Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

Topik Isu Semasa dan

10 Masa Hadapan
Berkaitan
dengan
Tamadun
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyenaraikan persamaan dan perbezaan tamadun Melayu, China
dan India;
2. Mengenal pasti keilmuan asas kesinambungan peradaban manusia;
3. Menghuraikan sistem nilai dan jatuh bangunnya sesebuah tamadun;
4. Menghuraikan pertembungan tamadun Barat dan Timur serta
impaknya terhadap pascamodernisme;
5. Membincangkan realiti globalisasi dan cabaran abad ke-21;
6. Menjelaskan pengaruh isme barat terhadap tamadun Asia; dan
7. Menerangkan persefahaman antara pelbagai tamadun menjana
kesatuan ummah.

PENGENALAN
Memetik kata-kata Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri
Malaysia yang ke-5 (2001) yang menegaskan bahawa generasi muda yang bakal
menjadi pemimpin dan penggerak pembangunan negara semestinya memahami
perbezaan dan persamaan yang wujud dalam kalangan peradaban yang menjadi

Copyright Open University Malaysia (OUM)


194 TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

asas kehidupan pelbagai kaum di negara ini. Pihak kerajaan akan sentiasa
memberi komitmen yang tidak berbelah bagi ke atas usaha yang mampu
menjayakan agenda membudayakan dialog antara peradaban dunia. Sebenarnya
di peringkat antarabangsa, komitmen Malaysia dalam agenda global dialog
antara peradaban telah pun ternyata apabila Malaysia merupakan salah sebuah
negara (daripada 25 buah negara) yang telah menyokong usul atau idea dialog
antara peradaban apabila dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Bangsa-
bangsa Bersatu pada tahun 1999.

Dalam topik terakhir ini, sepintas lalu kita akan membincangkan isu semasa dan
masa hadapan yang berkaitan dengan tamadun. Ia akan dilihat dari beberapa
aspek seperti dalam subtopik seterusnya.

10.1 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN


TAMADUN MELAYU, CHINA DAN INDIA
Persamaan dan perbezaan antara ketiga-tiga tamadun Melayu, China dan India
boleh dilihat daripada pelbagai sudut, khususnya daripada aspek agama,
budaya, bahasa dan etika. Persamaan dan perbezaan antara tamadun Melayu,
China dan India boleh dilihat berdasarkan Jadual 10.1 dan 10.2 berikut.

Jadual 10.1: Persamaan antara Tamadun Melayu, China dan India

Aspek Tamadun Melayu Tamadun China Tamadun India


Persamaan
Agama Meyakini agama Meyakini agama itu Meyakini agama itu
penting dan perlu penting dan perlu penting dan perlu
dianuti serta diamalkan melalui nilai diamalkan melalui
mengimani moral yang boleh nilai moral yang boleh
wujudnya satu kuasa membawa membawa
yang mengawal kesejahteraan kepada kesejahteraan kepada
manusia dan alam manusia. manusia melalui
ini melalui keimanan upacara ritual di kuil.
kepada Allah SWT.
Budaya Masyarakat Melayu Masyarakat Cina Masyarakat India
sangat menjaga halal mengutamakan sangat mengutamakan
dan haram sesuatu makanan yang bersih, kekeluargaan,
budaya seperti dari pergaulan yang baik, menegah
aspek makanan, pakaian yang sopan penganutnya
pakaian, pergaulan dan kesenian yang memakan daging
dan kesenian. menghiburkan. lembu dan sentiasa
menjaga adab dan
pergaulan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN 195
TAMADUN

Bahasa Menjaga adab dan Menjaga adab dan Menjaga adab dan
sopan santun ketika sopan santun ketika sopan santun ketika
bercakap atau bercakap atau bercakap atau
berkomunikasi berkomunikasi berkomunikasi
terhadap semua terhadap semua orang. terhadap semua
orang. orang.
Etika Masyarakat Melayu Masyarakat Cina juga Masyarakat India juga
sangat sangat mengutamakan sangat mengutamakan
mengutamakan kebersihan, moral dan kebersihan, moral, dan
kebersihan, akhlak, saling hormat hormat menghormati
dan adab pergaulan menghormati khususnya dalam
khususnya dalam khususnya dalam aspek hubungan
aspek hubungan aspek hubungan manusia dengan
manusia dengan manusia dengan manusia dan
manusia dan manusia dan hubungan manusia
hubungan manusia hubungan manusia dengan alam.
dengan alam. dengan alam.

Jadual 10.2: Perbezaan antara Tamadun Melayu, China dan India

Aspek Tamadun Melayu Tamadun China Tamadun India


Perbezaan
Agama Masyarakat Islam Masyarakat Cina Bagi masyarakat India,
mempercayai Allah khususnya yang mereka mempercayai
SWT ialah satu zat beragama Buddha kepada pelbagai dewa
yang Maha Esa yang menolak kewujudan seperti Brahman,
wajib disembah dan Tuhan yang esa Vishu dan Siva.
ditaati melalui amal sebaliknya
ibadah khususnya menggalakkan
lima rukun Islam. penganutnya menjauhi
kemewahan dunia dan
menjauhi hawa nafsu.
Budaya Boleh dilihat dari Dari aspek berpakaian, Masyarakat India
aspek fesyen pakaian masyarakat Cina bebas mengenakan sari
menutup aurat kerana memilih pakaian sebagai pakaian rasmi
mentaati perintah asalkan dianggap kaum India yang
agama Islam. selesa dan bersopan. dikaitkan dengan
agama Hindu.
Bahasa Masyarakat Melayu Tamadun China telah Masyarakat Hindu
menggunakan tulisan mencipta tulisan Hanzi menggunakan bahasa
jawi yang berasal yang dibaca dari atas Sanskrit dan Tamil
daripada huruf al- ke bawah dan juga dari serta lain-lain bahasa
Quran, dibaca dari kiri ke kanan. utama mengikut
kanan ke kiri. wilayah dan etnik.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


196 TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

Etika Masyarakat Melayu Masyarakat Cina yang Masyarakat India


tidak membenarkan berfahaman lebih mengutamakan
unsur yang konfusianisme kaum wanita
membawa kepada memandang rendah berbanding kaum
matlamat kepada golongan lelaki dan sangat
menghalalkan cara peniaga yang menghormati ibu.
seperti riba, dikatakan sentiasa Harta kekayaan
penindasan dan terlibat dengan keluarga terletak di
penipuan. penipuan dan tangan wanita atau
Masyarakat Melayu keuntungan semata- isteri. Bagi warga tua
memandang sama mata. dikehendaki
rata antara lelaki dan Masyarakat Cina lebih menunjukkan contoh
wanita dalam banyak mengutamakan kaum dan teladan kepada
aspek kecuali hal lelaki berbanding kaum golongan muda.
harta pusaka; kaum wanita.
lelaki dilebihkan
berbanding kaum
wanita.

AKTIVITI 10.1
Bagaimanakah persamaan dan perbezaan ini dapat menjamin
kesejahteraan hidup bersama? Bincangkan.

10.2 KEILMUAN ASAS KESINAMBUNGAN


PERADABAN MANUSIA
Ilmu atau pengetahuan amat penting dalam peradaban manusia membina
tamadun bangsa. Tidak dapat dinafikan bahawa hakikat ilmu mempunyai
kelebihan yang banyak dari pelbagai sudut seperti mengelakkan kejahilan,
membentuk minda, memandu cara berfikir dengan betul, memperoleh
kebenaran dan berkemampuan mencipta. Asas ilmu ialah teori; daripada teori ia
dikembangkan dalam bentuk praktikal sehingga seseorang itu berkemampuan
dalam membuat analisis, sintaksis, menilai dan menaakul. Manusia mesti
mencintai ilmu agar mereka lebih memahami agama dan ketuhanan, serta
menemukan kebenaran, mencipta dan memiliki daya fikir yang tinggi.

Penguasaan terhadap pelbagai bidang ilmu sama ada ilmu dalam kelompok
agama atau sains sosial (bahasa, sejarah, geografi, matematik, sastera, politik,
sosial, ekonomi dan lain-lain) serta kemunculan sains dan teknologi
memantapkan lagi pembinaan dan penerusan sesebuah tamadun bangsa.
Kelahiran para sarjana dalam membuat kajian dan kegiatan kepelbagaian

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN 197
TAMADUN

keilmuan mendorong ke arah pembinaan pusat intelektual. Sejarah dan


peradaban manusia telah mencatatkan Baghdad, Andalus, Melaka, Patani, China
dan India adalah antara pusat intelektual yang terkenal.

Legasi kesinambungan peradaban manusia melalui ilmu tidak pernah terputus.


Banyak contoh sejarah boleh dilihat seperti keilmuan Islam yang pernah runtuh
pada zaman Bani Umaiyah telah disambung di zaman Khalifah Abbasiyah,
apabila kerajaan Abbasiyah runtuh, keilmuan Islam berpindah ke kerajaan
Uthmaniyah, Uthmaniyah runtuh, keilmuan Islam telah berhijrah ke negara Asia
sehingga ke hari ini. Dalam konteks Malaysia melihat kepada sejarah silam, kita
dapati apabila kerajaan Melayu Melaka tumbang ekoran penjajahan Inggeris,
keilmuan Melaka berpindah ke Acheh, Pahang, Kedah dan Johor.

Melalui perkembangan ilmu tamadun, dapat kita saksikan semakin tinggi


keilmuan yang tinggi dimiliki oleh sesuatu bangsa, maka semakin tinggilah nilai
penciptaan terhadap penghasilan tamadunnya. Untuk membina sesebuah
tamadun yang hebat sesuatu bangsa perlu memiliki pelbagai jenis keilmuan dan
kemahiran yang tinggi dalam mencipta dan menghasilkan sesuatu produk dan
monumen. Dewasa ini bangsa Barat amat dikagumi oleh hampir semua negara
di dunia kerana kemajuan dan penguasaan mereka dalam bidang sains dan
teknologi, di samping negara seperti Rusia, Jepun, China dan Korea Selatan.

Tidak terdapat satu peradaban pun yang wujud tanpa didahului oleh bangkitnya
tradisi ilmu. Tanpa terkecuali, peradaban Melayu, China dan India. Keilmuan
tamadun Melayu bermula di istana sultan kemudiannya merebak ke rumah tok
guru, madrasah, masjid, pondok dan sekolah dengan melahirkan ramai
cendekiawan dalam pelbagai bidang. Tokoh dalam kalangan intelektual Melayu
inilah yang telah melahirkan karya dan naskhah Melayu atau manuskrip
Melayu. Naskhah Melayu yang dihasilkan oleh golongan intelek Melayu
merangkumi segala aspek kehidupan masyarakat seperti perubatan, ilmu falak
(astronomi), undang-undang, pemerintahan (ketatanegaraan), pertanian,
falsafah, agama, sejarah Melayu dan kemasyarakatan.

Begitu juga keilmuan dalam tamadun China, kita dapati tamadun China telah
dibina dan diperkembangkan sejak 4,000 tahun yang lalu telah membawa
kepada kegemilangan dalam beberapa bidang seperti kepercayaan (agama), seni
dan kebudayaan, politik, pentadbiran, sains dan teknologi, falsafah, sastera dan
institusi sosial yang maju. Melalui keilmuan seni bina yang sangat tinggi bangsa
China telah berjaya membina Tembok Besar China dan menjadi salah satu
daripada tujuh keajaiban dunia sehingga ke hari ini.

Hasil pencapaian dalam tamadun India juga berasaskan kepada ketinggian


keilmuan masyarakat India sehingga mereka berjaya membangunkan peradaban

Copyright Open University Malaysia (OUM)


198 TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

mereka dari pelbagai sudut seperti kemasyarakatan, kebudayaan, pemerintahan


dan pentadbiran, ekonomi, bahasa dan kesusasteraan, agama dan kepercayaan,
pendidikan dan keilmuan, sains dan teknologi, kesenian dan seni bina. Seperti
juga tamadun China, tamadun India telah berjaya membina monumen Taj Mahal
yang juga menjadi salah satu daripada tarikan pelancong dunia.

SEMAK KENDIRI 10.1

Jelaskan kepentingan ilmu sebagai asas kesinambungan peradaban


manusia.

10.3 SISTEM NILAI DAN JATUH BANGUNNYA


TAMADUN
Kelahiran tamadun Melayu, China dan India semuanya bertitik tolak daripada
perkembangan agama dan falsafah hidup yang dipegang. Biar pun intelektual
(ilmu) menjadi faktor penentu maju mundurnya sesebuah tamadun bangsa,
namun aspek agama dan kepercayaan turut juga menjadi penyumbang utama
bangunnya sesebuah tamadun. Ilmu dan agama mempunyai sistem nilainya
yang tersendiri, dengan itu jatuh bangunnya sesebuah tamadun bertunjang
daripada nilai yang diamalkan atau dibuang dalam kehidupan ketiga-tiga
bangsa tersebut. Pengabaian terhadap nilai agama, intelektual dan ketiadaan
pimpinan yang berkarisma boleh menjadi petanda awal keruntuhan sesebuah
tamadun yang dibina, walaupun bangunan kukuh yang didirikan masih
tersergam indah. Hal ini terjadi kerana pembangunan fizikal semata-mata yang
bersifat material tidak dapat menjamin keabadian sesebuah tamadun.

Mari kita lihat kesan pengabaian nilai tersebut.

(a) Kesan Pengabaian Nilai Keagamaan


Tamadun Melayu dibina berasaskan kepada agama Islam. Penerimaan
agama Islam dalam kalangan kaum Melayu telah mengubah landskap
pemikiran dan budaya hidup masyarakat Melayu. Sebagai contoh, sistem
tulisan Jawi menyebabkan orang Melayu celik huruf serta berkebolehan
menulis dan membaca sehingga banyak karya naskhah Melayu telah
dihasilkan baik dalam bentuk kesusasteraan, keagamaan dan bahasa.
Kefahaman dan amalan masyarakat Melayu melalui pengkajian terhadap
al-Quran banyak membuka minda mereka dari segi akidah keagamaan,
kemajuan dan kesedaran terhadap kepentingan ilmu pengetahuan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN 199
TAMADUN

Dikatakan juga bahawa tamadun India dibina berasaskan kepada agama


Brahmin dan Hindu yang dianuti oleh masyarakat India kerana
pengamalan terhadap agama ini telah membuka minda mereka terhadap
kebenaran serta kenyataan sebenar berbanding kepercayaan tahyul yang
diamalkan sebelumnya. Agama Buddha yang dianuti juga telah mengajar
masyarakat India mengenai intelektualisme pemikiran falsafah, psikologi
dan etika.

Pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral


yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan dan menjaga institusi
kekeluargaan. Begitu juga melalui ajaran Toisme, masyarakat Cina mula
mengenal ilmu falsafah. Ajaran Toisme menekankan satu jalan atau cara
untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ia menekankan
keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak
mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik. Ajaran Mohisme telah
menjadikan masyarakat China hidup dengan aman damai melalui kasih
sayang sejagat serta bencikan peperangan.

Keruntuhan ketiga-tiga tamadun Melayu, India dan China akan berlaku


apabila mereka melupakan amalan agama. Kehilangan nilai agama ini
boleh menyebabkan masyarakat hilang pedoman dan panduan hidup,
hidup tanpa peraturan, hilang kasih sayang sesama manusia, mengikut
hawa nafsu dan mementingkan materialistik ialah faktor yang
menghilangkan sifat peradaban manusia.

(b) Kesan Pengabaian Nilai Akhlak dan Moral


Nilai akhlak bagi masyarakat Melayu dan nilai moral bagi masyarakat Cina
dan India perlu diamalkan kerana ia berkait dengan nilai agama sebagai
salah satu unsur dalam pembinaan tamadun. Nilai akhlak mahmudah yang
diamalkan boleh melahirkan insan Muslim yang bertakwa, beriman dan
beramal soleh. Manakala nilai moral yang diamalkan oleh masyarakat Cina
melalui perikemanusiaan (ren), kewajaran (yi), kesusilaan (li), kearifan (zhi)
boleh mengelakkan daripada melakukan perbuatan melampau dengan
mengikut hawa nafsu. Nilai murni dalam masyakat India boleh ditemui
melalui Arjuna merupakan kuasa mulia (diwakili oleh hati suci, tidak
gentar, tanpa egoisme), Krishna merupakan jiwa yang bersemayam dalam
hati setiap manusia, svadharma atau kewajipan hidup seseorang untuk
mencapai kebenaran, rajayoga disiplin badan dan minda, karma-yoga jalan
kesempurnaan, nanayoga melalui pengetahuan benar dan bhakti yoga
melalui kebaktian kepada Tuhan). Nilai moral tersebut telah mengangkat
tamadun India sebagai sebuah tamadun yang berasaskan nilai sejagat.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


200 TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

Apabila nilai akhlak dan moral diabaikan, tamadun sesuatu bangsa akan
menemui kehancuran sebagaimana yang berlaku ke atas empayar Melaka
apabila Kitul yang diamanahkan telah belot dan meminta bantuan kepada
kuasa asing untuk menakluk Melaka. Hal yang sama juga dalam tamadun
China melalui Dinasti Shang telah diganti melalui satu rampasan kuasa
ekoran kezaliman pemerintahnya Wu Wang daripada keluarga Chou
memberontak dan menggulingkan Dinasti Shang. Hal yang sama ditemui
juga dalam tamadun India melalui amalan sistem kasta yang merosakkan
stratifikasi masyarakat yang hidup dengan kebencian, diskriminasi,
dendam dan permusuhan yang berpanjangan.

(c) Kesan Pengabaian dalam Politik dan Pemerintahan


Politik dan pemerintahan turut memainkan peranan yang penting dalam
menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan dan ketamadunan sesuatu
bangsa. Politik yang stabil dan kepimpinan yang berwibawa akan dapat
mengekalkan sesebuah tamadun. Sebaliknya, kepincangan dan kelemahan
kepimpinan akan mempercepatkan berakhir sesebuah kerajaan yang dibina
oleh tamadun sesebuah bangsa.

Sejarah membuktikan bahawa kepimpinan yang berdaya maju,


pemerintahan yang adil dan perpaduan dalam politik telah meninggikan
tamadun sesuatu bangsa. Sebaliknya, apabila pemimpin mementingkan
diri sendiri, berfoya-foya, melakukan penyelewengan, rasuah berleluasa
dalam kalangan para pegawai kerajaan, keruntuhan akhlak dan moral akan
melemahkan pemerintahan. Sejarah juga memaparkan bahawa keadaan
politik yang kacau bilau, kelemahan pentadbiran, pergolakan dalaman
menjadi faktor keruntuhan sesebuah kerajaan. Suasana ini dapat dilihat
melalui kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyah, Kesultanan Melayu Melaka,
kerajaan Islam di Andalus dan Kerajaan Uthmaniyah di Turki. Pergolakan
dalaman dan kelemahan pemerintahan menyebabkan tamadun yang dibina
penuh gemilang menemui titik penamatnya.

Gandingan mantap Sultan Mansor Syah dan Bendahara Tun Perak dalam
sejarah Kesultanan Melayu Melaka telah menjadikan Melaka sebagai pusat
tamadun Islam di Asia Tenggara yang terunggul sebaliknya pada zaman
Sultan Mahmud Shah, Melaka terus lemah dan dijajah oleh imperialis
Inggeris. Melihat ke dalam tamadun China pula Dinasti Chin telah berjaya
memperluas jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah empayar.
Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam
tamadun China. Beliau telah berjaya menyatukan seluruh wilayah China di
bawah satu pemerintahan pusat tetapi asakan demi asakan daripada puak
gasar atau bar dari bangsa Monggol utara (Monggolia) serta dari bangsa
Manchu menyebabkan Dinasti China menjadi lemah. Begitu juga dengan

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN 201
TAMADUN

Dinasti Ming juga tidak bertahan lama kerana dasar maharajanya yang
menutup pintu dan enggan mengadakan hubungan diplomatik dengan
dunia luar.

Peperangan untuk menentukan keagungan politik dan kekuasaan berlaku


antara kerajaan beraja Kashi, Kosala dan Magadha dan republik Vriji.
Peperangan berlaku selama 100 tahun dan akhirnya Magadha dapat
mengekalkan kuasanya di India Utara. Pemerintah Magadha dan Bimbisara
memerintah pada pertengahan kedua kurun ke-6 SM dan merupakan
seorang raja yang gigih serta berwawasan politik. Baginda berkahwin
dengan puteri Kosala dan Vaishali, menakluki kawasan di barat dan utara,
mendirikan dan menyusun pentadbiran cekap, membina jalan raya,
melantik pegawai untuk mengukur tanah dan menilai tanaman dan
menggalakkan pembangunan di bidang pertanian, tetapi keagungan ini
tidak bertahan lama kerana Mahapadma Nanda akhirnya tunduk
membayar ufti kepada kerajaan Cyrus yang masyhur dari Persia (Iran).

(d) Kesan Pengabaian Sosial


Keharmonian sosial antara individu dalam masyarakat dengan berteraskan
ilmu, kesepakatan dan toleransi yang mempunyai wawasan boleh
meningkatkan martabat bangsa dan meninggikan tamadun yang dibina.
Hal inilah yang dapat kita saksikan semasa pemerintahan awal kerajaan
Melayu Melaka, biarpun sentiasa diancam oleh musuh luar, namun mereka
mampu membina masyarakat yang berkualiti. Pembinaan tamadun Melayu
yang ditunjangi oleh sosial secara harmoni antara masyarakat Melayu
zaman itu mampu mengembangkan tamadun ke seluruh pelosok alam
Nusantara sehingga ke China, malah terus berkembang ke seluruh dunia
timur dan barat sehingga Portugis dan Inggeris datang menjajah,
merampas hasil bumi Melaka sehingga meruntuhkan tamadun Melayu
Melaka.

Menyorot kembali sistem sosial tamadun India kita dapati biarpun


masyarakat India dibahagikan mengikut sistem kasta seperti Brahmin,
Kshatriya, Vaishya dan Sudra tetapi mereka dapat hidup aman dan damai
melalui jenis tugas yang dilakukan, individu daripada pelbagai unsur
bercampur gaul dalam persekitaran kota yang pada masa itu, mereka
mungkin lebih bebas mengubah status masing-masing. Namun keharmonian
sosial masyarakat India tersebut juga tidak bertahan lama apabila pada akhir
zaman Veda, terdapat pelbagai suku kaum yang berperang antara satu sama
lain. Pemerintahan pusat yang lemah tidak lagi dapat menjamin keselamatan
rakyat dan kesannya, rakyat terpaksa menjaga kebajikan masing-masing.
Desakan dan tekanan ini menyebabkan orang Indo-Arya meletakkan dan
menyusun masyarakat mereka kepada unit pentadbiran kecil berasaskan

Copyright Open University Malaysia (OUM)


202 TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

pengkhususan pekerjaan. Dengan ini sistem varna menjadi lumpuh dan ini
merintis jalan bagi kewujudan unit kecil yang dikenali sebagai jati yang pada
asasnya adalah bersifat kesatuan pekerja.

Begitu juga dalam tamadun China, kita dapati melalui golongan petani
mempunyai stratifikasi masyarakat yang rapat, saling membantu dalam
urusan pertanian. Namun begitu, sistem masyarakat agrarian ini tidak juga
bertahan lama apabila semasa Dinasti Chou menjadikan masyarakat petani
sebagai hamba untuk bekerja di ladang bagi membayar hutang kepada
golongan istana yang akhirnya tidak dapat mengeluarkan hasil pertanian
yang mencukupi untuk makanan.

Begitulah jika sistem sosial menjadi longgar kerana kerapuhan jati diri
sehingga masyarakat berpecah kerana faktor politik, hiburan, kelekaan dan
bebas dengan budaya hedonistik pastinya akan mengundang keruntuhan
sosial dan memberi pengaruh besar kepada keruntuhan sesebuah tamadun.

(e) Kesan Pengabaian Ekonomi


Faktor ekonomi juga adalah antara faktor yang membantu membangun
dan mengembangkan sesebuah tamadun. Tamadun silam membuktikan
masyarakat yang bertamadun tinggi mengamalkan ekonomi perdagangan,
pertanian, penternakan secara lokal dan glokal, biarpun mereka bermula
daripada kegiatan ekonomi sara diri berskala mikro. Sebagai contoh,
masyarakat Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka berjaya
membina satu pusat perdagangan bertaraf antarabangsa melalui pelabuhan
Melaka. Pelabuhan ini berjaya menjadi pusat persinggahan para pedagang
Arab, India, China serta bangsa Eropah. Disebabkan faktor perebutan
pelabuhan antara Melaka dan Portugis, akhirnya kegiatan perdagangan
import eksport yang rancak di pelabuhan Melaka telah terjejas.

Tamadun India terkenal dalam bidang pertukangan besi dan kerja logam,
membuat hasil kreatif kerja tangan melalui barangan logam buatan mereka
begitu dihargai pada zaman Empayar Romawi dan di Asia Barat.
Ketinggian ilmu kerja logam dan sumber logam yang banyak di India
menyebabkan pihak penjajah British datang menakluk India. Kedatangan
British menjajah India telah meruntuhkan nilai tamadun yang telah sekian
lama dibina.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN 203
TAMADUN

Menurut Siti Hajar Che Man dan Ratna Roshida Abd Razak (2012),
penduduk China telah menggunakan wang kertas sejak akhir abad ke-11 M
untuk memudahkan urusan perdagangan. Di samping itu, industri besi
terbesar di China juga dimajukan untuk memenuhi permintaan dalam
bidang ketenteraan. Begitu juga dalam bidang pembinaan kapal. Bangsa
China telah berjaya menjelajah dan berdagang di seberang laut sejak
dahulu lagi seperti yang dilakukan oleh Laksamana Cheng Ho (dari 1405 M
hingga 1433 M). Orang China juga telah mencipta sutera dan menjadi
pengeluar sutera utama di dunia. Pedagang sutera di China berdagang
hingga ke Rom. Kemakmuran ekonomi China telah membawa kepada
perubahan sosial dengan muncul golongan peniaga. Semasa pemerintahan
Shih Huang Ti, Dinasti Chin ini telah memerintah secara autokratik, beliau
juga telah menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik
gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir. Hal ini menyebabkan
gabenor dan panglima tentera terlalu berkuasa sehingga mengganggu
kebebasan perniagaan dalam kalangan pedagang China, keruntuhan
tamadun China dari aspek ekonomi bertambah parah apabila sentiasa
diancam oleh orang gasar daripada wilayah Mongolia.

Secara ringkasnya dapatlah dinyatakan bahawa jatuh bangunnya sesebuah


tamadun adalah berdasarkan teori berikut:

(a) Teori Irama


Kemerosotan dan kejatuhan sesebuah tamadun berlaku apabila tiada
terdapat lagi keseimbangan antara aspek fizikal, mental dan spiritual.

(b) Teori Kitaran


Naik dan turunnya sesebuah tamadun seperti satu kitaran, dimulakan
dengan fasa pengasasan, kemajuan dan kegemilangan dan akhirnya
kepada fasa kemerosotan serta keruntuhan. Satu kerajaan kepada satu
kerajaan yang lain akan mengalami proses yang sama. Apabila tamatnya
sesebuah pemerintahan, maka kekosongan itu akan diambil alih oleh
sebuah kerajaan atau peradaban yang lain. Kerajaan atau dinasti baharu itu
akan mengikut kitaran yang serupa seperti kerajaan sebelumnya.

(c) Teori linear


Linear bererti aliran yang sehala. Teori ini menyatakan bahawa sesebuah
tamadun akan berubah mengikut aliran yang sehala atau serupa. Teori ini
menunjukkan bagaimana sesebuah tamadun itu dilahirkan, berkembang
dengan pesat, mencapai puncak kegemilangan dan kemudiannya
mengalami kemerosotan dan berakhir dengan kemusnahan dan
kehancuran. Kejatuhan sesebuah tamadun disebabkan oleh faktor dalaman
dan bukannya faktor luaran. Contohnya, pihak pemerintah yang leka

Copyright Open University Malaysia (OUM)


204 TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

dengan kemewahan dan berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai


memudaratkan sesebuah peradaban.

(d) Teori Pertembungan


Pertembungan sesebuah tamadun dengan tamadun yang lainnya melalui
interaksi dan difusi akan mengalami saling saing menyaingi atau saling
ambil-mengambil, pindah-memindah. Sesebuah tamadun yang amat
dominan akan menakluk atau melemahkan tamadun yang lainnya.

(e) Teori Pendekatan Psikologi atau Ketuhanan


Kelahiran dan perkembangan sesebuah tamadun bermula dengan
kelahiran agama yang diamalkan memberi sumber dan inspirasi untuk
terus mencapai kehidupan yang lebih maju. Sebaliknya kejatuhan sesebuah
tamadun berpunca daripada sikap alpa meninggalkan tuntutan agama dan
hidup dengan nilai sekularistik dan ekstremis terhadap kebendaan.

AKTIVITI 10.2
Apakah peranan sistem nilai dalam menentukan jatuh bangunnya
sesebuah tamadun?

10.4 PERTEMBUNGAN TAMADUN BARAT


DAN TIMUR SERTA IMPAKNYA
TERHADAP PASCAMODENISME
Huntington (1993) telah menjelaskan terdapat banyak faktor yang menyumbang
kepada kekuatan sesebuah tamadun moden serta ada juga faktor yang menjadi
penentu kurangnya pengaruh sesebuah tamadun. Setiap tamadun sentiasa
mengalami perkembangan dan kemunduran. Huntington juga menjelaskan
bahawa pertembungan antara tamadun merupakan era terbaru dalam konflik
pasca modenisme khususnya selepas era perang dingin. Menurutnya, identiti
tamadun pada masa hadapan dan sebahagian dunia akan dibentuk oleh interaksi
tamadun besar ini. Tamadun besar itu termasuklah tamadun daripada negara
Barat dan tamadun daripada Timur seperti tamadun China, Jepun, Islam, Hindu,
Slavic-Orthodox, Amerika Latin dan mungkin juga tamadun Afrika.
Pertembungan dan konflik yang akan berlaku pada masa hadapan yang boleh
meretakkan hubungan antara Barat dan Timur.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN 205
TAMADUN

Huntington meletakkan enam faktor yang menyebabkan berlakunya


pertembungan dan keretakan antara tamadun iaitu:
(a) Pembeza satu tamadun dengan tamadun yang lainnya terletak pada
bahasa, sejarah, tradisi, budaya dan yang paling penting ialah agama;
(b) Interaksi antara manusia daripada berlainan tamadun semakin bertambah
kerana dunia kini semakin mengecil;
(c) Proses perubahan sosial dan pemodenan ekonomi di seluruh dunia telah
memisahkan orang daripada identiti dan jati diri tempatan yang telah
lama berakar umbi dan proses ini melemahkan negara bangsa sebagai asas
identiti;
(d) Kesedaran tamadun akan semakin meningkat dan akan dipercepatkan oleh
peranan Barat. Pada satu pihak, Barat berada di puncak kekuasaan dan
pada masa yang sama sebagai kesan kekuasaan Barat menyebabkan dunia
Barat mencari jalan keluar seperti pengislaman semula Timur Tengah;
(e) Ciri dan perbezaan sesuatu kebudayaan agak sukar untuk diubah suai dan
dikompromikan berbanding dengan ciri-ciri ekonomi dan politik. Agama
merupakan tekanan yang hebat dalam kalangan umat manusia. Seseorang
itu mungkin boleh dianggap separuh Perancis dan separuh Arab dan
seterusnya menjadi warga dua buah negara. Namun tidak mungkin boleh
menjadi separuh Katolik dan separuh Islam; dan
(f) Keserantauan ekonomi semakin meningkat menyebabkan kerjasama
serantau menguntungkan negara anggota kesatuan berdasarkan tamadun
yang sama. Salah satu kejayaan Barat ialah kerjasama serantau yang
diamalkan dan dikongsi bersama seperti Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC
European Economic Community). Bergantung pada asas dalam budaya di
Eropah dan Kristian Barat tetapi kejayaan ini tidak mutlak akibat timbul
masalah tentang tiadanya persefahaman seperti itu. Penggunaan mata
wang Euro memperlihatkan Britain enggan menyertainya. Sungguhpun
tamadun lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara mempunyai organisasi
serantau mereka sendiri, seperti Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia
Selatan (SAARC South Asian Association for Regional Cooperation) dan
Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN Association of
Southeast Asian Nations), namun kejayaan kerjasama dalam bidang
ekonomi kurang menggalakkan.

Pertembungan antara dua tamadun Barat dan Timur ini telah memberi
impaknya terhadap pascamodenisme. Pada umumnya pascamodenisme ialah
satu gaya hidup bebas, tanpa batas adat, agama dan moral dengan penolakan
terhadap agama dan apa sahaja kebenaran yang hakiki, juga penolakan terhadap
nilai yang mutlak. Pascamodenisme merupakan satu produk budaya dan gaya

Copyright Open University Malaysia (OUM)


206 TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

hidup baharu sebagai pemikiran dan amalan. Selain itu, ia merupakan cara
pemikiran dan penteorian baru tentang kehidupan manusia dan masyarakat hari
ini. Zaman yang punya cara dan gaya serba baru membuang semua gaya kuno
dan lapuk.

Nilai pascamodenisme sangat merbahaya kepada nilai agama dan moral kerana:
(a) Menolak rukun iman dan rukun Islam;
(b) Ia menentang nilai rohaniah yang hakiki dan menolak ibadat seperti
sembahyang, puasa dan zakat;
(c) Ia menolak nilai moral dan etika yang mutlak dalam agama, kerana semua
nilai dalam agama dan moral boleh dirasionalkan; dan
(d) Ia menolak sistem hukum yang dibawa oleh agama dalam bentuk hukum
hakam syariat (Mohd Azhar Abd Hamid et al., 2013).

SEMAK KENDIRI 10.2

Senaraikan impak atau kesan pascamodenisme akibat pertembungan


antara tamadun Barat dan Timur.

10.5 REALITI GLOBALISASI DAN CABARAN


ABAD KE-21
Menurut Fariza (2000), globalisasi merujuk kepada semua proses yang manusia
di dunia ini akan bersatu dan menjadikannya satu masyarakat dunia (single
world society) atau masyarakat global. Globalisasi menjadikan jarak, ruang dan
waktu bersifat maya dan pendek, dimensinya boleh digerakkan sepantas yang
mungkin. Melalui jaringan komunikasi manusia semakin cepat dan dekat.
Maklumat dapat disalurkan dan diterima hanya dalam beberapa saat. Sekali gus,
globalisasi memberi impak yang bukan sedikit terhadap budaya dan tamadun
hidup manusia.

Menurut Wan Hashim (1997), globalisasi yang berselindung di sebalik dan akibat
langsung ledakan teknologi maklumat merupakan suatu proses re-westernisasi
atau imperialisme budaya, bahasa dan pendidikan yang berpengaruh dan
mempunyai kesan melemah dan akhirnya meminggirkan proses Islamisasi. Ia
menjadikan masyarakat Malaysia secara relatifnya lebih materialistik dan
berorientasikan kepenggunaan serta berorientasikan perniagaan untuk mengaut
keuntungan sebanyak mungkin.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN 207
TAMADUN

Arus globalisasi memberi impak dan cabaran baru dalam abad ke-21 dalam
konteks tamadun meliputi:
(a) Asimilasi, akulturasi dan difusi dalam pelbagai budaya;
(b) Membina keperibadian maya dengan nilai, norma dan moral yang bersifat
maya;
(c) Mengutamakan nilai materialistik;
(d) Pengamalan budaya hedonisme;
(e) Mementingkan diri sendiri; dan
(f) Hilangnya sifat dan semangat kekitaan, kekeluargaan, kejiranan.

Di samping itu juga cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada abad
ke-21 ini meliputi:
(a) Pembinaan sebuah masyarakat pelbagai kaum yang bersatu padu serta
demokratik dengan mengamalkan semangat 1Malaysia;
(b) Membangunkan masyarakat pelbagai kaum yang beretika, berakhlak,
bermoral dan yang berpegang kuat kepada nilai agama dan rohaniah serta
mempunyai standard etika yang tinggi;
(c) Melahirkan masyarakat pelbagai kaum yang bertoleransi dari aspek agama,
budaya dan bahasa; dan
(d) Membentuk masyarakat pelbagai kaum yang penyayang, berteraskan satu
sistem sosial yang berpegang kepada konsep kolektif mendahului
kepentingan individu.

SEMAK KENDIRI 10.3

Jelaskan maksud globalisasi dan senaraikan cabaran terkini dalam abad


ke-21.

10.6 PENGARUH ISME BARAT TERHADAP


TAMADUN ASIA
Siri penjajahan Barat ke negara Asia telah bermula sejak abad ke-14 dan lebih
drastik pada abad ke-18 dan 19. Penjajahan Barat yang begitu lama tentunya
meninggalkan kesan yang negatif dan tentunya ada juga impak yang positif.
Sepanjang abad ke-19, 20 dan 21, Barat telah membina tamadunnya di negara
Asia khususnya di Malaysia, China, India dan negara Asia lainnya. Pengaruh

Copyright Open University Malaysia (OUM)


208 TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

tamadun Barat terhadap tamadun Melayu, China dan India dapat dilihat dari
segi sistem pentadbiran negara, perundangan, sains dan teknologi, budaya,
pemikiran, fesyen, sosial, media, pendidikan, bahasa dan komunikasi. Negara
Asia yang mengamalkan sistem politik, media, ekonomi, sosial dan budaya Barat
telah mempengaruhi rakyat dari segi pelaksanaan serta amalannya.

Pengaruh isme Barat terhadap Tamadun Asia boleh dilihat dari segi:
(a) Sekularisme (fahaman pemisahan antara agama dengan politik, sosial,
ekonomi dan lain-lain);
(b) Materialisme (fahaman kebendaan yang melampau); dan
(c) Hedonisme (fahaman budaya bebas tanpa unsur-unsur nilai etika dan estetika).

SEMAK KENDIRI 10.4

Bagaimanakah isme Barat boleh mempengaruhi tamadun Asia?

10.7 PERSEFAHAMAN ANTARA PELBAGAI


TAMADUN MENJANA KESATUAN
Dialog antara tamadun sebagai mekanisme menghadapi abad ke-21 telah
diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai Tahun
Dialog Tamadun. PBB melihat dialog antara tamadun ini amat signifikan
kepada dunia dalam keadaan masyarakat dunia dilihat tidak seimbang dari segi
perbezaan ideologi dan pendapat serta berlaku pengasingan budaya yang sangat
ketara antara tamadun Barat dan Timur. Dialog ini juga penting bagi mencari
persefahaman dan titik pertemuan antara pelbagai tamadun dunia.

Bagi menjana kesatuan kaum di Malaysia, dialog antara tamadun ini sangat
penting kerana ia dapat:
(a) Membincangkan perkara yang boleh disepakati dari segi kompromi kaum,
kesatuan ideologi, nilai kemanusiaan, alam sekitar dan fahaman beragama;
(b) Memperbetulkan salah faham terhadap tamadun lain;
(c) Memupuk nilai sepadu yang boleh dikongsi bersama;
(d) Memahami dan menghormati tamadun sesuatu bangsa; dan
(e) Memahami isu yang memisahkan antara tamadun Melayu, China dan India.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN 209
TAMADUN

Pertentangan atau pertembungan antara pelbagai tamadun selalunya berkaitan


dengan sesuatu perubahan sama ada perubahan tersebut ke arah yang lebih
positif mahupun yang negatif. Contohnya, pertembungan antara tamadun Barat
dan Timur banyak memberi impak positif dari segi pemindahan keilmuan,
kemahiran, kepakaran sama ada dalam bidang bahasa, mahupun dalam bidan
sains dan teknologi. Tidak kurang juga dalam pertembungan ini Tamadun Barat
telah memberi kesan sampingan yang negatif terhadap tamadun Timur (khasnya
rantau Asia) dari segi pemindahan budaya, sosial, bahasa, agama, sekularisasi,
isme, media dan telekomunikasi yang mungkin tidak sejajar dengan kepercayaan
dan pemikiran masyarakat Asia khususnya di Malaysia. Satu lagi kesan
pertembungan antara dua tamadun ini ialah pengaruh globalisasi yang memberi
impak berganda terhadap tamadun Islam, Melayu, China dan India. Ini kerana
dunia yang kita lihat pada hari ini seolah-olahnya telah menjadi sebuah tamadun
Barat yang besar dan berpengaruh dengan sifat hegemoninya tidak lagi
memperlihatkan identiti tamadun tempatan, lihat sahaja dari segi jenis makanan,
pakaian, pendidikan, hiburan, gajet dan sebagainya.

Ilmu merupakan aspek yang sangat penting dalam proses membentuk


sesebuah tamadun. Ketinggian ilmu dan pendidikan merupakan lambang
masyarakat bertamadun dan beberapa tamadun dunia yang dibina juga
berakar umbi daripada asas keilmuan yang kukuh dan pelbagai.

Dengan sebab itu mana-mana negara yang mempunyai tamadun yang hebat
sangat memberi keutamaan terhadap ilmu dengan mendirikan universiti
yang ternama demi mentamadunkan rakyatnya.

Tamadun ialah penciptaan terhadap penghasilan atau produk. Dengan sebab


itu setiap tamadun mempunyai sumbangannya yang tersendiri kepada
masyarakat, baik tamadun Islam, Melayu, China, India dan juga tamadun
Barat.

Jika diteliti isi kandungan setiap tamadun tersebut, banyak iktibar, nilai dan
pengajaran yang bermakna boleh dikutip untuk membina tamadun diri.
Contohnya, kemajuan, kemakmuran dan ketenteraman hidup dalam setiap
tamadun tersebut ialah hasil daripada kerjasama dan tolak ansur antara
masyarakatnya.

Ia adalah sangat penting bagi generasi sekarang untuk mempelajari tamadun


awal bangsa atau negara serta sedar bahawa mereka boleh menyumbang ke
arah kebaikan untuk semua tanpa mengira bangsa ataupun agama.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


210 TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

Juga diharapkan agar kita semua boleh belajar dan mendapat faedah
daripada interaksi antara tamadun bagi memupuk persefahaman tulen dan
sikap hormat menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai agama,
keturunan, bangsa dan budaya khususnya kepada generasi yang bakal
menjadi pemimpin negara.

Akulturasi Lokal
Asimilasi Materialisme
Difusi Pascamodenisme
Glokal Sekularisme
Hedonisme

Fariza Md Sham et al. (pnyt). (2000). Dakwah dan perubahan sosial. Kuala
Lumpur, Malaysia: Utusan Publications & Distributors.
Hunting, S. (1993). The clash of civilization and the remaking of world order.
Foreign Affairs, 72 (3), 22-49.
Huntington, S. P. (1992). Pertembungan peradaban. Terj.. Normala Soulie
Mohamad. Kuala Lumpur, Malaysia: Institut Strategik Kajian
Antarabangsa Malaysia, 1992, 4-6.
Mohd Azhar Abd Hamid., Mohd Koharuddin Balwi Muhamed Fauzi Othman.,
& Othman A. Kassim. (2013). Wajah moral masyarakat Melayu
pascamoden: Antara realiti, harapan dan gagasan. Skudai, Malaysia:
Universiti Teknologi Malaysia.
Siti Hajar Che Man., & Ratna Roshida Abd Razak. (2012). Penawaran kursus
tamadun Islam dan tamadun Asia di institusi pengajian tinggi awam
Malaysia: Platform utama ke arah memperkenalkan tamadun Cina. Journal
Sosiohumanika, 5 (1).

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN 211
TAMADUN

Wan Hashim Wan Teh. (1997). Tamadun silam dan pembinaan tamadun abad
kedua puluh satu. Bangi, Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wilson, J. (1990). A new introduction to moral education. London, England:
Casell.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

You might also like