Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

5

TAHUN

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN


KOMUNIKASI
Kurikulum Standard
SekolahRendah

SISTEMRANGKAIANDANDUNIA
INTERNET
3.0MENGENALINTERNET

SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA 2


INTERNET 2
MODUL SRDI 3
Standard 3.0 Mengenal Internet
kandungan:

3.1 Menyatakan maksud Internet


Standard
pembelajaran: 3.2 Menyenaraikan perkhidmatan Internet

Masa: 60 minit

NOTA
RUJUKAN

1. Apa itu Internet?

Internet adalah rangkaian jaringan komputer yang


terbesar di dunia yang menghubungkan berjuta-juta
komputer di seluruh dunia. Banyak organisasi termasuk
agensi kerajaan, swasta, institusi pendidikan
dan individu yang telah disambungkan ke
Internet.

Masyarakat di seluruh dunia menggunakan internet


setiap hari untuk urusan seperti berikut:

Berkomunikasi dalam talian

Mengakses pelbagai sumber maklumat, berita,


dan penemuan penyelidikan
Membeli-belah bagi barangan dan perkhidmatan

Perbankan elektronik

Mengikuti kelas pembelajaran maya

Mengakses sumber seperti permainan dalam


talian, video, buku dan majalah
Berkongsi maklumat
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA 2
INTERNET 3
2. Perkhidmatan-perkhidmatan
Internet

2.1 Perkhidmatan Capaian Maklumat

Protokol Pindahan Fail (File Transfer Protocol : FTP)

FTP membolehkan pengguna memindah fail dengan


mudah diantara dua komputer yang berada dalam
jaringan komputer.

Muat turun

Dirujukkan sebagai memindah-terima fail atau


kadang kala disebut sebagai memuat turun fail.
Ini kerana Internet menjadi sumber kepada
pelbagai fail-fail lain termasuk permainan, grafik,
font, bunyian, muzik, video dan lain-lain.

2.2 Perkhidmatan Carian Maklumat (enjin carian)

Disebut enjin carian atau search engine. Ia


digunakan untuk mendapatkan maklumat
tertentu dengan lebih pantas. Terdapat
beberapa enjin carian iaitu :

Yahoo (www.yahoo.com)
Google (www.google.com)
Bing (www.bing.com)

2.3 Perkhidmatan Komunikasi


Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan yang
boleh dikategorikan kepada perkhidmatan komunikasi
iaitu :
E-mel
Laman sosial
Blog

KEPERLUAN
PERISIAN
Microsoft Ofice MS Word, MS PowerPoint

Internet Explorer
KEPERLUAN PERKAKASAN
Komputer

LCD

AKTIVITI
1

Langkah 1: Guru mewujudkan satu situasi.


Contoh:
Marina adalah seorang remaja yang ingin
mengikuti perkembangan fesyen terkini.
Bagaimanakah dia boleh mengetahui tentang
perkara tersebut?

Langkah 2 : Sesi Simulasi ( lakonan)


a. Guru memilih beberapa murid untuk
memainkan watak yang terdapat di dalam
situasi.
Marina watak utama
Kavitha rakan Marina yang arif
sedikit mengenai internet.
Jacyntha rakan Marina dan Kavitha yang
selalu melayari internet
dan menambah lagi
pernyataan Kavitha.
b. setiap watak diberikan penerangan
mengenai watak yang dilakonkan oleh 3
watak tersebut.
c. Setelah selesai, murid ditanya apakah masalah
Marina sudah dapat diselesaikan? Bagaimana
ia dapat diselesaikan?
d. Guru membuat rumusan bahawa Internet
adalah satu sumber maklumat yang tiada
sempadan untuk diterokai.

Langkah 3 : Guru menerangkan perkhidmatan-perkhidmatan


Internet yang biasa digunakan menggunakan
slaid persembahan.

AKTIVITI
2

Arahan : Guru hendaklah memastikan komputer murid di


dalam keadaan bersedia.
1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
Satu kumpulan mempunyai maksima 5 orang ahli.
2. Setiap kumpulan diberi beberapa situasi yang
berbeza. i. Anita telah diberi tugas mencari
maklumat
mengenai kelebihan dan kekurangan penggunaan
komputer selain mengepilkan imej di dalam
kerja kursus di sekolah.
ii. Rajiv seorang penggemar muzik. Dia ingin
memuat turun lagu dan klip video terbaru terkini.
iii. En. Lim merupakan seorang guru di salah
sebuah sekolah di Saritok, Sabah. Beliau
merasakan tertinggal di dalam maklumat
terkini mengenai pendidikan zaman sekarang.
iv. Cassandra berasa begitu sunyi berada di rumah
pada hujung minggu kerana ibu bapanya selalu
ke luar negara di atas urusan kerja. Dia ingin
berinteraksi dengan rakannya tetapi tidak suka
melepak di luar rumah.

3. Guru memberi beberapa laman web untuk setiap


kumpulan dan menyesuaikan laman-laman tersebut selain
memberi justifikasi kepada pilihan mereka.
i. www.yahoo.com
ii. www.4shared.com
iii. www.moe.gov.my
PENILAIA
N
1. Apakah maksud Internet?

2. Tanda (/) pada pernyataan yang betul dan (X) pada pernyataan
yang salah.

a. Internet boleh dilayari di atas talian dan juga luar talian. ( )

b. Internet boleh dilayari oleh semua individu termasuklah


organisasi kerajaan dan swasta. ( )

c. Perkhidmatan membeli dan menjual barang tidak boleh


dilakukan di dalam talian Internet. ( )

d. Kita boleh menghantar e-mel kepada rakan walaupun kita


tidak ada akaun e-mel. ( )

e. Kita boleh memuat turun dan memindah fail melalui Protokol


Pindahan Fail. ( )

f. Pencarian di perkhidmatan carian maklumat boleh dimulakan http://


dan www. ( )

g. Kita boleh berkomunikasi dan berkongsi maklumat dengan


rakan- rakan luar negara melalui e-mel dan juga blog. ( )

h. Perkhidmatan-perkhidmatan Internet termasuklah seperti


mengikuti kelas, membeli-belah dan berkomunikasi bersama
rakan-rakan.( )
LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid:
Tahun:
Kelas

Modul: DI 3
Standard 3.0 Mengenal Internet.
Kandungan:

Standard 3.1 Menyatakan maksud Internet.


Pembelajaran: 3.2 Menyenaraikan perkhidmatan Internet.

Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan


Ya Tidak
1 Menyatakan maksud Internet
2 Menyenaraikan perkhidmatan
Internet
KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH

Nama Guru: Tandatangan&Tarikh


Disahkanoleh: Tandatangan&Tarikh

You might also like