Barah Peparu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Barah peparu, juga dikenali sebagai karsinoma paru-pari atau karsinoma pulmonari,

adalah tumor mengancam (malignant tumour) pada paru-paru. Ia bercirikan pertumbuhan sel luar
kawal pada tisu paru-paru. Sekiranya dibiarkan tanpa dirawat, pertumbuhan ini mampu merebak
di luar paru-paru melalui proses metastasis pada tisu berhampiran atau bahagian lain badan.
Kebanyakan barah yang bermula pada paru-paru, dikenali sebagai barah paru-paru utama, adalah
carcinomas yang terhasil dari sel epithelial. Jenis paling utama adalah karsinoma paru-paru sel
kecil (" small-cell lung carcinoma - SCLC ") dan karsinoma paru-paru sel bukan kecil (" non-
small-cell lung carcinoma - NSCLC "). Simptom paling biasa adalah batuk (termasuk batuk
berdarah), kehilangan berat badan, nafas pendek, dan sakit dada.[1] Paling biasa adalah
bronchogenic carcinoma (sekitar 90%). Barah paru-paru adalah tumor mengancam yang paling
bahaya di seluruh dunia, menyebabkan sehingga 3 juta kematian setahun.

Sebahagian besar kes barah paru-paru (8090%) adalah disebabkan oleh pendedahan
jangka panjang pada merokok tembakau.[1][2] Sekitar 1015% kes berlaku pada orang yang tidak
pernah merokok.[3] Kes-kes ini sering kali disebabkan oleh gabungan faktor genetik.[4] dan
pendedahan pada gas radon,[4] asbestos,[5] atau bentuk lain pencemaran udara,[4] termasuk asap
terpakai ("second-hand smoke").[6][7] Barah paru-paru boleh dilihat pada radiograf dada dan
imbasan computed tomography (CT) scans. Diagnosis disahkan melalui biopsy[8] yang biasanya
dilakukan dengan penggunaan bronchoscopi atau panduan-CT.

Rawatan dan kesan jangka panjang biasanya bergantung pada jenis barah, tahap (tahap
merebak), dan kesihatan keseluruhan seseorang, diukur melalui status prestasi> Rawatan biasa
termasuk pembedahan, chemotherapy, dan rawatan radiasi radiotherapi. NSCLC kadang kala
dirawat melalui pembedahan, manakala SCLC biasanya bertindak balas lebih baik pada
chemotherapy dan radiotherapi.[9] Keseluruhan, 16.8% dari orang di Amerika Syarikat di
diagnosis dengan barah paru-paru masih hidup lima tahus selepas diagnosis,[10] sementara kesan
pada purata adalah lebih buruk di dunia membangun. Di seluruh dunia, barah par-paru
merupakan punca paling biasa bagi kematian berkait barah pada lelaki dan perempuan, dan
bertanggung jawab bagi 1.56 juta kematian setiap tahun, pada 2012.[11]

You might also like