8 (TESL)
Setiausaha 2
Michelle Dee Bharti Banie
PISMP Semester 6 (Muzik)

Bendahari
Nur Athirah Bt. Sufian
PISMP Semester 8 (TESL)

5.0 IMPLIKASI

5.1 Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA RM
1. Tugas-tugas khas
- Banner (RM 100 x 1 helai) 100.00
- Hiasan (RM 200 x 1 set) 200.00
2. Jamuan
- VIP (RM 10 x 10 orang) 100.00
3. Cenderamata program
- Cenderahati Peserta Jemputan 250.00
(50 x 5 IPG)
- Pertandingan Kumang Unduk 250.00
Ngadau 30.00

4
- Perasmi 50.00
4. - Juri 20.00
Rencam
JUMLAH ANGGARAN KESELURUHAN 1000.00

5.2 Cadangan Sumber Pendapatan

Bil Sumber Jumlah


1 Yuran penyertaan Kumang Unduk Ngadau RM10
bagi setiap wakil IPG Kampus Zon Tengah dan RM150.00
IPG Kampus Pulau Pinang
2 Sumbangan dan Penajaan
2.1 Jabatan dan Pensyarah RM 850.00
2.2 Kutipan Persatuan Pelajar Borneo
2.3 Penajaan Individu/Korporat

5.3 Logistik, Peralatan & Teknikal Pertandingan

5.3.1 Memohon kebenaran menggunakan ruangan,


bangunan dan segala kemudahan di Dewan Dato
Razali Ismail bagi tujuan rehearsal dan latihan,
Pertandingan Kumang Unduk Ngadau & Majlis
Perasmian Festival Borneo : Aramaiti Begawai 2015.

5.3.2 Memohon kebenaran menggunakan ruangan,


bangunan dan segala kemudahan di 5 buah bilik
kuliah/kelas (blok Harmoni) untuk dijadikan
sebagai bilik persalinan dan persiapan peserta
persembahan.

5.3.3 Memohon kebenaran menggunakan kemudahan


asarama bagi penginapan wakil peserta daripada

5
IPG Kampus Teknik dan IPG Kampus Pulau Pinang selama
satu malam.

5.3.4 Memohon kebenaran menggunakan kemudahan


telekomunikasi IPGKIK seperti telefon/faksimile
bagi urusan jemputan/perhubungan dengan pihak
luar.

6.0 SYOR
Ahli Majlis Mesyuarat Profesional, Pentadbiran dan Pengurusan
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas dipohon
mempertimbangkan cadangan untuk mengadakan Festival
Borneo : Aramaiti Begawai 2015.

You might also like